Anda di halaman 1dari 3

Anoreksia Nervosa dan Bulimia Nervosa

Sedap betul dengar nama dua penyakit nih, macam ala2 saudara kembar dari Rusia.
Tapi, khabar tak seindah dari rupa. Penyakit yang berkaitan dengan
psikologi dan pemikiran ini sebenarnya memberi kesan yang jauh lebih dahsyat!
Jom baca lagi untuk kita kenali ciri-ciri penderitaanoreksia nervosa dan bulimia
nervosa

CIRI-CIRI PENDERITA ANOREKSIA NERVOSA

Sengaja tidak mau makan kerana takut yang melampau berat badan akan
naik.
Penghidap memiliki Body Mass Index kurang dari 18.5.
Kitar Haid terganggu.

Cenderung tidak mengakui bahawa dia menghidap anoreksia karena


merasakan dapat mengawal keadaan dengan kemampuan untuk mengatakan tidak
kepada makanan.

KESAN-KESAN ANOREKSIA NERVOSA

Berat badan tidak normal.


Anggapan yang selalu buruk tentang bentuk badannya sendiri.

Perubahan kitar haid sehingga berhenti kitar haid.


Degupan jantung tidak teratur.

Gangguan fungsi hati, sistem kardiovaskular dan organ dalam lainnya.


Otot melemah dan sistem imun tidak berfungsi.
Ketidakseimbangan pada hormon.

Terganggunya proses tumbesaran tubuh.


Osteoporosis a.k.a reput tulang.

Kematian.

CIRI-CIRI PENDERITA BULIMIA NERVOSA

Makan dalam jumlah besar kemudian mengeluarkannya secara paksa


dengan cara memuntahkannya, makan julap, atau berolahraga dengan keras.
Diulangi perlakuan sebegitu sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu
secara berturut-turut dalam beberapa bulan.
Penghidap memiliki berat badan normal atau cenderung overweight.
Merasa tidak mampu untuk mengawal diri dan mengakui bahawa dia
memiliki masalah dengan tabiat pemakanan, namun malu untuk mengatakannya.

KESAN-KESAN BULIMIA NERVOSA

Malnutrisi a.k.a Kekurangan zat makanan.


Gigi berlubang serta penyakit gusi.

Dehidrasi a.k.a kehilangan air.


Kerongkong akan bengkak dan gatal-gatal tidak selesa.

Pipi membengkak.
Rambut gugur dan kulit kering.

Masalah pencernaan.
Ketidakseimbangan pada hormon.

Anda mungkin juga menyukai