Anda di halaman 1dari 35

Tajuk 4 PERSEDIAAN UNTUK MENGAJAR

Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam bab ini merangkumi perbincangan tentang persediaan untuk


mengajar. Kepentingan dan tujuan perancangan untuk pengajaran akan
dibincangkan. Anda akan dibimbing untuk menguasai kemahiran merancang
Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan persediaan Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) berdasarkan format dan keperluan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR). Panduan penulisan hasil pembelajaran untuk satu sesi pelajaran
akan diberikan berdasarkan Taksonomi Bloom yang disemak semula oleh Anderson
dan Krathwohl (2001). Ini diikuti dengan penelitian jenis pentaksiran yang sesuai
digunakan dalam bilik darjah.

Konsep, kepentingan dan proses pengajaran mikro diperkenalkan diikuti dengan


penerangan tentang kemahiran-kemahiran asas pengajaran mikro seperti set
induksi, penggunaan papan tulis, variasi rangsangan, penyoalan, peneguhan,
penerangan, penggunaan bahan bantu mengajar, dan penutup. Bagi setiap
kemahiran mikro yang dibincangkan, penggunaan borang penyeliaan yang sesuai
diperkenalkan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai mengikuti bab ini, diharap anda dapat:

1. Menerangkan kepentingan dan tujuan merancang sesuatu pelajaran.

2. Menyenaraikan langkah-langkah pengajaran dan mengkategorikannya


mengikut komponen/fasa utama pengajaran (perancangan, pelaksanaan dan
pentaksiran.

3. Menguasai kemahiran penyediaan RPH dan penyampaian pengajaran


berdasarkan penelitian dan pentafsiran dokumen standard kurikulum.

4. Menentukan jenis pentaksiran yang digunakan sesuai dengan tujuan dan


langkah pengajaran.

5. Menjelaskan konsep pengajaran mikro.

6. Membanding-beza pengajaran mikro dengan pengajaran makro.

62
7. Melaksanakan sesi amali untuk mempraktikkan kemahiran-kemahiran asas
pengajaran mikro.

8. Menganalisis sesi pengajaran mikro, menerima maklum balas konstruktif untuk


penambahbaikan amalan pengajaran.

Kerangka konsep tajuk-tajuk bab ini

PERSEDIAAN UNTUK
MENGAJAR

Kemahiran-
Konsep dan kemahiran Asas
Perancangan untuk
Kepentingan Pengajaran Mikro
Pengajaran
Pengajaran Mikro

PENCETUSAN MINDA
Semua guru praperkhidmatan mesti melalui pengalaman
perancangan pengajaran dan pengajaran mikro untuk
memastikan kemahiran dan penyampaian pengajaran berkesan
dan berkualiti. Apakah tujuan pendedahan pengalaman tersebut?

4.1 PERANCANGAN UNTUK PENGAJARAN


Perancangan untuk pengajaran menentukan apa yang akan diajar untuk satu
semester/ tahun dan dalam cara mana ia akan diajar berpandukan sukatan
pelajaran. Untuk memastikan sesuatu pengajaran dilaksanakan dengan
berkesan dan berjaya, seseorang guru harus terlebih dahulu menyedari
kepentingan perancangan untuk pengajaran. Guru perlu merancang untuk
pengajaran dengan membuat penelitian dan pentafsiran terhadap kurikulum
kebangsaan, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran dan surat
pekeliling ikhtisas yang sedang berkuatkuasa. Kandungan sukatan pelajaran
perlu disesuaikan mengikut tahap pencapaian semasa, potensi dan kemajuan
pelajar serta berlaku secara bersepadu. Selain daripada itu, pendekatan,
kaedah dan teknik dipelbagaikan serta menggunakan bahan-bahan sokongan

63
yang relevan dan sesuai dengan tahap pencapaian, potensi dan kemajuan
pelajar.

4.1.2 Penelitian Sukatan Pelajaran


Pada tahun 2010/2011, Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal
berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran: Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR). KSSR berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang,
berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains
dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri,
kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai. Guru perlu membuat
perancangan untuk pengajaran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum
bagi mata pelajaran yang diajarnya. Dokumen Standard Kurikulum
merupakan satu dokumen yang mengandungi satu program pengajaran dan
pembelajaran. Ia merupakan satu alat utama dalam memperuntukkan
sesuatu ilmu, kemahiran dan nilai yang akan dikuasai oleh pelajar.

4.1.3 Rancangan Pengajaran


Rancangan Pengajaran merupakan pelan bertindak untuk sesuatu program
pengajaran dan pembelajaran yang disediakan berdasarkan sukatan
pelajaran mata pelajaran yang akan diajar untuk tahun akademik atau
semester tertentu. Dengan adanya Rancangan Pengajaran, guru boleh
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara sistematik mengikut
pemeringkatan yang sesuai.

menentukan ilmu, kemahiran dan nilai (standard isi kandungan dan


standard pembelajaran) yang perlu disepadukan dalam enam tunjang
KSSR .

Menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai


berdasarkan isi kandungan, kemahiran dan nilai yang ditentukan.

menyediakan aktiviti dan sumber pengajaran yang sesuai.

menentukan kesesuaian jenis pentaksiran formatif mengikut langkah


pengajaran.

Biasanya, Rancangan Pengajaran meliputi


Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)/ Semester
Rancangan Pengajaran Mingguan (RPM)
Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

64
Rancangan Pengajaran Tahunan
Siapakah yang akan merancang Rancangan Pengajaran Tahunan? Secara
am, Ketua Panitia bersama semua guru yang mengajar mata pelajaran
tersebut bekerjasama untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan
berkenaan. Melalui amalan ini ujian bulanan dan peperiksaan boleh ditentu
dan diseragamkan. Tahap di mana mata pelajaran itu patut diajar, teknik dan
sumber pengajaran boleh ditentukan dan dikongsi bersama.

Rancangan Pengajaran Tahunan terbahagi kepada dua bahagian :


Penggal Pertama (Januari Mei)
Penggal Kedua (Jun - Oktober)

Rancangan Pengajaran Tahunan perlu mengambil kira aspek berikut:-


Masa yang diperuntukkan bagi satu waktu dalam seminggu/semester.
Isi kandungan yang perlu diselesaikan, kepentingannya dan jangka masa
yang diperlukan.

Urutan isi kandungan yang hendak diajar


Integrasi kesemua kemahiran
Membuat keputusan tentang jumlah masa yang anda gunakan dengan
baik bagi setiap topik. Adalah baik untuk mengambil kira cuti umum dan
cuti sekolah

Jadual 4.1 menunjukkan contoh Rancangan Pengajaran Tahunan yang


mempunyai komponen dan maklumat-maklumat yang perlu dimasukkan ke
dalamnya. Anda boleh membuat pencarian laman web contoh-contoh mata
pelajaran KSSR melalui portal rasmi Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing
ataupun laman KSSR online di http://www.kssronline.com/p/lesson-plan.html

65
Jadual 4.1
Contoh Rancangan Pelajaran Tahunan Untuk Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani
STANDARD
MINGGU KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI CATATAN
1 Konsep Pergerakan 1.1 .1 Melakukan pergerakan ke ruang am yang 1. Memanaskan badan Cadangan EMK
Unit 1 : Kesedaran telah ditetapkan 2. Bergerak dalam ruang 1.
Ruang terbuka Keusahawanan-
Objektif: : 2.1.1 Membezakan pergerakan mengikut ruang 3. Petak sempit dan luas sikap
Berkebolehan 5.1.2 Melakukan aktiviti dalam ruang yang selamat keusahawanan
4. Bergerak berhalangan
melakukan pelbagai
pergerakan
berdasarkan 5. Permainan kecil : Finding
kesedaran ruang Nemo
6. Menyejukkan badan
7. Pentaksiran

Cadangan
2 Konsep Pergerakan 1.1.2 Meningkatkan kelajuan semasa bergerak 1. Memanaskan badan EMK:
Unit 2 : Kelajuan 2.1.3 Mengenal pasti perlakuan yang boleh Kreativiti dan
Pergerakan meningkatkan kelajuan 2. Meniru pergerak haiwan inovatif
Objektif : 5.2.2 Menerima cabaran dan seronok semasa 3. Segi tiga haiwan
Berkebolehan melakukan aktiviti 4. Permainan kecil : musang
melakukan perbagai dan ayam
pergerakan 5.Menyejukkan badan
berdasarkan kelajuan 6. Pentaksiran

Pergerakan Cadangan
3 Lokomotor 1.2.1 Melakukan pergerakan berjalan 1. Memanaskan badan EMK:
2.2.1 Mengenalpasti ciri - ciri perlakuan lokomotor
2. Penyampaian standard Kreativiti dan
Unit 3 : Berjalan pembelajaran inovatif
Objektif : 5.2.2 Menerima cabaran dan seronok semasa 3.Permainan kecil : Bola Sentuh

48
Berkebolehan melakukan aktiviti 4. Menyejukkan badan
melakukan kemahiran 5.3.1 Berkomunikasi antara rakan, guru dan ahli 5. Pentaksiran
berjalan pelbagai arah kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal

Sumber: http://www.kssronline.com/p/lesson-plan.html

49
Rancangan Pengajaran Harian
Setiap orang guru perlu merancang persediaan mengajar masing-masing untuk
memastikan kelancaran dan keberkesanan proses pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran. Persediaan mengajar yang juga dikenali sebagai Rancangan
Pengajaran Harian merupakan dokumen untuk merekodkan rancangan unit-unit
pembelajaran secara sistematik bagi sesuatu topik mata pelajaran pada hari tertentu
menggunakan format yang telah ditetapkan. Melalui penyediaan Rancangan
Pengajaran Harian, guru dapat meramal iklim bilik darjah yang bakal dihadapi;
seterusnya membuat persediaan langkah-langkah untuk menanganinya. Rancangan
Pengajaran Harian yang disediakan dengan jelas, teliti dan lengkap merupakan kunci
kejayaan kepada guru praperkhidmatan semasa menjalankan praktikum dan
seterusnya menjadi seorang guru yang berkeyakinan dan berketrampilan.

Selain daripada itu, Rancangan Pengajaran Harian (RPH) membantu guru:


Menentukan objektif pembelajaran supaya guru tidak terpesong dari apa
yang dirancang.
Memastikan isi pelajaran disampaikan dalam masa yang diperuntukkan.
Merancang strategi pengajaran yang sesuai isi pelajaran, peringkat,
kebolehan dan minat pelajar.
Mengingati urutan bahan pengajaran yang akan disampaikan
Mengawal bilik darjah dengan baik.
Memilih jenis soalan yang sesuai serta mencabar untuk dikemukakan
semasa pengajaran.
Merancang bagaimana enam tunjang KSSR dapat diterapkan dalam langkah
penyampaian pengajaran atau aktiviti pembelajaran.
Peka kepada fungsi setiap komponen RPH dan hubungkait antaranya supaya
terdapat kesinambungan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut.

4.1.4 Format Dan Komponen-Komponen Dalam RPH


Terdapat pelbagai jenis format yang boleh digunakan untuk menulis RPH.
Format yang paling berguna adalah mudah untuk diikuti dan berstruktur
dengan baik. Kerangka sesuatu format boleh digunakan dengan mudah
semasa dalam bilik darjah untuk dirujuk dengan cepat oleh guru. Ia boleh
diikuti dan digunakan dengan pantas oleh guru jika sekiranya terdapat
gangguan.

48
Anda boleh membuat pencarian laman web contoh-contoh mata pelajaran
KSSR melalui portal rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian
Pelajaran Malaysia
dihttp://www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/dokumen_kurikulum/tahap_i

Jadual 4.2 menunjukkan templet Rancangan Pengajaran Harian untuk Slot


Pengajaran Kelas Prasekolah yang mempunyai komponen dan maklumat-
maklumat yang perlu dimasukkan ke dalamnya.

Jadual 4.2
Templet Rancangan Pelajaran Harian untuk Prasekolah

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN


(SLOT PENGAJARAN KELAS)

Kelas : Tadika Sri Cemerlang


Tarikh : 05.01.2013
Masa : 9.30 10.00 pagi
Bil. Murid : 25 orang
Modul :Asas/ Tema
Tajuk/Tema :
Tunjang Utama:
Standard Kandungan :
Standard Pembelajaran:
Kesepaduan Tunjang:
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :-
i).....MESTI ADA PERLAKUAN, SYARAT MINIMA, TEMPOH MASA.......
ii)
Pengetahuan Sedia Ada :
Kemahiran Berfikir (KB) :
Penerapan Nilai :
Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
Fokus MI :
Kosa Kata :

Masa/Langkah Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan/Bahan


Set Induksi
Perkembangan
P&P (Langkah)
Penutup/Refleksi

Refleksi Guru Pelatih :

Ulasan Guru/ Pensyarah :

49
Jadual 4.3 merupakan saranan templet Rancangan Pengajaran Harian untuk mata
pelajaran sekolah rendah secara amnya. Rancangan Pelajaran Harian mungkin
mempunyai sedikit perbezaan antara mata pelajaran dari segi butiran yang perlu
dimasukkan dalam komponen-komponen RPH.

Jadual 4.3
Templet Rancangan Pengajaran Harian Untuk Sekolah Rendah

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Kelas :
Tarikh :
Masa :
Bil. Murid :
Tema :
Tajuk:
Fokus Utama:
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran

Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :-
i)
ii)
Pengetahuan Sedia Ada :
Penerapan Nilai :
Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
Bahan Bantu Mengajar (BBM) :

Masa/Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Catatan


Set Induksi
Perkembangan
P&P (Langkah)
Penutup

Pentaksiran Pengajaran dan Pembelajaran:

Refleksi Guru Pelatih :

Ulasan Guru/ Pensyarah :

64
Komponen-Komponen dalam Rancangan Pelajaran Harian (RPH)
Secara am, RPH mempunyai tiga komponen yang utama
Komponen Maklumat
Komponen Persediaan
Butiran am
Butiran standard kurikulum: standard kandungan,
standard pembelajaran, kesepaduan tunjang/
elemen merentas kurikulum (EMK)
Objektif pembelajaran
Pengetahuan Sedia Ada
Penerapan: nilai murni, kemahiran berfikir(KB),
kecerdasan pelbagai (MI)
Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Komponen Penyampaian Set induksi


Perkembangan: isi pelajaran, penerapan nilai dan
kemahiran, strategi pengajaran (aktiviti murid dan
guru), penggunaan sumber

Komponen Penutup, Jenis dan cara penutup


Pentaksiran dan Refleksi Pentaksiran Pengajaran dan Pembelajaran:
Refleksi Guru Pelatih
Ulasan Guru/ Pensyarah

TUGASAN TERARAH
Layari laman web rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum
http://www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/dokumen_kurikulum/tahap_i (lihat
bahagian Dokumen Kurikulum. Buat pencarian Dokumen Kurikulum
Standard mengikut bidang pengkususan anda dan beberapa contoh
Rancangan Pelajaran Harian.
Banding-beza komponen/ciri/maklumat dalam sampelan sukatan pelajaran
dan RPH. Berdasarkan maklumat tersebut, sediakan satu set Rancangan
Pengajaran Tahunan dan satu set Rancangan Pelajaran Harian mengikut
mata pelajaran yang dikenal pasti.
Tentukan jenis pentaksiran yang sesuai dengan dalam langkah
pengajaran (di mana perlu).

