Anda di halaman 1dari 5

TEKS MAJLIS PERSARAAN PN PATIMAH ABD WAHAB

Daun layu di tengah gurun


Nampak jalur pohon cemara
Tradisi melayu turun temurun
Pantun ditutur pembuka bicara

Mengumumkan ketibaan dan perarakan masuk yang diraikan Pn Patimah bt Abd Wahab, bersama-
sama suami En. ____________________ dan diiringi Yang berusaha Pn Rosita bt Abu Bakar, guru
besar SK Convent Jln Peel, Naib YDP PIBG, En Azmi b Md Yatim, barisan pentadbir dan Pengerusi
Kelab Kebajikan Guru En Mohd Hazman b Mansor untuk naik dan duduk di singgahsana yang
telah dikhaskan di atas pentas ini. Dipersilakan.

Sebagai tanda cinta akan negara, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Para hadirin
diminta berdiri tegak.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Semua hadirin dijemput duduk.

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Majlis terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat yang diraikan
Pn Patimah bt Abd Wahab serta suami, En. ________________ di atas kesudian menghadirkan diri
ke majlis ini, seterusnya rakan guru yang dihormati serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Ke Pekan Kuala membeli bingka


Sayang pesanan terlupa sudah
Majlis bermula tirai dibuka
Dengan alunan madah yang indah

Kalau pergi ke Tanjung Keramat


Anak manis jangan diangkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita mengaminkan doa yang akan
dibacakan oleh Ustaz Azhar b. Yaacob. Majlis dengan ini menjemput.

BACAAN DOA

Amin..amin ya rabbal 'alamin...

Dari Kelantan pergi ke Kedah


Dari Kedah ke Perak pula
Doa selamat di pohon sudah
Mari kita beralih acara
Bukan rumput sebarang rumpun
Rumput penghias tepi halaman
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput memohon kata aluan

Majlis dengan berbesar hati menjemput Pn. Rosita bt Abu Bakar selaku guru besar SK Convent
Jalan Peel untuk menyampaikan ucapan alu- aluan. Dengan ini dipersilakan.

UCAPAN PN. ROSITA

Terima kasih di ucapakan kepada beliau.

Tanpa membuang masa, dijemput En. Azmi b Md. Yatim selaku NYDP PIBG untuk menyampaikan
ucapan.

UCAPAN NYDP

Ribuan terima kasih diucapkan kepada NYDP PIBG SK Convent Jalan Peel.

Seterusnya, majlis menjemput En Mohd Hazman b Mansor selaku Pengerusi Kelab Kebajikan Guru
bagi mewakilkan guru-guru lain menyampaikan ucapan.

UCAPAN PENGERUSI KELAB KEBAJIKAN GURU

Terima kasih buat En Mohd Hazman.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil murid. Dijemput Adik Siti Nadzurah bt Ramli
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

UCAPAN WAKIL MURID

Tasik Aru airnya tenang


Tempat melihat si burung undan
Jasamu guru tetap dikenang
Selagi hayat dikandung badan

Segala bakti yang engkau curahkan


Mengajar mendidik anak bangsa
Segala jasa yang engkau taburkan
Menjadi kenangan sepanjang masa

Begitulah bunyi ucapan ringkas tetapi bermakna daripada Adik Siti Nadzurah selaku Ketua
Pengawas sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga buat yang diraikan Pn Patimah Abd
Wahab.

Kalau tidak kerana unggas


Tidaklah rosak padi disawah
Kalaulah tidak kerana tugas
Tidaklah kita akan berpisah
Tanjung Sauh di Pulau Bintan
Tempat berlabuh orang penyegat
Berpisah jauh bercerai badan
Pn Patimah tetap kami ingat

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum bahawa majlis pada hari ini merupakan majlis
persaraan Pn Patimah bt Abd Wahab. Yang mana hari ini merupakan hari terakhir beliau berada di
sekolah ini. Mulai minggu hadapan dan seterusnya, kita semua akan merindui kelibat guru ini.
Beliau merupakan seorang guru yang amat dedikasi terhadap tugasnya dan sayang akan anak-anak
didiknya.

Hadirin sekalian,

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, itu adat lumrah kehidupan. Begitulah rentetan perjalanan,
waktu sukar untuk ditelan, tapi kaki tetap mengorak jalan, selagi khidmat diperlukan.

Dengan ini marilah sama-sama kita saksikan sedikit biografi dan paparan skrin mengenai yang
diraikan Pn Patimah bt Abd Wahab.

TAYANGAN SLAID (Biografi dibacakan oleh Cik Erna)

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan jasa yang dilakukan oleh Pn. Patimah
sepanjang perkhidmatan beliau sebagai guru. Walaupun jika diukur dengan masa, kehadiran Pn
Patimah di sekolah ini hanya beberapa ketika cuma, namun janganlah kita lihat dan jadikan semata-
mata itu sebagai ukuran, namun bukalah mata dan sedarlah bahawa kehadiran insan yang bergelar
guru ini dalam bidang pendidikan sudah menjangkau 36 tahun dan jika ianya dibanding sebagai
hayat manusia, ianya merupakan seorang insan yang sudah dewasa dan matang kiranya. Begitulah
tersiratnya jasa dan bakti guru ini dan hakikat sebenarnya beliau telah melalui semua fasa dalam
perkhidmatannya samada fasa kegembiraan, kesedihan, kebuntuan, kejayaan, kegagalan dan
sebagainya.

