Anda di halaman 1dari 6

PENGENALAN

Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran atau kajian mengenai kuantiti ,corak


struktur, perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain, kajian mengenali nombor dan
gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur
abstrak menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan
mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang
sangat jelas, untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.

Matematik juga adalah badan ilmu berpusat pada konsep-konsep ibarat kuantiti,
struktur, ruang, dan perubahan, dan disiplin kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya;
Benjamin Peirce memanggil ia "sains yang melukis kesimpulan-kesimpulan yang perlu". Ia
berkembang, melalui penggunaan pemujaradan dan penaakulan logik, daripada membilang,
pengiraan, pengukuran, dan kajian bentuk-bentuk dan pergerakan objek-objek fizikal. Ahli-
ahli matematik meneroka konsep-konsep tersebut bertujuan untuk merumuskan corak-corak
baru dan mewujudkan kebenaran mereka secara penyuntingan ketat yang dipilih
melalui aksiom dan takrif-takrif yang sesuai.

Pengetahuan dan penggunaan matematik asas sentiasa berada di dalam bahagian


sedia ada dan penting bagi kehidupan individu dan kumpulan tertentu . Penghalusan bagi
idea-idea asas adalah dapat dilihat purba di teks-teks matematik berasal dalam Mesir
Puno,Mesopotamia, India Purba, dan China Purba, bertambah dengan ketelitian
kemudiannya diperkenalkan oleh Yunani Purba. Setakat ini , pembangunan diteruskan
dalam keadaan tidak sangat memberangsangkan sehingga Zaman Pembaharuan pada
abad ke-16 di mana inovasi-inovasi matematik berinteraksi dengan penemuan-penemuan
saintifik baru yang membawa kepada satu pemecutan dalam pemahaman yang diteruskan.

Oleh sebab itu, Matematik sangat penting dalam kehidupan harian kita. Sebagai
contoh, penggunaan wang ringgit dalam kehidupan yang sememangnya memerlukan asas
Matematik agar pengeluaran wang tersebut adalah tepat dan selaras dengan harga barang
yanf akan dibeli. Kesimpulannya, kita semua perlu mempelajari Matematik agar dapat
membantu urusan kita seharian serta dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang
tersebut.
MAKSUD PEMPROGRAMAN LINEAR

Pemprograman linear merupakan suatu cara untuk menyelesaikan masalah dengan


menggunakan persamaan atau ketidaksamaan linear yang mempunyai pelbagai
penyelesaian., dengan memerhatikan syarat-syarat agar memperoleh hasil yang maksimum
atau minimum.

Pemprograman linear merupakan satu contoh umum yang dapat digunakan dalam
pemecahan peruntukan sumber-sumber yang terhad secara optimum. Masalah itu timbul
apabila seseorang perlu untuk memilih atau menentukan setiap kegiatan yang akan
dilakukan iaitu di mana masing-masing aktiviti yang memerlukan sumber yang sama
walaupun jumlahnya terhad.

Pemprograman bermaksud perancangan dan linear bermaksud fungsi-fungsi yang


digunakan merupakan fungsi linear. Program linear adalah suatu teknik perancangan yang
bersifat analitik yang analisisnya memakai model matematik dengan tujuan untuk
menemukan beberapa kombinasi alternative pemecahan masalah. Kemudian pilih yang
terbaik di antaranya dalam rangka menyusun langkah-langkah lebih lanjut mengenai
peruntukan sumber-sumber dan dana yang terhad. Kegunaannya adalah untuk mencapai
tujuan dan sasaran yang diinginkan secara optimum.
SEJARAH PEMPROGRAMAN LINEAR

Pemprograman Linear telah dicipta pada tahun 1939 oleh seorang ahli matematik
yang berusia bernama L.V. Kantorivich. Beliau telah menemui pemprograman linear
pertama yang berjudul Mathematical Methods In The Organization and Planning of
Programme. Dengan bantuan buku ini beliau telah merumuskan persoalan Pemprograman
Linear. Beberapa ahli matematik telah merujuk kepada penemuan L.V. Kantorivich untuk
menyelesaikan masalah yang sedang berkembang pada saat itu iaitu peperangan.
Walaubagaimanapun, cara-cara menyelesaikan masalah menggunakan pemprograman
linear di Rusia tidak berkembang baik kerana ahli-ahli di negara Barat mampu
menggunakan cara tersendiri untuk menyelesaikannya.

.Pada tahun 1947 seorang ahli matematik dari Amerika Syarikat iaitu George
B.Dantzig telah menemui satu cara untuk menyelesaikan masalah pemprograman linear.
Cara tersebut dinamakan Simplex Method yang dihuraikan dalam buku
Linear Programming and Extention. Teori ini berkembang dengan amat pesat terutama
dalam bidang ketenteraan yang mana ianya amat menitikberatkan strategi-strategi
peperangan dan dalam bidang-bidang lain.

Pemprograman linear adalah teknik matematik yang dirancang untuk membantu


dalam merancang dan membuat keputusan dalam peruntukan sumber daya yang terbatas
untuk mencapai tujuan perniagaan.
TOKOH-TOKOH PEMPROGRAMAN LINEAR

Pemprograman linear ditemukan dan dikembangkan oleh beberapa tokoh Matematik


pada masa sebelum Perang Dunia ke-II. Penemuan dan pengembangan oleh beberapa
tokoh Matematik tersebut berdasarkan persoalan atau masalah yang sedang berkembang
pada masa itu, iaitu dalam bidang industri dan peperangan. Beberapa tokoh-tokoh tersebut
adalah Leonid V. Kartovich, George B. Dantzig, John von Neumann, Leonid Khachiyan dan
Naranda Karmarkar.

