Anda di halaman 1dari 8

KHAIRUNNADIAH BINTI ABD AZIS.

BA12110144

PENSYARAH: PROF FADZILAH MAJID COOKE

SOALAN 1 : TERANGKAN KONSEP MARX MENGENAI


ALINASI/ PENGASINGAN DI TEMPAT KERJA MENGGUNAKAN
CONTOH KEBOCORAN PADA KERTAS PEPERIKSAAN DALAM
KALANGAN GURU.

PENDAHULUAN.
Menurut Karl Marx, pengasingan adalah sesetengah jenis
disfungsi yang mana ianya sering ada dalam regim kapitalis.
(Marx dalam J.Angelo Corlett 1988:700). Kewujudan pengasingan
ini menjadi kayu pemisah diantara individu/buruh dengan produk
yang dihasilkan olehnya. Dengan kata lain, terdapat disfungsi
dalam diri seseorang dan kebanyakan kes pengasingan ini ada
pada zaman kapitalis. Pengasingan merupakan satu keadaan
dimana manusia memisahkan diri malahan hubungan mereka
terputus dari masyarakat dan kebudayaannya. (Marx dalam
Gidden dan Sutton, 2014:46) Perasaan memisahkan diri itu
adalah kerana manusia merasakan bahawa mereka tidak ada
kuasa dan tidak mempunyai bantuan. Apabila manusia merasa
sedemikian, maka segala nilai dan norma tidak lagi memberikan
apa-apa makna kepada individu yang berkenaan. Oleh itu,
individu tersebut akan merasa terpencil serta kecewa. Kesannya,
individu itu sukar menjalani kehidupan normal seharian.

1
Menurut Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Dr Ahmad Zahid
Hamidi dalam kenyataan media, beliau mengatakan bahawa kes
kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
baru-baru ini telah melibatkan serangkaian guru-guru sekolah.
(Berita Harian Online, Khamis, 18 September 2014). Daripada kes
kebocoran kertas soalan UPSR dalam kalangan guru ini, terdapat
dua perkara yang penting untuk difahami iaitu faktor-faktor yang
menyebabkan berlakunya pengasingan dalam kalangan buruh
dan jenis/bentuk tingkahlaku pengasingan dalam kalangan buruh.

Menurut Karl Marx, dalam Gidden dan Held (1982:16). terdapat


dua faktor yang menyebabkan berlakunya pengasingan dalam
kalangan buruh.

1. Pengasingan terjadi secara semulajadi dalam diri manusia.


Apa yang dimaksudkan secara semulajadi adalah faktor
biologinya sendiri yang mempunyai simptom-simptom untuk
mengasingkan diri dari masyarakat.

2. Pengasingan terjadi akibat tindakan manusia yang


mengasingkan diri dari kehidupan normalnya. Manusia
sosialisasikan diri mereka untuk mengasingkan diri dari
dirinya sendiri, daripada aktiviti kehidupan, maka ia
mengasingkan dirinya daripada spesisnya.

Menurut Karl Marx dalam Gidden dan Held (1982:15), terdapat


empat bentuk/jenis tingkah laku pengasingan dalam kehidupan
buruh.

2
1. Para buruh yang hidup dalam zaman kapitalis terasing
daripada bidang pekerjaan mereka. Para buruh yang bekerja
itu bukanlah bertujuan untuk mendapatkan sesuatu produk
yang berguna untuk mereka namun produk mereka hanya
berguna untuk kaum kapitalis. Para borjuis sebenarnya yang
menentukan kepada kaum buruh apa yang akan mereka
lakukan dan hasilnya menjadi milik kapitalis. Sebagai contoh
dalam isu kebocoran kertas soalan UPSR ini, faktor tekanan
untuk mencapai indeks prestasi utama (KPI) dalam kalangan
guru di samping keinginan ibu bapa mempunyai anak yang
cemerlang akademik antara faktor yang menjadikan
permintaan terhadap kertas soalan bocor begitu tinggi
sehingga ada individu yang sanggup bertindak khianat.
(Utusan Online, 15/9/2014). Para guru yang bekerja tugasnya
adalah untuk mendidik pelajar namun, disebabkan
permintaan kertas soalan bocor tekanan dan KPI tinggi yang
diletakkan oleh pentadbiran dan kementerian pendidikan
menyebabkan ada segelintir guru yang mengasingkan diri
dan bertindak membocorkan kertas soalan UPSR tersebut.

2. Para buruh terasing daripada produk. Para buruh akan


mengasingkan diri daripada produk yang dihasilkan. Sebagai
contoh, peranan para guru yang utama adalah untuk
mendidik pelajar. Namun, hubungan diantara para guru
dengan pelajar adalah terpisah kerana fokus utama para
guru telah bertukar kepada mencapai KPI yang ditetapkan

3
oleh kementerian. Selain daripada itu, para guru mengejar
pendapatan yang tinggi di dalam karier mereka. Tindakan ini
membuatkan para guru itu hilang nilai dan norma dalam
kehidupan dan disfungsi dalam berperanan sebagai
pendidik.

3. Para buruh dalam sistem kapitalis terasing dari sesama


buruh. Sebagai contoh, para guru perlu bekerja keras bagi
memastikan sasaran KPI yang diletakkan oleh Kementerian
Pendidikan itu dapat dicapai. Maka, tumpuan kerja mereka
adalah pada mencapai KPI itu sahaja. Situasi sebegini
menyebabkan para guru mengasingkan diri dari rakan
sekerja sehingga bertindak untuk membocorkan kertas
soalan UPSR. Situasi begini akan menguntungkan pihak
kapitalis kerana para buruh hanya menumpukan perhatian
terhadap pekerjaan mereka sahaja.