4.1.5 Penulisan Hasil Pembelajaran /Objektif Pembelajaran Yang Eksplisit


Hasil pembelajaran merupakan objektif pembelajaran yang ditulis secara
eksplisit untuk menghuraikan apa yang pelajar dapat lakukan setelah
mengikuti sesuatu sesi pelajaran. Objektif pembelajaran merupakan fokus
dan panduan dalam sesuatu persediaan mengajar. Objektif pembelajaran

65
yang eksplisit melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh diperhatikan
(lihat Jadual 3).Huraian objektif pembelajaran yang diharapkan tercapai ini
merupakan asas untuk guru mereka bentuk strategi dan prosedur-prosedur
pengajarannya dan membekal kriteria untuk menentukan kaedah
pentaksiran.

Pencapaian objektif pembelajaran dapat dinilai melalui perubahan tingkah


laku pelajar yang dapat diperhatikan selepas mengikuti sesuatu
unit/fasa/aktiviti pembelajaran. Untuk menulis objektif pembelajaran yang
eksplisit, anda perlu bermula dengan kefahaman tentang empat unsur utama
iaitu pelajar, perlakuan, keadaan dan tahap pencapaian atau lebih dikenali
dengan akronim ABCD (Audience, Behaviour, Condition, Degree).

Pelajar. Guru yang menyediakan objektif sebagai sebahagian daripada


persediaan mengajar perlu mempunyai pengetahuan tentang latar belakang
kumpulan pelajarnya seperti pengetahuan sedia ada, tahap minat dan
motivasi, komposisi jantina, dan gaya pembelajaran mereka. Contoh, Murid-
murid kelas Tahun 6 Gagah dapat.....

Perlakuan. Perubahan tingkah laku yang diharap dapat diperhatikan


selepas aktiviti pembelajaran seperti peningkatan dalam pengetahuan isi
kandungan, kemahiran, dan nilai murni. Contoh, Murid-murid kelas Tahun 6
Gagah dapat menamakan ......

Keadaan. Keadaan yang diperlukan bagi memudahcarakan perubahan


tingkah laku pelajar-pelajar melalui situasi atau cara isi kandungan
disampaikan.Contoh, Secara berkumpulan, murid-murid kelas Tahun 6
Gagah membuat sumbangsaran untuk menghasilkan senarai jenis hidupan
laut (untuk mata pelajaran Sains).

Tahap Pencapaian. Tahap pencapaian bererti pencapaian minima yang


diharapkan dalam objektif eksplisit ditentukan. Contoh, Secara berkumpulan,
murid-murid kelas Tahun 6 Gagah membuat sumbangsaran untuk
menghasilkan sekurang-kurangnya lapan jenis hidupan laut (untuk mata
pelajaran Sains).

66
Contoh Objektif Pembelajaran Yang Eksplisit:
Murid boleh mengenal pasti (perlakuan) sekurang-kurangnya sembilan
nombor perdana dalam (tahap pencapaian) dari carta senarai 100
nombor yang disusun secara meningkat (keadaan).

Sebagai panduan untuk menulis objektif pembelajaran yang eksplisit, anda


boleh rujuk kepada senarai kata kerja di bawah:

Jadual 4.4
Taksonomi Objektif Pembelajaran Dalam Domain Kognitif (Taksonomi Bloom,
disemak semula oleh Anderson dan Krathwohl, 2001).

Kata kerja yang menghuraikan hasil pembelajaran pada aras mengingat:


definisikan huraikan pilihlabelkan
padankan tuliskan nyatakan
kenalpasti namakan gariskan

Kata kerja yang menghuraikan hasil pembelajaran pada aras memahami:


tukarkan terangkan rujukkan
asingkan panjangkan parafrasakan
bezakan generalisasikan

Kata kerja yang menghuraikan aras pembelajaran pada aras mengaplikasi:


tukarkan modifikasikan hubungkan
kirakan operasikan selesaikan
tunjukkan demonstrasikan organisasikan
pindahkan kembangkan sediakan
gunakan hasilkan

Kata kerja yang menghuraikan hasil pembelajaran pada aras analisis:


pecahkan tunjukkan bahagikan
hubungkan buat kesimpulan asingkan
bezakan kelaskan cerakinkan

Kata kerja yang menghuraikan hasil pembelajaran pada aras menilai:


taksirkan kritik sokong
persamaan pertahankan sahkan
bezakan justifikasikan selesaikan
terjemahkan rumuskan

Kata kerja yang menghuraikan hasil pembelajaran pada aras mencipta:


buktikan ciptakan sintesiskan
susun semula rekabentukkan tuliskan semula
bentukkan menjanakan gubalkan

67
Kata kerja dalam objektif pembelajaran ialah kata perbuatan yang membawa
maksud tingkah laku yang boleh diperhatikan. Sebagai contoh, walaupun kita
sebagai guru berkehendakkan pelajar kita menghargai sesuatu adalah
mustahil untuk kita melihat bila pelajar kita menghargai sesuatu.
Memahami ialah suatu kata hikmat yang membawa maksud apa yang kita
mahu pelajar kita lakukan tetapi kita tidak dapat mengukur konsep
memahami. Langkah terbaik yang boleh dilakukan ialah membuat inferens
yang pelajar itu menghargai atau memahami sesuatu berdasarkan apa yang
pelajar itu lakukan atau berkata dalam situasi terkawal.

Sebagai kesimpulan, penulisan objektif pembelajaranyang baik adalah intipati


sesuatu persediaan mengajar. Jika objektif yang anda buat adalah kurang
jelas, adalah mustahil untuk menilai kualiti persediaan mengajar yang anda
hasilkan berdasarkan objektif pembelajaranyang kurang tepat. Sebelum anda
mula menulis sesuatu objektif pembelajaran, peruntukan sedikit masa untuk
memikir tentang apa yang anda boleh lakukan dan pastikan tingkah laku
pelajar boleh diperhatikan.

Proses menulis objektif pembelajaran dan menghuraikan apa yang anda


hendak lakukan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran memerlukan
kesabaran dan banyak latihan. Pastikan anda mendapat sebanyak mungkin
maklum balas tentang usaha anda.

4.1.5 Pentaksiran Bilik Darjah (Formatif)


Pentaksiran bilik darjah dijalankan secara berterusan untuk mengesan
perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Guru biasanya
menggunakan teknik soal-jawab untuk mentaksir kefahaman murid secara
formatif sebelum beralih ke langkah pengajaran yang seterusnya. Guru boleh
menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai yang bersifat autentik dan
holistik. Pastikan semua murid melepasi piawai standard yang ditetapkan
dalam hasil pembelajaran.

