Anda di halaman 1dari 1

Resipi Burger ‘Homemade’

Bahan-bahan
Bahan-bahannya yang diperlukan adalah seperti berikut:
 2 ketul dada ayam @ daging
 2 ketul kentang @ carrot
 2 biji telur
 1 labu bawang besar
 1 sudu kecil lada hitam
 1 sudu kecil lada putih
 1 sudu kecil garam
 1 sudu kecil hilal @ kiub ayam
 1 sudu kecil serbuk soda *
 3 sudu kecil tepung gandum *
 2 sudu kecil tepung ubi*

Cara Buat Burger ‘Homemade’:

1. Kisar
Kisarkan semua bahan di atas kecuali yang bertanda*.

2. Campurkan Semua Bahan


Setelah dikisar, pindahkan ke dalam bekas dan gaulkannya dengan sebati.
Kemudian, masukkan bahan-bahan selebihnya yang bertanda *.

3. Masukkan Dalam Acuan


Bentukkan daging burger dengan menggunakan acuan untuk menggoreng telur seperti dalam
gambar ini.
Pastikan anda melapik bahagian bawah acuan dengan plastik atau apa-apa yang sesuai.

4. Kukus
Kukuskan daging burger ini selama 15-20 minit, hingga daging burger tadi mula terbentuk.

5. Sejukkan
Seterusnya, sejukkan pula di dalam peti sejuk. Kalau ada buat lebih, boleh simpan di bahagian
‘freezer’ untuk disimpan lebih lama.
Bila nak makan, baru keluarkan macam biasa.

6. Bakar
Selepas disejukkan, anda bolehlah membakarnya seperti biasa di atas kuali leper. Siap untuk
dihidangkan mengikut citarasa anda.

Hidangkan Mengikut Citarasa


Mudah, bukan? Terpulanglah nak bubuh ‘cheese’, salad, tomato, sos dan sebagainya, macam
burger yang dibeli di kedai. Tapi kalau di rumah, bolehlah buat ikut selera masing-masing. Lebih
puas hati dan berbaloi!

Anda mungkin juga menyukai