Besar langit di tepi busut


Besar tak muat di dalam peti
Besar hajat kami menjemput
Besar niat di dalam hati

Pergi ke kota beli selasih


Sayang si dara buat halwa
Berilah kata simpulan kasih
Sulamkan mesra satukan jiwa

Hadirin sekalian, bakti dan jasa Pn Patimah terbukti sudah, kehadirannya merupakan sebutir
permata yang menyinari dunia pendidikan. Kata nasihat tidak pernah putus dari mulut, bersama-
sama dengan khidmat beliau yang tak pernah kenal erti lelah. Hari ini kita bertuah kerana
berpeluang untuk mendengar ucapan dan kata-kata nasihat dari beliau. Marilah bersama-sama
hayati barisan ucapan terakhir beliau di sekolah ini pada hari ini dan ketika ini. Majlis dengan
syahdunya mempersilakan.

UCAPAN PN PATIMAH

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan beliau itu tadi.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi puan jadi kenangan

Pohon sirih pohon selasih


Tumbuh merimbun di hujung laman
Kalungan budi junjungan kasih
Menjadi kenangan sepanjang zaman

Seterusnya sebagai tanda penghargaan dari murid-murid SK Convent Jalan Peel, di jemput Adik
Alisa Najwa bt Abd Karim dari kelas 5 Orchid untuk mendeklamasikan sajak yang bertajuk Terima
Kasih Cikgu! Sajak ini didedikasikan khas untuk Pn Patimah. Untuk makluman hadirin,
pendeklamasi ini telah dibimbing oleh Pn.Rohimah bt Ahmad.

PERSEMBAHAN MURID 1 (SAJAK)

Seterusnya, majlis memperdengarkan lagu daripada Kumpulan Nasyid SK Convent Jalan Peel
dengan tajuk nyanyian nasyid mereka Ya Toyyiba

PERSEMBAHAN 2 (NASYID)

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan nasyid di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Syahir b
Abdullah sebentar tadi.

Tanpa melengahkan masa, majlis diserikan lagi dengan persembahan daripada Kumpulan Koir
dibawah bimbingan Pn Intan Safiza bt Mohd Asri yang bertajuk Terima Kasih Cikgu

PERSEMBAHAN 3 (KOIR)

Terima kasih kepada kumpulan koir sebentar tadi. Seterusnya, dijemput kumpulan drama musikal
iaitu persembahan yang terakhir di mana ianya juga dibawah pimpinan Ustaz Ahmad Syahir b
Abdullah yang bertajuk Cikgu Patimahku

PERSEMBAHAN 4 (DRAMA MUSIKAL)

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan drama musikal tadi.

Seterusnya sebagai tanda ingatan dan kenang-kenangan dari kami, kita teruskan majlis dengan
penyampaian cenderamata.

Dijemput Pn Patimah diiringi Pn Rosita bt Abu Bakar untuk menerima hadiah dari wakil murid
mengikut aliran.

Wakil daripada Tahun 1 :


diikuti...
Wakil daripada Tahun 2:
Wakil daripada Tahun 3:
Wakil daripada Tahun 4:
Wakil daripada Tahun 5:
Wakil daripada Tahun 6:

Seterusnya disampaikan pula cenderamata daripada murid-murid Kelas 5 Jasmin yang mana Pn
Patimah merupakan guru kelas mereka pada tahun ini. Dijemput Ketua Kelas 5 Jasmin untuk naik
ke pentas.

Dengan itu diikuti oleh cenderamata daripada Pengawas Sekolah kepada Pn Patimah. Dijemput
Ketua Pengawas Sekolah untuk naik ke pentas.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn Patimah di atas kesudian beliau menerima
cenderamata itu tadi.

Tanam lengguna tumbuh kelapa


Terbit bunga pucuk mati
Budi puan kami tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Dengan berakhirnya acara penyampaian cenderamata itu tadi, kini kita telahpun berada di
penghujung acara.

Majlis dengan ini mendoakan Pn Patimah akan sentiasa sihat sejahtera dan gembira di samping
keluarga tercinta. Jika ada kelapangan hubungilah kami di sini selalu. Kami mohon ampun dan
maaf di atas segala kekurangan dan kesilapan jikamana kami terlanjur bicara, terlanjur terkata.

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Gunung bintan lekuk ditengah


Sayang penyengat kubunya tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi kusanjung kuingat juga

Bunga dedap di atas para


Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta

Hadirin sekalian dengan ini majlis berakhir dengan acara Lambaian Kasih di mana semua murid
dan guru diminta beratur untuk bersalam-salaman dengan Pn Patimah bt Abd Wahab juga diiringi
suami beliau serta barisan pentadbir SK Convent Jalan Peel. Dimohon hadirin untuk sama-sama
berdiri bagi memberi penghormatan untuk beliau.

Dengan ini majlis bersurai, sekian terima.

Wassalamualaikum wbt...

Anda mungkin juga menyukai