Anda di halaman 1dari 13

Dhuha menurut ahli fekah adalah waktu di antara ketika matahari mulai naik sehingga ketika matahari mulai

condong. Oleh itu


solat Dhuha adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu tersebut.

v HUKUM SOLAT DHUHA

Pandangan para ulamak tentang hukum mengerjakan solat Dhuha adalah seperti berikut:

1. Sunat secara mutlak dan dikerjakan setiap hari

2. Sunat namun tidak didirikan setiap hari secara berterusan.

3. Tidak disunatkan.

4. Ianya disunatkan kerana faktor tertentu seperti bagi mereka yang tertinggal mengerjakan solat Qiyam al-Lail maka

digantikan solat tersebut dengan mengerjakan solat pada waktu dhuha.

Pendapat yang paling tepat serta dipegang oleh jumhur ulamak adalah solat Dhuha termasuk amal

sunatmuakkadah dan dianjurkan untuk diamalkan secara rutin. Ini adalah kerana Rasulullahshallallahu alaihi
wasallamselalu mengerjakannya, menganjurkan para sahabat untuk mengerjakannya malah baginda pernah
mewasiatkan perlaksanaannya kepada beberapa sahabat. Daripada Abu Hurairah radhiallahu anh, dia berkata:

Maksudnya:

Kekasihku shallallahu alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan

sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan
solat Witir sebelum tidur Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.

Walaupun wasiat ini ditujukan kepada seorang sahabat tetapi anjuran tersebut merangkumi untuk seluruh umat Nabi
Muhammad shallallahu alaihi wasallam kecuali sekiranya terdapat lafaz yang menunjukkan ianya sememangnya

khusus untuk sahabat tersebut. Ternyata lafaz tersebut berbentuk umum apatah lagi baginda juga pernah
mewasiatkan perkara yang sama kepada Abu Dardaradhiallahu anh, dia berkata:

Maksudnya:

Kekasihku shallallahu alaihi wasallam pernah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan

sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan solat Dhuha dan tidak tidur
sebelum mengerjakan solat Witir. Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, KitabSholaatul Musaafiriin wa
Qashruhaa, no: 722.

KEUTAMAAN MENGERJAKAN SOLAT DHUHA

Ianya Amalan Berbentuk Sedekah

Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita
kepada AllahSubhanahu wa Taala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab
tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu anh, daripada Nabi shallallahu alaihi wasallam, baginda bersabda:

Maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap

tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah)

adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah

kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. Hadis riwayat Imam Muslim
dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari

Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Taala sentiasa mencukupkan segala keperluan

seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nuaim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar
Rasulullahshallallahu alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

Maksudnya:

Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang

(waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. Hadis riwayat Imam Abu Dawud
dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.

q Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah

Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir
kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti

mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahu anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi
wasallam bersabda:

Maksudnya:

Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada

Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala

sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang
Sempurna. Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumuah,no: 535.

Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat


Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). Daripada Zaid bin

Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba yang ketika itu mereka
sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:

Maksudnya:

Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. Hadis riwayat Imam Muslim
dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.

TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT DHUHA

Waktu Mengerjakan Solat Dhuha

Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu

yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati

laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit

sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-
Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti:

Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari)
sampai adanya larangan saat tengah hari.

Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu
mengerjakan solat Dhuha:

Daripada Anas radhiallahu anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:

Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada

Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi
dalam Sunannya, Kitab al-Jumuah, no: 535.

Sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam:


.
Maksudnya:

Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. Hadis riwayat Imam Muslim
dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.

Jumlah Rakaat Solat Dhuha

Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat

yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan hadis-hadis berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan

dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan sebanyak enam,
lapan dan dua belas rakaat.

Daripada Anas bin Malik radhiallahu anh bahawasanya Nabi shallallahu alaihi wasallam pernah mengerjakan solat
Dhuha sebanyak enam rakaat Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-Syamaail, Bab Sholat al-Dhuha, no: 273.

Maksudnya:

Daripada Ummu Hani, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu alaihi

wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu alaihi wasallam beranjak

menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan

menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat Hadis riwayat
Imam al-Bukhari dalamShahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176.

Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti dibawah:




, ,

Maksudnya:

Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadis Abu Darda secara marfu disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat,

maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang

bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan

rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan
untuknya rumah di syurga. rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadis Shahih al-Bukhari no:

1176. Namun status hadis ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Yaqub al-Zamii yang terdapat dalam
sanad hadis ini telah didhaifkan oleh Ibnu al-Madini namun dinilaitsiqah pula oleh Ibnu Main dan Ibnu Hibban. Al-

Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah namun diperkuatkan oleh hadis Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-
Bazzar hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadis inidhaif. Wallahualam.

Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang tertentu adalah:

:

.

Maksudnya:

Daripada Muadzah, dia berkata: Aku bertanya kepada Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu alaihi wasallam
mengerjakan solat Dhuha?

Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. Hadis riwayat
Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.

Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha

2) Takbiratul Ihram

3) Doa Iftitah

4) Membaca surah al-Fatihah

5) Membaca Surah al-Quran

6) Rukuk

7) Iktidal

8) Sujud

9) Duduk antara dua sujud

10) Sujud kali kedua

11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)

2) Duduk untuk tahiyyat akhir

3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

(Sumber: http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Solat%20sunat/12.htm)

Kelebihan Sembahyang Dhuha

Berkata Abu Murrah Ath-Thaifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di
akhirnya.(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Taala memberi
jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak
hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku

tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana
ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu

sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang
demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab An-Nurain sabda Rasullullah SAW yang
maksudnya : Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : Barangsiapa yang menjaga sembahyang

Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.(Riwayat Ibnu
Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: Barangsiapa

yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada
emas(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir
tetapi disunatkan ditakhirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu

salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah

rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah

hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah bermaksud :Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan
menambahnya seberapa yang dikehedakinya. (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat

Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan

barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka

beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut,

barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat

taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam

syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-

hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada
petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya, (Riwayat At-Thabarani ).

(Sumber: http://www.islam2u.net)

Menunaikan solat 5 waktu sehari semalam adalah tuntutan yang fardu ke atas setiap
orang yang beragama Islam. Walaupun sakit dan masih sedar serta waras, solat
fardu perlu ditunaikan walaupun tanpa gerakan asal (ada kaedah-kaedahnya).

Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang
yang beriman, yang tertentu waktunya. An-Nisa:103
Dari situ, kita akan fahami bahawa begitu pentingnya solat. Pasti ada rahsia dalam
ibadat solat ini sehingga waktu kita sakit pun dituntut untuk mengerjakannya.
Jika anda seorang usahawan, anda mungkin sudah tiada majikan. Tetapi jika kita fikir
jauh sedikit, majikan bagi seorang usahawan adalah Allah. Jadi jika mahu menjadi
seorang usahawan yang berjaya, sudah pasti kita perlu ikut arahan majikan.
Begitu juga dengan solat, ia adalah perintah daripada Allah untuk semua manusia.
Apabila usahawan mengikut perintah Allah, sudah pasti Allah akan memudahkan
usaha-usaha yang dilakukan.

Solat Sebaiknya Pada Awal Waktu

Ditanya Rasulullah s.a.w, apakah amalan yang terbaik, maka baginda menjawab:
Solat di awal waktu.

Hadis Riwayat At-Trimidzi

Di sini saya senaraikan 7 cara mudah (mengikut situasi) untuk menunaikan solat di
awal waktu. Ingat, menunaikan solat sahaja tidak cukup, tetapi menunaikan solat
dengan betul dan sebaiknya pada awal waktu.
Insya-Allah, barulah khasiat solat itu akan kita perolehi. Solat awal waktu dengan di
akhir waktu umpama jus buah-buahan yang diperah terus dari buah dan jus yang asli
telah dicampur dengan air sehingga hilang kelazatannya. Jadi jus mana yang kita
mahu?

#1 Latih Diri Hentikan Kerja Tanpa Alasan


Jika kita sedang sibuk melakukan kerja di depan komputer ataupun laptop, apabila
kita mendengar azan, kita terus hentikan kerja yang sedang dilaksanakan tanpa apa-
apa alasan.
Save segala kerja dan terus Jika kita permudahkan untuk solat, Allah akan
memudahkan juga urusan seharian kita. Jadikan ia sebagai satu habit. Setiap kali
terdengar azan, terus hentikan. Jika tidak biasa, kita perlu biasakan. Lama-lama ia
akan menjadi automatik.

#2 Waktu Solat Sebagai Panduan Temujanji


Jika kita mahu bertemu dengan pelanggan ataupun prospek, tetapkan masa sebelum
ataupun selepas waktu solat. Contohnya jika kita mahu bertemu pada waktu tengah
hari, sebaiknya bertemu sebelum pukul 1 petang, ataupun selepas selesai
menunaikan solat fardu zuhur.
Begitu juga jika mahu bertemu pada waktu malam, jumpa pada pukul 9 malam dan
ke atas. Walaupun solat fardu Isyak boleh dilambatkan, tetapi lebih baik kita tunaikan
pada waktunya.

#3 Tetapkan Reminder Waktu Solat


Gunakan perisian ataupun aplikasi reminder waktu solat. Pasang aplikasi waktu
solat, Al-Quran, zikir dan kompas arah kiblat di smartphone. Pasang juga perisian
reminder waktu solat di laptop ataupun sekurang-kurang perisian alarm yang kita
boleh set masa-masa tertentu untuk mengingatkan kita yang sedang terleka bekerja.
Semua aplikasi ini amat membantu kita yang kadang-kadang terlalu sibuk dalam
urusan seharian.

#4 Tampal Peringatan Di Meja Kerja


Tulis peringatan dan tampal betul-betul di hadapan meja kerja anda seperti petikan
hadis ataupun apa sahaja yang anda mahukan. Apabila ada peringatan sebegitu, kita
akan ada sedikit motivasi untuk menyegerakan solat.

#5 Berkawan Dengan Mereka Yang Tidak Lewatkan Solat


Berkawan dengan individu yang tidak melengahkan solat. Jika anda seorang
usahawan, cari rakan niaga yang tegas dalam bab solat dan agama.
Bukan sahaja kita akan solat lebih awal ataupun sebaik masuk waktunya, tetapi kita
juga boleh solat berjemaah di pejabat jika tidak dapat ke masjid ataupun surau,
ataupun sewaktu berjalan jauh / bepergian (safar). Dalam masa yang sama, mereka
boleh mengingatkan kita apabila kita dilanda kesibukan.

#6 Jadikan Solat Polisi Utama Anda


Letak solat sebagai perkara paling utama dalam segala jua perkara. Niat, azam dan
tekad dalam hati. Solat adalah segala-galanya. Selagi anda tidak solat, jangan
lakukan perkara lain. Jadikan ia sebagai polisi utama anda. Anda perlu tegas dengan
diri sendiri dan tidak boleh terlalu berlembut dengan sesiapa sahaja dalam soal solat.
Mereka tidak mahu solat ataupun mahu melengahkan solat, itu pilihan mereka. Anda
mempunyai pilihan dan prinsip tersendiri. Apabila kita meletak solat sebagai nombor
satu, Allah akan bantu kita mempermudahkan kita untuk menunaikan solat.

#7 Solat Berjemaah Di Masjid


Solat berjemaah di masjid. Ya, inilah satu-satunya cara paling efektif untuk solat pada
awal waktunya. Sebaik mendengar azan kita terus menuju ke masjid ataupun
sebelum azan berkemundang, kita telah bersiap-siap untuk ke masjid ataupun surau.
Apabila berada di masjid, kita tidak ada fikiran lain selain mahu menunaikan solat
sahaja dan yang pasti kita akan ikut imam. Kita akan solat dengan lebih tenang dan
tidak tergopoh-gapah. Cubalah teknik ke-7 ini walaupun mungkin tidak selalu.

Rumusan
Akhir kata daripada saya, kita memang manusia yang serba serbi kelemahan. Diri
kita dengan para sahabat Nabi usah dibandingkan, apatah lagi dengan para ustaz
dan ulama soleh, memang kita terlampau jauh berbanding mereka. Kita jadi sahaja
diri sendiri dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kedudukan kita di sisi Allah
Subhanahu wa Taala.
Sumber: tazkirah.net

Soalan:
Hukum tidur selepas subuh serta dalil-dalil dan bagaimana kesannya kepada
pekerja yang bekerja di awal waktu malam hingga lewat subuh?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan
besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW
serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Tiada nas yang jelas menghalang seseorang untuk tidur selepas subuh. Oleh
itu, hukum tidur selepas subuh kekal harus kerana tiada dalil yang
menghalangnya.
Meskipun tiada nas yang menghalang untuk tidur selepas subuh namun terdapat
banyak galakan untuk menghidupkan amalan selepas subuh. Dalam sebuah
hadis, Nabi SAW telah bersabda:

.



.

Maksudnya: Wahai Tuhan kami, berkatilah untuk umatku pada awal waktu pagi. Adalah Nabi
SAW, jika Baginda menghantar briged tentera, Baginda akan menghantarnya di awal siang. Adalah
Sakhr itu seorang peniaga dan beliau memulakan perniagaannya di awal siang maka telah
bertambah hartanya (mendapat keuntungan).
Riwayat Abu Daud (2606). Syeikh Al-Albaani menilainya Sahih.

Dalam sebuah hadis yang lain, diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah
menghidupkan pagi selepas subuh dengan duduk berzikir sehingga terbitnya
matahari. Daripada Jabirah bin Samurah RA:




Maksudnya: Adalah Nabi SAW apabila selesai solat Fajar, Baginda duduk di tempat solatnya
sehingga matahari terbit.
Hadis riwayat Al-Tirmizi (585) dalam Sunannya. Menurut beliau, hadis ini hasan
sahih.

Begitu juga dengan sebuah hadis daripada Anas Bin Malik RA bahawa Rasulullah
SAW bersabda:




Maksudnya: Siapa yang solat al-Ghadah (yakni solat Subuh) secara berjemaah kemudian duduk
berzikir sehingga terbit matahari, lalu bersolat dua rakaat adalah baginya pahala haji dan umrah.
Hadis riwayat al-Tirmizi (586) dalam Sunannya. Menurut beliau, hadis ini hasan
gharib.

Jelas melalui hadis-hadis di atas, Nabi SAW amat menitikberatkan mengenai


pengurusan masa lebih-lebih lagi di awal pagi bagi seseorang muslim. Ini dilihat
dengan amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dari segi berzikir mahupun
keluar kerja untuk mencari rezeki dan disebabkan oleh itu juga para ulama amat
menjaga waktu selepas subuh mereka agar dipenuhi dengan perkara yang
berfaedah lagi berpahala.
Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya Fath
al-Bari yang mana telah disebutkan bahawa rezeki itu dibahagi-bahagikan selepas
solat subuh dan amalan-amalan diangkat dipenghujung waktu siang. Bagi siapa
yang pada waktu tersebut dalam ketaatan, maka akan diberkati rezeki dan
amalannya.[1]
Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah Rahimahullah di dalam kitabnya Zaad al-
Maad pula menyebutkan bahawa tidur waktu subuh menghalang rezeki kerana
pada waktu itu adalah waktu meminta padanya makhluk hidup akan rezeki dan
ianya adalah waktu di mana dibahagi-bahagikan rezeki dan tidur pada waktu
tersebut adalah dilarang kecuali berlaku sesuatu yang tidak dapat dielakkan
ataupun darurat.[2] Kami juga dikhabarkan bahawa Buya Hamka juga tidur
selepas subuh.
Setakat pengamatan kami juga, hadis-hadis yang menceritakan tentang larangan
serta cemuhan bagi mereka yang tidur selepas subuh tidak terlepas dari kritikan
sama ada terlalu lemah statusnya ataupun bertaraf palsu.

Kesimpulan
Kami mendapati bahawa tiada larangan melalui nas yang jelas mengenai
pengharaman tidur selepas subuh. Oleh itu, tiada halangan bagi mereka yang
ingin tidur selepas subuh namun yang terbaiknya adalah dengan
meninggalkannya berdasarkan hadis-hadis yang menunjukkan kelebihan
menghidupkan waktu selepas subuh.
Pernah ditanyakan kepada al-Imam Malik Rahimahullah mengenai tidur selepas
solat subuh maka jawab al-Imam Malik:
Aku tidak mengetahui akan pengharamannya. Disebutkan bahawa bumi mengeluarkan bunyi yang
kuat dari tidurnya ulama pada waktu dhuha kerana takut mereka lalai pada waktu tersebut.[3]
Makanya, tidak menjadi satu kesalahan bagi mereka yang bekerja malam dan terpaksa
tidur pada siangnya selepas subuh kerana telah menjadi sebahagian dari tugasnya
untuk bekerja pada waktu malam lalu berehat pada waktu paginya demi
menjalankan tugas pada keesokan malamnya pula.
Wallahu alam.

Sumber: MuftiWP

Anda mungkin juga menyukai