Anda di halaman 1dari 2

Aku yang bersalah. Namun, haruskah aku kecundang sebegini?

Sebaik-baik tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua Kiasan ini seperti menyindir hidup aku
yang seakan-akan ditayangkan kembali dalam gerak perlahan betul-betul di hadapan mata aku.

Aku tahu.

Aku tahu yang selama ini, apa yang aku buat tidak disenangi oleh orang lain. Dadah, merompak,
lumba haram dan peras ugut, ya Aku tahu semua itu. Dan bagi ku, kegiatan ini hanyalah aktiviti
biasa, sejak aku lari dari rumah keluarga ku sendiri.

Aku pertama kali ditangkap oleh pihak polis ketika aku baru tingkatan 5. Kekecewaan yang jelas
terpancar di raut muka kedua ibu bapaku menghantui aku sehingga kini, seperti titik hitam yang
tak akan pernah padam. Saat itu sentiasa bermain di fikiranku, setiap kali aku teringat kepada
mereka. Sejak kegiatan biasa selepas waktu sekolah aku dibongkar pihak polis dan diketahui oleh
ibu bapaku, aku semakin dikawal rapi. Aku juga turut dihantar ke pusat kaunseling bagi membantu
diri aku berubah.

Namun, aku inginkan kebebasan. Aku dalam diam mula mencari kembali rakan-rakan yang aku
kenali ketika giat menyertai aktivitiaktiviti itu. Mereka menerima aku kembali dengan tangan
terbuka. Aku rasa puas. Mereka tidak lagi mengungkit kisah aku ditahan oleh pihak polis. Tidak
seperti ahli-ahli keluarga aku yang lain yang sentiasa mencari ruang untuk menceritakan kisah itu
kepada orang lain. Aku tidak tahan dipandang serong. Aku tidak tahan dikutuk hina oleh
seseorang yang aku sendiri tdak kenali. Siapa mereka untuk menilai aku?

Perasaan bersalah dalam diri aku hanya terdetik apabila aku mendengar berita kematian ibuku di
televisyen. Ketika melihat berita itu, aku terpaku seketika. Kematian ibuku disebabkan oleh dua
orang peragut yang meragut mereka ketika di tempat letak kereta di hadapan bank. Walaupun
kejadian itu berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup, namun kedua-dua suspek belum dapat
dikenal pasti.

Tetapi, apabila dua orang kawanku kembali ke rumah, menayangkan hasil rompakan mereka
pada hari itu, aku terlihat sekeping surat yang dituju kepada ku. Aku dalam diam mengambil surat
itu lalu beredar ke dalam bilik. Menitis air mata aku apabila aku sedar bahawa surat itu
merupakan surat yang ditujukan oleh ibuku kepada aku. Surat ini memberi kesedaran kepada
aku. Mereka yang sedang duduk bersuka ria di ruang tamu itu merupakan penyebab, ibuku pergi
meninggalkan dunia ini.
Dengan perasaan marah, aku pergi semula ke ruang tamu rumah dan menumbuk salah seorang
kawanku yang sedang duduk. Aku mula hilang kawalan dan menumbuk kawanku bertubi-tubi
sebelum ditarik oleh kawan ku yang lain. Api kemarahan aku semakin marak. Aku mengambil
sebilah pisau yang diletak di atas meja kopi berhampiran, sebilah pisau sama yang aku percaya
turut digunakan untuk menikam ibuku.

Aku menikam mereka berdua. Aku tidak dapat berfikir secara rasional lagi setelah aku
menggengam pisau itu. Apa yang ada dalam fikiran aku hanyalah aku mesti membalas dendam.

Demi ibuku.

Selepas kejadian itu, aku terus keluar. Aku perlu larikan diri. Kelibat mayat kawanku yang
bergelimpangan dengan darah membuatkan aku rasa mual dan pening. Aku berjaya mengelak
ditahan oleh pihak polis selama beberapa minggu.

Namun, aku tidak dapat melarikan diri selamanya. Aku ditahan ketika sedang mencari
perlindungan di sebuah bangunan terbiar.

Aku sudah tidak berdaya lagi. Aku biarkan sahaja diri ku ditarik oleh pihak berkuasa. Ketika aku
dibawa pergi, aku hanya dapat membayangkan wajah keluarga ku. Perasaan bersalah
menghantui aku. Ini semua salahku.

Ya, aku yang bersalah

Anda mungkin juga menyukai