Anda di halaman 1dari 21

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

BBK 37203
BAKERI & KONFEKSIONARI 2

NAMA TUGASAN:
LAPORAN MINGGUAN

NAMA PENSYARAH:
CIK NOR ANIS INTAN AQIAH BINTI TUKIRAN

NAMA PELAJAR:
NURAFIFAH BINTI AHMAD
NUR SHAKIRA ANISAH BINTI SALLEH CB140083
PADRET SELAMAT ANAK GEORGE CB
FARENNA SYAZWANI BINTI MADLAN
DG NUR FARHANA BINTE DATU MD NOOR
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKASURAT


1 Pengenalan
2 Pemilihan Tema Jualan
3 Poster
4 Tujuan Pmeilihan Menu
5 Pembahagian Tugas
6 Skop Kerja
7 Pembahagian Tugas Pembuatan Produk Jualan
8 Stnadart Resepi
9 Kaedah Membuat Produk Berasaskan Yis
10 Kewangan
11 Aktiviti Sebelum, Semasa dan Selepas
12 Penutup
13 Cadangan
1.0 PENGENALAN

Pada 09 Mei 2017 (Rabu) telah berlangsungnya Hari Inovasi dan Hari Terbuka
FPTV yang dianjurkan oleh pihak Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional sendiri.
Bagi memupuk sifat keusahawan dalam diri setiap pelajar, kami dari BBC 4 telah diarah
untuk menghasilkan beberapa produk makanan yang bertemakan variasi produk
berasaskan yis. Produk makanan ini telah dipilih menjadi salah satu tugasan di dalam
subjek BBK37203 Bakeri dan Konfeksionari 2. Kami mempunyai lima (5) orang ahli
kumpulan yang terdiri dari saya iaitu Nur Shakira Anisah Binti Salleh, Farenna Syazwani
Binti Madlan, Padret Selamat AnK George, NurAfifah Binti Ahmad dan juga Dg Nur
Farhana Binte Datu Md moor.

Kami telah memilih menu yang sesuai untuk Hari Inovasi dan Hari Terbuka FPTV
yang bertemakan variasi produk bakeri berasaskan yis iaitu variasi donut dan juga mini
pizza. Kami telah menghasilkan dua variasi donut iaitu klasik donut dan juga donut oreo.
Donut merupakan sejenis roti yang mampu menraik minat kanak-kanak serta remaja untuk
membelinya. Selain itu, kami telah menghasilkan mini pizza yang terdiri dari topping
sosej dan juga meatball. Kami memilih variasi roti ini adalah untuk menarik minat belia
remaja untuk membelinya. Hal ini demikian, roti telah menjadi trend atau gaya hidup
kepada pemakanan remaja zaman sekarang khususnya donut dan juga pizza.

Secara kesuluruhnya, program sebegini dapat membina kemahiran setiap pelajar


dalam aspek merancang dan melaksanakan tugasan yang diberi dengan baik dan
sistematik. Kami telah melaksanakan beberapa peringkat dalam perbincangan seperti
merancang, memilih produk, menganalisis harga pasaran, menentukan fokus pasaran dan
juga menetapkan harga bagi setiap produk yang dijual.
2.0 PEMILIHAN TEMA JUALAN

Pemilihan tema jualan telah ditetapkan oleh penganjur bagi kohort 4 BBC. Tema
yang telah diberi adalah produk berasaskan yis. Kumpulan kami telah menetapkan produk
berasaskan yis seperti donut aneka dan juga mini pizza. Pemilihan produk ini adalah hasil
dari perbincangan kumpulan dan dipersetujui oleh pensyarah.

Pemilihan produk donut aneka dan mini pizza adalah berasaskan kepada sasaran
pelanggan kami. Kami menghasilkan produk yang dikenali dan sering diminati oleh orang
ramai khususnya belia remaja. Hal ini kerana, pelanggan yang hadir semasa Hari terbuka
FPTV dan hari invosi FPTV ini adalah antara golongan belia remaja.

