Anda di halaman 1dari 4

SK JALAN PASAR 1

i-THINK : PETA PEMIKIRAN vs PROSES BERFIKIR

8 elemen PETA PEMIKIRAN (Thinking Map) dan PROSES BERFIKIR ( Thinking Process)
yang terangkum dalam Program i-THINK.
Sebelum ini para guru kebanyakannya hanya terdedah kepada penggunaan PETA MINDA
( Mind Map) sahaja. Peta Minda tidak diklasifikasikan tujuan dan objektifnya melainkan
untuk meringkaskan nota yang pada kebiasaannya ditulis dalam bentuk ayat.
Melalui Program i-THINK, 8 PETA PEMIKIRAN yang diperkenalkan dengan tujuan dan
objektif yang berbeza di samping proses pemikiran masing-masing dapat diaplikasikan
dalam proses Pengajaran Dan Pembelajaran di dalam kelas mengikut topik yang
bersesuaian dengan Peta Pemikiran yang dipilih.

Peta Bulatan digunakan bagi * menjana idea, *mengaitkan pengetahuan sedia ada,
*membuat gambaran awal topik dan *membuat rumusan.

Peta Buih digunakan dalam *menjelaskan sifat sesuatu perkara dan hanya
*menggunakan adjective /kata sifat

1
Peta Buih Berganda digunakan untuk * membuat perbandingan dari sudut persamaan
dan perbezaan yang wujud bagi dua benda / perkara

Peta Pokok digunakan untuk *membahagikan kepada kategori tertentu, * memberi


contoh-contoh, * membuat sub-topik dan * memberi huraian

Peta Dakap digunakan bagi * menyenaraikan komponen atau bahagian kecil sesuatu
objek. Ianya * melibatkan objek yang nyata (fizikal) sahaja

2
Peta Alir digunakan dengan tujuan untuk * membuat aliran, susunan, kronologi, siri,
kitaran, plot, proses sesuatu perkara

Peta Pelbagai Alir digunakan untuk * mencari sebab dan akibat bagi sesuatu perkara dan
* menjelaskan kesan sesuatu perkara tersebut

Peta Titi digunakan untuk * mencari analogi yang boleh digunakan untuk menghubungkan

3
pelbagai perkara, dan * memikirkan perkaitan yang boleh diwujudkan bagi pelbagai
perkara.

Anda mungkin juga menyukai