Anda di halaman 1dari 5

CERITA MORAL

ANJING DENGAN BANGAU

Bangau berkawan baik dengan anjing. Setiap hari, mereka bermain

bersama-sama. Pada suatu hari, bangau mengajak anjing pergi ke

rumahnya. Bangau menghidangkan makanan. Tetapi anjing tidak dapat

makan. Bekas itu bermuncung panjang. Anjing tidak dapat mengambil

makanan di dalam bekas itu. Bangau boleh makan kerana paruhnya

panjang. Bangau makan sehingga kenyang. Anjing pulang dengan perut

lapar.

Pada hari yang lain, anjing mengajak bangau pergi ke rumahnya pula.

Anjing menghidangkan makanan. Tetapi bangau tidak dapat makan.

Bekas itu leper. Bangau tidak pandai mengambil makanan di dalam bekas

leper. Anjing makan sehingga kenyang. Bangau pulang dengan perut

lapar.

NILAI MURNI

Setiap perbuatan buruk pasti akan menerima balasan buruk. Oleh

itu, kita mestilah sentiasa berbuat baik.


CERITA MORAL
ARNAB BERSAMA KURA-KURA

Pada suatu hari, arnab keluar bersiar-siar. Arnab ternampak kura-kura.

Kura-kura sedang merangkak perlahan-lahan.

"Ha! Ha! Ha!" arnab ketawa. Kura-kura berjalan sangat perlahan," kata

arnab dalam hatinya. Arnab segera pergi berjumpa kura-kura.

"Wahai kura-kura, mahukah engkau berlumba lari denganku?" arnab

bertanya. "Ya, baiklah! Aku bersetuju," jawab kura-kura. "Satu, dua,

tiga!" arnab membilang.

Perlumbaan pun bermula. Arnab berlari kencang. Kura-kura merangkak

perlahan. Di pertengahan jalan, arnab berehat di bawah sebatang pokok.

Kemudian, arnab tertidur. Kura-kura terus merangkak. Akhirnya, kura-

kura sampai di garisan penamat.

Arnab terjaga daripada tidurnya. Arnab terus berlari laju. Tetapi kura-

kura sudah berada di garisan penamat. Arnab kalah dalam perlumbaan itu.

Arnab berasa malu.

NILAI MURNI

Jangan sekali-kali memandang rendah terhadap orang yang lemah

atau miskin. Setiap orang mempunyai keistimewaan dan

kelebihan masing-masing.
CERITA MORAL
SANG MERAK DENGAN SANG ARNAB

Arnab sangat risau kerana ekornya pendek. Arnab ingin benar ekornya
panjang dan cantik. Arnab mahu ekornya seperti ekor merak. Ekor merak
panjang dan cantik. Semua manusia memuji kecantikan ekor merak.

Pada suatu hari, arnab berjumpa dengan merak. Arnab memuji kecantikan
merak. Merak berasa bangga kerana dapat pujian. Merak mengembangkan
ekornya. Ekornya sangat cantik. Arnab terus memuji kecantikan merak.

Namun, arnab memuji merak kerana ada tujuan lain. Arnab ingin meminjam
ekor merak. Merak bersetuju meminjamkan ekornya kepada arnab. Merak
membuat pertukaran ekor dengan arnab. Arnab memakai ekor merak. Merak
memakai ekor arnab.

Alangkah gembiranya arnab apabila mendapat ekor merak. Arnab berlari ke


sana dan ke mari. Arnab menari-menari di tengah padang.Merak pula memakai
ekor arnab. Alangkah terperanjatnya merak kerana mendapati dirinya berekor
kontot.

Pang! Tiba-tiba terdengar bunyi senapang. Arnab termengah-mengah lari


masuk ke dalam hutan. Arnab pergi berjumpa merak. Arnab menceritakan
bahawa ia ditembak oleh pemburu. Nasibnya baik kerana tidak terkena peluru
pemburu.

Arnab minta semula ekornya. Mereka bertukar ekor masing-masing. Arnab


tidak mahu memakai ekor merak lagi.
"Biarlah ekorku pendek dan tidak cantik, asalkan diriku selamat," fikir arnab.

NILAI MURNI :

Kita haruslah bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan


kepada kita. Setiap kurniaan Tuhan pastilah ada kebaikannya untuk diri
kita.
CERITA MORAL
KATAK PURU DAN LEMBU

Pada suatu hari, anak katak puru pergi bersiar-siar di tepi sawah.
Anak katak terjumpa seekor lembu. Anak katak belum pernah melihat lembu.
Anak katak berasa sangat takut."Wah, besar sungguh haiwan ini!" kata anak
katak puru di dalam hatinya.

Anak katak puru terus melarikan diri. Anak katak puru segera pulang.
Anak katak puru memberitahu ibunya, "Ibu, tadi saya terjumpa seekor haiwan
yang sangat besar!"

Namun, ibunya berkata dengan perasaan sombong, "Dalam dunia ini, ibulah
haiwan yang paling besar."Tetapi haiwan itu lebih besar daripada ibu," kata
anak katak puru itu. Ibunya segera menggembungkan badannya.

"Adakah haiwan itu sebesar ini?" tanya ibunya. "Tidak! Haiwan itu lebih besar
lagi," jawab anak katak puru. Ibunya mengembungkan lagi badannya."Adakah
haiwan itu sebesar ini?" tanya ibunya lagi."Tidak! Haiwan itu lebih besar lagi,"
ujar anak katak puru. Ibunya terus menggembungkan lagi badannya. "Adakah
haiwan itu sebesar ini?" ibunya bertanya lagi. Anak katak puru menjawab,
"Tidak! Haiwan itu lebih besar lagi."

"Sekarang tengok! Adakah haiwan itu sebesar ini?" tanya ibunya lagi.
Ibu katak puru itu pun cuba menggembungkan badannya supaya menjadi lebih
besar lagi. Pop! Anak katak puru terkejut mendengar bunyi letupan itu.Ibu katak
puru itu mati kerana cuba menggembungkan badannya supaya menjadi lebih
besar. Akhirnya, badannya pecah. Itulah akibatnya kerana sombong dan ingin
membangga-banggakan diri.

NILAI MURNI

Jangan sekali-kali bersikap sombong dan ingin membangga-banggakan


diri. Perbuatan ini merupakan akhlak yang buruk. Perbuatan ini akan
mendatangkan akibat buruk terhadap diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai