Anda di halaman 1dari 24

SEKLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI GOPENG

JALAN KOTA BHARU, 31600 GOPENG


PERAK

KERTAS KERJA :
PENUBUHAN KELAB TAEKWONDO WTF
SEKOLAH BERASRAMA PENUH
INTEGRASI GOPENG

1. Pengenalan:
Taekwondo merupakan satu aktiviti riadah yang sihat dan ianya adalah satu aktiviti
yang sesuai untuk mengisi masa lapang pelajar terutamanya para pelajar di SBPI Gopeng.
Justeru, untuk mengisi masa lapang pelajar, satu cadangan penubuhan Kelab Taekwondo
SBPI Gopeng telah diusulkan bersama. Dengan adanya kelab ini maka pelajar-pelajar
boleh mengenali permainan ini secara lebih dekat dan dapat menganjurkan beberapa
perlawanan persahabatan bersama sekolah-sekolah atau pusat pengajian lain bagi
mengeratkan silaturahim. Penyertaan kelab ini akan dibuka kepada semua pelajar SBPI
Gopeng yang berminat untuk menyertainya.

2. Rasional
Penubuhan kelab ini adalah di atas dasar untuk mendekatkan sukan taekwondo
kepada para pelajar supaya pelajar-pelajar lebih berani menghadapi situasi yang lebih
mencabar. Semua pelajar SBPI Gopeng yang berminat bolehlah menyertai kelab ini.

Rasional penubuhan kelab ini adalah untuk:


I. Mendedahkan dan memperkenalkan sukan taekwondo kepada pelajar
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng
II. Memberi pendedahan kepada para pelajar dalam bidang pengurusan
(kelab)
III. Melatih para pelajar dalam menguruskan sesebuah organisasi.
IV. Mewujudkan satu organisasi yang mantap dan teratur
V. Memupuk semangat kesukanan dalam kalangan para pelajar.
VI. Mengeratkan hubungan antara pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar
yang berbilang kaum.

3. Matlamat

2
Matlamat utama penubuhan Kelab Taekwondo WTF SBPI Gopeng ialah untuk
memperkenalkan kepada para pelajar sukan riadah ini. Di samping itu, penubuhan kelab ini
juga mengharapkan para pelajar mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai
kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab atau
persatuan di sekolah. Selain itu, dengan adanya kelab ini, diharapkan hubungan silaturahim
sesama pelajar dari SBPI Gopeng dan insitusi-institusi pengajian lain diperkukuhkan
melalui perlawanan persahabatan dan pertandingan. Masa yang terluang juga akan dapat
dimanfaatkan dan digunakan sepenuhnya oleh pelajar dengan aktiviti yang sihat dan tidak
terbuang begitu sahaja. Ia juga akan dapat mengasah bakat para pelajar dalam sukan ini
memandangkan sukan ini memerlukan fokus dan kemahiran yang tinggi. Setiap tahun,
terdapat beberapa perlawanan taekwondo terbuka Perak diadakan, dengan penubuhan
kelab ini, ianya lebih memudahkan pelajar mendaftarkan diri dan menyertai pertandingan
yang dijalankan dengan membawa nama SBPI Gopeng dan dapat memperkenalkan lagi
kepada masyarakat tentang kemampuan dan kewujudan SBPI Gopeng. Matlamat terakhir
adalah agar para pelajar dapat menguasai permainan ini untuk kemahiran memertahankan
diri mereka di masa hadapan kelak.

4. Objektif

Objektif penubuhan Kelab Taekwondo WTF SBPI Gopeng ialah:


1. Objektif Am, guru-guru da murid-murid akan:
i. Memperkenalkan/mempopularkan sukan taekwondo kepada warga
SBPI Gopeng.
ii. Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang
diperlukan untuk memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab
atau persatuan di sekolah.
iii. Mengisi masa lapang pelajar pada waktu petang.
iv. Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa,
berketrampilan dan berwawasan.
2. Objektif Khusus:

3
i. Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan kelab atau persatuan di
sekolah dalam konteks kependidikan dan kepimpinan
ii. Menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan kelab atau persatuan.
iii. Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan aktiviti
dan kegiatan kelab atau persatuan di sekolah berdasarkan
perancangan dan undang-undang
iv. Menjelaskan tanggungjawab dan peranan murid-murid sebagai
warganegara berdasarkan Rujunegara, perlembagaan negara dan
Wawasan 2020.
1. Perkara:
Permohonan Menubuhkan Kelab Taekwondo WTF SBP Integrasi Gopeng

6. Dikemukakan kepada:
Tn. Hj. Marzuki Bin Seman,
Pengetua,
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng

7. Kumpulan Sasaran:

Terbuka kepada semua pelajar SBP Integrasi Gopeng

8. Jawatankuasa Penaja Kelab Taekwondo WTF SBPI GOPENG.

Penaung : Tn. Hj. Marzuki Bin Seman


Penasihat : En. Muhammad Hakimi Aqil Bin Abd Halim
Pengerusi : Nor Andy Izzuan Bin Hisam
N. Pengerusi: Fatin Syazwani Bt Zainal Abidin.
Setiausaha : Abdul Bari Bin Ahmad Adri
Bendahari : Rabbiatul Iqmar bt. Omar.

Ajk-Ajk

4
1. Pendaftaran & Keahlian : Anis Nazira Bt Omar Saifuddin.
2. Tempat & Peralatan : Nor Syuhada bt Suhaime.
3. Sosial & Kebajikan : Noraishah Bt Rapani.
4. Tugas-tugas Khas : Mohd Aidil Bin Sahipaludin.
5. Aktiviti & Lawatan : Azri Bin Mohd Yamin.
6. Penyertaan pertandingan : Abdul Barr B Abdul Wahid.

9. Kaedah Pemilihan Jawatankuasa tetap Persatuan Taekwando

i. Jawatankuasa Tertinggi Penaja akan disahkan dan dikekalkan sebagai Ahli


Jawatankuasa Tertinggi dalam persatuan manakala ajli jawatankuasa lain
akan dilantik semasa Mesyuarat Agung.
ii. Ahli yang hadir sahaja yang layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.
iii. Pemilihan Ahli Jawatankuasa adalah secara undian.
iv. Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah
menghantar surat peletakkan jawatan kepada Guru penasihat.

Ahli Jawatankuasa Kelab terdiri daripada :

i. Pengerusi
ii. Naib Pengerusi
iii. Setiausaha
iv. Penolong Setiausaha
v. Bendahari
vi. Penolong Bendahari

AJK:
1. Pendaftaran & Keahlian
2. Tempat & Peralatan
3. Sosial & Kebajikan
4. Tugas-tugas Khas
5. Aktiviti & Lawatan
6. Penyertaan pertandingan
10. Tugas dan Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa

I. Pengerusi

5
i. Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat.
ii. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
iii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa
iv. Memantau keadaan semasa aktiviti dijalankan

II. Naib Pengerusi


i. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang
diberikan.
ii. Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
iii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru penasihat dari
semasa ke semasa.

III. Setiausaha
i. Menguruskan hal-hal surat-menyurat.
ii. Mencatat kehadiran ahli
iii. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
iv. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru penasihat dari
semasa ke semasa.

IV. Penolong Setiausaha


i. Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya.
ii. Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.
iii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru penasihat dari
semasa ke semasa.

V. Bendahari
i. Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan
ii. Menyediakan anggaran perbelanjaan sebelum aktiviti dijalankan.
iii. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam mesyuarat ahli
jawatankuasa.
iv. Menyediakan laporan kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam
mesyuarat Agung.
v. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru penasihat dari
semasa ke semasa.

6
VI. Penolong Bendahari
i. Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
ii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru penasihat dari
semasa ke semasa.

VII. Ahli jawatankuasa


i. Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan
ii. Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
iii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru penasihat dari
semasa ke semasa.

KELAB TAEKWONDO
SBP INTEGRASI GOPENG
NO. PENDAFTARAN

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN


PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT

7
a. Nama Kelab : Kelab Taekwondo,
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng,
b. Alamat: Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng,
Jalan Kota Bharu,
31600 Gopeng, Perak.

