Anda di halaman 1dari 6

Pengenalan

Disiplin adalah satu aspek yang pengting dalam kehidupan seharian kita. Bermula
dari individu sehingga sesebuah organisasi yang besar. Disiplin telah menjadi satu
teras yang asas dalam mencapai kecemerlangan dalam apa jua perkara yang
dilakukan. Disiplin yang diamalkan mampu membina jati diri dan kecemerlangan
dalam sesuatu kerja. Sebagai contoh, kebolehan sesebuah syarikat bergantung
kepada disiplin perkerjanya dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka
dalam melaksanakan tugas kerja yang diberikan. Begitu juga dengan profession
Penolong Pegawai Perubatan yang memerlukan disiplin yang tinggi dalam
melaksanakan tugasan bagi mengurangkan masalah dan kesalahan semasa kerja.
Walaupun seseorang itu memiliki kemahiran , kreativiti dan pemikiran yang tinggi,
tanpa disiplin sudah tentu tidak boleh mencapai matlamat hidup yang sempurna.
Bagi kakitangan awam, satu peraturan iaitu Peraturan-peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan tatatertib) 1993 (pindaan) 2002 telah diwujudkan sebagai rujukan dan
panduan kepada kakitangan kerajaan dalam melaksanakan tugas. Kesemua
penjawat awam wajib mematuhi peraturan ini dan sekiranya didapati melakukan
sesuatu yang tidak menepatinya, seseorang itu akan dikenakan tindakan tatatertib.

Tatatertib pula adalah suatu yang didefinisikan sebagai hukuman yang


dirancang dan dilaksanakan kepada individu yang melakukan kesalahan. Tatatertib
ini dilaksanakan apabila individu yang melakukan kesalahan ini didapati bersalah
mengikut akta dan peraturan yang telah ditetapkan oleh sesuatu agensi.
Pencarian literature

Disiplin boleh didefinisikan sebagai latihan dan kelakuan suaya dapat mengawal diri
sendiri pada tatatertib dan peraturan untuk menjamin keakuan yang baik. Disiplin
boleh dipupuk melalui denda atau hukuman yang setimpal sekiranya individu
pesalah melanggar sesuatu peraturan yang ditetapkan (Baharom, 2007)

Menurut Russell (2015), tiada satupun yang penting boleh dicapai tanpa adanya
disiplin dan tatatertib. Beliau meluahkan rasa simpati beliau terhadap ahli pendidik
moden yang tidak menitikberatkan peranan disiplin dalam melaukan tugas yang
diamanahkan. Tambahan beliau juga, disiplin lahir daripada keiinginan dan
kesungguhan seseorang itu sendiri tanpa adanya pengaruh dari pihak lain.

Disiplin atau tatatertib dimaksudkan sebagai kesediaan mematuhi ketentuan seperti


peraturan-peraturan secara eksplisit yang juga termasuk masalah yang bakal
dihadapi sekiranya melanggar peraturan-peraturan tersebut

Seorang penulis dan ahli motivasi terkenal, Zig Zigler menyatakan, disiplin diri anda
untuk melaksanakan tugas pada masa yang ditetapkan dan akan sampai waktunya
dimana anda boleh melakukan sesuatu kerja bila anda ingin melakukanya.

Menurut Mackey(1997), tidak kira sama ada seseorang itu ingin berjaya dalam
bidang sukan, seni, perniagaan ataupun dalam hidup secara umumnya, jambatan
antara keinginan dan pencapaian adalah hanya disiplin semata-mata.

Disiplin adalah status pengendalian diri seseorang pekerja sebagai tanda tatatertib
dan kerapian dalam sesebuah unit atau organisasi sebagai satu kelompok yang
besar.
Perbincangan.

Disiplin dan tatatertib bagi kakitangan kerajaan merangkumi satu set rujukan
perilaku dan prinsip-prinsip yang mesti dipatuhi. Hal ini demikian kerana setiap
penjawat awam memikul tanggungjawab yang besar yang mana sekira melakukan
sebarang kelakuan yang melanggar etika yang ditetapkan, ianya akan
mempengaruhi bukan sahaja diri sendiri akan tetapi profession malah satu
masyarakat secara keseluruhannya. Disiplin dan tatatertib sangat penting bagi
memastikan kualiti kerja yang optimum dapat disumbangkan kepada pembangunan
Negara.

Dengan adanya disiplin dan tatatertib yang tinggi ianya dapat menentukan
arah tuju dan memberikan makna kepada pemikiran, tindakan dan tingkahlaku
anggota perkhidmatan awam bagi memenuhi tanggungjawab dan amanah sebagai
seorang pekerja yang bekerja dibawah Kerajaan. Ianya juga penting untuk memberi
penyatun dan penyelarasan diantara anggota-anggota kerajaan sebagai institusi
utaman yang membuat sumbangan kepada pembangunan tamadun masyarakat.