3.0 POSTER

4.0 TUJUAN PEMILIHAN MENU

Harga yang berpatutan.


Tiada persaingan semasa Hari Terbuka FPTV dan Hari Inovasi FPTV.
Kelengkapan untuk menyiapkan produk ini lengkap.
Lebih mudah.
Boleh menyiapkannya doh sehari awal.
Menarik dan sedap.
Mempunyai pengalaman dalam proses membuat roti.
Roti kususnya donut dan pizza adalah trend bagi gaya pemakanan belia remaja
sekarang.
Dapat menvariasi satu donut dan piza kepada pelbagai rasa.
5.0 PEMBAHAGIAN TUGAS FORMAL

KETUA
NUR' AFIFAH BINTI AHMAD

RUNNER
PENOLONG KETUA PADRET SELAMAT ANAK GEORGE
FARENNA SYAZWANI BINTI MADLAN NUR SHAKIRA ANISAH BINTI SALLEH
DG NUR FARHANA BINTE DATU MD NOOR
6.0 SKOP KERJA

KETUA Memastikan jualan berjalan dengan lancar.


Memberi persetujuan kepada pilihan menu.
Membincangkan cara untuk mempromosikan jualan.
Memastikan barang membuat donut dan pizza cukup serta lengkap.
Menyiapkan produk untuk jualan

PENOLONG Membantu ketua dalam segala aspek pekerjaan.


KETUA Membeli barang jualan.
Menyenaraikan barang yang hendak dibeli.
Membuat promosi jualan.
Menyiapkan produk untuk jualan
Memastikan kelengkapan membuat produk jualan lengkap.

RUNNER Membantu ketua dalam segala aspek perkejaan.


Membeli barang jualan.
Menyenaraikan barang yang hendak dibeli.
Membuat promosi jualan.
Menyiapkan produk untuk jualan.
Memastikan kelengkapan membuat produk jualan lengkap.
Perlu keluar beli barang jika barang tidak mencukupi.
7.0 PEMBAHAGIAN TUGAS PEMBUATAN PRODUK JUALAN

PEMBUATAN CENTERPIECE PEMBUATAN DONUT PEMBUATAN PIZZA

NURAFIFAH BINTI AHMAD FARENNA SYAZWANI BINTI MADLAN DG NUR FARHANA BINTE DATI MD NOOR
NUR SHAKIRA ANISAH BINTI SALLEH PADRET SELAMAT ANAK GEORGE

Membuat cadangan berkaitan Menganalisis jenis donut yang hendak Menganalisis jenis pizza yang hendak
dengan centerpiece. dibuat. dibuat.
Senaraikan bahan yang perlu Mencarai standart resepi donut. Mencarai standart resepi pizza.
dibeli untuk membuat Membuat senarai bahan yang hendak Membuat senarai bahan yang hendak
centerpiece. dibeli. dibeli.
Merekabentuk centerpiece dari Membuat doh donut. Membuat doh pizza.
doh. Membuat topping donut. Membuat topping pizza.
Membuat centerpiece sehari Menghias donut untuk dijual. Menghias pizza untuk dijual.
sebelum program. Memikirkan pembungkusan yang Memikirkan pembungkusan yang sesuai.
Menyusun centerpiece di atas sesuai. Membakar pizza.
meja jualan. Menggoreng donut. Menjual produk.
Menghias meja jualan. Menjual produk.
Menjual produk
7.0 STANDART RESEPI

7.1 DONUT

7.2 MINI PIZA


8.0 KAEDAH MEMBUAT PRODUK BERASASKAN YIS SEPERTI DOH PIZA DAN
DONUT

8.1 Tepung

Menggunakan jenis gandum yang berprotein tinggi (10-15%). Tepung berprotein tinggi
mempunyai penyerapan air yang lebih jika dibandingkan dengan tepung biasa. Roti yang dibuat
daripada tepung berprotein tinggi mempunyai tekstur yang ringan dan lembut.

8.2 Yis

Yis segar atau mampat (compressed yeast). Berwarna kelabu keperang-perangan, mudah
peroi apabila dipecahkan. Tahan lama jika dimasukkan ke dalam beg plastik dan disimpan di dalam
peti sejuk.

Yis kering adalah jenis berbiji-biji yang dijual di dalam paket plastik atau botol plastik dan
mudah didapati. Kaedah menggunakan yis kering ialah dengan cara larutan dan dari segi kuantiti
ialah setengah daripada kuantiti yis mampat. Contohnya, 25 gram yis mampat bersamaan 13 gram
yis kering.

Yis segera ialah sejenis yis yang berbiji-biji juga tetapi ia lebih aktif dan proses
penapaiannya agak cepat jika dibandingkan dengan yis mampat dan yis kering. Kaedah
penggunaannya sama seperti yis kering tetapi dari segi kuantiti hanya satu per tiga daripada kuantiti
yis mampat. Contohnya, 25 gram yis mampat bersamaan 8 gram yis segera.
8.3 Bahan Lain Yang Digunakan Untuk Membuat Roti

Garam menjadi bahan perasa dan juga mengelakkan penapaian yang terlalu cepat. Garam
berlebihan boleh mematikan yis dan jika garam tidak digunakan langsung, doh akan melekit dan
roti tidak naik dengan sempurna begitu juga dengan rupa bentuknya.

Gula menjadi bahan makanan kepada yis dan juga bahan pelembut dan tidak ketinggalan
memberi perasa. Gula juga memberikan warna kepada kulit roti. Jika adunan mengandungi gula
yang agak berlebihan ia akan melambatkan proses penapaian dan pengembangan.

Lemak bukan sahaja membei khasiat dari segi pemakanan tetapi juga memberikan warna
dan kelembutan.

Cecair iaitu susu, campuran air, susu dan jus buah-buahan (jus oren dan tomato). Setiap 450
gram tepung memerlukan kira-kira satu per empat liter (1/2 pt) cecair. Susu memperkayakan zat
roti, memperbaiki rupa serta rasanya.

Telur menambahkan khasiat dari segi pemakanan, menguatkan struktur roti, menggebukan
dan memberikan warna yang menarik.
8.4 Kaedah-Kaedah Mencampurkan Yis Ke Dalam Tepung

1. Kaedah Larutan (Dissolved Method)


Yis dilarutkan terlebih dahulu di dalam sedikitcecair seperti susu atau air. Kemudian
dicampurkan ke dalam tepung bersama bahan lain dan diuli untuk menjadi doh. Air sejuk boleh
juga digunakan tetapi air suam (38C - 43C) dapat memberi kenaikan yang cepat.
Jika menggunakan yis kering. Larutkan satu sudu teh gula halus ke dalam air suam. Taburkan
yis dan letakkan di tempat yang agak panas selama 10 minit atau sehingga adunan berbuih.
Kemudian campurkan bahan lain seperti tepung, telur dan lemak. Gaul hungga menjadi doh.
2. Kaedah Span atau Bater (Sponge atau Batter Method)
Dengan mencampurkan satu per tiga tepung, yis, kesemua cecair dan gula untuk dijadikan bater
yang agak cair. Letakkan adunan ini di tempat yang agak panas selama 20 minit atau hingga
adunan ini berbuih seperti adunan span. Kemudian masukkan lebihan teoung, garam, lemak dan
telur. Adunan ini digaul hingga menjadi doh lembut.
3. Kaedah Gaul Ramas (Rubbing in Method)
Hanya sesuai jika menggunakan yis mampat. Gaul ramas yis dan tepung. Masukkan air dan
bahan lain dan diuli hingga menjadi doh.
4. Kaedah Mengadun Sekali Gus (Straight Method atau No Time Dough)
Hanya sesuai jika menggunakan yis mampat atau yis segera. Kaedah ini agak mudah dan tidak
memerlukan masa penyediaan yang panjang. Masukkan semua bahan ke dalam bekas pengadun
dan dengan menggunakan mesin, uli selama 10 15 minit sehingga adunan agak kenyal. Jika
menggunakan tangan, adunan mesti diuli selama 20 minit.
8.5 Peringkat-Peringkat Dalam Proses Membuat Roti

