Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN TUGASAN

HARI ORIENTASI
GURU PELATIH

NORHAFIZAH BINTI AZMI

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GURU PELATIH KOLEJ VOKASIONAL KLUANG

Hari : Ahad
Tarikh : 12 Februari 2016

Masa : 8.00 pagi sehingga 5:00 petang

Pada waktu pagi, kami bersama Pengarah Kolej Vokasional Kluang, Encik Kamal bin
Mat Sabri dan Timbalan Pengarah Akademik, Encik Eshak bin Khamis untuk mendengar
penerangan mengenai pentadbiran kolej ini. Beliau telah memberi penerangan mengenai waktu
bekerja dan elaun. Disini beliau menegaskan bahawa tiada elaun akan diberikan kepada guru
pelatih kerana tiada peruntukan untuk itu. Kami juga dijelaskan bahawa tiada cuti untuk kami
kecuali cuti awam.

Waktu bekerja di Kolej Vokasional Kluang adalah jam 8 pagi hingga 5 petang pada hari
Ahad hingga Rabu dan 8 pagi hingga 3.30 petang pada hari Khamis. Pada hari Ahad, guru perlu
berbaju batik dan pemakaian hari Khamis adalah baju melayu bagi lelaki dan baju kurung bagi
perempuan. Terdapat aktiviti kokurikulum dilakukan pada sebelah petang hari Rabu (2 petang
hingga 5 petang). Sebelum menamatkan sesi, Pengarah menugaskan kami untuk membuat satu
inovasi sebelum selesai menjalani latihan mengajar disini. Setelah selesai sesi bersama pengarah
dan timbalan pengarah, Encik Azman bin Abdullah mengagihkan tugas kepada kami untuk
program Larian Sihat yang bakal berlangsung pada hari Rabu ini. Encik Zulkifli, Kaunselor
Kolej Vokasional Kluang mengarahkan kami untuk mendapatkan tandatangan 20 orang
kakitangan kolej ini termasuk guru bengkel kami.

Puan Juliana dan Puan Nurulafiqah menjalankan sesi ice breaking. Kami perlu melukis
logo yang menggambarkan diri kami dan memberitahu mengapa kami memilih untuk menjadi
guru. Saya telah melukis tangan dan bunga kerana tangan menunjukkan bahawa saya sering
berkongsi dan menghulur bantuan. Ini kerana saya selalu berkongsi ilmu dengan adik-adik dan
juga rakan-rakan saya. Saya juga suka memandang keindahan bunga-bunga dan juga pantai.
Tambahan pula, menjadi seorang guru ialah kerja yang mulia kerana sering berkongsi ilmu yang
berfaedah dan berguna. Ia menjadi sebab kenapa saya memilih profesion keguruan. Setelah
selesai sesi tersebut kami bergerak secara berasingan mengumpulkan 20 tandatangan kakitangan
kolej dan kami bertemu Puan Fatihah bagi mendengar taklimat kad punch untuk merekod
kedatangan kami ke kolej.
Hari : Isnin

Tarikh : 13 Februari 2017

Masa : 9 pagi hingga 5 petang

Pada pagi ini kami diberi isu-isu yang perlu diterangkan maksud, punca dan
penyelesaiannya dalam masa 3 hingga 5 minit. Antara isu-isunya adalah:

i. Pelajar tidur ii. Pelajar datang lewat


iii. Pelajar ponteng kelas iv. Pelajar bermasalah mental
v. Pelajar bercinta vi. Pelajar tidak membuat tugasan
vii. Pelajar melawan viii. Pelajar terlibat dadah
ix. Pelajar buli x. Menangani remaja bermasalah
xi. Pelajar merokok xii. Politik
xiii. Ekonomi xiv. Pemimpin
xv. Isteri curang xvi. Suami curang
xvii. Pelajar melakukan gangguan
seksual

Saya perlu menerangkan isu ekonomi dan saya memilih topik kenaikan minyak petrol. Saya
menyatakan maksud ekonomi ialah pengurusan rumah tangga yang merupakan satu cabang sains
sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Ini
termasuklah kajian tentang pengeluaran dan penggunaan melalui pembolehubah yang dapat
diukur, meliputi analisa pengeluaran, pengedaran, dan penggunaan barang dan perkhidmatan.

Kenaikan harga minyak petrol adalah kerana beberapa faktor antaranya ialah tindakan
kerajaan mengurangkan subsidi bagi petrol. Selain itu, keadaan politik yang tidak stabil di rantau
Asia Barat telah menjadikan harga minyak melambung tinggi. Ia menyebabkan banyak negara
pembeli minyak berasa risau lalu membuat pembelian awal yang lebih banyak daripada
pembelian biasa. Keadaan yang tidak stabil ini menyebabkan negara-negara pengeluar minyak
yang lain mengambil kesempatan untuk meninggikan harga minyak untuk mengaut keuntungan
segera daripada ketidakstabilan politik yang melanda rantau itu. Maka, keadaan politik yang
tidak stabil di Asia Barat telah menyebabkan harga minyak melambung tinggi dengan begitu
mudah. Tambahan pula, keperluan minyak negara-negara yang mengeluarkan minyak itu sendiri
begitu tinggi. Situasi ini menyebabkan jumlah minyak yang dikeluarkan oleh mereka itu tidak
banyak yang boleh dieksport untuk keperluan negara lain kerana sudah pasti mereka akan cuba
memenuhi keperluan minyak negara mereka terlebih dahulu. Kekurangan jumlah penawaran
minyak di pasaran antarabangsa menyebabkan harga minyak melambung kerana negara-negara
lain turut memerlukan minyak dalam kuantiti yang banyak.

Penyelesaian bagi menghadapi kenaikan harga minyak ini adalah dengan berjimat cermat
dalam penggunaan minyak petrol. Antara langkah-langkah penjimatan minyak petrol yang saya
kongsikan bersama rakan adalah isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk kerana
kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang
mana ianya mempunyai wap yang berlebihan. Jika anda mengisi minyak di waktu tengah hari,
akan kelihatan wap petrol keluar dari tangki minyak anda. Seterusnya, isi minyak dengan
perlahan-lahan kerana cara ini adalah supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam
tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda.
Kawal picu dengan menarik secara separuh penuh. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-
sama petrol.

Selain itu, isi minyak semasa tangki separuh penuh, ini kerana semakin banyak baki
minyak dalam tangki semakin kurang kapasiti ruang udara yang dipenuhi wap sekaligus anda
akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum. Anda juga perlu kurangkan beban atau
berat kenderaan anda dengan membuang barangan yang tidak perlu seperti timbunan fail-fail,
buku-buku atau peralatan kerja anda. Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan
penggunaan minyak sebanyak dua peratus. Perhatikan tayar anda dan pastikan tekanan angin
betul dan mencukupi. Tayar yang kurang angin akan membuatkan kereta menjadi berat dan
menyebabkan penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran tayar yang berlebihan.

Anda mungkin juga menyukai