PERATURAN 2 MATLAMAT
Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara
seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
PERATURAN 3 OBJEKTIF

3.1 Supaya ahli dapat menganggotai kelab dengan lebih terpimpin dalam sukan
Taekwondo yang meluas dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin
diri.
3.2 Ahli dapat meningkatkan semangat perpaduan dan mananam sikap bekerjasama
dalam menjalankan aktiviti.

PERATURAN 4 KEAHLIAN
4.1 Dibuka kepada semua pelajar matrikulasi ini.
4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.
4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan
dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan kelab ini.

4.4 Terhad kepada 80orang ahli sahaja.

PERATURAN 5 GURU PENASIHAT


5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
5.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan
pelaksanaan sesuatu aktiviti.
5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
dijalankan.

PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA


6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang
tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli
Jawatankuasa.
6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

8
6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.
6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar
surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
6.6 Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri:-
6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Naib Pengerusi
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Penolong Setiausaha
6.6.5 Bendahari
6.6.6 Penolong Bendahari
6.6.7 Ahli Jawatankuasa (5 hingga 10 orang)

PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

7.1 Pengerusi
7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat.
7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.2 Naib Pengerusi
7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang
diberi.
7.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
7.3 Setiausaha
7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-
kegiatan.
7.3.3 Mencatat kehadiran ahli.
7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan kelab.

9
7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.

7.4 Penolong Setiausaha

7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan


tanggungjawabnya.

7.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.


7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.5 Bendahari
7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Kelab
7.5.2 Menyediakan anggaran perbelanjaan sebelum aktiviti dijalankan.
7.5.3 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa.
7.5.4 Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung.
7.5.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
7.6 Penolong Bendahari

7.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.


7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
7.7 Ahli Jawatankuasa
7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.
7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa

PERATURAN 8 KEWANGAN

8.1 Kelab juga memperolehi kewangan melalui aktiviti.

8.2 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan


besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

10
8.3 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun
Amanah Sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Pengetua.

PERATURAN 9 KEHADIRAN/PENYERTAAN
9.1 Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh
kelab sepanjang tahun.
9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki
menulis surat tunjuk sebab.

PERATURAN 10 AKTIVITI
10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.
10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan
kepada pengetahuan ahli.

PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN
11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN


12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan.
12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
12.2.1 Amaran lisan
12.2.2 Amaran bertulis
12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat
rayuan kepada Guru Penasihat kelab secara bertulis dan keputusan Guru
Penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN


13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli-ahli jawatankuasa, Guru
Penasihat atau pengurusan sekolah secara bertulis.
13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa
akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

11
13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh
Pengetua
PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN / KELAB

14.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
.

PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN


15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang
dijalankan.
15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

. .. .
(ABDUL BARI BIN AHMAD ADRI) (NOR ANDY IZZUAN BIN
HISAM)
Setiausaha Pengerusi
Kelab Taekwondo Kelab Taekwondo
Tarikh: ................. Tarikh:..................

....................
(EN. MUHAMMAD HAKIMI AQIL BIN ABD HALIM)
Guru Penasihat
Kelab Taekwondo
Tarikh: ..............

11. Senarai Nama Sementara Ahli


Lampiran 1

12. Sumber/Anggaran Kewangan

12
Sumber kewangan Kelab Taekwondo WTF SBPI Gopeng ialah dari yuran
pendaftaran kelab yang akan dikenakan kepada semua pelajar yang menyertai
kelab ini. Yuran pendaftaran akan dikenakan sebanyak RM25.00 setiap individu.