1. Mencampurkan bahan-bahan
Ini boleh dilakukan dengan tangan atau mesin.
2. Menguli
Adunan beryis mestilah diuli untuk membolehkan doh mengembang serta mendapatkan adunan
yang lembut, rata dan kenyal. Jika menggunakan tangan, ia memakan masa kira-kira 20 minit
dan dengan mesin hanya memerlukan 15 minit. Doh yang telah cukup diuli boleh ditarik nipis
seperti doh roti canai.
3. Mengembang kali pertama (Proving)
Semua adunan beryis mestilah dibiarkan mengembang sebelum dibakar untuk membolehkan
yis bertindak. Adunan mestilah mengembang dua kali ganda daripada adunan asal dan mestilah
ditutup dengan plastik yang dilenser dengan marjerin atau minyak. Ini perlu dilakukan untuk
mengelakkan permukaan adunan daripada retak dan terlalu kering.
4. Membuang gelembung angina dan membentuk doh
Doh yang telah mengembang dua kali ganda tadi hendaklah diuli semuala selama satu hingga
dua minit. Tujuan menguli semula ini ialah untuk memecahkan gelembung udara dan juga untuk
menentukan doh yang telah dibentuk akan naik sama rata. Doh bolehlah dibentuk mengikut
pilihan sendiri.
5. Mengembang kali kedua
Doh yang telah dibentuk dibiarkan mengembang semula dua kali ganda daripada saiz asalnya.
Selalunya proses mengembang kali ini mengambil masa yang pendek jika dibandingkan dengan
kali pertama.
6. Glis
a) Untuk kulit roti yang lembut
Doh yang telah dibentuk tidak diglis langsung apabila dibakar. Apabila keluar dari ketuhar
gliskan roti dengan mentega cair atau campuran susu dan telur.
b) Untuk kulit roti yang ranggup
Gliskan roti dengan air yang dicampur dengan sedikit garam sebelum dibakar.
c) Untuk kulit roti yang berkilat
Sebelum dibakar, gliskan roti dengan susu segar dicampur dengan telur dan sedkit gula
kastor.
7. Membakar
Roti dibakar dengan ketuhar yang bersuhu agak panas dan roti yang elok masaknya akan
berwarna kekuningan, agak mengecut sedikit dan ringan.

8.6 Kesalahan Dalam Membuat Roti dan Kaedah Mengatasinya

a) Roti tidak berapa naik dan strukturnya agak rapat


Sebab-sebab:
a. Tidak menggunakan tepung berprotein tinggi.
b. Garam berlebihan.
c. Tidak mengembang dengan cukup.
d. Suhu ketuhar terlalu rendah.

Kaedah mengatasi:
a. Gunakan tepung yang betul.
b. Pastikan kuantiti garam seperti yang dicatatkan dalam resipi.
c. Tentukan doh mengembang dua kali ganda daripada saiz asal.
d. Pastikan ketuhar dipanaskan setengah jam sebelum memasukkan doh dan mengikut
suhunya seperti yang dicatat di dalam resipi.

b) Permukaan roti tidak rata dan berlubang


Sebab-sebab:
a. Yis berlebihan.
b. Masa menguli doh terlalu pendek.
c. Doh terlaly mengembang.
Kaedah mengatasinya:

a. Timbang kuantiti yis dengan betul.


b. Tentukan doh diuli mengikut masa yang diberi dalam resipi.
c. Jika doh terlalu mengembang, uli semula, bentuk dan dibiarkan ia mengembang
sekali lagi.

c) Roti yang masam


Sebab-sebab:
a. Penggunaan yis yang berlebihan.
b. Yis kering tidak dilarutkan terlebih dahulu di dalam cecair.
c. Yis mampat dicampur dengan gula.

