Anda di halaman 1dari 2

Definisi Ulum Al Quran

Ilmu : Ahli Usuluddin mengistilahkan ilmu sebagai suatu sifat yang dengan
memilikinya manusia dapat mencapai ketinggian dalam hidupnya. Ahli Bahasa pula
memberi pendapat bahawa ilmu ialah satu pengetahuan yang dengannya manusia
dapat mengetahui sesuatu di alam ini. Ahli Agama pula mendefinisikan ilmu sebagai
kemampuan manusia dalam usaha mengenal Allah dalam membuktikan kewujudan-
Nya dan meyakinkannya di dalam hati.

Ulum : perkataan ulum ( )merupakan lafaz jamak daripada perkataan


ilm (). Al Quran :Pengertian al-Quran pula ditakrifkan sebagai Kalamullah yang
bermukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui Malaikat Jibril dalam
bahasa arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya dikira sebagai ibadah,
bermula dari surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Nas. Jadual 1.1 di bawah
merupakan huraian bagi definisi Al Quran.

Definisi Huraian Definisi


Kalamullah Kalam (kata-kata) yang turun daripada Allah S.W.T
Yang Bermukjizat Mempunyai mukjizat yang tersendiri (kelebihan dan
kekuatan)
Yang Diturunkan Dikeluarkan daripada Luh Mahfuz atau baitul Izzah dan
seumpama dengannya.
Kepada Nabi Muhammad Khusus kepada Nabi akhir zaman (Muhammad s.a.w)
Melalui Malaikat Jibril Sebagai perantaraan antara Allah dan Rasulullah.
Dalam Bahasa Arab Khusus dalam bahasa Arab sahaja.
Secara Mutawatir Diturunkan secara berperingkat-peringkat berdasarkan
keadaan dan suasana.
Membaca Setiap Huruf Sesiapa yang membaca Al-Quran di berikan pahala
Adalah Ibadah ibadah. Hanya Kalamullah yang boleh dibaca di dalam
solat.
Jadual 1.1
Ulum Al-Quran : Satu gagasan ilmu yang mengkaji tentang Al-Quran dan perkara yang
berkaitan dengannya seperti sejarah penurunan, penulisan dan pengumpulan, asbab
nuzul, Al-Makki Wal-Madani, Nasikh Mansukh, peringkat-peringkatnya,
kemukjizatannya,perumpamaan-perumpamaan, tertib surah dan sebagainya.

Perbahasan yang berkaitan dengan Ulum al-Quran secara umumnya meliputi bidang-
bidang berikut iaitu :

1. Ilmu Tafsir dan Tawil


2. Ilmu Irab al-Quran
3. Ilmu Qiraat
4. Ilmu Nasakh dan Mansukh
5. Ilmu Sebab Nuzul
6. Ilmu Makki dan Madani
7. Ilmu Fadail al-Quran
8. Ilmu Nuzul al-Quran
9. Ilmu Gharib al-Quran
10. Ilmu Amthal al-Quran
11. Ilmu Majaz al-Quran
12. Ilmu Abat Muhkamat dan Mutasyabihat
13. Ilmu Jadal al-Quran
14. Ilmu Aqsam al-Quran

Menurut Zarqani ulum al quran bemaksud ilmu yang berkenaan dengan Ilmu-
ilmu yang mempelajari tentang Al-Quran itu sendiri, sama ada dari segi penurunannya,
pengumpulannya, pembukuannya, pembacaannya, pentafsirannya, Ijaznya, nasikh dan
mansukhnya dan semua perkara yang berkaitan dengan Al-Quran.

Imam Al-Suyuti pula menegaskan bahawa ulum al quran ialah Suatu bidang
dan ruang lingkup ilmu yang membicarakan tentang al-Quran dari segi penurunannya ,
sanadnya, adabnya, maknanya, lafaznya dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

Kesimpulannya, ulum al quran merupakan tarkib idhafi ( ) yang


boleh diertikan sebagaisekumpulan ilmu yang berkaitan dengan al quran.
Perkataan ilmu menjadi jamak kepada perkataan ulum kerana ilmu yang berkaitan
dengan al quran meliputi banyak skop. Contohnya ilmu tafsir, ilmu qiraat, ilmu Rasm
Uthmani, ilmu ikjaz, ilmu asbab nuzul, ilmu nasikh mansukh dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai