Anda di halaman 1dari 5

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

TOPIK 6 Teori Pembelajaran Ausubel

Sinopsis

Topik ini memperkenalkan Teori Pembelajaran Ausubel. Anda akan belajar tentang
pembelajaran deduktif dan ekspositori. Anda juga akan diperkenalkan konsep
pembelajaran verbal dengan menggunakan penyusunan awal (advance
organizers) . serta implikasi teori ini dalam mengajar sains sekolah rendah.

Hasil Pembelajaran

Menerangkan Teori Pembelajaran Ausubel .


Membezakan pembelajaran deduktif dan ekspositori.
Penggunaan Penyusunan Awal dalam pengajaran sains sekolah rendah.

Kerangka Tajuk-tajuk (Peta konsep)

Teori Pembelanjaran
Ausubel

Pembelajaran Pembelajaran verbal Implikasi Teori dalam


deduktif/ dengan penyusunan pengajaran sains
ekspositori awal sekolah rendah

1
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

6.1 Teori Pembelajaran Ausubel

David Ausubel adalah seorang ahli psikologi pendidikan. Teori pembelajaran


Ausubel merupakan salah satu teori pembelajaran yang menjadi dasar dalam
pembelajaran koperatif. Menurut Ausubel bahan subjek yang dipelajari kanak-
kanak mestilah bermakna (meaningfull). Pembelajaran bermakna merupakan
suatu proses mengaitkan informasi baru pada konsep-konsep relevan yang
terdapat dalam struktur kognitif seseorang. Struktur kognitif ialah fakta-fakta,
konsep-konsep, dan generalisasi-generalisasi yang telah dipelajari sebelumnya.

Pembelajaran bermakna juga adalah satu proses pembelajaran yang mana


informasi baru dihubungkan dengan struktur pengertian yang sudah dimiliki
seseorang kanak-kanak yang sedang melalui proses pembelajaran.

Pembelajaran bermakna terjadi apabila seorang kanak-kanak dapat


mengaitkan fenomena baru ke dalam struktur pengetahuan mereka. Ini bererti
bahan subjek itu mestilah sesuai dan relevan dengan struktur kognitif yang
dimilikinya.

Selanjutnya Ausubel mengatakan bahwa ada dua jenis pembelajaran, iaitu


pembelajaran bermakna (meaningful learning) dan pembelajaran menghafal (rote
learning). Bahan pelajaran yang dipelajari haruslah bermakna. Pembelajaran
menghafal adalah tidak bermakna kerana kanak-kanak memperoleh pengetahuan
baru tanpa mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif
mereka. Seseorang kanak-kanak seharusnya belajar dengan menoganisasikan
fenomena, pengalaman dan fakta-fakta baru ke dalam skemata yang telah
dipelajari.
Ausubel juga mendakwa bahawa faktor paling penting yang mempengaruhi
pembelajaran adalah apa yang kanak-kanak telah mengetahui. Oleh itu,
mengenalpasti pengetahuan sedia ada kanak-kanak adalah satu tugas yang
penting sebelum guru memulakan sesuatu pengajaran.

6.2 Pembelajaran Verbal dengan Penyusunan Awal


2
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

Penyusunan Awal (Advance Organizers) telah diperkenalkan oleh Ausubel


untuk menyesuaikan skema kanak-kanak dengan bahan pembelajaran, supaya
pembelajaran optima berlaku. Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya
kesesuaian tersebut ialah memulakan pembelajaran berpandukan kepada
penyusunan awal. Ia merupakan struktur yang menerangkan hubungan antara
konsep-konsep yang hendak disampaikan pada hari tersebut.

Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada kanak-kanak


tentang perkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran.
Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep baru dengan konsep yang
telah dipelajari. Jadi terdapat tiga tujuan penggunaan penyusunan awal, iaitu
memberi gambaran tentang apa yang penting dalam pelajaran, menjelaskan
hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan menggerakkan minda pelajar
untuk ingat semula konsep berkaitan yang telah dipelajari.

Ausubel mementingkan penyusunan konsep dalam satu bentuk


pengetahuan yang disusun secara hirarki iaitu dari konsep yang umum ke
spesifik. Konsep tersebut adalah tersusun dan dikaitkan secara bermakna. Idea
yang umum dalam subjek itu sepatutnya dipersembahkan dahulu dan dijelaskan
secara terperinci dari segi butirannya.

Ausubel juga mengemukakan pembelajaran verbal (lisan) bermakna


(meaningful verbal learning), termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan
hubungan antara idea yang dikenali sebagai Konsep Penyusunan Awal.
Bagaimanapun, hafalan (rote memorization) tidak dianggap sebagai pembelajaran
bermakna.

6.3 Pembelajaran Ekspositori/ Deduktif

3
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

David Ausubel mengemukakan teori pembelajaran yang menyatakan


bahawa manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran
resepsi dan bukan pembelajaran penemuan. Model pembelajaran ini kadang-
kadang dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori atau deduktif.

Teori pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh Ausubel menekankan


penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dan
dijelaskan mengikut urutan serta dengan fakta yang lengkap. Ausubel menegaskan
pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif daripada umum
kepada spesifik atau daripada prinsip kepada contoh. Tugas guru ialah menyusun
konsep dan prinsip untuk dipersembahkan kepada pelajar.

6.4 Implikasi Teori Ausubel untuk mengajar sains sekolah rendah

Teori pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam


pengajaran sains sekolah rendah dengan memberikan perhatian kepada dua
perkara berikut:

Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran deduktif


atau pengajaran ekspositori kerana guru dapat menyampaikan maklumat yang
lengkap dalam susunan yang teratur supaya kanak-kanak dapat memahami
keseluruhan konsep.

Menggunakan penyusunan awal dalam pengajaran untuk menggalakkan


kanak-kanak mengingati semula konsep yang telah dipelajari dan
mengaitkannya dengan konsep baru yang akan dipelajari serta mengingatkan
mereka tentang perkara-perkara penting dalam sesuatu tajuk pelajaran.

Soalan tutorial

4
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

1. Terangkan macamana anda dapat mengaplikasikan teori Ausubel untuk


mengajar satu tajuk sains sekolah rendah.
2. Bandingkan kelebihan dan kelemahan Teori Ausubel dan Teori Bruner
dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah.

Rujukan:
Abruscato, J. (2000). Teaching Children Science. A Discovery Approach. (5 th
Edition) USA, Allyn & Bacon.

Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching Elementary Science (8th


Edition).Washington: Wadsworth Publishing Company.

http://scied.gsu.edu/Hassard/mos/2.10.html (Ausubel Meaningful Learning Model)

http://wik.ed.uiuc.edu/index.php/Advance_organizers (Advance organisers)

http://www.hsc.csu.edu.au/pro_dev/teaching_online/how_we_learn/cognitive.html
(Cognitive Learning Theories)

Anda mungkin juga menyukai