Anda di halaman 1dari 2

Terangkan maksud kognisi mengikut kefahaman anda dengan merujuk kepada

sekurang-kurangnya 3 ahli falsafah.

Definisi kognisi adalah kegiatan atau proses memperoleh pengetahuan termasuk kesedaran,
perasaan atau usaha mencari sesuatu melalui pengalaman sendiri. Selain itu, proses
pengenalan dan penafsiran lingkungan oleh seseorang, hasil daripada pemerolehan
pengetahuan.

Kognisi adalah kepercayaan seseorang tentang sesuatu yang diperoleh daripada


proses berfikir tentang seseorang atau sesuatu. Proses yang dilakukan adalah memperoleh
pengetahuan dan memanipulasi pengetahuan melalui aktiviti mengingat, menganalisis,
memahami, menilai, membayangkan dan berbahasa. Kapasitas atau kemampuan kognisi
biasa diertikan sebagai kecerdasan atau intelegensi. Bidang ilmu yang mempelajari kognisi
beragam, diantaranya adalah psikologi, neurosains, serta kecerdasan buatan. Kepercayaan
atau pengetahuan seseorang tentang sesuatu dipercaya dapat memengaruhi sikap mereka
dan pada akhirnya mempengaruhi perilaku atau tindakan mereka terhadap sesuatu.
Mengubah pengetahuan seseorang tentang sesuatu dipercayai dapat mengubah perilaku
mereka.

Istilah kognisi berasal daripada bahasa latin cognoscere ertinya ialah mengetahui.
Kognisi dapat pula diertikan sebagai pemahaman terhadap pengetahuan atau kemampuan
untuk memperoleh pengetahuan. Istilah ini digunakan oleh ahli falsafah untuk mencari
pemahaman terhadap cara manusia berfikir. Karya Plato dan Aristoteles telah memuat topik
tentang kognisi kerana salah satu tujuan ahli falsafah adalah memahami segala gejala alam `
melalui pemahaman dari manusia itu sendiri.

Menurut Piaget dalam buku Teknologi Pembelajaran dari Drs. Bambang Warsita
(2008:69) yang menjelaskan bahawa perkembangan kognitif merupakan suatu prosess
genetik iaitu proses yang didasarkan atas mekanisme biologi iaitu perkembangan sistem saraf.
Dalam buku Psikologi Pendidikan karya Wasty Soemanto (1997:123) yang menyatakan teori
belajar piaget disebut cognitive-development yang memandang bahawa proses berfikir
sebagai aktiviti gradual daripada fungsi intelektual dari konkrit. Belajar terdiri dari tiga tahap
iaitu asimilasi, akomodasi dan equilibrasi. Piaget juga mengemukakan bahawa proses belajar
harus disesuaikan dengan tahap perkembangan kognitif yang dilalui siswa. Proses belajar
yang dialami seorang anak berbeza pada satu tahap dengan tahap yang lain secara umum
semakin tinggi kognitif seseorang maka semakin teratur dan juga semakin abstrak cara
pemikirannya. Oleh kerana itu guru seharusnya memahami tahap-tahap perkembangan
kognitif anak didiknya serta memberikan isi, metod, media pembelajaran yang sesuai dengan
tahapnya.

Menurut Brunner (1989), pembelajaran dapat menciptakan situasi agar mahasiswa


dapat belajar dari diri sendiri melalui pengalaman dan eksperimen untuk menemukan
pengetahuan dan kemampuan baru yang khas baginya. Dari sudut pandangan psikologi
kognitif, bahawa cara yang dipandang efektif untuk meningkatkan kualiti output pendidikan
adalah perkembangan program-program pembelajaran yang dapat mengoptimumkan
penglibatan mental intelektual pembelajaran pada setiap akhir pembelajaran. Sebagaimana
saranan Merril, iaitu jenjang yang bergerak dari tahap mengingat, dilanjutkan ke menerap,
sampai pada tahap penemuan konsep, prosedur atau prinsip baru di bidang disiplin keilmuan
atau keahlian yang sedang dipelajari.

Menurut Vygotsky, perolehan pengetahuan dan perkembangan kognitif seorang turut


dengan teori sciogenesis. Dimensi kesedaran sosial bersifat primer, sedangkan dimensi
individualnya bersifat derivatif atau merupakan turunan dan bersifat skunder. Ertinya,
pengetahuan dan pengembangan kognitif individu berasal dari sumber-sumber sosial di luar
dirinya. Hal ini tidak bererti bahawa individu bersikap pasif dalam perkembangan kognitifnya,
tetapi Vygotsky juga menekankan pentingnya peranan aktif seseorang dalam mengkonstruksi
pengetahuannya. Maka teori Vygotsky sebenarnya lebih tepat disebut dengan pendekatan
konstruktivisme. Teori Vygotsky merupakan teori yang lebih mengacu kepada kontruktivisme.
Kerana ia lebih menekan pada hakikat pembelajaran sekeliling.

Mengikut pemahaman saya, kognisi merupakan tahap pemikiran seseorang tentang sesuatu
perkara. Tahap pemikiran seseorang berbeza mengikut pengetahuan yang sedia ada
mahupun diambil daripada orang lain. Selain itu, tahap pemahaman terhadap pengetahuan
atau kemampuan untuk memperoleh sesuatu pengetahuan juga berbeza mengikut pemikiran
individu tersebut. Semakin tinggi ilmu yang mereka ada semakin tinggi tahap pengetahuan
yang mereka perolehi. Justeru itu, ilmu yang disampaikan akan berubah-ubah kerana
keupayaan seseorang berfikir dan memahami sesuatu adalah berbeza.

Anda mungkin juga menyukai