Anda di halaman 1dari 14

LANJUTAN KULIAH 6 - GUNUNG BERAPI

PEMBENTUKAN GUNUNG BERAPI

o Gunung berapi terbentuk hasil daripada batuan yang cair di bawah kerak
bumi ( bahagian mantel ) akibat daripada keadaan suhu yang sangat panas di
kawasan tersebut.
o Batuan cair ini yang dikenali sebagai magma akan naik ke permukaan bumi
kerana tekanan yang sangat tinggi di kawasan tersebut.
o Magma ini kemudiaanya ke luar ke permukaan bumi ( dikenali sebagai lava )
melalui rekahan batuan atau lohong gunung berapi lalu membentuk gunung berapi.

Teori Pembentukan gunung berapi

Sempadan Plat tempat terbentuknya Gunung Berapi


Gunung berapi terbentuk di kawasan sempadan plat

o Terbentuk apabila berlaku pertembungan antara 2 plat atau lebih.


o Pertembungan ini akan menyebabkan satu plat akan ke bawah plat yang lain.
o Zon yang terbenam ini akan menjadi cair disebabkan suhu yang sangat
panas di bawah kerak bumi.
o Bahan yang cair ini bersama magma mengalir ke permukaan bumi
membentuk gunung berapi.
Gunung Berapi di Sempadan Plat Eurasia dengan Indo Australia

Gunung Berapi di Permatang Tengah Lautan


Gunung berapi dikatakan terbentuk di zon permatang tengah lautan

o Perebakan dasar laut akan berlaku apabila magma yang naik menolak
lapisan kerak bumi ke arah yang bertentangan.
o Lava ini akan membentuk permatang tengah lautan.
o Contoh , pembentukan gunung berapi di Iceland.
Gunung Berapi ditengah Plat
Gunung berapi yang terbentuk di tengah plat atau jauh daripada sempadan
plat

o Proses pembentukannya dikaitkan dengan titik panas ( hotspots ).


o Kenaikan magma daripada lapisan mantel kira-kira 13 15cm setahun ke
permukaan bumi akan menyebabkan gunung berapi terbentuk.
o Contoh gunung berapi di kepulauan Hawaii.

JENIS-JENIS GUNUNG BERAPI

Gunung Berapi Dunia


Gunung berapi hidup /aktif

o Gunung berapi yang masih aktif dan boleh meletus bila-bila masa sahaja.
o Terdapat lebih kurang 500 buah gunung berapi di seluruh dunia yang
termasuk dalam kategori ini.
o Contoh gunung berapi hidup/aktif ialah Gunung Etna, gunung Pelee, Gunung
Mayon,gunung Krakatua dan gunung Stromboli.

Gunung berapi pendam

o Gunung berapi yang pernah meletup dan akan meletup lagi di masa depan.
o Gunung ini masih menunjukkan adanya aktiviti gunung berapi seperti
terdapatnya mata air panas di sekelilingnya.
o Contoh gunung berapi pendam ialah gunung Kalimanjaro, Gunung Fujiyama
dan Gunung Vesuvius.

Gunung berapi mati

o Gunung berapi mati ialah gunung berapi yang tidak aktif dan tidak lagi akan
meletup lagi di masa depan.
o Gunung berapi di kategori sebagai mati atau tidak aktif kerana tidak ada lagi
aktiviti gunung berapi di sekitarnya.
o Contoh gunung berapi mati ialah gunung berapi Kenya.

BAHAN- BAHAN HASIL LETUPAN GUNUNG BERAPI

Lava
o Merujuk kepada magma yang mengalir keluar daripada bahagian mantel dan
mengalir keluar melalui rekahan batuan atau lohong gunung berapi lalu menyejuk
dan membeku di atas permukaan bumi.
o Terdapat dua jenis lava gunung berapi iaitu lava bes dan lava asid.
o Lava asid - Lava yang sangat pekat dan mengalir dengan perlahan, cepat
membeku, mengandungi kandungan silika yang tinggi dan mempunyai takat lebur
yang tinggi.
o Lava Bes Lava yang cair dan mengalir dengan laju, lambat membeku dan
mengalir lebih jauh di permukaan bumi, mengandungi sedikit silika tetapi banyak
mengandungi besi dan magnesium.
Piroklastik
o Piroklastik merupakan bahan-bahan serpihan seperti debu halus, lapili, bom
dan pumis akibat daripada letupan gunung berapi yang kuat.
o Lapili berbentuk batu-batu bersaiz kecil
o Bahan-bahan pejal yang besar dan berbentuk bulat, bujur atau bersegi-segi
dikenali sebagai bom.
o Batuan tempatan seperti batuan pumis yang terdapat disekitar gunung berapi
turut diletup keluar.
o Contoh letupan yang menghasilkan bahan piroklastik ialah semasa letusan
gunung berapi Visuvius di pantai barat Itali.
Abu dan gas
o Abu gunung berapi merupakan serbuk halus yang berdiameter kurang
daripada 4 mm.
o Semasa letupan gunung berapi abu gunung berapi akan menyelibungi
atmosfera bumi dan jatuh ke bumi dalam bentuk salji hitam.
o Contoh semasa letusan gunung berapi Pelee di kepulauan Antiles. Letusan
gunung berapi juga boleh menghasilkan wap-wap air (60-70%) dan gas-gas seperti
gas karbon dioksida, nitrogen, karbon dioksida, sulfur dan klorin.

IGNEUS JALAR DALAM GUNUNG BERAPI

Konsep igneus jalar dalam ( rejahan )

Igneus jalar dalam atau rejahan merujuk kepada bentuk muka bumi dalaman yang
dihasilkan oleh magma yang menyejuk dan membeku pada struktur rekahan dan
retakan batuan sebelum tiba ke permukaan bumi.

Kata kunci

bentuk muka bumi dalaman


yang dihasilkan oleh magma
yang menyejuk dan membeku
pada struktur rekahan dan retakan batuan sebelum tiba ke permukaan bumi.

Bentuk muka bumi jalar dalam ( Rejahan )

Bentuk muka bumi Jalar Dalam ( Rejahan )


Daik

o Daik terbentuk apabila magma yang keluar daripada lapisan mantel

o Melalui rekahan dan retakan batuan dan menyejuk dan membeku dalam
kerak bumi secara tegak
o Kadang kalanya daik terbentuk secara berkelompok seperti yang terdapat di
barat laut Scotland, terutama di pulau- pulau Mull dan Arran.

Sil

o Sil terbentuk apabila magma yang keluar daripada lapisan mantel

o Melalui rekahan dan retakan batuan dan kemudiaannya menyejuk dan


membeku dalam kerak bumi secara mendatar atau condong. Contoh sil
yang paling terkenal ialah Great Whin Sil di utara England.

Lakolit

o Lakolit berbentuk seperti cendawan. Magma yang mengalir keluar

o Membeku dalam bentuk dom besar yang mempunyai satu lohong bawah.

o Contoh lakolit ialah gunung Henry di Utah ( Amerika Syarikat )

Lapolit

o Lapolit terbentuk apabila magma yang mengalir keluar menyejuk dan


membeku di bawah permukaan bumi dalam bentuk piring yang bahagian
tengahnya berbentuk lembangan. Contoh lapolit yang terkenal ialah yang
terdapat di Ontario dan di Bushveld, Transvaal.

Pakolit

o Pakolit terbentuk seperti sebuah kanta. Magma yang mengalir keluar


membeku di bahagian kemuncak lintap mungkum atau di dasar lintap lendut
dalam lapisan berlipat.

o Apabila lapisan batuan di atasnya di gondolkan oleh agen-agen gondolan


seperti luluhawa dan hakisan

o pakolit akan terdedah ke permukaan bumi dan membentuk kubah, atau


gunung.

o Corndon Hill di Shorpshire England di percayai berasal daripada pakolit.

Batolit

o Batolit merupakan jisim batuan igneus jalar dalam yang paling besar.

o Batolit terbentuk akibat pembekuan magma secara besar-besaran dalam


kerak bumi.
o Biasanya jisim batuan ini apabila terdedah di permukaan bumi akibat yang
merupakan batolit ialah Tanah Tinggi Dartmoor dan Bodmin Moor di barat
daya England dan Banjaran Pantai British Columbia.

IGNEUS JALAR LUAR GUNUNG BERAPI


Konsep igneus jalar luar ( terobosan )

Igneus jalar luar atau terobosan merujuk kepada bentuk muka bumi yang dihasilkan
oleh lava yang menyejuk dan membeku di atas permukaan bumi.

Bentuk muka bumi jalar luar gunung berapi

Dataran tinggi lava / Penara Basalt

o Dataran tinggi lava terbentuk apabila


lava mengalir keluar ke permukaan
bumi melalui satu rekahan atau
beberapa siri rekahan.
o Proses pengaliran ini biasanya
berlaku secara senyap tanpa
melibatkan letupan.
o Dataran Tinggi Deccan di India
merupakan satu contoh dataran
tinggi lava. Menurut kajian
o Dataran ini mempunyai 29 aliran lava
yang berlainan.

Geiser / Pancutan Air Panas.

o Terdapat di kawasan gunung berapi.


o Terdiri daripada punca air dari dalam
bumi yang dipanaskan oleh magma
panas di lapisan batuan rejahan jalar
dalam.
o Tekanan yang amat panas
menyebabkan airnya terpancut tinggi
yang boleh dijanakan tenaga elektrik.
o Contoh terdapat banyak di Iceland,
Filipina.
Kon komposit

o Kon komposit mempunyai bentuk


dan struktur yang lebih kompleks.
o Lava atau bahan akan diletuskan
melalui lohong tengah dan juga
lohong-lohong sisinya.
o Di bahagian tengah gunung berapi
terdapat sebuah kon yang agak
besar dan di cerun-cerun tepinya
pula terbentuk anak-anak kon yang
lebih kecil hasil daripada
pengeluaran bahan daripada
rekahan-rekahan yang terdapat di
bahagian sisinya.
o Contoh gunung berapi jenis kon
komposit ialah Fujiyama di Jepun,
Vesivius di Itali, Shasta di Amerika
Syarikat, dan Mayon di
Filipina.

Krater

o Krater atau kawah gunung berapi


merupakan satu lekukan yang
berbentuk bujur atau bulat di puncak
gunung berapi.
o Krater di kelilingi cerun bahagian tepi
yang agak curam dengan garis pusat
kurang daripada 1.6 kilometer.
o Contoh Krater ialah tasik crater di
Amerika Syarikat dan Tasik
Haleakala di Pulau Maui, Hawaii

Kaldera

o Kaldera terbentuk disebabkan oleh


letusan gunung berapi yang kuat
sehinggakan sebahagian besar
daripada kon sebelah atas runtuh.
o Bentuk kaldera seakan-akan kawah
gunung berapi tetapi saiznya lebih
besar, luas dan cetek.
o Lekukan kaldera ini biasanya
membentuk tasik yang besar dan
luas.
o Contoh kaldera yang terkenal di
dunia ialah Tasik Toba, Sumatera,
Indonesia, tasik Aira, di Jepun,
Kilauea di Hawaii.

Danau Toba

Gunung Berapi Kon


Perisai( Kubah Lava)

o Gunung berapi perisai mempunyai


kubah yang lebar dan cerun yang
landai.
o Bahagian atasnya adalah cembung.
o Terdiri daripada beberapa lapisan
lava basalt ( batuan igneus yang
terdapat di lembangan lautan) yang
terobos melalui lohong pusat atau
lohong tepi/ parasit.
o Gunung berapi ini adalah gunung Kon Perisai
berapi pulau seperti Pulau Hawaii,
Samoa dan Galapagos.
Gunung Berapi Lava Asid.

o Mempunyai takat lebur dan kadar


kelikatan yang tinggi.
o Berwarna agak cerah dan suhu
kurang panas berbanding lava bes.
o Cepat membeku di lereng gunung
membentuk cerun yang curam..
o Contoh gunung berapi kon asid
ialah Puy de Dome di Perancis.
Kon Lava Asid

Gunung Berapi Lava Bes

o Bersuhu tinggi, agak cair


berbanding lava asid dan berwarna
agak gelap.
o Lambat membeku dan dapat
mengalir jauh kebawah cerun.
o Bentuk kon yang landai Kon Lava Bes
Subur kerana
mengandungi unsur
besi dan magnesium.
Ct. G. Merapi di
Indonesia.

Kon abu / Kon Piroklastik


o Kon abu merupakan kon kecil yang
terbentuk daripada bahan-bahan
piroklastik seperti abu, debu, lapili,
pumis dan tuf dilonggokkan di
sekitar cerunnya
o Biasanya bahan letusan kasar boleh
didapati dibahagian bawah
manakala yang lebih halus di
bahagaian atas kon. .
o Kon-kon abu mempunyai cerun
yang curam ( lebih kurang 40 darjah
), tinggi dan tirus. Kon Abu
o Antara contoh gunung berapi jenis
kon abu ialah gunung berapi
Vesivius, di Itali dan Krakatoa di
Indonesia.
Aktiviti Gunung Berapi

JENIS_JENIS LETUSAN GUNUNG BERAPI

Jenis Hawaiian
Melibatkan pengeluaran lava yang cair, dan dapat mengalir dengan jauh.

Jenis Strambolian
Melibatkan letusan yang agak kerap. Lava yang dikeluarkan tidak begitu cair, dan bercampur
dengan serpihan pepejal.

Jenis Vulcanian
Melibatkan pengeluaran lava yang sangat cepat menyejuk dan membeku. Letupan ini menghasilkan
banyak bahan pepejal yang pelbagai saiz dengan diiringi kumpulan asap yang hitam.

Jenis Pelean
Letusan jenis Pelean melibatkan letupan yang sangat kuat. Pengeluaran lava yang sangat pekat,
menghasilkan kumpulan asap debu gunung berapi yang dikenali dengan nama nuee ardente.

Jenis Vesuvian
Letusan jenis Vesuvian melibatkan pengeluaran lava yang banyak berserta dengan kumpulan gas
dan membentuk kumpulan awan yang bersaiz besar.

Plinian
Letusan jenis Plinian menghasilan bunyi yang sangat kuat, disertai dengan semburan gas yang tinggi
ke udara. Letusan jenis ini juga menghasilkan sedikit bahan-bahan pepejal.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BENTUK DAN SAIZ GUNUNG BERAPI


Jenis lava
Lava bes yang sifatnya cair, lambatmenyejuk dan membeku akan dapat mengalir dalam jarak yang
jauh akan membentuk gunung berapi perisai yang bercerun landai dan besaiz besar. Contohnya
gunung berapi Mauna Loa dan Mauna Kea di Hawaii. Lava asid pula dengan sifatnya yang sangat
likat, cepat menyejuk dan membeku akan menghasilkan gunung berapi yang bercerun curam.

Kekuatan dan kekerapan letusan


Letusan yang senyap dan berterusan akan mewujudkan gunung berapi yang sekata. Bagi letusan
yang kuat, lohong gunung berapi akan musnah dan mewujudkan kawah yang besar.

Struktur lohong dan rekahan sisi


Sekiranya terdapat lohong yang banyak termasuk rekahan sisi gunung berapi maka magma akan
keluar melalui pelbagai arah. Akibatnya kon komposit akan terbentuk.

Kuantiti bahan yang dikeluarkan.


Saiz sesebuah gunung berapi amat bergantung kepada kuantiti bahan yang dikeluarkan. Sekiranya
kuantiti lava dan bahan piroklastik yang dikeluarkan banyak maka gunung berapi yang terbentuk lebih
besar dan landai. manakala sekira kuantiti bahan yang dikeluarkan sedikit maka bentuk gunung
berapi yang terbentuk lebih kecil dan curam.

Tindakan agen gondolan seperti hakisan dan luluhawa


Hakisan yang berterusan ke atas cerun-cerun gunung berapi akan meruntuhkan cerun-cerun
tersebut. Magma yang keras akan terdedah di puncak gunung berapi sebagai palam gunung berapi.

KESAN AKTIVITI GUNUNG BERAPI TERHADAP ALAM SEKITAR DAN AKTIVITI MANUSA.

KESAN POSITIF

Tanah yang subur


Letusan gunung berapi lava bes kaya dengan pelbagai mineral. Tanah lava bes ini subur untuk
kegiatan pertanian seperti tanaman padi dan kapas. Contoh di Dataran Tinggi Deccan di India,
kepulauan Jawa dan di bahagian timur laut Hawaii.

Sumber galian ( perlombongan )


Sumber galian logan seperti kuprum, emas, perak, plumbum didapati di kawasan gunung berapi yang
mati ( di kawasan sempadan plat yang menjunam ).

Sumber tenaga ( geoterma )


Stim daripada mata air panas dan geiser boleh digunakan untuk menggerakkan turbin lalu
menghasilkan tenaga elektrik geoterma.

Pelancongan
Tasik kawah ( kaldera ) amat unik dan menarik. Kawasan ini amat sesuai dijadikan sebagai kawasan
pelancongan seperti Danau Toba di Sumatera, merupakan kawasan ekopelancongan yang popular.
Mata air panas dan geiser yang banyak terdapat di Rotorua, New Zealand, Yellowstone di Amerika
Syarikat telah menarik ramai pelancong melancong ke kawasan tersebut.
KESAN NEGATIF

Kematian dan kerosakan harta benda


Letusan gunung berapi Krakatoa pada bulan ogos 1883, telah menghasilkan kejadian ombak luar
biasa atau Tsunami setinggi 30 meter. Ombak tsunami ini telah meragut 36,000 nyawa dan
memusnahkan 1000 buah kampung di sepanjang pantai Jawa dan Sumatera.

Hujan asid
Gas sulfur dioksida yang terhasil akibat letusan gunung berapi akan menyebabkan berlakunya hujan
asid. Hujan asid ini akan merosakkan tanaman, cat-cat bangunan, ekosistem akuatik, dan
kemusnahan hutan.

Kesan kepada sistem pengangkutan


Letupan gunung berapi berupaya untuk menghasilkan debu yang banyak di atmosfera bumi. Debu-
debu yang berterbangan di udara boleh menghadkan jarak penglihatan di sesuatu kawasan. Keadaan
ini boleh mengganggu aktiviti penerbangan. Debu-debu hasil daripada letupan gunung berapi juga
berupaya untuk menghilangkan kuasa enjin kapal terbang setelah enjin kapal terbang dikotori oleh
debu gunung berapi.

Kejadian Tsunami
Gegaran akibat letupan gunung berapi di dasar laut berupaya untuk mewujudkan pergerakan ombak
selaju 700 km/sejam. Pergerakan ombak akan menjadi semakin tinggi apabila memasuki kawasan
pantai yang cetek. Akibat pergeselan akan mengurangkan pergerakan ombak. Tolakan ombak secara
berterusan di bahagian belakang akan meninggikan ombak-ombak yang berada di hadapan.
Kenaikan ketinggian ombak secara tiba-tiba akan menyebabkan air laut berhampiran pinggir pantai
akan mengundur ke laut untuk tempoh beberapa minit sebelum ianya melanda semula pantai ini
dalam bentuk ombak pembinasa. Contohnya semasa letusan gunung berapi Krakatoa pada bulan
ogos 1883, telah menghasilkan kejadian ombak luar biasa atau Tsunami setinggi 30 meter. Ombak
tsunami ini telah meragut 36,000 nyawa dan menusnahkan 1000 buah kampung di sepanjang pantai
Jawa dan Sumatera.

Kesan kepada ekosistem hutan


Aliran lava yang panas apabila merentasi kawasan hutan boleh menyebabkan berlakunya kebakaran
kawasan hutan tersebut. Akibatnya ekosistem hutan musnah dan sekaligus mengganggu sistem
rantaian makanan di kawasan tersebut.

KEPENTINGAN BENTUK MUKA BUMI AKTIVITI GUNUNG BERAPI TERHADAP KEGIATAN


MANUSIA.

Kegiatan pertanian
Dataran tinggi lava - Letusan gunung berapi lava bes kaya dengan pelbagai mineral. Tanah lava bes
ini subur untuk kegiatan pertanian seperti tanaman padi dan kapas. Contoh di Dataran Tinggi
Deccan di India, kepulauan Jawa dan di bahagian timur laut Hawaii.

Kegiatan penternakan
Kaldera- Penternakan ikan air tawar ( akuakultur ) dapat dijalankan seperti yang dijalankan di Tasik
Danau Toba, Sumatera.

Kegiatan pelancongan
Tasik kawah ( kaldera ) amat unik dan menarik. Kawasan ini amat sesuai dijadikan sebagai kawasan
pelancongan seperti Danau Toba di Sumatera, merupakan kawasan ekopelancongan yang popular.

Kegiatan Pelombongan
Batolit- Magma yang membeku di bawah tanah membentuk batuan keras seperti granit. Apabila
batuan ini terdedah ke permukaan bumi akibat aktiviti gondolan batuan tersebut boleh menjadi
sumber perlombongan yang penting. Contoh batuan granit yang terdedah oleh proses hakisan di
Californias Yosemite National Park.

Anda mungkin juga menyukai