Latihan
Berdasarkan akronim ABCD, sediakan enam pernyataan
objektif pembelajaran yang eksplisit.

68
4.2 KONSEP DAN KEPENTINGAN PENGAJARAN MIKRO

Pengajaran mikro merupakan teknik latihan guru yang melibatkan kumpulan


kecil guru pelatih mengendalikan sebahagian sesi pengajaran di hadapan
rakan sebayanya. Sesi pengajaran antara 5-10 minit itu dirakamkan
kemudian ditayang semula untuk menjalankan post-mortem bagi mengenal
pasti aspek kelemahannya supaya dapat dibuat penambahbaikan.

Pengajaran mikro membolehkan guru pelatih


memberi fokus kepada kemahiran mengajar tertentu dalam persekitaran
yang terangkum tanpa perasaan tergugat
memperoleh maklum balas tentang teknik pengajarannya daripada
pelbagai perspektif
menerima sokongan dan maklum balas daripada rakan sebaya

Adalah menarik untuk mengetahui bahawa pengajaran mikro berasal dari


Stanford University pada tahun 1963. Penyelidik dari Pusat Penyelidikan dan
Pembangunan Pengajaran telah mereka suatu pendekatan bagi latihan
pengajaran praktikal dengan memperkenalkan kawalan ketat, kaedah lebih
analitikal dan suatu pendekatan baru memberi maklum balas (Allen & Ryan
dalam Brown, 1987).

4.2.1 Ciri-ciri Pengajaran Mikro


Menurut Allen dan Ryan (1969) ciri-ciri utama pengajaran mikro adalah:
a) Pengajaran mikro merupakan pengajaran sebenar walaupun situasi
pengajaran telah direka begitu rupa di mana pensyarah dan guru pelatih
berkerjasama dalam situasi latihan.
b) Pengajaran mikro mengurangkan keadaan kompleks bilik darjah biasa di
mana saiz kelas, skop kandungan, dan masa dikurangkan.
c) Pengajaran mikro memfokus kepada penguasaan tugasan yang spesifik,
seperti kemahiran pengajaran, teknik pengajaran, penguasaan bahan
kurikulum atau demonstrasi kaedah pengajaran.
d) Pengajaran mikro membolehkan peningkatan kemahiran mengajar
dalam keadaan terkawal dari segi jumlah pelajar, kaedah maklum balas,
penyeliaan, dan faktor lain yang boleh diubah suai.
e) Pengajaran mikro meningkatkan dimensi maklum balas pengajaran.
Maklum balas diberi sebaik sahaja pengajaran mikro tamat. Melalui

69
penggunaan borang penyeliaan yang disediakan khas untuk
mendapatkan maklum balas spesifik kepada beberapa aspek
pengajaran, memainkan semula pita video, guru pelatih dapat
mengetahui prestasinya dan akan cuba memperbaikinya dalam
persekitaran yang selamat.

Secara amnya, pengajaran mikro membekal dan memperkenalkan guru


pelatih secara ansur maju akan aktiviti simulasi pengajaran yang kompleks
berkait rapat dengan situasi sebenar dalam bilik darjah. Dalam pengajaran
mikro, anda akan dikehendaki memfokus kepada kemahiran pengajaran
khusus yang telah dikenal pasti oleh anda dan pensyarah anda. Maklum balas
dimantapkan dengan menonton kembali rakaman video dan komen-komen
dalam borang penyeliaan bagi setiap kemahiran pengajaran.Sebagaimana
yang dibayangkan oleh istilah tersebut, pengajaran mikro adalah mikro
dikecilkan dalam tiga cara:
Saiz kelas jumlah pelajar hanya 5-10 orang;
Jangka masa pengajaran boleh jadi sependek 5-10 minit; dan
Hanya berfokus pada satu kemahiran mengajar pada satu-satu masa

4.2.2 Proses Pengajaran Mikro


Pengajaran mikro yang asal mengandungi kitaran : Rancang Mengajar
Memerhati (Maklum balas) Merancang Semula Mengajar Semula
Memerhati Semula
(Allen & Ryan dalam Brown, 1987).

Setiap kitaran ditumpukan kepada latihan dalam suatu komponen kemahiran seperti
set induksi dan penutup (permulaan dan pengakhiran segmen pengajaran),
penyoalan yang berkesan, peneguhan pelajar dan penglibatan pelajar. Rajah 4.1
menunjukkan proses pengajaran mikro yang digunakan secara meluas dalam
institusi latihan perguruan di seluruh dunia.

70
Merancang

Pelaksanaan
Maklum balas Pemerhati (Mengajar)

Pengajaran semula Maklum balas


Pemerhati

Perancangan
semula

Rajah 4.1 Proses Pengajaran Mikro

Peringkat Merancang
Sebelum memulakan pengajaran mikro, kuliah tentang konsep-konsep pengajaran
mikro, kemahiran-kemahiran pedagogi, sesi rakaman video, cara pemerhatian dan
maklum balas sebaya dan penggunaan borang maklum balas akan dilakukan oleh
pensyarah. Pensyarah mungkin menggunakan contoh rakaman video yang
menunjukkan satu contoh sesi pengajaran mikro untuk sesi perbincangan kemahiran
pedagogi yang dijadikan fokus serta latihan mengisi borang maklum balas rakan
sebaya. Selepas itu, pensyarah dan guru pelatih berbincang tentang kekuatan dan
kelemahan yang dapat dikesan daripada pemerhatian tersebut.

Selepas itu, pensyarah mengenal pasti guru pelatih dan menentukan kemahiran-
kemahiran pedagogi yang perlu dijadikan fokus untuk mengendalikan satu sesi
pengajaran mikro. Setiap pelatih akan dibimbing untuk membuat persediaan
perancangan pengajaran.

Peringkat Pelaksanaan
Sebagai guru pelatih, anda dinasihatkan memulakan sesi pengajaran mikro dengan
menyatakan objektif pengajaran yang hendak diajar. Ini diikuti dengan persembahan
pengajaran dengan berfokus pada satu kemahiran yang telah dikenal pasti. Seramai
8-10 orang guru pelatih akan berlakon sebagai murid-murid mengikut tahap umur
seperti yang dijelaskan dalam RPH. Cuba pastikan murid-murid anda mengambil
bahagian yang aktif sepanjang sesi pengajaran. Guru pelatih yang lain akan berada
di sudut tepi/ bilik khas untuk membuat pemerhatian serta mengisi borang maklum

71
balas. Sewaktu seorang guru pelatih mengajar, gangguan luar tidak seharusnya
berlaku. Guru pelatih yang menjadi pemerhati harus peka kepada komponen-
komponen kemahiran pedagogi yang dijadikan fokus di samping mencari kekuatan
dan kelemahan untuk dibincangkan kemudian.

Peringkat Maklum Balas


Pada peringkat ini, pensyarah menjadi fasilitator semasa maklum balas diberi
kepada guru pelatih berkenaan. Berdasarkan borang maklum balas dan tayangan
rakaman video, pendapat dan pandangan untuk mengatasi atau menambahbaik
masalah/kelemahan akan dikemukakan dan dibincangkan. Semasa maklum balas
diberikan, semua pihak perlu kekalkan suasana perbincangan positif dan konstruktif
supaya tidak ada mana-mana pihak yang merasa kecewa hasil daripada maklum
balas tersebut.

Peringkat Perancangan Semula


Selepas sesi maklum balas, guru pelatih berkenaan akan membuat perancangan
semula berdasarkan ulasan dan komen-komen yang diberi oleh rakan sebaya dan
pensyarahnya. Sama ada guru pelatih akan mengajar semula sesi pengajaran mikro
bergantung kepada hasil penilaian terhadap prestasinya. Selepas perancangan
semula guru pelatih boleh melaksanakannya sekali lagi untuk memastikan dia benar-
benar menguasai kemahiran pedagogi yang dijadikan fokus tadi.

4.2.3 Perbezaan Antara Pengajaran Mikro Dan Pengajaran Makro

Pengajaran Mikro Pengajaran Makro


5-10 orang 30-40 orang
murid murid
5-10 minit 30-40 minit
satu kemahiran pelbagai
satu konsep kemahiran
pelbagai konsep

Rajah 4.2. Ciri-ciri perbezaan antara pengajaran mikro dan makro.

72
Pengajaran mikro adalah proses pengajaran yang dijalankan dalam unit kecil
sebagai simulasi kepada guru pelatih. Pengajaran mikro bertujuan untuk
mengurangkan masalah-masalah yang mungkin timbul semasa pengajaran makro
dijalankan. Ciri-ciri, proses dan kepentingan pengajaran mikro telahpun dibincangkan
dalam bahagian di atas. Untuk mendapatkan kefahaman tentang persamaan dan
perbezaan antara pengajaran mikro dan makro, kita seterusnya meninjau secara
ringkas konsep pengajaran makro.

Pengajaran makro merupakan satu sesi pengajaran yang lengkap bermula dari set
induksi, perkembangan hingga ke penutup. Ia merupakan simulasi satu pengajaran
yang lengkap kepada satu kelas biasa. Pengajaran makro boleh dikendalikan dalam
bilik darjah biasa ataupun dalam makmal pengajaran mikro. Pelaksanaannya
mengandungi ciri-ciri berikut; dilakukan dalam bilik darjah, guru (guru pelatih)
mengajar satu sesi pengajaran yang lengkap, bertumpu kepada pelbagai kemahiran
mengajar, seramai 3-5 orang rakan pelatih berperanan sebagai pemerhati, dan yang
lain berperanan sebagai murid. Jangkamasa yang ditentukan dalam pengajaran
makro adalah berdasarkan satu sesi pengajaran yang lengkap yang mungkin
memakan masa selama antara 30 hingga 40 minit. Pengajaran makro merupakan
kesepaduan pelbagai kemahiran pedagogi dalam pengajaran mikro berdasarkan
perancangan pengajaran harian yang disediakan oleh guru. Ianya bertujuan
membantu guru pelatih membiasakan diri melaksanakan pelbagai kemahiran dalam
satu sesi pengajaran, di samping mereka dapat memperbaiki kelemahan sebelum
mereka menghadapi situasi pengajaran sebenar di bilik darjah di sekolah.

4.3 Kemahiran Kemahiran Asas Pengajaran Mikro


Antara kemahiran pengajaran yang terangkum dalam pengajaran mikro dan
penilaian ialah :
set induksi,
penggunaan papan tulis
variasi rangsangan
penyoalan
peneguhan
Penerangan dengan menggunakan bahan bantu mengajar, contoh dan
ilustrasi

penutup

73
Set Induksi

Penggunaan Papan Tulis


Penutup

Variasi rangsangan

Peneguhan

Penerangan dengan
menggunakan Bahan
Bantu Mengajar, Contoh
Penyoalan dan Ilustrasi

Rajah 4.3.Kemahiran-kemahiran dalam pengajaran mikro.

Dalam bahagian berikutnya, kita akan meneliti setiap lapan kemahiran pengajaran
yang dinyatakan di atas dan juga membekalkan contoh borang penyeliaan bagi
setiap kemahiran tersebut.

a) Set Induksi
Sekarang mari kita meneliti kemahiran pengajaran mikro yang pertama, iaitu
set induksi. Kemahiran ini merujuk kepada cara guru memulakan sesi
pengajaran dan pembelajarannya. Set induksi digunakan untuk
memperkenalkan sesuatu pengajaran atau topik baru dalam suatu pengajaran
yang dapat menarik minat murid terhadap apa yang akan diajar seterusnya.
Set induksi juga digunakan untuk membantu mengenal pasti apa yang sudah
diketahui dan menghubungkaitkannya dengan apa yang akan menyusul
kemudian.

Antara objektif penggunaan set induksi adalah seperti berikut:


Menimbulkan minat murid kepada apa yang akan dipelajari
Mewujudkan kerangka rujukan sebelum dan semasa sesuatu sesi
pengajaran
Membuat perkaitan antara apa yang sudah diketahui dengan konsep atau
maklumat baharu di luar pengalaman murid; dan
Merangsang kesediaan belajar murid.

74
Sebenarnya set induksi boleh digunakan:
Pada permulaan pengajaran
Semasa menukar topik;
Sebelum sesi soal-jawab;
Sebelum perbincangan panel; dan
Sebelum tayangan filem, klip video, atau bentuk multimedia yang lain

PENCETUSAN MINDA : Think-Pair-Share


Apakah di antara aktiviti set induksi yang telah anda cuba dalam bilik
darjah? Adakah ia berjaya dalam fungsinya? Cuba ingat kembali, dan
kongsi dengan rakan sebelah anda.

Komponen-komponen dalam set induksi mengandungi elemen berikut:


Menarik perhatian ini akan tercapai jika anda ingin mencuba sesuatu
yang baru setiap kali. Jika anda gunakan muslihat yang sama setiap kali,
murid anda akan jemu terutama apabila mereka boleh teka bagaimana
anda akan memulakan pengajaran anda setiap kali anda memasuki
kelas.
Mewujudkan motivasi semasa perkembangan pengajaran, murid lemah
berkemungkinan hilang tumpuan mereka; berceritalah atau tanyalah
soalan yang merangsang dan relevan dan lihat kesannya.
Perkaitan Kognitif ada kalanya murid gagal melihat keseluruhan bahan
pengajaran yang sedang disampaikan; tetapi sekiranya murid-murid
dapat mengaitkan bahan pengajaran dengan pengalaman lampau dan
baru atau mungkin dengan isu semasa, ini dapat menjadi mukjizat, dan
Menstruktur murid memerlukan hala tuju agar dapat memahami apa
yang sedang diajar. Oleh itu, adalah penting sekiranya aktiviti dan
tugasan yang ingin dicapai dijelaskan terlebih dahulu.

