Anda di halaman 1dari 2

Contoh Analisis Etika(Teori Etika Berkaitan Perbuatan Rasuah)

Tanpa disedari banyak masalah rasuah telah berlaku di sekolah


walaupun tidak dinyatakan.. Kesalahan rasuah boleh berlaku di dalam
organisasi, pentadbiran dan di kalangan guru. Misalnya seorang guru
Matematik yang mengajar di kelas 5A, anak perempuannya juga belajar di
kelas berkenaan. Semasa peperiksaan pertengahan tahun, anaknya tidak
mendapat Gred A dalam mata pelajaran berkenaan. Sebagai seorang ibu
beliau merasa kasihan terhadap anaknya. Beliau telah mengambil tindakan
untuk menaikkan markah anaknya kerana berasa malu dengan rakan guru
yang lain. Adakah tindakan guru ini beretika?

Menurut pandangan etika Utilitarianism, tindakan yang dilakukan


oleh guru dalam masalah ini adalah gagal dan tidak beretika dan tidak
bermoral kerana tindakannya tidak memberi manfaat kepada orang lain
malah merugikan murid lain yang telah berusaha keras untuk peperiksaan
tersebut.

Dalam pandangan etika Universalism, tindakan guru tersebut adalah


baik kerana mempunyai niat yang baik untuk meningkatkan markah anaknya
sendiri selain meningkatkan bilangan A Matematik di dalam kelas berkenaan.
Niat yang baik seringkali membawa kepada kebaikan kerana mendahului
kepentingan orang lain daripada kepentingan diri sendiri.

Sebagai seorang guru saya berpendapat tindakan guru berkenaan


tidak beretika dan tidak bermoral. Guru tersebut secara jelas lebih
mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan akibat terhadap orang lain atas
tindakan yang dilakukannya. Kesan yang pasti timbul adalah pandangan
negatif daripada murid dan guru lain seandainya rahsia guru ini diketahui
umum. Dari segi pandangan agama pula, guru ini tidak amanah dan tidak
beriman kerana melakukan tindakan tersebut tanpa memikirkan dosa dan
pahala.

Masalah rasuah lain yang berlaku di sekolah seperti pihak pentadbir


yang menpunyai sikap pilih kasih terhadap kakitangan bawahannya. Situasi
yang jelas dilihat, pemilihan guru penerima pemberian Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang yang tidak bertepatan. Kadang kala disebabkan
pihak pentadbir yang mempunyai pertalian yang akrab dengan guru
seringkali dipandang berbanding guru yang memberi perkhidmatan
sepenuh hati tetapi tidak dinilai setanding dengan perkhidmatannya atas
alasan guru berkenaan tidak popular di kalangan pentadbir.
Menurut pandangan Golden Rules, berdasarkan agama Kristian,
menyatakan do to others as you would have them do to you. Dalam hal ini,
tindakan yang diambil oleh pentadbir adalah baik kerana sesuatu kebaikan
yang diterima perlu dibalas dengan kebaikan. Berbeza dengan pandangan
Utilitarianism ianya tidak memberi manafaat kepada organisasi kerana
kepentingan tugas tidak menjadi keutamaan sebaliknya perhubungan
menjadi kayu ukur untuk penerimaan anugerah berkenaan. Kesan kepada
majoriti atau anggota organisasi sekolah berkenaan,menyebabkan suasana
bekerja tidak menjadi kondusif. Secara tidak langsung. Misi dan visi sekolah
sukar untuk dicapai.

Kesedaran tentang etika dan moral serta nilai dalam pendidikan perlu
diberikan semula agar masalah ini dapat dibanteras dari akar umbi.

Anda mungkin juga menyukai