Bil Kuantiti/ Butir-butir/ Item-item Harga Amaun Catatan


Seunit
Unit

1 70 Baju T Sekolah : RM 20.00 RM 1400.00 Hanya murid yang


terpilih sahaja.
1) Pertandingan Taewkondo
antara Bahagian

2) Pertandingan Taekwondo
Sparring Antara Sekolah
3) Pertandingan Taekwondo
peringkat negeri

Makanan & Minuman bagi wakil


sekolah :
2 70 RM 12 x RM 1680.00 Hanya murid yang
1) Pertandingan Taewkondo antara 2hari = RM terpilih sahaja.
bahagian 24.00

2) Pertandingan Taekwondo
Sparring Antara Sekolah

3) Pertandingan Taekwondo
peringkat negeri

70 Yuran penyertaan & Bayaran insuran RM20 RM 1750.00


: + RM 5 =
3 RM 25.00

4 4 Body Protector ( size 2 , 3, 3 & 4 ) RM 180 RM 720.00

Reversible

13
5 4 Head Gear ( L & XL ) RM 150.00 RM 600.00

6 2 Groin Guard ( Boys ) RM 80.00 RM 160.00

7 10 Kicking target ( single ) RM 50.00 RM 500.00

Jumlah : RM 6810.00

13. Pengisian Aktiviti Kelab Taekwondo WTF SBPI Gopeng

i. Latihan mingguan.
ii. Mesyuarat bulanan
iii. Penganjuran/penyertaan pertandingan
iv. Lawatan sambil belajar dan perlawanan persahabatan
v. Kursus berkaitan
vi. Jamuan tahunan
BIL TARIKH NAMA AKTIVITI PENGLIBATAN

1 4- Pengambilan ahli-ahli baru Ahli jawatankuasa penaja


10SEPTEMB
ER 2016 Guru penasihat

2 12 Perjumpaan pertama (Mesyurat Ahli jawatankuasa penaja


SEPTEMBER agung)
2016 Sesi kenalan antara ahli Guru penasihat
Pelantikan ahli jawatankuasa Ahli baru
tetap persatuan
Perancangan dan
pengemaskinian aktiviti

4 26 Perjumpaan kedua Semua AJK


SEPTEMBER Menjalankan latihan tendangan
2016 Semua Ahli kelab
Menjalankan latihan tumbukan
Guru

14
5 10 OKTOBER Perjumpaan ketiga Semua AJK
2016 Menjalankan latihan pertahanan
Semua Ahli kelab
diri
Guru

7 28 APRIL Perjumpaan keempat Semua AJK


Menjalankan latihan
2016 Semua Ahli kelab
pertandingan
Meningkatkan stamina Guru

8 5 MEI 2016 Kursus Referee Semua AJK


Memberi taklimat sebagai refree
Ahli Senior
Guru

9 19 JUN 2016 Perjumpaan kelima Semua AJK


Kursus Pertolongan
Semua Ahli kelab
Kecemasan
Memberi ilmu pertolongan Guru
cemas

10 9 JULAI 2017 Perjumpaan keenam Semua AJK


Pertandingan sparring
Semua Ahli kelab
persahabatan antara ahli
Guru

11 20 OGOS Pertandingan memecah papan Semua pelajar SBPI


2017 Gopeng

12 26 Majlis perpisahan Semua AJK


SEPTEMBER Jamuan Tahunan
2017 Semua Ahli kelab
Guru

14. Borang Keahlian

Lampiran 2

15. Contoh Borang Laporan Aktiviti Kelab

15
Lampiran 3

15. Penutup

Diharapkan penubuhan kelab ini akan memberikan peluang untuk para pelajar
mengenali dengan lebih dekat lagi sukan taekwondo ini. Di samping itu semangat
kesukanan akan dapat dipupuk dalam kalangan pelajar amnya dan warga institut
khasnya. Semoga cadangan penubuhan kelab ini diluluskan oleh pihak institut
dan akan terlaksana dengan jayanya.

Disediakan oleh,

..
(ABDUL BARI BIN AHMAD ADRI)
Setiausaha,
Penubuhan Kelab Taekwondo,
SBP Integrasi Gopeng.

Disemak dan disahkan oleh,


(EN. MUHAMMAD HAKIMI AQIL BIN ABD HALIM)
Guru Penasihat,
Kelab Taekwondo WTF,

16
SBP Integrasi Gopeng.

Disokong oleh,

...........................................
(TN. HJ. AZMIN BIN NGAH)
Penolong Kanan HEM,
SBP Integrasi Gopeng

Diluluskan oleh,

......
(TN. HJ. MARZUKI BIN SEMAN)
Pengetua,
SBP Integrasi Gopeng

Ulasan :

17
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
_____________

Lampiran 1

Senarai Nama Sementara Ahli-ahli Kelab Taekwondo WTF SBP Integrasi Gopeng

BIL NAMA NO. IC KELAS T/TANGAN

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

18
12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.