Kaedah mengatasinya:

a. Timbang kuantiti yis dengan betul.


b. Yis kering mestilah dilarutkan di dalam cecair.
c. Kedar penggunaan gula jangan terlalu tinggi apabila menggunakan yis mampat.
9.0 KEWANGAN

Jumlah pembelian bahan kering:

Bahan-bahan Kuantiti Harga


9.1 Bilangan jualan:

Jenis Produk Kuantiti Harga


Donut klasik
Donut Oreo
Piza Sosej
Piza Meatball

Modal Jualan:

Keuntungan Jualan:

Untung Bersih:
10.0 AKTIVITI SEBELUM, SEMASA, SELEPAS

Sebelum:

Membuat senarai pesanan barang untuk dibeli.


Membeli barang di pasaraya kawasan Parit Raja, Johor.
Memilih rekabentuk bungkusan yang menarik untuk kek dan juga air.
Membuat flyers sebagai promosi kepada pelajar di UTHM.
Membuat doh dunut dan doh pizza.
Menyediakan peralatan yang hendak diguna.
Membuat centerpiece untuk hiasan meja.

Semasa:

Menyusun atur meja yang hendak meletak jualan donut dan pizza.
Menyusun produk jualan diatas meja yang telah siap disusun.
Membuat promosi jualan.
Menjual produk.
Menjaja di sekitar Blok PNS.

Selepas:

Mengemas tempat kejadian.


Mencuci peralatan yang digunakan.
Menyusun meja semula ke tempat asal.
Mengira keuntungan jualan.
11.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, kami sangat berpuas hati terhadap apa yang kami lakukan sepanjang Hari
Terbuka dan Hari Inovasi FPTV berlangsung. Semua ahli kumpulan kami bekerjasama dalam
menjayakan program ini. Kami dapat mempelajari sesuatu yang baru dari segi ilmu mengenai
perniagaan dan juga cara mempromosi sesuatu produk atau makanan kami supaya makanan berjaya
dijual. Selain itu kami juga dapat meningkatkan keyakinan diri kami kepada orang ramai. Kami
juga dapat mengeratkan lagi silaturahim antara setiap ahli kumpulan dan juga di antara kelas kami.
Selain itu, kami juga dapat meningkatkan lagi kemahiran kami untuk membuat donut dan piza
supaya mencapai peningkatan dari segi rasa dan tekstur serta gaya persembahan produk.
Kesimpulannya kami sangat berpuas hati sepanjang program ini dan kami amat bersetuju jika
program seperti ini dilakukan lagi pada masa akan datang untuk meningkatkan lagi bidang
hospitaliti di universiti dan mengembangkan lagi pengetahuan mengenai kos katering di Fakulti
Pendidikan Teknikal dan Vokasional.
12.0 CADANGAN / PENAMBAHBAIKAN

1. Pihak fakulti perlu menyediakan peralatan yang mencukupi untuk pelajar jurusan ketering
kerana penggunaan peralatan begitu limit dan jumlah pelajar agak ramai untuk penggunaan
sesuatau peralatan.
2. Kami perlu menambah baik dari segi cara pembungkusan piza. Hal ini kerana kami telah
membeli saiz pembungkusan yang kecil sedikit berbanding saiz doh pizza. Penambahbaikan
akan dilakukan untuk program yang akan datang.
12.0 LAMPIRAN

Gambar 1: Donut ring sedang direhatkan sebelum digoreng

Gambar 2: Centerpiece yang dihasilkan oleh ahli kumpulan kami.


Gambar 3: Produk donut yang telah divariasikan kepada topping oreo dan klasik.

Gambar 4: Produk Pizza yang telah divariasikan dengan topping sosej dan meatball.

Anda mungkin juga menyukai