Proposal Cendawan
Proposal Cendawan
Cendawan jerami padi, tiram putih, tiram kelabu, abalon, telingan kera dan
juga shitake merupakan jenis-jenis cendawan yang sesuai ditanam di
Malaysia. Buat masa ini semua jenis cendawan tersebut diusahakan secara
komersial kecuali cendawan jerami padi.
Untuk itu, saya memilih untuk mengusahakan tanaman cendawan. Ini adalah
kerana, masih tiada pengusaha yang menceburkan diri dalam bidang ini secara besar
besaran khususnya di negeri Terengganu. Antara lima jenis cendawan yang biasa
diusahakan, cendawan tiram kelabu adalah menjadi pilihan saya. Ini adalah
disebabkan cendawan tersebut rasanya sedap berbanding dengan cendawan-cendawan
lain yang seharga dengannya. Selain itu, pengguna juga kurang meminati cendawan
tiram putih kerana mengandungi terlampau banyak air dan terlalu lembik apabila
dimasak. Cendawan telinga kera pula tiada mempunyai rasa dan hanya terasa kenyal
sewaktu dimakan. Di samping itu, saya lebih suka mengusahakan cendawan tiram
kelabu berbanding dengan cendawan tiram putih kerana cendawan tiram kelabu tahan
lebih lama sedikit. Walaupun kadar pengeluaran hasil cendawan telinga kera tinggi
berbanding dengan cendawan tiram putih dan tiram kelabu, tetapi saya kurang
berminat untuk mengusakannya kerana permintaan terhadap cendawan tersebut
adalah terlalu sedikit.
1.1 Tujuan Projek
Pada peringkat permulaan, saya telah memilih kawasan bawah rumah bagi
tanaman projek cendawan ini. Oleh kerana keadaan rumah ini sangat tinggi, maka
ianya sangat sesuai digunakan. Sebagai contoh, seorang pengusaha cendawan
disekitar Kuantan, Pahang telah berjaya dalam bidang ini walaupun menggunakan
rumah tumpangan yang telah lama ditinggalkan. Lokasi bukanlah sesuatu yang
penting dalam bidang pertanian tapi kesungguhan yang akan menjamin kejayaan
seseorang.
1.3 Latar Belakang Pengusaha
KETUA PROJEK
Mohd Sauti Mohd Arshad Mohd Hilmi Mohd Arshad Rahimah Aini Mohd Arshad
31 tahun 34 tahun 23 tahun
750731-11-5163 720701-11-5501 831109-11-5360
SPM Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana Muda Sains
Teknologi Maklumat (kimia)
2.0 KAJIAN LITERATUR
3.0 METHODOLOGI
Teruskan kerja (a), (b), (c) dan (d) sehingga habis habuk kayu
yang telah dibancuh.
4. Penyuntikan benih
6. Memungut Hasil.
PENYEDIAAN KAWASAN
PENANAMAN
PENJAGAAN / PENYELENGGARAAN
PENUAIAN
PEMBUNGKUSAN
PEMASARAN
Justeru itu, saya merancang untuk menambah kira- kira 15 000 beg cendawan
dalam masa yang terdekat dan mensasarkan untuk memenuhi ruang yang ada iaitu
kira-kira 30 000 beg menjelang Mac 2007 bagi memenuhi permintaan pelanggan.
Rumah 1
Keluasan rumah cendawan : 10 kaki x 25 kaki
Tinggi : 10 kaki
Rak : Besi
Kapasiti : 6000 bantal
Kapasiti sekarang : 6000 bantal
Rumah 2
Keluasan rumah cendawan : 20 kaki x 20 kaki
Tinggi : 10 kaki
Rak : Besi
Kapasiti : 9000 bantal
Kapasiti sekarang : 9000 bantal
a) Bangsal Cendawan
ruang penyediaan - RM 1840
rak Besi - RM 4350
------------
RM 6190
b) Peralatan
4 dapur - RM 200
4 tong drum - RM 100
2 tong gas dan kepala - RM 220
2 gelung paip getah - RM 60
2 keping papan lapis - RM 30
-------------
RM 610
2. Modal Berubah
4.2 Pemerhatian
Sepanjang projek ini dilakukan, pelbagai pemerhatian dari semua aspek dilakukan
bagi menjamin keberkesanan dan kelancaran kerja serta hasil yang akan diperoleh
pada masa akan datang. Berikut merupakan aspek yang penting sepanjang tempoh
projek ini berjalan:
Media
- Kandungan air yang banyak biasanya akan melambatkan proses
pergerakan misilium manakala air yang sedikit menyebabkan
pergerakan misilium yang cepat tetapi risiko kerosakan adalah
tinggi dan hasilnya juga adalah sedikit.
- Kandungan dedak juga akan mempengaruhi pergerakan misilium.
Dedak yang banyak akan mempercepatkan pertumbuhan misilium
tetapi risiko untuk menerima jangkitan kulat lain adalah tinggi.
Antara kulat yang biasa menyerang ialah kulat hitam, merah dan
kuning.
- Kepadatan media cendawan juga mempengaruhi pertumbuhan
misilium. Media yang terlalu padat akan melambatkan
pertumbuhan misilium. Kepadatan yang sederhana adalah yang
paling sesuai.
Benih
- Benih memainkan peranan yang paling penting dalam
perkembangan misilim dan juga kadar pengeluaran hasil. Benih
yang baik akan menjamin mutu dan hasil pengeluaran setiap beg
cendawan disamping mempengaruhi pertumbuhan misilium. Benih
yang terlalu matang dan terlalu muda tidak sesuia digunakan.
Biasanya tiada pertumbuhan misilium sekiranya benih terlalu
matang. Masa yang paling sesuai untuk benih ialah dalam
lingkungan sebulan selepas waktu matang.
Cuaca
- Cuaca sangat mempengaruhi pertumbuhan dan hasil cendawan.
Biasanya cendawan akan keluar dalam kuantiti yang banyak
semasa musim hujan. Masalah akan timbul pada musim panas
kerana pertumbuhan cendawan sering terbantut. Lantai rumah
cendawan hendaklah disiram 2-3 sekali bagi mengurangkan
masalah ini.
Hasil
Waktu buka
- Tempoh yang paling sesuai untuk membuka media cendawan untuk
kali pertama ialah kira-kira 70 hari dari tarikh benih disuntik. Pada
masa ini, misilium adalah benar-benar matang dan biasanya kertas
punutup beg cendawan akan pecah dan cendawan akan keluar
dengan sendirinya. Untuk tuaian hasil kedua dan seterusnya, beg
cendawan boleh dibuka kira-kira 10-14 hari selapas tuaian hasil
sebelumnya.
Tuai
- Kebiasaannya, cendawan akan dapat dituai selepas 5-7 hari beg
cendawan dibuka. Tetapi ianya tidak menentu kerana pertumbuhan
cendawan sentiasa bergantung pada keadaan cuaca dan sekeliling.
Pemasaran
- Untuk menjamin kualiti, cendawan yang telah dituai seharusnya
dipasarkan dengan segera. Ini adalah kerana cendawan merupakan
sejenis tumbuhan yang tidak tahan lama selepas dipetik. Cendawan
akan biasanya akan dapat bertahan selama 5-7 hari didalam peti
dan hanya 1-2 hari dalam keadaan biasa.
Pasaran
Pada masa sekarang, permintaan terhadap cendawan akan sentiasa
meningkat. Daripada pemerhatian yang dibuat, terdapat banyak
kedai-kedai makan baru yang tumbug seperti cendawan selepas
hujan. Kebanyakan kedai-kedai tersebut adalah berasaskan
makanan ala Thai dimana cendawan merupakan antara keperluan
untuk masakan tersebut. Tidak mustahil permintaan terhadap
cendawan segar akan sentiasa meningkat.
Potensi
Potensi terhadap cendawan adalah begitu besar. Dalam zaman
kemajuan teknologi sekarang, pelbagai makanan mungkin dapat
dihasilkan daripada cendawan. Seperti yang kita lihat sekarang.
Pelbagai makanan yang berasaskan cendawan dapat dihasilkan
seperti nugget cendawan, bebola cendawan, kerepek cendawan dan
lain-lain. Tidak mustahil pada suatu hari nanti kami akan mampu
untuk membuat jus cendawan.
4.3 Pemasaran
Pasaraya : 10kg
Kedai makan : 15kg
Pemborong : 30kg
Pasar : 15kg
Terus kepada pengguna : 20kg
Oleh kerana pengeluaran cendawan tiram kelabu adalah tidak menentu dan
sentiasa berubah-rubah mengikut cuaca selain hasil yang agak sedikit, maka kami
terlebih dahulu mensasarkan untuk menjual produk kami terus kepada pengguna.
Kerosakan
Terdapat kerosakan pada media cendawan yang disebabkan oleh pelbagai
punca. Antara punca yang menyebabkan berlakunya kerosakan pada media
cendawan adalah disebabkan persekitaran, kerosakan benih, kebocoran plastik
dan kecuaian semasa mengukus dan menyuntik benih.
Persaingan
Kemasukan cendawan dari Thailand yang mengenakan harga yang sangat
murah iaitu antara RM3 RM4 pada harga borong sedangkan harga yang
kami jual adalah sekitar RM10 sekilogram
Penyediaan
Masa untuk membungkus dan memadat media cendawan memerlukan masa
yang lama untuk disiapkan dengan menggunakan cara manual
Hasil
Hasil cendawan yang tidak menentu yang sentiasa bergantung kepada cuaca
menyukarkan untuk menghantar hasil secara tetap.
Penerimaan produk
Oleh kerana cendawan tempatan merupakan satu produk yang baru dikalangan
masyarakat Malaysia, terutamanya bagi orang melayu dan india, maka
penerimaan produk menjadi satu masalah. Ramai antara pengguna tempatan
tidak tahu cara memasak cendawan dan belum mencuba memakan cendawan.
Masih ramai pengguna yang masih ragu-ragu tentang keselamatan cendawan
tempatan untuk dimakan.
1. Modal Tetap
a) Bangsal Cendawan
1 ruang penyediaan 12 kaki x 40 kaki
Bangsal besi boleh pindah - RM 5650
Rak Besi - RM 4120
------------
RM 9770
2. Modal Berubah
Bagi mencapai hasrat ini, beberapa peralatan sangat diperlukan bagi menjamin
kelancaran dan mempercepatkan kerja. Antara barang keperluan yang penting adalah:
1. Rumah cendawan (RM 10000)
Dengan terdapatnya keperluan seperti ini, saya yakin dapat menambah beg
cendawan dari 200 beg kepada 1000 beg sehari. Sekiranya ini tercapai, hasrat untuk
memasarkan cendawan melebihi 50kg sehari pasti akan tercapai. Diharapkan projek
ini akan menerima bantuan sewajarnya bagi mencapai sasaran yang untuk memajukan
bidang pertanian.
5.1 Sasaran
Sasaran utama kami pada masa akan datang ialah dapat menguasai pasaran
cendawan tiram kelabu di seluruh Negeri Terengganu dimana rata-rata peniaga runcit
dan pasaraya memperoleh cendawan dari Pahang. Disamping itu, kami akan berusaha
untuk memberi pendedahan kepada pengguna mengenai khasiat cendawan tiram
kelabu memandangkan masih ramai yang ragu-ragu untuk memakannya. Dalam pada
itu juga, kami akan sedaya upaya untuk mempromosikan cendawan goreng yang kini
begitu popular di selatan tanah air Malaysia. Kami juga sedang berusaha untuk
mengumpul seberapa banyak resipi yang yang berasaskan cendawan untuk diedarkan
kepada pelanggan kami. Ini kerana ramai yang tidak mengetahui kaedah masakan
yang sesuai bagi cendawan.
6.0 KESIMPULAN
Pertanian merupakan satu bidang yang tidak asing bagi kita. Namun demikian,
kita boleh lihat, hanya berapa orang sahaja yang betul-betul berminat untuk
menceburi bidang ini. Ramai golongan muda-mudi sekarang tidak berminat untuk
menceburi diri dalam bidang ini. Sebagai contoh, ramai muda-mudi sekarang tidak
bekerja malah graduan juga ramai yang tidak dapat bekerja. Mereka beranggapan
bahawa bidang pertanian tidak sesuai dengan meraka yang mempunyai kelulusan
dalam jurusan lain.
Disini kami ingin buktikan bahawa graduan seperti kami mampu untuk
menceburkan diri dalam bidang ini sehingga berjaya. Dengan kelulusan yang kami
ada, kami akan terus berusaha untuk meningkatkan mutu pertanian negara sejajar
dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara berasaskan pertanian.
Secara keseluruhannya, boleh dikatakan projek kami telah dianggap berjaya mencapai
matlamat asalnya. Walaupun pada peringkat awal kami mempunyai banyak masalah
dan kesukaran, namun dengan kerjasama dan kesepakatan yang kami ada, segala
masalah dapat diatasi dengan berkesan. Tanpa bantuan pihak Jabatan Pertanian juga,
amat sukar untuk kami berjaya. Segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan akan
kami guna sebaik mungkin dan tidak akan mensia-siakan harapan yang telah
diberikan. Diharap juga, projek ini akan menjadi kerjaya utama kami untuik mencari
sumber pendapatan.
7.0 CADANGAN
Disini saya ingin mencadangkan beberapa perkara yang boleh membantu dalam
menjayakan projek tanaman cendawan saya.