21.

Borang Permohonan Keahlian Lampiran 2


Kelab Taekwondo WTF SBPI Gopeng

Nama:

Gambar Berukuran
No. KP: Pasport

Umur : tahun Tarikh Lahir : / /

Bangsa: Melayu India

Cina Lain-lain __________(sila nyatakan)

Agama : Islam Buddha Kristian Lain-lain __________(sila nyatakan)

Kelas : Biruni Farabi Kindi

Dorm :

Alamat Semasa :

Nota:
o Sila sertakan bayaran pendaftaran sebanyak RM25 beserta 2 19
keping gambar berukuran passport.
Email
No.
Alamat
oTel Sila
Surat
: isikanMenyurat:
maklumat diri diruang yang disediakan
-
menggunakan huruf besar.
Segala maklumat yang diisi adalah benar.

__________________
(Tandatangan Pemohon) Lampiran 3
Contoh Laporan Aktiviti Kelab Taekwondo
Pensyarah Penasihat Tarikh: ____________
1..
2..
3..

Setiausaha

Tarikh / Hari

Minggu

Tempat

Jumlah Kehadiran

Laporan Kegiatan





20
Hal-Hal Lain



Yang Benar

__________________________ ____________________________
( ) ( )
Setiausaha Kelab Taekwondo Pensyarah Penasihat Kelab Taekwondo
SBP Integrasi Gopeng. SBP Integrasi Gopeng.

Kelab Taekwondo,
SBPI Gopeng,
31600 Gopeng,
Perak. Tel: 05-3597688
____________________________________________________________________________

Ruj.Kami : SBPIGp/09/01/01(1)
Tarikh : 10 Januari 2016

Pengetua,
SBPI Gopeng,
31600 Gopeng,
Perak.

Tuan,

PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB TAEKWONDO

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2 .Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Kelab Taekwondo memohon kebenaran
daripada pihak tuan untuk menubuhkan Kelab Taekwondo WTF SBPI Gopeng berasaskan
Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam
Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42 ,No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196,
bertarikh 21 Mei 1998.

3. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan maklumat-maklumat berikut:

21
3.1 Draf perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan
3.2 Senarai ahli jawatankuasa Kelab Taekwondo
3.3 Senarai aktiviti utama sebagai dokumen sokongan kepada permohonan
ini.

5. Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


BERSAMA-SAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN

Saya yang menjalankan tugas,

( EN. MUHAMMAD HAKIMI AQIL BIN ABD HALIM)


GuruPenasihat,,
b.p. Jawatankuasa Kelab Taekwondo,
SBPI Gopeng,

s.k. 1.
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SBP Integrasi Gopeng,

22
SBPI Gopeng,
31600 Gopeng,
Perak. Tel: 06-5531269

Ruj.Kami : SBPIGp/09/01/01(1)
Tarikh : 15 Januari 2016

Guru Penasihat,
Kelab Taekwondo,
SBPI Gopeng,
31600 Gopeng,
Perak.

Tuan,

KELULUSAN PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB TAEKWONDO

Dengan hormatnya surat tuan SBPIGp bertarikh 15 Januari 2016 adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan (4)
dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan
Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21hb. Mei
1998, maka saya dengan sukacitanya meluluskan penubuhan Kelab Taekwondo WTF SBPI
Gopeng.

23
3. Pihak tuan perlu mengemukakan kepada saya Pelembagaan dan Peraturan-Peraturan
Persatuan, Senarai Ahli Jawatankuasa, dan Senarai Aktiviti Utama dalam tempoh empat belas
hari daripada tarikh Mesyuarat
Penubuhan.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


BERSAMA-SAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN

Saya yang menurut perintah,

..
( TN. HJ. MARZUKI BIN SEMAN)
Pengetua,
SBPI Gopeng,
Perak.

24

Anda mungkin juga menyukai