Anda di halaman 1dari 4

Resepi Mudah Buat Cup Cake Coklat Kukus

Sumber resepi : Celoteh Hati Bella


Bahan-Bahan :

 3 biji telur
 1 cawan gula halus
 1 cawan susu pekat
 1 cawan serbuk koko (tak sampai 1 cawan pun boleh)
 2 cawan tepung gandum
 1 sudu kecil soda bikarbonat
 1 sudu kecil baking powder
 1 cawan minyak masak
 1 cawan air panas

Cara-cara Membuat Cup Cake Coklat Kukus :

 Masukkan telur dan gula halus dan kacau hingga kembang


 Kemudian, masukkan susu pekat, kacau lagi hingga sebati
 Masukkan serbuk koko, tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.Kacaulah
sehingga betul-betul sebati.
 Setelah sebati, masukkan minyak.
 Kemudian masukkan air panas dan kacau hingga adunan jadi sebati.
 Masukkan ke dalam cup saiz ikut pilihan sendiri.
 Kukus selama 20 minit.
 Akhirnya, siaplah cup cake coklat kukus kita..:)

Cara Sebenar Buat Agar-Agar Santan

Bahan-bahan :

 1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm


 1 liter air (4 cawan)
 1 ketul gula melaka (lebih kurang 250 gm)
 Sedikit gula pasir sekiranya perlu
 200-250 ml santan pekat (1 cawan) - guna santan kotak pun boleh.
 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
 Secubit garam
 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan
 Masak 1 liter air bersama gula melaka dan simpulan daun pandan hingga gula
larut dan tapis. Pastikan jumlah air gula ni menjadi 1 liter ye sebab kadang-
kadang jumlah air menjadi kurang ketika proses yang agak lama ketika
melarutkan gula Melaka. Kalau kurang, tambah lagi air supaya menjadi 1 liter
kembali.

 Masak air gula yang telah ditapis bersama serbuk agar-agar hingga larut.

 Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.

 Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila
menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur
dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk
mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah
adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil.
Tutup api.

 Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang
adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais
untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk.

Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus ( Menggunakan sukatan cawan )

1 cawan serbuk koko


1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla

Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus


 Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk
atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam
keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
 Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan
soda bikarbonat.
 Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam
adunan telur.
 Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk
koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak
berketul-ketul.
 Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang
yang mengandungi adunan kek coklat.
 Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium
foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
 Kukus kek selama 1 jam.

Cara Menyediakan Topping untuk Kek Coklat Kukus

1 cawan susu pekat manis


1 sudu makan serbuk koko
2 sudu mentega

 Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk.Kacau perlahan sehingga


larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.Sejukkan sebentar sebelum
dituang atas kek coklat kukus.

ATAU

500 gram coklat masakan


220 ml susu cair
( kalau guna coklat masakan, masak guna kaedah double boiler )

Yang ini pula resepi kek coklat Moist sukatan cawan yang pernah saya minta
daripada seorang Blogger Doctor dan hebat juga dalam membuat kek:)
Bahan-bahan ( 8-9 inchi bulat )
i caw Serbuk Koko*
1 tin Susu Isian Cair*
1 caw Minyak Masak Sayuran*
1 caw Susu Pekat*
4 biji Telur - pukul sehingga berbuih.
1 caw gula kastor*
11/4 caw Tepung Gandum
1 st Bic Soda
1st Baking Powder

Resipi chocolate ganache


1/2 tin susu pekat manis
1/2 cawan serbuk koko
sedikit butter
sedikit susu segar/cair secukupnya
kacau semua bahan secara double boil @ atas api kecil hingga pekat berkilat.

Terima kasih kepada semua yang sudi berkongsi dan mencuba resepi ini:)

Anda mungkin juga menyukai