Anda di halaman 1dari 5

PENGIKUT YANG BAIK

Pemimpin dan pengikut adalah sangat berkaitan. Pemimpin juga adalah pengikut,
mungkin mengikuti ilmu, cara dan pendekatan pemimpin yang terdahulu. Seorang
pemimpin bermula sebagai pengikut. Pemimpin yang baik bermula sebagai
pengikut yang baik. Pengikut yang baik akan mengikut jejak langkah pemimpin
untuk menjadi pemimpin malah mungkin menjadi lebih dinamik dan cemerlang
dengan meneruskan perjuangan pemimpin terdahulu dengan penambahbaikan yang
bersesuaian mengikut perubahan masa dan keadaan. Di antara ciri-ciri pengikut
yang baik adalah:

BERILMU

Pengikut yang baik adalah seorang pengikut yang berilmu, pengikut yang suka
mencari dan berkongsi ilmu dengan orang lain secara ikhlas. Pengikut yang
berilmu akan bertindak mengikut peraturan dan undang-undang dan sentiasa
merendah diri, menghormati setiap orang lain serta tidak mempergunakan
pemimpinnya demi kepentingan peribadi. Pengikut yang berilmu boleh
memberikan pandangan, saranan, nasihat, sokongan dan bantuan yang bersesuaian
mengikut keperluan pemimpinnya yang beranika ragam. Pengikut yang berilmu
juga dapat menyelami tujuan dan isihati yang terselindung di sebalik apa yang
ditunjukkan melalui tutur kata dan pergerakan fizikal setiap pemimpinnya. Satu
ilmu yang paling berguna kepada pengikut yang menjadi sanjungan ialah ilmu
kemanusiaan. Ilmu ini tidak diajar dimana-mana sekolah atau universiti. Ilmu ini
membolehkan pengikut memainkan peranannya dengan berkesan di dalam
organisasi yang besar dan maju dengan tenang dan tabah.

ADIL DAN MEMAHAMI

Sebagai pengikut, adakah orang lain suka berada bersama dan mudah berbual
dengan anda? Adakah anda melayan orang lain seadilnya sebagaimana anda mahu
dilayan? Sikap tidak bertimbang rasa dan suka tidak menghormati orang lain akan
menjadi tembok penghadang perhubungan antara kita dengan orang lain. Adakah
anda mengkritik orang lain secara persendirian?. Sementara pengikhtirafan secara
umum menjadi peransang kepada orang lain untuk menjadi lebih cemerlang,
kritikan terbuka akan memalukan dan membunuh semangat seseorang. angkatlah
seseorang ke kedudukan yang sesuai berdasarkan ilmu dan kebolehan seseorang,
bukan kerana perhubungan persaudaraan atau kerana disukai ramai.
WAWASAN YANG JELAS

Seorang pengikut mesti mempunyai wawasan yang boleh dikongsikan bersama


pemimpinnya. Adakah anda memperuntukkan masa untuk berkongsikan wawasan,
matlamat dan cita-cita anda dengan orang lain? Tugas anda sebagai pengikut
adalah memahami wawasan yang ada dengan jelas. Anda juga perlu mengetahui
mengapa wawasan yang di bina perlu diikuti dan bernilai tinggi.

BERFIKIRAN TERBUKA

Seorang pengikut perlu berfikiran waras dan terbuka. Adakah anda bersedia untuk
mendengar cakap dan menerima pendapat orang lain? Pengikut juga mesti bersedia
menerima teguran dan kritikan dari pihak lain. Pengikut juga harus berlapang dada
menerima teguran dari pemimpin untuk kebaikan. Adakah anda akan
melaksanakan cadangan baik yang diberikan oleh pemimpin anda? Jika anda
seorang yang pentingkan agenda peribadi, pemimpin anda akan hilang semangat
dan kepercayaan kepada anda.

BERIKAN SOKONGAN DAN GALAKKAN

Adakah anda memberikan ruang yang sebaiknya kepada pemimpin anda membuat
rancangan dan bertindak? Adakah anda memberikan pengikhtirafan kepada setiap
pencapaian dan kemajuan walaupun kecil?. Adakah anda merasakan bahawa setiap
kesilapan yang terjadi mudah di betulkan, dimaafkan dan dilupakan?. Setiap orang
dalam organisasi anda perlu merasa gembira untuk melakukan sesuatu aktiviti yang
anda cadangkan secara bersungguh-sungguh.