Antara usaha-usaha kearah penerapan nilai disiplin dalam kalangan


kakitangan awam kerajaan adalah:

1. Panduan Perkhidmatan Cemerlang


2. Penggunaan Kad Peraam Waktu
3. Kempen Bersih, Cekap dan Amanah
4. Pengurusan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam
5. Tonggak 12
6. Wawasan 2020

Selain itu , kakitangan awam juga terikat dengan satu peraturan penting yang
menjadi garis panduan kepada disiplin dan tatatertib seorang pekerja kerajaan
iaitu ( Peraturan-peraturan Pegawai Awam Kelakuan dan Tatatertib ) 1993
pindaan 2002). Peraturan ini diwujudkan untuk memastikan penjawat awam tidak
melakukan sebarang perkara yang boleh menjatuhkan martabat profession
masing-masing. Tambahan pula, sekirangya jika seseorang penjawat awam
melakukan perkara yang tidak sepatutnya wallaupun hanya kesalahan ringan
seperti tidak menepati masa, bersikap cuai dan tidak berpakaian yang
sepatutnya, segala yang negatif ini akan mempengaruhi sesuatu institusi yang
berkenaan.

Sekiranya didapati kakitangan awam yang melakukan sebarang kesilapa atau


melanggar peraturan yang ditetapkan, seseorang itu boleh dikenakan hukuman
berdasarkan peraturan 38, Peraturan-peraturan Pegawai awam ( Kelakuan dan
Tatatertib) 1993 (pindaan) 2002. Hukuman yang boleh dikenakan adalah
amaran, pelucutan hak emolument , potongan gaji dan penangguhan kenaikan
gaji sekiranya kesalahan yang dilakukan adalah ringan. Manakala bagi
kesalahan berat pula, hukuman yang setimpal denganya akan dikenakan iaitu
penurunan pangkat dan dibuang kerja. Hukuman-hukuman ini berfungsi sebagai
memberi pengajaran dan peringatan kepada pesalah dan kepada penjawat yang
lain juga agar tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan serta sentiasa
berdisiplin dan bertatatertib dalam melaksanakan tanggungjawab yang dipikul.

Antara perkara-perkara yang terkandung dalam Peraturan-peraturan Pegawai


Awam ( Kelakuan dan Tatatertib 1993 pindaan 2002 yang membantu dalam
mendisiplinkan pekerja-pekerja di sektor penjawatan awam kerajaan adalah:

1. Seseorang pegawai tidak boleh mengingkar arahan dan perintah atau


berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan sebagai
pengingkaran perintah yang dikeluarkan.
2. Seseorang pegawai tidak boleh menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab
3. Seseorang pegawai tidak boleh cuai dalam pelaksanaan tugasnya.
4. Seseorang pegawai tidak boleh bersikap kurang cekap dan kurang berusaha.
5. Seseorang pegawai tidak boleh tidak jujur dan tidak amanah kepada kerja
yang dilakukan.
6. Seseoang pegawai hendaklah taat pada setiap masa, memberi taat setia
yang tidak berbelah bahagi kepada Yang Dipertuan Agong, Negara dan
Kerajaan.
7. Seseorang pegawai awam tidak boleh membelakangkan tugas awamnya
melebihi kepentingan persendiriannya.

Dengan ini jelaslah bahawa kerajaan amat menitikberatkan disiplin dalam


kalangan kakitangan yang bekerja dibawah naungannya. Hal ini demikian kerana
kerajaan tidak mahu berlaku sebarang kecuaian ketika perkhidmatan diberikan
untuk memastikan masyarakat mendapat kebajikan dari pihak kerajaan dengan
cemerlang dan berpuas hati.

Dalam profession Penolong Pegawai Perubatan pula, disiplin dan tatatertib


memainkan peranan yang sangat penting. Hal ini demikian kerana, Perkhidmatan
perubatan adalah salah satu perkhidmatan yang diberikan secara terus kepada
masyarakat. Oleh itu, seorang PPP itu perlukah mencerminkan disiplin diri yang
hebat serta memiliki ketrampilan peribadi yang sempurna agar martaabat
profession dapat dijaga serta keefektifan tugas dipelihara. Sekirannya tidak
mempunyai nilai-nilai yang dimaksudkan ini, seorang PPP itu tidak mampu
menunjukkan komitmen dan dedikasi terhadap tugas yang dilaksanakan. Ini akan
memberi kesan yang negatif kepada profession PPP itu sendiri kerana
masyarakat akan memandang PPP ini adalah suatu jawatan yang tidak ada
fungsi dalam perkhidmatan kerajaan.

Rumusan

Disiplin dan tatatertib adalah berseiringan dalam membentuk sahsiah dan


perilaku yang baik dan cemerlang dalam sesebuah institusi. Didiplin dan tatalaku
memainkan peranan dalam membentuk peribadi, jati diri dan nilai yang
cemerlang dalam individu yang mengamalkannya. Ini kerana, disiplin akan
membentuk fokus yang jitu kepada individu yang mengamalkannya. Kejayaan
dan kecemerlangan yang dihasilkan adalah datangnya dari disiplin dalam diri
seseorang yang membolehkan seseorang itu fokus kepada sesuatu yang
dilakukan.

Anda mungkin juga menyukai