Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Vithya a/p Ramanathan

Pada 23 Julai 2012, kami telah menerima kerja kursus Literasi Bahasa Melayu
daripada Puan Zabedah binti Hj Mohamad. Kerja kursus ini merangkumi beberapa
aspek seperti aktiviti prabacaan, pratulisan, pemulihan membaca dan pemulihan
menulis. Pelaksanaan kerja kursus ini adalah secara berkumpulan. Kami diminta untuk
membina dan membuat satu bahan bantu mengajar (BBM) pengajaran bahasa Melayu
dengan menggunakan boneka. Jenis boneka yang diberi pilihan ialah boneka tali,
boneka tongkat, boneka jari atau tangan dan boneka wayang kulit. Kami diminta untuk
memilih salah satu boneka daripada empat jenis boneka ini.

Pada mulanya, kumpulan saya bercadang untuk memilih boneka wayang kulit
tetapi selepas berbincang dengan ahli kumpulan, kami mendapati bahawa boneka
wayang kulit agak kompleks untuk dibuat dan kami juga tidak mendapat idea yang lebih
efektif dan sesuai untuk membuatnya. Oleh sedemikian, kami telah menginovasikan
idea pertama kami dan mengambil keputusan untuk membuat boneka tongkat.

Bagi tugasan ini, kami juga diminta untuk menyediakan satu buku panduan
penggunaan boneka tongkat tersebut. Kami secara kumpulan berbincang dan
menyediakan buku tersebut dengan sempurna. Kami telah menulis skrip yang
merangkumi aktiviti prabacaan yang berkaitan dengan nama haiwan. Kami telah
membuat tiga boneka pari-pari bagi melaksanakan aktiviti pembelajaran dan
pengajaran.

Melalui kerja kursus ini, saya telah memperolehi pengetahuan yang lebih lanjut
mengenai konsep KIA2M (LINUS), kemahiran-kemahiran asas LINUS, prinsip dan
kriteria pemilihan bahan pengajaran dan pembelajaran LINUS. Selain itu, kerja kursus
ini juga mengajar saya cara melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menarik dan berkesan bagi murid-murid. Melalui tugasan ini, saya sebagai seorang
bakal guru, dapat menilai dan memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih
sesuai untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada murid-murid
pada masa hadapan.

Dalam menghasilkan kerja kursus ini, kumpulan saya juga menghadapi beberapa
cabaran dan rintangan. Kami tidak memperolehi maklumat lanjut mengenai cara
membuat boneka tongkat dan contoh buku panduan bagi aktiviti pengajaran dan
pembelajaran menggunakan boneka tongkat. Bagi mengatasi masalah ini, kami telah
merujuk pelbagai sumber maklumat dan membuat pembacaan dan perbincangan
bersama dengan ahli kumpulan dan juga dengan rakan-rakan lain.

Secara keseluruhannya, kerja kursus ini memberi banyak pengalaman dan


pengetahuan kepada saya mengenai bahan bantu mengajar (BBM). Saya juga
bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik pada masa yang
ditetapkan dengan tunjuk ajar pensyarah dan bantuan serta komitmen ahli kumpulan
saya.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai