Anda di halaman 1dari 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD KOLEJ VOKASIONAL


MODUL PENDIDIKAN UMUM
PENGAJIAN MALAYSIA
KERTAS PENERANGAN

KURSUS/ COURSE MODUL PENDIDIKAN UMUM - PENGAJIAN MALAYSIA

SEMESTER SEMESTER 1

NO. DAN TAJUK MODUL/ 05 - ISU-ISU KEPERIHATINAN NEGARA


MODULE NO. AND TITLE 5.3 PEMBANGUNAN INSAN

MEMAHAMI KEPENTINGAN MODAL INSAN BAGI MEMBANTU


KEBOLEHAN / ABILITIES
MEMBANGUNKAN NEGARA.

SETELAH MENGIKUTI AKTITIVITI INI, PESERTA DAPAT;


5.3.1 MENYATAKAN DEFINISI MODAL INSAN
5.3.2 MENYATAKAN KEPENTINGAN MODAL INSAN
5.3.3 MENYENARAIKAN TERAS-TERAS PEMBANGUNAN
MODAL INSAN
OBJEKTIF MODUL /
5.3.4 MENJELASKAN LANGKAH-LANGKAH MEMPERKASA
MODULE OBJECTIVE PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM PENDIDIKAN
5.3.5 MENERANGKAN CABARAN-CABARAN DALAM
MEMBANGUNKAN MODAL INSAN
5.3.6 MENGHURAIKAN CARA MEMBINA INSAN YANG BERGUNA
KEPADA NEGARA

NO. KOD/ CODE NO WPA 5012 Page : 1 of : 4

Pembangunan modal insan merupakan antara istilah yang popular dalam perbincangan dan
perancangan pembangunan pada masa kini. Ia mula diterima secara signifikan dan diperakui
sebagai antara tunjang kepada pembangunan ekonomi dan kemajuan sesebuah negara.
Pembangunan modal insan di Malaysia telah diuar-uarkan secara menyeluruh khususnya
semasa Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia.
CODE NO WPA 5012 Page : 2 of : 3

5.3.1 DEFINISI MODAL INSAN:

Modal insan merupakan pengimbangan pembangunan fizikal yang berteraskan ilmu


pengetahuan dan kemahiran dan pembangunan rohani yang merangkumi nilai, etika dan minda
yang progresif serta kesedaran budaya yang tinggi. Menurut YAB Perdana Menteri, ,Datuk Seri
Najib Tun Razak, melihat pembangunan modal insan sebagai:

(a) Meningkatkan keupayaan pengetahuan ,kreativiti dan inovasi negara.


(b) Memupuk minda kelas pertama yang menekankan akan diberikan ke arah memupuk
masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan mental.

5.3.2 KEPENTINGAN MODAL INSAN:

Menjana pendapatan negara.


Penentu kejayaan dasar-dasar kerajaan seperti Wawasan 2020
Membantu kerajaan dalam membangunkan negara
Menyediakan sumber tenaga yang berkualiti
Menyediakan barisan pemimpin yang berkaliber dan berketrampilan
Melahirkan masyarakat yang berdisipin
Melahirkan masyarakat yang tinggi nilai rohaninya

5.3.3 TERAS-TERAS PEMBANGUNAN MODAL INSAN:

Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia


yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan negara.
Melaksanakan langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dan
bandar, termasuk mempertingkatkan kualiti pengajian, prasarana dan kemudahan serta
menetapkan guru yang berpengalaman di sekolah luar bandar.
Membangunkan universiti serta kolej yang bertaraf antarabangsa dan memastikan
pendidikan dan latihan diperingkat tertiari memenuhi keperluan pasaran.
Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan
pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat.
Membangunkan masyarakat yang inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan dan
keupayaan dalam sains dan teknologi maklumat yang kukuh serta memiliki kemampuan
memperolehi dan menggunakan pengetahuan.
Memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai
perspektif, budaya prestasi tinggi, sistem nilai-nilai murni dan menghargai tradisi serta
warisan.
Memperluas dan memperkemas forum perbincangan dan perundingan antara kerajaan,
sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.

5.3.4 LANGKAH-LANGKAH MEMPERKASA PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM


PENDIDIKAN
CODE NO WPA 5012 Page : 3 of : 3

(a) Memperkasa sekolah rendah dan menengah.


(b) Menyediakan peluang pendidikan untuk semua individu.
(c) Memartabatkan profesion perguruan.
(d) Memantapkan sistem pengajian tinggi.

5.3.5 CABARAN-CABARAN DALAM MEMBANGUNKAN MODAL INSAN

Dalam dunia yang serba canggih dan maju disebabkan kemajuan teknologi, maka sedikit
sebanyak memberi kesan kepada usaha pembentukan modal insan di Malaysia. Kemajuan
teknologi dapat memudahkan kehidupan manusia, namun adakalanya jika kemajuan teknologi
tidak digunakan dengan berhemah, ia mampu memberi kesan negatif terhadap modal insan.
Terdapat beberapa aspek yang dilihat telah mendatangkan masalah kepada usaha-usaha
pembentukan modal insan cemerlang.

(a) Kurang penghayatan terhadap Islam.


(b) Masalah sosial yang semakin berleluasa.
(c) Kurang kecintaan terhadap ilmu.
(d) Penyebaran budaya barat.
(e) Kurang penghayatan terhadap aspek-aspek kenegaraan.

5.3.6 CARA-CARA MEMBINA INSAN YANG BERGUNA KEPADA NEGARA

(a) Ibu bapa menyediakan ilmu agama yang secukupnya untuk anak-anak.
(b) Ibu bapa memberi tumpuan dalam pembinaan moral anak-anak.
(c) Pelaksanaan kurikulum yang berkesan dan dapat melahirkan pelajar yang seimbang.
(d) Pendidikan di sekolah yang berteraskan keagamaan dan nilai-nilai murni.
(e) Penerapan nilai disiplin dan jati diri kepada pelajar.
(f) Pelaksanaan program-program untuk remaja seperti kem bina semangat, ceramah motivasi
dan kursus kepimpinan.
(g) Mengurangkan rancangan-rancangan berbentuk hiburan di media elektronik sebaliknya lebih
banyak menayangkan rancangan-rancangan ilmiah dan yang memberi pengajaran.

1. Mardiana Nordin, Hasnah Hussiin (2014), Pengajian Malaysia (Edisi Kelima), Oxford Fajar
Sdn. Bhd., Shah Alam, 2014.

Anda mungkin juga menyukai