4. Para buruh akan merasa terasing daripada dirinya sendiri


menyebabkan mereka sukar untuk mengembangkan potensi
diri dan mengalami tekanan jiwa. Mereka hanya menjadi
mesin produk yang menguntungkan para borjuis. Sebagai
contoh, para guru akan mengasingkan dirinya dari fungsinya
sebagai seorang guru yang mempunyai kemahiran dan
seorang manusia yang perlu menjalani kehidupan normal.
Mereka mengasingkan diri adalah kerana tumpuan mereka
tertumpu pada karier dan ingin mengejar pendapatan yang

4
lebih tinggi bagi menyara kehidupan. Mereka membocorkan
kertas soalan UPSR untuk mencapai KPI yang diletakkan oleh
pihak kementerian. Oleh itu, kesan ke atas guru tersebut
adalah mereka akan mengalami tekanan dalam kehidupan
seharian.

KESIMPULAN.
Pengasingan dari perspektif Marx bermaksud pemisahan antara
kehidupan semulajadi buruh dari dirinya sendiri, masyarakat, dan
kebudayaannya. Pengasingan dalam kalangan buruh ini terdapat
dalam fasa sejarah pembangunan kapitalisme. (Marx dalam
Kivisto, Peter, 2011:20) Fasa ini meledak apabila golongan buruh
tidak lagi dapat menampung beban kerja yang terpaksa dihadapi
olehnya. Garis masa yang ditunjukkan oleh Marx menunjukkan
terdapat pertukaran masyarakat feudal kepada kapitalis. Para
buruh yang bertembung dengan zaman kapitalis itu mengalami
pengasingan dalam bidang pekerjaan mereka. Kerana di zaman
kapitalis, golongan buruh terpaksa bekerja kuat untuk menyara
kehidupan. Modal yang ada pada golongan proletariat adalah
kemahiran dan tenaga.

Fenomena manusia yang hidup pada zaman kapitalis ini


menunjukkan bahawa manusia mengalami kemerosotan kualiti
hidup. Tumpuan mereka adalah tertumpu pada bidang pekerjaan
mereka kerana mereka mahu mendapatkan pendapatan bagi
menampung kehidupan. Oleh itu, Marx mengusulkan konsep

5
mengenai masyarakat iaitu historical materialism. Secara
ringkasnya, pendekatan Marx berasaskan kepada materialism.
Bagi Marx, kesedaran menusia itu ditentukan oleh kedudukannya
dalam struktur ekonomi masyarakatnya. (Ritzer, 2003) Oleh itu,
untuk memahami pengasingan dalam kalangan buruh ini, kita
perlu melihat kepada sejarah kontra diantara zaman feudal
kepada kapitalis. Kontra yang berlaku antara dua zaman ini
menyebabkan masyarakat pada zaman kapitalis terbahagi
kepada dua kelas iaitu borjuis dan proletariat. Kedua-dua kelas ini
akan sentiasa bertelingkah/ mewujudkan class struggle bagi
mendapatkan kuasa ekonomi dan politik. Golongan borjuis adalah
golongan kapitalis yang mempunyai modal yang banyak dan
mampu untuk memperoleh kekayaan yang maksimum dengan
modal yang rendah. Manakala, golongan proletariat pula terpaksa
untuk menjual tenaga dan kemahiran mereka bagi mendapatkan
pendapatan. Golongan proletariat sering merasa dieksploitasi
oleh borjuis. Hanya pada zaman kapitalis, manusia terpaksa
menjual tenaga dan kemahiran bagi mendapatkan gaji untuk
menyara kehidupan seharian.

Oleh itu, dalam isu kebocoran kertas soalan UPSR ini, punca
kebocoran kertas soalan UPSR adalah para guru bertindak
mengasingkan diri dari kehidupan normalnya kerana ingin
mengejar pendapatan yang lebih tinggi. Para guru menjual
tenaga dan kemahirannya bagi mendapatkan gaji yang lumayan
dan ingin menjawat jawatan yang lebih tinggi. Seterusnya,

6
mereka mengalami tekanan dalam mencapai `Key Performance
Index` (KPI) yang diletakkan di sekolah-sekolah dan kementerian.
Selain itu, terdapat permintaan daripada segelintir individu
berkenaan soalan-soalan UPSR. KPI tinggi yang diletakkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia menyebabkan guru-guru merasa
terbeban dan terasing sehingga membocorkan kertas soalan
UPSR.

Buruh/ Produk : murid- Borjuis : Pentadbiran Sistem:


proletariat : murid sekolah/ Kementerian kapitalis
para guru Pendidikan
RUJUKAN.

Anthony Giddens dan D.Held. 1982. Classes, Power, and Conflict :


Classical and Contemporary Debates, University of California
press. Berkeley. Hlm15-16.

Anthony Giddens dan Philip W.Sutton. 2014. Essential Concepts in


Sociology. Polity Press. New York. Hlm46.

Berita Harian Online. Atas talian http://www.bharian.com.my/?


kalender_aktivitiDate=202810&e_down loadPage=2. Pada hari
Khamis. Bertarikh 18 September 2014. Pada masa 7.31pm.

J.Angelo Corlett. 1988. Journal of Business Ethnics. Alienation in


Capitalist Society. Springer. Hlm700.

7
Kivisto, Peter. 2011. Key Ideas In Sociology, 3rd edition. SAGE
Publication, Pine Forge Press. New York. Hlm20.

Ritzer, George. 2003. Sociological Theory 5th. McGraw Hill. New


York.

Utusan Malaysia Online. Atas talian

http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140915/re_06/Terd
es ak- menjadi-yang- terbaik-dorong-cari-soalan-bocor. Pada
hari Isnin. 15 September 2014. Pada masa 10.59pm.

Anda mungkin juga menyukai