Anda di halaman 1dari 2

Rancangan Pengajaran Bahasa Melayu Pendidikan Khas KSSR tahun 1

Tajuk : 4. Pra Bacaan

Standard Kandungan : 4. 1 Menyebut huruf

Standard Pembelajaran : 4.1.2 Menama dan membunyikan huruf vokal

Objektif : Diakhir pengajaran dan pembelajaran ini murid dapat mengecam, mengenal,
menamakan, dan membunyikan 5 huruf vokal.

Bahan Bantu Mengajar : LCD, Notebook, Projektor, Plastisin, Kad huruf, Kad Pasir, Kad
Bijian,Lembaran kerja.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran.

1. Set Induksi (5 minit):

1. Murid menyanyikan lagu huruf Vokal "A E I O U "

2. Murid menyanyikan lagu dengan bimbingan guru mengikut irama

3. Guru bersoaljawab dengan murid mengenai video yang dilihat dan menerangkan tajuk
pembelajaran.

Langkah 1 (15 minit) :

1. Mengenal dan menyebut huruf vokal mengikut urutan iaitu bermula dari huruf a,e,i,o,u

2. Menamakan dan menyebut huruf vokal dengan bimbingan.

3. Guru membimbing murid menulis dan membentuk huruf vokal di awangan

4. Memadankan huruf vokal yang sama hurufnya.


Langkah 2 (20 minit) :

1. Guru memberikan plastisin kepada semua murid.

2. Murid diminta membentuk huruf vokal dari plastisin yang diberi dan menyebut bentuk huruf yang
telah dibuat.

3. Langkah diulangi dengan memberikan kad pasir/kad bijian yang telah ditampal diatas huruf vokal

4. Murid merasa dan mengenal bentuk huruf vokal melalui pengamatan penglihatan dan deria.

Langkah 3 ( 15 minit) :

1. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.

2. Setiap kumpulan diberikan kad huruf vokal, huruf konsonan dan gambar.

3. Murid diminta memilih kad huruf vokal dan gambar yang berkaitan serta menampalkan diatas
kertas yang diberikan.

4. Lembaran kerja diberikan kepada murid setelah murid menyiapkan tugasan yang diberi.

Penutup (5 minit) :

1. Guru menunjukkan beberapa kad perkataan kepada murid.

Contoh : buku, meja, bola, pipi, roda

2. Murid diminta menyebut huruf vokal yang terdapat pada kad perkataan tersebut.

3. Guru merumuskan dan menerangkan tajuk pelajaran yang telah dipelajari oleh murid.

Anda mungkin juga menyukai