Anda di halaman 1dari 4

KISAH THALUT DAN JALUT

Bismillahir Rahmanir Rahim ……. Assalamualaikum w.b.t

Jika ada si dara,masakan uda boleh bercinta,


Jika tiada pertandingan bercerita,
Masakan saya berdiri di hadapan anda.

Syukran Jazilan kepada tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang duduk di hadapan saya, arif lagi
bijaksana , guru-guru yang saya hormati serta rakan-rakan sekalian.
Para hadirin yang dirahmati Allah …. Izinkan saya menyampaikan satu cerita dari Al-Quran
yang bertajuk kisah Thalut dan Jalut.

Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian


Kisah ini terjadi sesudah zaman Nabi Musa di mana Bani Israil telah meminta kepada Nabi
mereka iaitu Nabi Syamuil AS untuk mengangkat seorang raja untuk memerangi Jalut yang telah
mengusir mereka dari kampungnya. Sebagaimana kisah Thalut dan Jalut di dalam al-Quran,
Surah al-Baqarah ayat 246…
Mereka berkata kepada Nabinya : “ Angkatlah untuk kami seorang raja supaya kami berperang
( dibawah pimpinannya) di jalan Allah”.
Nabi Syamuil AS menjawab : Mungkin sekali jika nanti diwajibkan berperang, kamu tidak akan
berperang”.
Mereka menjawab :” mengapa kami tidak mahu berperang di jalan Allah, padahal
sesungguhnya kami telah diusir dari anak-anak kami?”.

Para hadirin yang dikasihi Allah sekalian


Nabi Syamuil menyatakan bahawa Allah telah mengangkat Thalut, seorang anak desa dari
golongan Bani Israel, seorang petani dan penternak miskin menjadi raja mereka.
Walaubagaimanapun, keputusan itu telah dibangkang sepenuhnya oleh mereka dengan menjawab
:
          
    
mereka menjawab: "Bagaimana Dia mendapat Kuasa memerintah Kami sedang
Kami lebih berhak Dengan Kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak
diberi keluasan harta kekayaan?

Walaupun tidak berharta,bukan dari golongan bangsawan, namun kerana memiliki kekuatan dan
kesanggupan, berupa badan yang kuat serta sihat,pemikirannya yang luas, panjang akalnya, kuat
jiwanya serta tabah hatinya, maka layaklah Thalut memimpin mereka.
Ayuh semua, bangkitlah…Sesungguhnya peristiwa ini mengajak kita untuk hidup berkasih
sayang antara satu sama lain. Walaupun berbeza taraf kita haruslah mengasihi dan melayan orang
dengan baik. Tidak seperti hari ini, kebanyakan orang kita suka bergaduh dan tidak menghormati
antara satu sama yang lain.

Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian


Thalut menyusun tenteranya seramai 80,000 orang yang berdisiplin dan sanggup berjihad untuk
berperang melawan Jalut dan tenteranya. Ini termasuklah di dalamnya, Nabi Daud AS.
Disamping itu, tentera ini mestilah dari golongan yang mampu menahan keinginan, sabar
menghadapi sebarang kesulitan,serta mampu mendengar,taat kepada pemimpin.
Sehinggalah mereka diuji sepertimana yang terdapat di dalam Al-Quran surah al-baqarah ayat
249:
           
           

249. kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia:
"Sesungguhnya Allah akan menguji kamu Dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa
di antara kamu Yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan
sesiapa Yang tidak merasai airnya maka Sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali
orang Yang menceduk satu cedukan Dengan tangannya".

Begitulah para hadirin sekalian, sebagai pengikut, kita perlulah mendengar pemimpin yang
bersifat rendah diri, bertolak ansur, serta patuh pada agama. Sekiranya kita berbalah sesama
sendiri, maka akan berlaku perkara-perkara buruk seperti zina, judi, bunuh membunuh dan
sebagainya. Ayuh para hadirin, mari kita jadikan seorang pemimpin Islam sebagai pemimpin
kita, selari dengan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah saw .

Para hadirin yang dikasihi Allah sekalian


Setelah melewati sebuah sungai antara Jordan dan Palestin, dan ketika itu, mereka dalam
keadaan yang sangat haus, mereka dilarang meminum banyak air dari sungai tersebut.
Bagi mereka yang sanggup menghadapi cubaan, mereka tetap bersabar tidak meminum air
sungai itu secara berlebihan. Namun, bagi mereka yang tidak sabar, mereka tetap minum air yang
banyak sehingga kekenyangan dan akhirnya tidak dapat melanjutkan peperangan melawan Jalut.
Maka, tiggallah 319 orang tentera yang tetap taat pada perintah Thalut meneruskan perjalanan,
manakala yang tidak taat berkata:
“ tak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tenteranya”(al-baqarah:249)

Para hadirin, peristiwa itu tadi mengajar kita agar sentiasa bersabar dalam apa jua sekalipun.
‫ الصبر من اليإمان‬. Sabar itu separuh daripada iman. Ayuh semua bangkitlah, semoga kita tergolong
di dalam golongan hamba Allah sabar pada setiap ujian dan selalu bertawakkal kepada Allah
S.W.T.
Para hadirin yang dirahmati Allah
Thalut melanjutkan perjalanan dengan hanya baki tentera yang sedikit, namun masih setia dan
taat untuk memerangi Jalut. Demikianlah, “ berapa banyak golongan yang sedikit dapat
mengalahkan golongan yang banyak “. Inilah hadirin sekalian, golongan kecil, yang beriman,
sabar, yakin serta bersandar penuh pada taqdir Allah.
Dan ketika meraka maju melawan Jalut dan tenteranya, mereka berdoa :
        
      
250. dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan
tenteranya, mereka berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah
sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian Kami serta menangkanlah
Kami terhadap kaum Yang kafir"
Meskipun dalam jumlah yang sedikit, Thalut tetap melawan Jalut. Bahkan Daud mampu
membunuh Jalut sendiri sehinggakan pasukan tentera Thalut mendapat kemenangan. Setelah
beberapa tahun berlalu, Raja Thalut wafat dan akhirnya Daud menggantikan Thalut seterusnya
diangkat oleh Allah menjadi Nabi.
Subhanallah Allah maha berkuasa, peristiwa itu tadi mengajar kita untuk sentiasa
memperbanyakkan doa serta tawakkal kepada Allah. Seperti pepatah arab mengatakan “ doa
adalah senjata orang mukmin “ . Ya benar…senjata ini, dapat menjauhi kita dari sebarang
kerosakkan dan kemungkaran Allah..Ayuh semua, banyakkan berdoa dan bermunajat kerana ia
lambang pergantungan yang tinggi kepada Allah S.W.T.

Para hadirin yang dirahmati Allah


Agak-agaknya lah.. adakah kita mampu menghadapi dugaan seperti ini? Sabarkah kita
menempuhi cabaran . Subhanallah! Allah telah memberi kemenangan kepada orang yang
beriman dan membinasakan orang-orang yang ingkar dengan perintah-Nya. Ingatlah hadirin
sekalian, patuh pada pemimpin yang soleh, berkasih sayang antara satu sama yang lain tanpa
membezakan darjat dan harta, disamping banyak berdoa dan bertawakkal dapat memelihara kita
daripada perkara-perkara yang dikeji. Demikianlah cerita yang saya sampaikan kisah Thalut dan
Jalut. Moga akan mendapat iktibar dan pengajaran daripada kisah yang saya sampaikan ini.

Ada akal ada fikiran


Ada pangkal ada penghujung
Terima kasih saya ucapkan
Sudi mendengar sampai ke penghujung

Sekian, wa billahi tawfiq wal hidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai