Anda di halaman 1dari 14

FAKULTI SAINS SOSIAL

SEMESTER 5/2016

ABSS2103

PRINSIP PEMASARAN

NO. MATRIKULASI : 930521016616001


NO. KAD PENGNEALAN : 930521-01-6616
NO. TELEFON : 012-6567572
E-MEL : norfarhana33@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM BATU PAHAT

1
ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKASURAT
PENGENALAN 3-4
SEJARAH HYBRID 5
HARGA DAN PENENTUAN HARGA 6-8
FAKTOR LUARAN PELETAKAN
9-10
HARGA
CADANGAN 11
ANALISIS HARGA 12
KESIMPULAN 13
RUJUKAN 14

2
PENGENALAN

Dalam zaman era globalisasi, kemudahan teknologi dilihat semakin berkembang


pesat. Ini dapat dilihat melalui pelbagai kemudahan yang semakin dinaiktaraf oleh kerajaan
dan pelbagai syarikat bagi mengikut arus perkembangan zaman teknologi. Antara sector yang
dilihat semakin berkembang ialah dari sektor teknologi media dan kenderaan. Hal ini boleh
kita lihat dari segi pengeluaran telefon bimbit yang pelbagai jenama dan pelbagai prospek,
Selain itu, pelbagai syarikat kenderaan yang berjenama juga berlumba-lumba mengeluarkan
produk mereka bagi menarik lebih ramai pelanggan kerana kenderaan adalah satu medium
amat penting bagi masyarakat di Malaysia. Kenderaan seperti motosikal, kereta,
pengangkutan awam adalah medium untuk masayarakat Malaysia bergerak ke mana-mana
untuk menyelesaikan tugasan dan urusan seharian mereka seperti menghantar anak ke
sekolah, pergi ke tempat kerja dan lain-lain. Oleh itu, melalui tugasan yang diberi kepada
mahasiswa/wi inilah dapat membentuk pelajar untuk lebih berfikiran lebih kreatif dalam
menyelesaikan tugasan yang diberi.

Menurut Wikipedia kenderaan elektrik hibrid adalah sejenis kenderaan hibrid yang
menggabungkan enjin pembakaran dalaman sistem rejangan dengan sistem rejangan elektrik.
Kehadiran sistem kuasa alektrik bertujuan untuk mencapai samada ekonomi bahan api yang
lebih baik berbanding kenderaan konvensional atau prestasi yang lebih baik. Ada pelbagai
jenis HEV, dan tahap mereka berfungsi sebagai kenderaan elektrik juga berbeza. Bentuk
HEV yang paling lazim adalah kereta elektrik hybrid, walaupun trak elektrik hybrid (pikap
dan traktor) dan bas juga wujud. HEV moden mengguna pakai teknologi peningkatan
kecekapan (efficiency-improving) seperti pembrekkan janaan semula (regenerative braking),
yang mengubah tenaga kinetik kenderaan kepada tenaga elektrik untuk mengecas, berbanding
membazirkan ia sebagai tenaga haba sebagaimana brek konvensional. Sesetengah jenis HEV
menggunakan enjin pembakaran dalaman mereka untuk menjana tenaga elektrik dengan
memutarkan generator elektrikal (gabungan ini dikenali sebagai generator-motor), samada
mengecas bateri mereka atau memberikan kuasa secara terus kepada motor pemanduan
elektrik. Banyak HEV telah mengurangkan pelepasan melahu (idle emission) dengan
mematikan ICE pada tempoh melahu dan menghidupkan kembali apabila ianya diperlukan;
ini dikenali sebagai sistem hidup-berhenti. Sebuah elektrik hibrid menghasilkan pelepasan

3
yang kurang daripada ICE berbanding kereta berkuasa petrol yang bersaiz sama, kerana enjin
petrol HEV biasanya lebih kecil jika dibandingkan dengan kenderaan berkuasa petrol yang
mempunyai saiz yang sama (gas asli da bahan api propana menghasilkan pelepasan yang
lebih rendah) dan jika tidak digunakan untuk memberikan kuasa secara terus kepada kereta,
boleh ditala untuk dikendalikan pada kecekapan maksimum, meningkatkan lagi ekonomi
bahan api. Antara contoh kenderaan hybrid atau yang menggunakan konsep mesra alam ialah
Toyota Prius yang memang terkenal sejak tahun 2011 di pasaran Amerika dan Negara-negara
lain.

4
SEJARAH HIBRID

Menurut Wikipedia lagi pada tahun 1901, Ferdinand Porche telah membangunkan
Lohner-Porsche Mixte Hybrid, kereta hibrid elektrik-petrol pertama di dunia. Kenderaan
elektrik-hibrid tidak boleh didapati secara meluas sehingga keluaran Toyota Prius
di Jepun pada tahun 1997, diikuti dengan Honda Insight pada tahun 1999. Sementara pada
permulaannya, ia dilihat sebagai tidak diperlukan oleh kerana petrol berkos rendah,
peningkatan harga petroleum di seluruh dunia menyebabkan banyak pembuat kereta
mengeluarkan kereta hibrid lewat tahun 2000-an. Kini mereka dilihat sebagai segmen teras
untuk pasaran automotif pada masa akan datang.

Lebih daripada 5.8 juta kenderaan elektrik hibrid telah dijual di seluruh dunia pada
akhir Oktober 2012, diterajui oleh Toyota Motor Company (TMC) dengan lebih daripada 4.6
juta hibrid Lexus dan Toyota dinual pada Oktober 2012. Diikuti pula dengan Honda Motorb
Co., Ltd. dengan penjualan global kumulatif lebih daripada 1 juta pada lewat September
2012. Ford Motor Corporation pula menjual lebih 200,000 unit hibrid di Amerika Syarikat
lewat Jun 2012. Sehingga Oktober 2012, penjualan hibrid di seluruh dunia diterajui oleh
Toyota Prius liftback, dengan penjualan kumulatif sebanyak 2.8 juta unit, dan boleh didapati
di hampir 80 buah negara. Amerika Syarikat adalah pasaran terbesar dunia bagi hibrid dengan
lebih 2.5 juta unit kereta hibrid dan SUV dijual sehingga Oktober 2012 diikuti dengan Jepun
dengan lebihb 2 juta unit hibrid dijual sehingga Oktober 2012. Prius adalah kereta hibrid
paling laris di pasaran US, melangkaui mercu tanda 1 juta pada April 2011. Penjualan
kumulatif Prius di Jepun mencapai sasaran 1 juta unit pada Ogos 2011.

5
HARGA DAN PENENTUAN HARGA

Dalam kamus dewan online ada menyatakan harga bermaksud nilai sesuatu barang
dengan (kiraan) wang. Harga merupakan sejumlah wang yang dikenakan untuk sesuatu
keluaran atau perkhidmatan yang diberikan. Secara luasnya, harga adalah jumlah kesemua
nilai yang pengguna tukarkan bagi mendapatkan faedah memiliki atau menggunakan produk
atau perkhidmatan. Harga merupakan satu-satunya elemen campuran pemasaran yang
mengeluarkan hasil, sementara kesemua elemen lain merupakan kos. Harga juga adalah salah
satu elemen yang paling fleksibel dalam campuran pemasaran, kerana ianya mudah untuk
diubah mengikut kesesuaian pasaran. Penentuan harga adalah proses menentukan apa yang
bakal diterima sebuah syarikat sebagai pertukaran untuk produknya. Faktor-faktor harga
adalah kos pengilangan, tempat pasaran, persaingan, keadaan pasaran, dan kualiti produk.
Penentuan harga juga merupakan pembolehubah utama dalam teori peruntukan
harga mikroekonomi. Penentuan harga adalah aspek dasar pemodelan kewangan dan adalah
salah satu dari "empat P" campuran pemasaran. Tiga aspek lain adalah barangan, promosi
dan tempat. Harga merupakan satu-satunya unsur menjana hasil dalam empat P ini, yang lain
adalah pusat kos.

Harga adalah nilai yang dibayar oleh pembeli sebagai pertukaran untuk mendapatkan
produk atau perkhidmatan yang dijual dalam urusniaga merujuk kepada harga seperti kadar
sewa, premium insurans, bayaran perkhidmatan yang lain dan sebagainya.Faktor yang
mempengaruhi keputusan penentuan harga melibatkan persaingan harga dan bukan harga.
Persaingan harga adalah polisi menggunakan harga untuk membezakan produk di dalam
pasaran, sementara persaingan bukan harga adalah polisi menggunakan faktor bukan harga
untuk menjual produk seperti kualiti produk, mutu perkhidmatan, cara gaya promosi dan
sebagainya. Komoditi ialah barang yang mempunyai permintaan dan yang dibekalkan
tanpa pembezaan kualitatif merentasi pasaran. Ia merupakan produk yang sama tanpa
mengira siapakah yang menghasilkannya, misalnya petroleum, kertas buku nota, atau susu.
Dalam kata yang lain, tembaga ialah tembaga. Harga tembaga adalah sejagat dan naik turun
setiap hari, berdasarkan penawaran dan permintaan global.
Sebaliknya, televisyen mempunyai banyak tahap mutunya. Televisyen yang lebih baik
(berdasarkan tanggapan) akan berharga lebih tinggi. Salah satu ciri barang komoditi ialah

6
harganya yang ditentukan sebagai fungsi pasaran seluruhnya. Komoditi-komoditi fizikal yang
bertapak mempunyai pasaran semerta dan pasaran terbitan yang didagangkan dengan giat.
Umumnya, ini merupakan sumber asas dan produk pertanian seperti bijih timah, minyak
mentah, batuarang, etanol, garam, gula, bijikopi, kacangsoya, aluminum, beras, gandum,emas
dan perak. Pengkomoditian berlaku apabila pasaran barangan atau perkhidmatan hilang
pembezaannya merentasi asas bekalan, seringnya diakibatkan oleh penyebaran modal
intelektualyang diperlukan untuk memperoleh dan menghasilkan produk dengan cekap. Oleh
itu, barang-barang yang dahulu memberikan harga premium kepada peserta pasaran telah
menjadi komoditi, misalnya bahan farmaseutik generik dan cip silikon.

Proses peletakan harga dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Se-benarnya, terlalu banyak faktor
yang mempengaruhi peletakan harga sesuatu barangan ataupun perkhidmatan. Namun begitu,
kita hanya meneliti empat faktor utama yang mempengaruhi penetapan harga sesebuah
produk. Pengurusan mesti berhati-hati meletakkan harga kerana di-bimbangkan melebihi
daripada harga sedia ada di pasaran dan mengakibatkan ia tidak dapat di jual. Meletakkan
harga yang keterlaluan mempengaruhi permintaan, terutamanya apabila barangan keluaran
syarikat mempunyai pengganti di pasaran. Contohnya syarikat kereta nasional Proton tidak
boleh sewenang-wenangnya menaikkan harga kerana ia menyebabkan pengguna memilih
jenama lain yang setaraf dengannya tetapi dengan harga yang lebih rendah.
Maklumat sensitiviti pengguna pada perubahan dalam harga mesti tepat dan cepat. Syarikat
biasanya mendapatkan maklumat berkenaan pasaran daripada penyelidik pasaran,
penyelidikan pelanggan, kempen dan melalui soal selidik daripada juru jual.
Tindakan pesaing sama ada dalam ataupun luar negeri juga sangat penting dalam proses
peletakan harga. Menjangkakan tindakan pesaing terhadap reka bentuk barangan dan strategi
pasaran sukar tetapi penting kepada organisasi.
Industri telekomunikasi negara misalnya, menjadi contoh jelas bahawa tindakan pesaing
(misalnya Maxis) yang menurun-kan yuran laluan bulanan daripada RM 60.00 sebulan
kepada RM 30.00 sebulan menyebabkan pesaing utama (TMTouch) turut berbuat demikian.
Tindakan itu memperlihatkan betapa tindakan pesaing mem-beri kesan yang besar memaksa
syarikat mengkaji balik struktur harga barangan ataupun perkhidmatan untuk turut berbuat
demikian. Ini dilakukan supaya syarikat mampu mengekalkan pelanggan sedia ada dan tidak
kehilangan pelanggan baru.
Peranan kos dalam menetapkan harga walaupun penting tetapi ia boleh berubah-ubah

7
mengikut industri. Dalam sesetengah industri, harga dapat ditentukan oleh kuasa dan desakan
pasaran sebagai faktor yang lebih dominan. Contohnya dalam industri pertanian, di mana
harga gandum dan daging ditentukan oleh kuasa pasaran. Peranan kos dalam menentukan
harga untuk industri dikatakan kurang penting berbanding dengan kuasa pasaran.
Namun begitu, dalam sesetengah industri lain, harga dapat ditentukan oleh struktur kos yang
terlibat dalam proses pe-ngeluaran barangan itu. Contohnya, harga berasaskan kos selalunya
digunakan dalam industri automobil, barangan alatan rumah dan industri petroleum dan gas.
Penetapan harga berasaskan kos dilakukan dengan mengira jumlah kos yang terlibat dalam
pengeluaran satu unit barangan ataupun perkhidmatan dan kemudiannya ditambah dengan
beberapa peratus bagi menetapkan harga. Peratusan yang ditambah itu terhasil dalam bentuk
sama ada tokokan (mark up) ataupun margin. Isu tokokan dan margin ini akan dibincangkan
kemudian. Isu politik, undang-undang dan imej
Faktor-faktor ini merujuk kepada pertimbangan faktor-faktor persekitaran, sesetengahnya
dapat dikawal dan sesetengah yang lain sukar dan tidak mampu dikawal dengan berkesan.
Isu politik menjadi penting kerana kuasa politik ialah kuasa penentu. Dalam konteks sebuah
negara, kuasa politik adalah penentu dasar fiskal (kewangan) sama ada adanya pelepasan
ataupun peningkatan cukai kerajaan ke atas sesuatu barangan, keadaan ekonomi sesuatu
negara serta beberapa faktor kemanusiaan lain termasuk kesanggupan kerajaan membiayai
beberapa barangan asas penduduknya.
Kesannya adalah berlaku peningkatan atau penurunan kos yang terpaksa ditanggung oleh
pengeluar yang kemudiannya dipindahkan kepada pengguna. Harga rumah kos rendah
misalnya, di mana kerajaan memberikan subsidi kepada harga tanah dan membiayai
sebahagian daripada kos pembinaan bahkan menetapkan harga syiling kepada pemaju berjaya
mengekalkan harga jualan rumah kategori ini kepada satu titik harga yang munasabah.
Pertimbangan politik juga banyak relevannya. Contohnya, apabila wujud kuasa yang
dikatakan menipu pelanggan, akan ada kuasa daripada rakyat yang mendesak pihak berkuasa
mengembalikan hak dan pertimbangan kepenggunaan ke tempat yang sesuai. Justeru itu,
kestabilan politik menjadi faktor utama untuk kesejahteraan ekonomi sama ada peningkatan
ekonomi yang berterusan mahupun anjakan terhadap sumber pendapatan utama rakyat.
Daripada sudut undang-undang pula, syarikat mesti mematuhi aspek perundangan tertentu
yang ada hubung kait langsung antara satu barangan dengan barangan lain. Sesetengah
barangan digolongkan sebagai barangan kawalan oleh kerajaan dan ini menjadikan harga
yang dikenakan kepada pengguna tidak boleh melebihi tahap tertentu. Sesetengah yang lain

8
pula mendapat pembiayaan kerajaan dan ia dipanggil subsidi. Aspek undang-undang ini
selalu menjadi senjata berkesan bagi menguatkuasakan perlindungan kepada pengguna.

FAKTOR LUARAN DALAM PERLETAKAN HARGA

Sebelum penetapan harga dibuat berasaskan pasaran dan permintaan, ahli-ahli pemasaran
mesti terlebih dahulu memahami hubungan di antara dua faktor iaitu factor dalamam dan
faktor luaran.

Terdapat empat jenis pasaran yang berbeza yang memberikan cabaran kepada strategi
penentuan harga. Pertama, persaingan tulen, pasaran ini terdiri daripada ramai pembeli dan
penjual yang berdagang dalam barangan komoditi yang serupa seperti beras, timah dan getah.
Tidak ada seorang pembeli atau penjual boleh mempengaruhi harga. Penjual tidak boleh
menaikkan harga kerana pembeli akan membeli dari penjual lain pada harga yang rendah.
Strategi pemasaran tidak memainkan peranan yang penting. Kedua, persaingan monopolistik,
iaitu pasaran mengandungi ramai pembeli dan penjual yang berdagang di bawah harga yang
berbeza. Harga yang berbeza ini berlaku kerana penjual dapat membezakan tawaran mereka
kepada pembeli. Ketiga, persaingan oligopolistik, iaitu pasaran mengandungi segelintir
penjual yang sangat peka kepada strategi penentuan harga dan strategi pemasaran antara
mereka. Produk yang ditawarkan terdiri daripada produk yang seragam seperti besi dan timah
atau produk yang tidak seragam seperti kereta dan komputer. Bilangan penjual sedikit kerana
penjual baru sukar untuk memasuki pasaran. Keempat, monopoli tulen, iaitu pasaran ini
mengandungi hanya seorang penjual. Penjual biasanya terdiri daripada kerajaan (bekalan air)
atau syarikat yang dikawal oleh kerajaan (elektrik dan telefon). Monopoli kerajaan mungkin
menetapkan pelbagai objektif penentuan harga. Ia akan menetapkan harga di bawah kos
kerana produk sangat penting kepada pengguna dan pengguna mungkin tidak berkemampuan
untuk membayar kos penuh. Tanggapan pengguna terhadap harga dan nilai.
Penentuan harga yang berkesan dan berorentasikan pembeli melibatkan pemahaman tentang
berapa banyak nilai yang pengguna letakkan ke atas faedah yang mereka akan terima dari
produk dan kemudian menetapkan harga yang bersesuaian dengan nilai itu. Faedah itu
termasuk faedah sebenar dan faedah tertanggap. Strategi penentuan harga yang baik
mengenalpasti keperluan pengguna dan tanggapan mereka terhadap harga. Harga mesti
dipertimbangkan selari dengan elemen-elemen campuran pemasaran yang lain sebelum
program pemasaran dapat ditetapkan. Hubungan harga dengan permintaan. Dalam keadaan
9
biasa, harga dan permintaan mempunyai hubungan yang songsang. Lebih tingggi harga, lebih
rendah permintaan. Oleh itu, sekiranya syarikat menaikkan harga dari H1 ke H2, pengguna
yang mempunyai belanjawan terhad akan kurang membeli ( dari P1 ke P2 ) kerana harga
tinggi. Bagi produk berprestij, kelok permintaan condong ke atas ( Rajah 4.2 (b) ). Apabila
syarikat menaikkan harga dari H1 ke H2, permintaan meningkat dari P1 ke P2. Tetapi
sekiranya harga yang dinaikkan terlalu tinggi ( dari H2 ke H3 ), permintaan akan menurun
dari P1 ke P2. Ini adalah kerana tidak ramai pengguna yang berkemampuan untuk membayar
pada harga tersebut.Seterusnya
harga dan tawaran pesaing dapat mempengaruhi keputusan penentuan harga syarikat. Apabila
pengguna ingin membeli sesuatu produk, mereka akan mempertimbangkan produk tersebut
dengan produk-produk pesaing. Selain itu, syarikat yang mempunyai strategi harga tinggi dan
margin tinggi akan menggalakkan ramai pesaing memasuki pasaran. Syarikat juga perlu
mengetahui tentang harga dan kualiti yang ditawarkan oleh pesaing.Akhir sekali faktor luaran
lain dalam menetapkan harga, syarikat perlu mengambil kira faktor-faktor luaran lain seperti
keadaan ekonomi, kesan harga kepada ahli pemasaran dan juga kerajaan. Keadaan ekonomi
yang meleset mempengaruhi keputusan penentuan harga kerana ia mempengaruhi kedua-dua
kos pengeluaran produk dan tanggapan pengguna ke atas harga dan nilai sesuatu produk.

10
CADANGAN DAN JUSTIFIKASI STRATEGI

Dalam mengembangkan produk keluaran Malaysia seperti motosikal hybrid ini, pihak
syarikat perlu mengkaji aspek-aspek yang saya telah nyatakan diatas dengan teliti dan lebih
berhati-hati. Hal ini kerana persaingan dalam meletkkan harga adalah masalah yang rumit
kepada pihak syarikat. Selain itu, pihak syarikat juga perlu membuat lebih banyak iklan-iklan
dan promosi bagi menarik pelanggan agar tertarik dengan penjual produk motosikal hybrid
ini. Pihak syarikat juga perlu menitikberatkan hal-hal keselamatan, tempoh servis produk dan
lain-lain lagi untuk mereka yang akan menggunkan nya. Produk mesra alam dan mesra
pengguna ini pasti akan membuat mereka lebih tertarik lebih-lebih lagi jika pihak syarikat
membuat promosi besar-besaran. Selain itu, pihak syarikat juga boleh memberikan
penerangan kepada pelanggan dengan cara yang berbeza supaya pelanggan lebih tertarik
dengan produk yang diiklankan. Penetapan harga yang berpatutan juga mampu menarik
minat pelanggan agar motosikal ini mampu dimiliki oleh semua pengguna di Malaysia. Pihak
syarikat juga wajib memberikan penerangan tentang motosikal hybrid keluaran mereka dan
membuat perbandingan dengan motosikal-motosikal yang ada di Malaysia.

11
ANALISIS HARGA DAN PENGARUH DALAM PASARAN

Analisis harga perlu dilakukan sebelum produk dikeluarkan oleh syarikat pengeluar.
Pihak syarikat perlu membuat perbandingan harga dengan syarikat-syarikat lain agar syarikat
dapat membuat penyelesaian dan menetapkan harga yang sesuai. Selain itu, pengaruh
persekitan juga perlu dilihat dan diteliti agar produk ini tidak akan memberi kesusahan
kepada rakyat bahkan produk ini adalah ingin meringankan rakyat yang kaya mahupun tidak.
Selain itu, pihak syarikat juga perlu memikirkan kos sara hidup yang tinggi tidak akan
menjejaskan masyarkat jika produk ini dikeluarkan.

Motosikal hybrid ini juga perlu dilihat dari sisi pengaruh nya jika ia dikeluarkan dan
dipasarkan ke khalayak umum. Hal ini kerana, masyarakat di Malaysia ini amat tertarik
dengan suatu produk yang menarik dan harga nya berpatutan. Hal ini membuatkan syarikat
gigih dalam mempromosikan produk yang dihasilkan dengan cara yang lebih kreatif.

12
KESIMPULAN

Kesimpulan nya, motosikal hybrid ini adalah satu medium bagi mengurangkan
pencemaran yang telah ada banyak di Malaysia. Ia adalah perubahan yang lebih mesra alam
dan mesra pengguna untuk mengurankan pencemaran udara di Malaysia. Produk ini adalah
produk yang lebih sesuai berada di pasaran berbanding produk lain. Oleh itu, pihak syarikat
kenderaan yang ada di seluruh Malaysia seharusnya lebih menitikberatkan bagi
mengeluarkan produk-produk yang lebih mesra alam. Selain itu, pengguna juga harus lebih
menjadi pengguna yang bijak dalam mencari sesuatu produk. Meskipun produk itu mahal,
jika ia membawa manfaat kepada pengguna pasti akan dibeli oleh mereka. Selain itu, pihak
syarikat perlu memantau harga, kualiti dan had pengeluaran produk-produk yang telah
dikeluarkan oleh syarikat dan produk tersebut haruslah mematuhi peratran yang telah
ditetapkan sebelum ia dipasarkan ke khalayak ramai.

13
RUJUKAN

"History of Hybrid Vehicles". HybridCars.com. 2006-03-27. Dicapai pada 2010-03-21.

Matt Lake (2001-11-08). "How it works; A Tale of 2 Engines: How Hybrid Cars Tame
Emissions". The New York Times. Dicapai pada 2010-03-22.

Elizabeth Lowery (2007-07-01). "Energy diversity as a business imperative". The Futurist.


Dicapai pada 2010-03-21.

Dale Buss and Michelle Krebs (2008-06-03). "Big Three, Big Vehicles Taken to the
Watershed in May". Edmunds Auto Observer. Dicapai pada 2010-03-21.

Sherry Boschert (2006). Plug-in Hybrids: The Cars that will Recharge America. Gabriola
Island, Canada: New Society Publishers. ISBN 978-0-86571-571-4. pp. 30-32

14

Anda mungkin juga menyukai