Leonid V. Kartovich lahir pada bulan Januari tahun 1912 di Kota Leningrad, Rusia.
Leonid membesar menjadi seorang anak yang mempunyai sifat ingin tahu sesuatu dengan
amat mendalam, beliau tertarik dengan politik dan sejarah moden. Ketika umurnya baru 14
tahun, beliau sudah masuk ke Mathematical Department of the Leningrad University, di sini
beliau mula menyedari bahawa beliau berminat dalam bidang ilmu pengetahuan dan
Matematik. Pada tahun keduanya di universiti, Leonid sudah mendahului kawan-kawannya
dalam bidang Matematik, malahan beliau sudah menguasai Matematik kompleks dan
abstrak. Ketika beliau berumurnya 18 tahun beliau sudah menjadi penulis di bidang
Matematik. Setelah lulus, Leonid terus melanjutkan penelitiannya dalam bidang teori
matematik, tetapi setelah beberapa lama beliau menukarkan konsentrasi beliau dalam
bidang Matematika terapan, dan akhirnya Leonid berkecimpung dalam bidang Matematik
ekonomi. Ketika itu Uni Soviet sedang menghadapi masalah perindustrian di bawah kuasa
Joseph Stalin di mana ekonomi yang semula terpusat pada pertanian berubah menjadi
industri. Keadaan inilah yang membuat Leonid menemukan masalah di tempat beliau
bekerja sebagai perunding makmal kerajaan. Di mana perkara tersebut berkaitan dengan
aktiviti pengeluaran, beliau harus menyelesaikan masalah mengefisiensikan kos
pengeluaran produk dan pemakaian bahan mentah tetapi pengeluaran tetap maksimum.
Pada awalnya masalah ini dianggap sederhana sebagai sebuah kes kalkulus pengkamiran,
tetapi sebenarnya lebih serius. Hal ini merupakan sebab Leonid menggunakan Matematik
sebagai aplikasi untuk ekonomi. Ahirnya pada tahun 1939, Leonid mengajukan sebuah hasil
pemikirannya berdasarkan masalah yang ada dan perancangan penyelesaiannya. Hasil
pemikirannya inilah yang kita kenal sekarang sebagai Pemprograman Linear. Pemikirannya
tersebut pada awalnya meragukan banyak orang, tetapi terbukti keberkesanannya ketika
beliau menghitung jumlah maksimum sebuah kilang yang harus memakai baja agar kos
pengeluaran tetap efisien, dan ternyata pemikirannya tersebut terbukti dapat
mengefisienkan kos pengeluaran secara signifikan.
Penemuan Leonid mengantarkan era baru bagi ekonomi Uni Soviet. Hal ini menimbulkan
minat yang besar bagi Uni Soviet dalam Matematik terapan, dan sejak itu Leonid menjadi
revolusioner dalam bidang ekonomi Matematik.

Seterusnya tokoh Matematik lain pula ialah George Bernard Dantzig yang lahir pada
8 November 1914 di Portland, Oragon, Amerika Serikat. Ayah Dantzig adalah seorang
profesor Matematik dan ibunya adalah seorang ahli bahasa Slavia. Dantzig mendapatkan
sarjananya di University of Maryland pada tahun 1936. Beliau tidak suka kepada semua
pengajian Matematik yang beliau ambil di sana kerana beliau tidak melihat aplikasi dari
semua pengajian tersebut. Pada tahun berikutnya, beliau mengambil program pasca
sarjana di Mathematics School of the University of Michigan. Selain pengajian statistik,
beliau tetap melihat pengajian matematiknya terlalu absrak maka beliau meninggalkan
pengajiannya di sana dan mencari pekerjaan. Beliau bekerja di Biro Statistik Tenaga Kerja
selama dua tahun kemudian beliau menyambung pengajian di Berkley untuk mengambil
pangkat doktor dalam bidang statistik. Setelah mendapatkan gelaran doktor pada tahun
1947 beliau bergabung dalam Angkatan Udara Amerika sebagai penasihat Matematik untuk
pusat kawalan Angkatan Udara.. Angkatan udara memerlukan cara yang cepat untuk
menghitung tempoh tahapan program, latihan, dan distibusi logistik. Bermula dari sinilah
pemikirian Dantzig tentang pemprograman linear. Dantzig menyatakan bahawa : I began
noticing that the feasible regionis a convex body, that is, a polyhedral set.Therefore, the
process would be able to be improved if the movements were maded along theborders from
one extreme point toward the following. However, this procedure seemed to be too
inefficient. In three dimensions, the regioncould be visualized like a diamond with faces,
edges and vertex. In the cases of many borders, the process would take an a journey
along them before the diamonds point optimal corner would be reached. Begitulah
permulaan terciptanya pemprograman linear dengan kaedah daripada Dantzig.

Selain itu, tokoh Matematik lain ialah John von Neuman, Leonid Khachiyan dan
Naranda Karmarkar menggambarkan Pemprograman Linear untuk masalah-masalah yang
lebih rumit pada tahun-tahun berkutnya sampai menemui kaedah grafik.

Anda mungkin juga menyukai