Anda di halaman 1dari 2

KAJIAN LITERATUR

Menurut Schugurenky (2000), pendidikan formal ini adalah merujuk kepada tangga institusi dari
prasekolah sehingga pengajian siswazah. Pendidikan formal ini mempunyai ciri- ciri seperti amat
diinstitusikan, hanya termasuk tempoh yang dikenali sebagai 'pendidikan asas' (yang berbeza dari
negara ke negara dan biasanya antara 6 hingga 12 tahun) malahan suatu kurikulum yang wajib
dilaksanakan dengan mendapatkan persetujuan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia di
samping mempunyai matlamat yang jelas, penilaian mekanisme, mengupah guru yang diperakui
dan aktiviti institusi yang dikawal selia oleh kerajaan. Selain itu, pendidikan formal ini adalah satu
persediaan daripada satu peringkat ke peringkat yang seterusnya. Untuk ke tahap peringkat yang
seterusnya hanya memerlukan prasyarat yang mencukupi. Pendidikan formal ini adalah satu sistem
hieraki di mana orang atasan berada di kedudukan teratas dan pelajar di kedudukan bawahan. Pada
suatu tahap, kemudiannya pelajar akan bergraduasi untuk merangkul segulung diploma dan ijazah
supaya melayakkan mereka ke peringkat yang seterusnya ataupun dikenali sebagai dunia pasaran
pekerjaan.

Menurut Schugurensky (2000), pendidikan tidak formal merujuk kepada semua program-program
pendidikan yang dianjurkan yang berlaku di luar sistem persekolahan formal, dan biasanya jangka
pendek dan secara sukarela. Ini termasuk pelbagai program seperti kursus tenis, program bahasa kedua,
pelajaran memandu, kelas memasak, kelas yoga, program pemulihan, kursus lukisan, program latihan,
bengkel, dan lain-lain seperti dalam pendidikan formal, ada guru pengajar, fasilitator dan kurikulum
dengan pelbagai darjah atau fleksibiliti.

Menurut The Campaign for Learning (2014), pembelajaranadalah satu proses penglibatan aktif
dengan pengalaman. Ia adalah apa yang masyarakat lakukan apabila mereka mahu untuk memahami
dunia. Ia mungkin melibatkan pembangunan atau pengukuhan kemahiran, pengetahuan, pemahaman,
kesedaran, nilai,idea dan perasaan atau peningkatan kapasiti untuk berfikir. Pembelajaran juga boleh
dipertimbangkan dari segi pembelajaran formal dan tidak formal, selari dengan definisi polarisasi masing-
masing (Malcolm et al., 2003). Dalam kajian Colley et al. (2003) mendefinisikan yang pembelajaran
formal adalah sebagai mengandungi status yang tinggi, pengetahuan usulan dengan proses
pembelajaran yang berpusatkan kepada pengajaran dan pengajaran dan terletak dalam institusi
pendidikan pakar seperti sekolah, kolej atau universiti. Sebaliknya, pembelajaran formal diperdebatkan
sebagai anthithesis terhadap pengajian formal iaitu berlaku di luar bilik darjah yang formal dan tidak di
bawah kawalanlangsung guru (Gerber et al., 2001). Dalam mencari dan memberikan definisi terhadap
kedua-dua pembelajaran formal dan tidak formal adalah lebih baik untuk melihat ciri-ciri kedua- duanya.

Menurut Wellington (1990), antara perbezaan yang paling penting bagi kedua-dua pembelajaran
adalah pembelajaran tidak formal di mana hanya lebih berfokus kepada pelajar manakala pembelajaran
formal adalah berpusatkan kepada guru. Tambahan pula, dalam kajian Boekaerts dan Minnaert (1999)
mengatakan yang pengajaran tidak formal adalah sebagai satu kawalan yang membolehkan pelajar
untuk berehat berbanding pengajaran formal iaitu guru perlu menyusun pandangan sendiri untuk
menunjukkan,memberitahu, mengajar, mengarahkan dengan tujuan untuk mengawal apa yang murid
pelajari.

Anda mungkin juga menyukai