75
TUTORIAL
Sediakan satu contoh set induksi untuk dilaksanakan sebagai aktiviti
pengajaran mikro. Berpandukan borang penyeliaan set induksi di bawah,
minta rakan sekursus anda untuk menilai kemahiran set induksi anda.
Bincang cara-cara untuk meningkatkan kemahiran ini

Jadual 4.5
Borang Penyeliaan Kemahiran Set Induksi

Komponen Set Induksi Ya () Ulasan


Tidak
(X)
Menarik Perhatian
1. Menggunakan nada suara untuk memfokus minat
2. Menggunakan bahan bantu mengajar
3. Menggunakan gerak isyarat badan dan kontak mata
4. Memperkenal sesuatu yang luar biasa/ kreatif
Mewujudkan Motivasi
1. Menunjukkan kemesraan dan semangat yang tinggi
2. Menggunakan teknik bercerita untuk merangsang
naluri ingin tahu
3. Menggunakan soalan / aktiviti yang mencabar minda
Perkaitan Kognitif
1. Mengaitkan dengan pengalaman lepas
2. Mengaitkan dengan pengalaman baru
3. Mengaitkan dengan peristiwa semasa
4. Mengaitkan minat dan pengalaman murid

Menstruktur
1. Menyatakan had tugasan
2. Menggunakan siri soalan yang berkaitan
3. Mencadangkan cara-cara menjalankan tugasan
4. Menyatakan tujuan aktiviti atau tugasan
Sila tandakan( ) atau (X)pada ruangan yang
berkenaan

76
b) Penggunaan Papan Tulis
Kemahiran kedua pengajaran mikro ialah penggunaan papan tulis. Papan
tulis merupakan alat bantu mengajar yang paling tua dan paling kerap
digunakan guru untuk menyampaikan sesuatu idea atau konsep dalam
bentuk visual. Maklumat dicatat dengan teratur untuk menambahkan
keberkesanan pengajaran. Penggunaan papan tulis secara cekap
memudahkan murid membentuk persepsi yang jelas dan menyeluruh di
samping menarik minat murid mengikuti pelajarannya.

Objektif penggunaan papan tulis adalah seperti berikut:


Membantu guru memperjelaskan sesuatu fakta/konsep/idea yang abstrak
secara tersusun.
Memudahkan murid membuat nota dengan berkesan.
Untuk guru mendemonstrasikan langkah-langkah penyelesaian masalah
secara sistematik (contohnya langkah-langkah penyelesaian masalah
matematik).
Memberi peluang interaktif kepada murid-murid tampil ke hadapan untuk
menulis, menyelesai masalah atau melakarkan sesuatu idea.

Komponen utama dalam kemahiran penggunaan papan tulis adalah:


Kejelasan saiz tulisan dan gambar rajah yang sesuai, jarak antara
huruf dan perkataan yang sesuai, tulisan yang kemas dan
lurus;
Susunan - penggunaan ruang, penyusunan perkataan dan ayat;
Penonjolan atau penekanan penggunaan pen marker berwarna,
menggaris dan melakar
Teknik persembahan jelas, tepat dan relevan

Maklumat yang relevan sahaja dikekalkan, penulisan lain perlu dipadamkan


untuk memudahkan pembelajaran sesuatu konsep atau idea. Semasa menulis
di papan tulis, pastikan ketepatan dari segi penggunaan ejaan, tanda baca dan
kosa kata.

77
Papan kapur

Papan putih bermagnet

Papan
interaktif

Rajah 4.3. Pelbagai jenis papan tulis

Buat persembahan sebahagian daripada isi pengajaran anda dengan


menggunakan papan tulis. Tangkap (ambil) gambar foto hasil
penggunaan papan tulis tersebut. Adakah anda mengambil kira kriteria-
kriteria yang disenaraikan dalam Jadual 4.5 di bawah? Berii laporan
ringkas.

78
Jadual 4.6
Borang Penyeliaan Kemahiran Penggunaan Papan Tulis
Komponen Papan Tulis Ya () Ulasan
Tidak
(X)
Kejelasan
1. Tulisan cukup besar
2. Jarak yang sesuai antara dua huruf
3. Jarak yang sesuai antara dua perkataan
4. Gambar rajah ringkas atau cukup besar
Susunan
1. Penggunaan ruang yang seimbang
2. Penyusunan kemas
3. Nota atau ayat disusun secara sistematik
Penonjolan atau penekanan
1. Penggunaan kapur warna yang sesuai
2. Perkataan penting digariskan
3. Penglabelan dibuat dengan huruf besar yang gelap
Teknik persembahan
1. Konsep jelas dan tepat
2. Penglibatan murid
3. Peruntukan masa releven
4. Penyampaian idea ringkas dan kemas
Sila tandakan () atau (X) pada ruangan yang
berkenaan

c) Variasi Rangsangan
Kemahiran pengajaran mikro yang ketiga yang akan kita pelajari ialah variasi
rangsangan. Kemahiran ini merujuk kepada cara guru mempelbagaikan teknik
pengajarannya agar murid dapat mengekalkan minat dan tumpuan kepada perkara
yang sedang dipelajari. Murid-murid di peringkat sekolah rendah mempunyai
tempoh penumpuan yang singkat (antara 15-20 minit). Kepelbagaian (variasi)
rangsangan perlu digunakan oleh guru untuk mengekalkan perhatian mereka.

Objektif penggunaan variasi rangsangan adalah seperti berikut:


Menimbulkan minat dan mengekalkan perhatian murid
Menambahkan peluang penggunaan pelbagai deria dalam proses
pembelajaran murid

79
Melibatkan murid secara aktif dalam pengalaman pembelajarannya
Memberi peluang kepada murid memenuhi naluri ingin tahuna melalui aktiviti
inkuiri/ induktif

Guru boleh pelbagaikan penyampaian pengajarannya melalui teknik/cara seperti:


pergerakan guru memanafaatkan ruang secara sistematik, elakkan
pengajaran dari satu sudut bilik darjah sahaja,
penggunaan isyarat badan yang positif,
penggunaan bahasa lisan dan bukan lisan yang tidak bercanggah dengan
mesej yang ingin disampaikan,
perubahan dalam pola kelajuan pertuturan,
perubahan dalam fokus deria, dan
mengatur aktiviti untuk melibatkan murid secara fizikal.
Variasi sebegini membantu murid mengekalkan perhatian mereka, menghilangkan
kebosanan dan menimbulkan rasa ingin tahu yang tinggi.

Jadual 4.7
Borang Penyeliaan Kemahiran Variasi Rangsangan
30 saat bagi setiap lajur
Komponen 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

Pergerakan guru
Kontak dan
pergerakan mata
Suara guru
Interaksi guru-
kumpulan
Interaksi guru-murid-
guru
Interaksi murid-murid

Interaksi guru-bahan

Interaksi murid-
bahan
Bentuk penglibatan
fizikal dan verbal
murid
Sila tandakan ( ) pada ruangan yang berkenaan berdasarkan tingkah laku
guru atau murid

80
TUTORIAL
Laksanakan slot pengajaran mikro dengan memberi penumpuan kepada variasi
rangsangan penyampaian. Berpandukan borang penyeliaan Kemahiran Variasi
Rangsangan (Jadual 4.7), minta rakan sekursus anda untuk menilai kemahiran
variasi rangsangan anda. Bincang cara-cara untukmeningkatkan kemahiran
anda dalam aspek ini.

d) Penyoalan
Satu lagi kemahiran pengajaran mikro ialah kemahiran penyoalan. Penyoalan
merupakan salah satu strategi pengajaran yang tidak kompleks serta paling
berkesan untuk guru mendapatkan maklum balas tentang aras kefahaman murid-
murid terhadap apa yang dipelajari. Kemahiran penyoalan ada kaitan dengan
keupayaan seseorang dalam menggunakan soalan aras rendah dan aras tinggi.
Kemahiran ini termasuk juga kebolehan seseorang dalam bertanyakan pelbagai
soalan susulan.

