Anda di halaman 1dari 5

Search here

June10
Peranan Muzik Memupuk Minda Kanak-
kanak
MUZIK sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-
kanak. Misalnya, seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa
mendodoikan anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak
apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah, serta aktiviti nyanyi-bersama
yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau di prasekolah. Semua
rangsangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan
kanak-kanak.

Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan


bahasa, hubungan bunyi-perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan
sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak.

**untuk baca seterusnya klik kat BACA SETERUSNYA dibelah kanan kat bawah.

Pada trimester ketiga pembesaran janin, otak sedang membuat persediaan untuk
operasi lengkap. Oleh itu, ia mudah menerima sebarang bentuk informasi. Ketika
itu, telinga fetus telah terbentuk sepenuhnya dan perlahan-lahan mula mengenali
suara ibu dan bunyi sekeliling.

Pada peringkat ini, Stimulasi Prenatal adalah digalakkan kerana kaedah ini
melibatkan pelbagai rangsangan seperti bunyi, gerakan, tekanan dan getaran
unuk berkomunikasi dengan bayi anda sebelum bayi dilahirkan.

Pada peringkat ini, bayi mula belajar mengenali dan bertindak-balas kepada
rangsangan berbeza yang membantu dalam perkembangan fizikal, mental dan
deria mereka. Latihan ini membantu mengukuhkan ikatan hubungan ibu dan
bayi, serta membantu dalam perkembangan emosi dan potensi intelektual bayi.

Dalam tempoh sebelum dan selepas bayi dilahirkan, muzik klasik telah diyakini
dapat memberi pengaruh yang kuat terhadap kepintaran kanak-kanak. Tetapi
kajian menunjukkan bahawa walaupun kebanyakan degupan jantung bayi
bertindak balas terhadap muzik klasik, tiada kajian yang dapat membuktikan
bahawa bayi hanya menggemari muzik klasik.

Kepelbagaian muzik

Kebanyakan pakar kanak-kanak akan bersetuju bahawa kesesuaian muzik untuk


bayi dan kanak-kanak adalah tidak terhad, asalkan muzik tersebut tidak terlalu
kuat atau menyakiti telinga bayi.

Kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi anda kerana ia
memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan, kata Dr. Lihanna
Borhan, pensyarah Perkembangan Kanak-kanak di Universiti Malaya.

Baru-baru ini, ibu bapa di Malaysia telah dibanci tentang dua soalan berhubung
muzik dalam perkembangan awal anak mereka melalui Tinjauan Pendapat Ibu
Bapa Bijak yang dikendalikan oleh Mead Johnson Nutritionals.

Salah satu soalan yang dikemukakan mengkehendaki ibu bapa memberikan


pendapat mereka sama ada muzik membantu anak mereka belajar dengan lebih
baik.

91 peratus ibu bapa yang dibanci bersetuju dengan persoalan tersebut dan
memberikan kesimpulan bahawa lebih ramai ibu bapa kini yang terdedah kepada
sumber-sumber yang membantu dalam perkembangan awal anak-anak mereka
termasuk muzik.

Satu lagi soalan yang dikemukakan adalah pilihan ibu bapa terhadap muzik
klasikal atau muzik pop untuk anak mereka. Ia memberikan tindak balas
bercampur kerana 57 peratus memilih muzik klasik manakala 43 peratus
memilih muzik pop.

Walaupun majoriti ibu bapa menjawab ya, terdapat golongan ibu bapa yang
berpendapat bahawa muzik pop juga bersesuaian. Ini mungkin boleh dikaitkan
dengan bagaimana cara ibubapa pada masa ini menggunakan muzik sebagai alat
pembelajaran.

Apabila bayi anda mula membesar, dia mula bergoyang, bergerak dan menari
mengikut irama muzik. Semua bayi mempunyai naluri deria irama dan
menggemari muzik. Ingat lagi irama kanak-kanak yang anda pelajari di zaman
kanak-kanak? Jika anda suka menyanyi Twinkle Twinkle Little Star, begitu juga
dengan bayi anda.
Perasaan

Ibu bapa juga boleh mengetahui perasaan bayi anda dengan mengaitkan muzik
atau bunyi yang menghasilkan reaksi tertentu. Misalnya, apabila bayi atau anak
anda tidak gembira, ibu biasanya akan mendakap anak mereka, mendendang
atau mendodoikan anak dengan irama muzik.

Tidak kisahlah jika anda boleh menyanyi dengan sedap atau tidak, nada yang
tenang atau melodi yang mendamaikan di sebalik suara ibu membantu
menenangkan emosi bayi. Ringkasnya, bunyi yang tenang mempunyai kesan
menenangkan terhadap bayi.

Lagu pop atau rancak boleh meningkatkan semangat kanak-kanak, menjadikan


mereka gembira dan bertenaga, apabila mereka menari mengikut irama muzik.
Sebaliknya, muzik klasikal membantu mengekalkan perhatian dan tumpuan
kanak-kanak, menjadikan mereka tenang dan patuh.

Dalam usia enam tahun pertama mereka, kanak-kanak boleh berlagu mengikut
irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi dari irama muzik serta
memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut.

Proses mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk


permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa.

Semasa usia bertatih, anak boleh menentukan penekanan terhadap bunyi seperti
Tidak dan Berhenti, diikuti oleh bunyi geram, nada tinggi atau lain-lain konotasi
agresif.

Ini juga boleh digunakan untuk perkataan positif seperti, Baik, Bagus atau Hebat.
Kanak-kanak berupaya untuk mentafsirkan maksud melalui nada perkataan;
umumnya jika apa-apa perkataan yang diucapkan tidak mempunyai ritma yang
betul, tidak ada seorangpun yang boleh memahaminya.

Otak kiri

Pada bahagian kiri otak, terdapat Kawasan Broca yang juga dikenali sebagai
Memori Tugasan Verbal. Bahagian otak ini mengendalikan semua simpanan dan
pemprosesan informasi verbal, serta peranan penting pemprosesan bahasa.
Semasa usia awal perkembangan kanak-kanak, mendengar adalah lebih baik dari
membaca, sering dianggap sebagai bentuk pembelajaran yang efektif.
Memandangkan bahasa ucapan biasanya sementara, apa-apa bunyi yang
tertinggal di belakang disalurkan dengan cepat dan disimpan dalam otak untuk
rujukan dan perkaitan di masa depan. Oleh itu, pemahaman mendengar
mengesyorkan bahawa lebih banyak pemprosesan semantik dalam Kawasan
Broca.

Misalnya, dalam bahasa Mandarin, setiap suku kata dan nada adalah penting
dalam membezakan di antara satu perkataan dengan perkataan yang lain; jika
diucapkan mengikut tahap nada yang berbeza, perkataan mi mungkin
bermaksud untuk mengecilkan mata, nasi atau kebingungan.

Muzik juga memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak. Mengikut hasil


kajian yang dijalankan oleh Stanford University telah mendedahkan bahawa
muzik meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak dileksia.

Seperti yang dinyatakan dari awal, pengalaman muzikal boleh meningkatkan


keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan nada.

John Gabrielli, bekas Profesor Psikologi Stanford menekankannya dengan


berkata: apa yang ditunjukkan oleh kajian ini, yang penting, terdapat aspek
tertentu bahasa... Yang berubah dalam minda dan otak manusia dengan latihan
muzikal.

Kajian dijalankan turut mencadangkan bahawa memainkan alat muzik


mempunyai faedah kognitif, walaupun tahap ukurannya belum ditentukan.

Di dalam artikel adakah muzik menjadikan kita lebih pintar? (Does music make
us smarter?) oleh BabyClassroom.com mengaitkan muzik dengan perkembangan
awal otak.

Mereka memetik kajian oleh Dr. Frances Rauscher dan Dr. Gordon Shaw yang
menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah yang mengambil pelajaran muzik
menampilkan keupayaan pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas
penting untuk matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam
menjalankan tugas dibandingkan rakan mereka yang tidak mengambil pelajaran
muzik, termasuk mereka yang mengambil pelajaran komputer dalam tempoh
yang sama.

Selain daripada itu, muzik juga telah dikaitkan dengan peningkatan celik huruf.
Malah, muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan
bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak
dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna
untuk meningkatkan memori. Contoh terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah
orang dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca huruf.

Dengan pendedahan muzik dan latihan muzikal, anak anda berupaya untuk
memahami maklumat baru dengan lebih baik dan cepat, kerana muzik
meningkatkan keupayaan mental.

Satu lagi faktor positif muzik adalah ia merangsang keyakinan dan harga diri
anak anda. Ya, muzik boleh memberikan faktor penting untuk perkembangan
dan pembesaran kanak-kanak. Bagaimanapun, ibu bapa dinasihatkan tidak
menggunakan pelajaran muzik yang boleh memberi tekanan kepada anak-anak
sehingga melampaui keupayaan mereka kerana ini boleh memberikan akibat
negatif.

Keseronokan adalah kunci kepada apa jua proses pembelajaran dan ibubapa
perlu sentiasa bersama anak dan berinteraksi dengan mereka untuk memperoleh
sepenuhnya kreativiti anak mereka, meningkatkan kemahiran motor atau
mengatasi halangan kognitis anak mereka.

Menyanyi, bermain dan menarilah bersama anak anda, kerana tiada


pembelajaran yang lengkap tanpa ibu bapa.

* RENCANA ini disumbangkan oleh Mead Johnson Nutritionals dan merupakan


sebahagian daripada empat rencana merangkumi Smart Music (Bijak Muzik),
Smart Language (Bijak Bahasa), Smart Play (Bijak Permainan) and Smart
Nutrition (Bijak Nutrisi).

Anda mungkin juga menyukai