Antara objektif penyoalan adalah untuk:


menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif
mendapatkan maklum balas tentang tahap kefahaman murid
merangsang penglibatan murid dalam perbincangan
mewujudkan suasana mesra dan interaksi guru-murid
meningkatkan proses kognitif dan metakognitif
menarik minat dan rasa ingin tahu murid
mengawal perlakuan pelajar

Kebolehan guru mengenal pasti aras soalan akan membantunya menyeimbangkan


penggunaan aras soalan tinggi dan rendah. Keseimbangan 40:60 atau 50:50 soalan
fakta (Ya/Tidak & Jawapan Pendek) dengan soalan beraras tinggi (Banding beza &
Pendapat) adalah munasabah bagi sesuatu sesi pengajaran. Selepas guru
mengajukan soalan, guru harus memberi masa yang cukup untuk pelajar berfikir
tentang soalan sebelum memberi respons. Amalan hentian antara 3 - 5 saat
merupakan masa hentian yang munasabah untuk murid memikirkan jawapan
sebelum memberi respons.

Jika respons murid kurang memuaskan, guru boleh gunakan soalan susulan yang
mencungkil (follow-up prompts), mengubahsuai soalan yang terlampau susah

81
untuk dijawab oleh murid kepada bentuk yang lebih mudah. Soalan susulan yang
meneroka (follow-up probes)meminta murid-murid untuk memberi penerangan
lanjutan untuk jawapan yang kurang jelas, dan susulan alih hala(follow-up
redirection) mengalihkan respons pelajar kepada murid-murid yang lain dalam kelas
untuk diberi komen dan diperbincangkan.

Guru perlu mengambil kira tahap umur, jantina, tahap kebolehan dan minat murid
semasa membentuk contoh-contoh soalan untuk digunakan dalam pengajaran kelas.
Pastikan taburan soalan merangkumi keseluruhan kelas. Komponen-komponen
kemahiran penyoalan yang perlu diberi fokus termasuk:
Pembentukan soalan yang jelas, tepat dan ringkas
Fokus kepada satu idea
Hentian
Mencungkil
Alih hala soalan
Melayani jawapan dengan baik
Memberi petunjuk untuk membantu murid menjawab
Menyebarkan soalan-soalan ke seluruh kelas

Jadual 4.8
Borang Penyeliaan Kemahiran Teknik Menyoal
Kemahiran teknik Nombor soalan
menyoal 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
Jelas, tepat dan ringkas
Fokus kepada satu idea
Hentian
Mencungkil
Fokus kepada lebih
daripada satu idea
Alih hala soalan
Melayani jawapan
dengan baik
Menyebarkan soalan-
soalan ke seluruh kelas
Aras kognitif soalan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
Mengingat kembali

82
Memahami
Mengaplikasi
Menganalisis
Menilai
Mencipta

Sila tandakan (/) pada ruangan yang sesuai berdasarkan ciri soalan yang
ditanya`

Dari jadual di atas, anda tentu dapati kemahiran menyoal merangkumi juga aras-aras
kognitif penyoalan yang berbeza, iaitu lebih dikenali sebagai Taksonomi Bloom yang
disemak semula oleh Anderson dan Krathwohl (2001).

e) Kemahiran Peneguhan
Pernahkah anda dipuji kerana melakukan sesuatu yang baik? Apa perasaan anda?
Sudah tentu anda berasa amat gembira dan ingin mengulangi perlakuan tersebut.
Pujian yang anda terima itu disebut sebagai peneguhan. Ahli psikologi pendidikan
mendefinisikan peneguhan sebagai sebarang kesan yang memperkukuh atau
menambahkan kekerapan sesuatu tingkah laku.

Sebagai seorang guru, saya percaya anda pernah menggunakan peneguhan dalam
pengajaran dan pembelajaran anda. Kemahiran peneguhan merujuk kepada cara
guru memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh
pelajar. Dalam pengajaran mikro, peneguhan merupakan salah satu komponen
kemahiran yang perlu dipraktikkan untuk menggalakkan tingkah laku positif pelajar.

Peneguhan yang dipilih untuk digunakan oleh guru boleh berbentuk ganjaran nyata
(sticker, pensil, coklat) atau berbentuk sosial (senyuman, anggukan kepala) atau
berbentuk aktiviti (guna komputer, baca buku cerita, berdiri di hadapan barisan).
Peneguhan yang diberi harus dapat memotivasi atau memberi galakan kepada
pelajar pencapaian rendah untuk berusaha dengan lebih giat lagi.Di samping itu, ia
juga membantu dalam meningkatkan konsep kendiri pelajar dan seterusnya
membantu dalam peningkatan keyakinan pelajar.

83
Antara objektif pemberian peneguhan adalah untuk:
Menarik perhatian murid
Menggalakkan murid berusaha lebih giat lagi
Meningkatkan pencapaian murid
Memperbaiki disiplin murid
Meningkatkan keyakinan murid

Komponen-komponen yang terkandung dalam kemahiran peneguhan adalah sepertI:


Lisan positif bentuk kata seperti baik, betul, ya.
Gerak isyarat positif termasuk senyuman, anggukan, menepuk tangan;
Dampingan mendekati, berdiri di sebelah atau duduk di sisi murid,
Sentuhan menyentuh kepala atau bahu, berjabat tangan, high-five
* Lisan negatif oooi!, salah, malas
* Gerak isyarat negatif mengeleng kepala, merenung secara marah,
mencangkuk tangan atas pinggang, dan sebagainya
* Mungkin digunakan oleh guru tanpa disedari dan harus mengelakkan tindakan
seperti ini.

Jadual 4.9
Panduan Penyeliaan Kemahiran Peneguhan
Komponen Ada () Ulasan
Tiada (X)
Lisan postif
Gerak isyarat positif
Dampingan
Sentuhan
Lisan negatif
Gerak isyarat negatif

Sila tandakan ( ) atau (X) pada ruangan yang berkenaan berdasarkan jenis
peneguhan yang diberi oleh guru.

f) Kemahiran Menerang Dengan Menggunakan Bahan Bantu Mengajar,


Contoh Dan Ilustrasi Yang Sesuai

Kemahiran menerang dengan menggunakan contoh, bahan bantu mengajar


dan ilustrasi merupakan kemahiran pengajaran mikro yang merangkumi
pemilihan arahan permulaan yang sesuai, penyusunan isi kandungan secara

84
teratur pada peringkat perkembangan pengajaran, penggunaan sumber atau
ilustrasi yang sesuaiserta mendapatkan maklumbalas murid.

Semasa menggunakan kemahiran menerang, guru boleh menerangkan


sesuatu isi pelajaran atau konsep dengan memberi contoh-contoh yang
sesuai sambil mempamerkan gambar-gambar, membuat demonstrasi,
menayangkan klip video ataupun menggunakan ilustrasi lain yang
bersesuaian. Penerangan sesuatu konsep yang abstrak boleh juga
diperjelaskan melalui ilustrasi yang lebih konkrit seperti analogi,
perumpamaan ataupun cerita-cerita yang dikaitkan dengan kehidupan harian
murid.

Antara objektif penggunaan kemahiran menerang adalah untuk:


Menyampaikan isi pelajaran dengan jelas dan sistematik
Membantu murid membuat penanggapan yang lebih tepat berkaitan konsep
yang dipelajari
Meningkatkan penumpuan murid terhadap pelajaran
Memberi pengalaman yang seakan-akan sebenar

Jadual 4.10 menunjukkan empat komponen utama, iaitu aras permulaan, kemahiran
ilustrasi/contoh/alat pandang dengar, penyusunan idea dan kesimpulan. Sila semak
senarai berikut dan tandakan aspek yang anda biasa lakukan. Anda bolehlah
mencuba kemahiran-kemahiran yang anda belum pernah lakukan apabila anda
mengajar di bilik darjah nanti.

85
Jadual 4.10
Borang Penyeliaan Kemahiran Menerang Dengan Menggunakan Bahan Bantu
Mengajar, Contoh Dan Ilustrasi Yang Sesuai

Komponen dan Kriteria Ada () Ulasan


Tiada (X)
Aras permulaan
Kualiti suara dengan variasi dalam
pic,intonasi dan kekuatan
Penekanan pada fakta penting
Kesesuaian syarat badan dan pergerakan
Mudah dan tepat
Penggunaan ilustrasi/contoh/alat pandang
dengar
Kesesuaian (saiz, warna, jenis)
Jelas dan menarik
Penggunaan pelbagai deria
Mencukupi
Penyusunan idea
Perkembangan idea yang teratur
Penggunaan isyarat bukan lisan seperti
gerak isyarat dan ekspresi lisan
Kesimpulan
Isi-isi penting jelas (lisan / tulisan)
Isi-isi penting disusun teratur
Jelas dan tepat
Sila tandakan ( ) atau (X) pada ruangan yang berkenaan.

86
g) Kemahiran Penutup
Kemahiran penutup merujuk kepada penumpuan perhatian kepada
penyelesaian sesuatu tugas atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Ia
merupakan bahagian terakhir sesuatu pelajaran. Guru merumuskan sesuatu
pengajaran, mengambil langkah-langkah untuk memastikan murid-murid
dapat memahami serta dapat membuat perkaitan dengan apa yang telah
diajar. Ia juga bertujuan untuk mengukuhkan pembelajaran murid-murid
supaya mereka dapat bersedia untuk membuat pemindahan pembelajaran.
Penilaian pencapaian dan aktiviti susulan boleh juga diberikan kepada pelajar
pada bahagian penutup ini.

Terdapat dua jenis penutup dalam pengajaran, iaitu penutup kognitif dan
penutup sosial. Penutup kognitif digunakan dengan tujuan memperkukuhkan
perkara yang telah dipelajari dengan caramemberi kesimpulan atau mengulas
isi-isi penting. Manakala penutup sosial pula bertujuan untuk memberikan
sesuatu perasaan kejayaan atau kepuasan kepada murid-murid.

Komponen-komponen kemahiran penutup terdiri daripada


penutup kogntif
penutup sosial

Jadual 4.11
Borang Penyeliaan Kemahiran Penutup
Komponen dan criteria Ada () Ulasan
Tiada (X)
Penutup kognitif
Membuat rumusan
Mengulang fakta-fakta penting
Menyemak tugasan
Cadangan aktiviti susulan
Latihan pengukuhan
Penutup sosial
Mewujudkan suasana kejayaan
Pengukuhan positif
Sila tandakan () atau (X) pada ruangan yang
sesuai

87
Dengan menggunakan panduan penyeliaan kemahiran penutup yang
ditunjukkan di Jadual 4.11, minta bantuan rakan sejawat anda untuk
menilai kemahiran penutup yang digunakan dalam pelajaran anda..
Bincangkan bagaimana anda boleh meningkatkan kemahiran ini

4.2.4 Penilaian Pensyarah/Rakan Sebaya/Kendiri Dalam Pengajaran Mikro


Format persediaan rancangan mengajar untuk pengajaran mikro adalah sama
dengan persediaan RPH untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
biasa (Rujuk Jadual 4.2 dan Jadual 4.3). Perbezaannya adalah dalam pengajaran
mikro,guru pelatih hanya memfokuskan kepada satu kemahiran pengajaran sahaja
untuk dilaksanakan.

Tujuan pelaksanaan pengajaran mikro adalah untuk memberi peluang kepada guru
pelatih mempraktikkan kemahiran mengajar di hadapan rakan sebaya dan
pensyarah dengan memfokuskan kepada kemahiran mengajar tertentu dalam
persekitaran yang terangkum. Maklum balas diperolehi daripada Borang-borang
Penyeliaan Kemahiran Mikro (diisi oleh rakan sebaya) dan tontonan rakaman video.
Pensyarah selaku fasilitator bersama-sama guru pelatih mendiagnos kekuatan dan
kelemahan sesi pengajaran mikro tersebut serta mengemukakan cadangan-
cadangan konstruktif untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti.

Banyak kajian menunjukkan kemahiran mengajar guru merupakan penentu utama


terhadap pencapaian akademik murid (contohnya, Creemers, 1994; Doyle, 1986;
Muijs & Reynolds, 2010, Anuar et al., 2009). Pengajaran yang berkesan seringkali
dikaitkan keupayaan guru untuk menyusun peluang pembelajaran optimum yang
melibatkan kemahiran-kemahiran seperti pengurusan rutin bilik darjah, kemahiran
penyoalan dan memberi maklum balas, penggunaan rangsangan dan peneguhan
serta kemahiran bukan lisan yang positif. Selain amalan pengajaran mikro, amalan-
amalan seperti:
pemerhatian pengajaran guru yang berpengalaman
pengajaran berpasangan
penganalisisan kendiri rakaman audio/video
penulisan refleksi pengajaran

88
dapat membantu meningkatkan kemahiran pengajaran. Melalui penyediaan
perancangan, latihan yang cukup berserta dengan maklum balas daripada mentor
dan rakan sebaya, seseorang guru pelatih dapat membina keyakinan untuk menjadi
seorang guru permulaan yang kompeten.

Tamat Tajuk 4; semoga berjaya!

89
RUJUKAN

Anuar, A., Siti Haishah, A. R., & Nur Atiqah, T. A. (2009). Tahap keupayaan
pengajaaran guru Sejahar dan hubunganya dengan pencapaian murid di
sekolah berprestasi rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1), 53-66.
Brown, G.(1987). Microteaching: A programme of teaching skills. London: Methuen

Cohen, L., & Manion, L. (1997).To all student teachers on teaching practice. London:
Methuen.
Creemers, B.P.M. (1994). The effective classroom. London: Cassell.

Darling-Hammond, L. (1999).Teachers and teaching: Signs of a changing


profession. In The handbook of research on teacher education.Houston (ed.)
New York:Macmillan
Day, C. (1999). Developing teachers: The challenges of lifelong learning.London:
Falmer Press.
Doyle, W. (1986).Classroom organization and management.In Whittrock, M. (Ed.)
Handbook of research on teaching (3rd ed., pp. 394-395). New York: Macmillan
Publishing Company.

Jacobsen, D., Eggen, P.,& Kauchack, D. (2006).Methods for teaching (6thed.). New
York: Macmillan Pub. Co.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2007).Standard kualiti pendidikan Malaysia. Kuala
Lumpur: Jemaah Nazir Sekolah.
Microteaching. Akses dari
http://sathitech.hpage.co.in/microteaching_60788620.html pada 24 April
2013.
Muijs, D. & Reynolds, D. (2010).Effective teaching: Evidence and practise. London:
Sage.
Wragg, E.C., (1999). An introduction to classroom observation.London: Routledge.

90

Anda mungkin juga menyukai