Ada banyak lagi perkara yang perlu dipelajari dan dimiliki untuk menjadi seorang
pengikut yang baik. Sebagai pengikut yang akan menjadi pemimpin di masa
hadapan, cuba belajar dari pemimpin anda dengan sebaik-baiknya selagi pemimpin
tersebut tidak melakukan sesuatu yang salah di segi peraturan, moral dan agama.
Jika anda hanya suka mengkritik anda akan kesuntukkan masa untuk belajar dari
pemimpin untuk menjadi pemimpin yang baik. Apabila mendengar dan menerima
sesuatu cadangan dari pihak lain, cuba fikirkan dengan sebaik-baiknya dan jangan
terus ditelan bulat-bulat. Perkara yang baik bolehlah diikuti dan dikongsikan
kepada rakan-rakan lain, perkara yang diragukan perlulah dirujuk dulu kepada
pemimpin untuk mendapatkan pandangan dan kepastian dan perkara yang
diketahui tidak baik perlulah dibuang dengan segera.
Sebagai pengikut, kita mungkin mempunyai ramai rakan tetapi carilah antara 4
hingga 6 orang pada sesuatu masa untuk mendapat sokongan dan bantuan
sehinggalah kita mampu berdikari. Kita tidak mungkin mampu memberikan
bantuan dan perhatian kepada semua rakan untuk mencapai kejayaan. Siapakah
yang sebaiknya dipilih? Carilah rakan yang positif dan mahu memajukan diri
sendiri, sukakan ilmu dan sanggup meninggalkan keselesaan sementara untuk
mencipta kejayaan. Jauhilah diri dari rakan-rakan yang opportunis atau yang
mengharapkan orang lain menjayakan diri mereka.

Iktibar solat jemaah: Menjadi pengikut yang baik..

Subuh tadi setelah selesai solat berjemaah, saya terfikir sejenak akan aktiviti solat
yang dilakukan para jemaah. Ketika solat, semua makmum akan mengikuti iman
dengan baik, saf perlu lurus dan tersusun, makmum tidak boleh mendahului imam
ketika solat, pergerakan solat makmum berlaku secara teratur mengikut 'arahan'
(laungan takbir) daripada imam, makmum tidak boleh ketinggalan melebihi dua
rukun solat (atau mereka akan dikira sebagai tidak lagi mengikut imam) dan
beberapa lagi peraturan yang telah ditetapkan di dalam solat yang saya renungkan.

Timbul suatu persoalan di kotak minda saya, apa hikmah yang tersembunyi
disebalik semua peraturan ini? Kenapa ditetapkan sedemikian? Apa hikmah
disebalik aturan tersebut? Apa yang pasti, setiap sesuatu yang ditetapkan Allah
SWT pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Dan memang benar, ada
pengajaran yang tersebunyi disebaliknya.

Solat berjemaah secara tidak langsung sebenarnya mengajar kita cara untuk
berorganisasi. Seringkali kita dengar bahawa organisasi yang baik perlu kepada
seorang pemimpin yang berkaliber, bijak dan berpandangan jauh. Namun
demikian, kita juga perlu sedar bahawa pemimpin yang baik tanpa pengikut yang
baik juga akan menyebabkan berlaku pelbagai kesukaran di dalam berorganisasi.

Solat berjemaah sebenarnya mendidik kita agar menjadi pengikut yang baik.
Terdapat beberapa pengajaran daripada solat berjemaah yang telah saya kenalpasti.

1. Imam perlu mengetahui bacaan surah-surah penting dan beberapa perkara asas
sebelum boleh menjadi imam. Pengajaran:

Pemimpin perlu mempunyai ilmu asas dalam kepimpinan sebelum layak


menjadi pemimpin.
2. Makmum tidak boleh mendahului imam dan harus mengikut imam tanpa
tertinggal sehingga 2 rukun solat.

Pengajaran: Pengikut harus sentiasa bersama-sama dengan pemimpin di dalam


melaksanakan sesuatu agenda (tidak boleh mendahului atau ketinggalan).

3. Makmum boleh menegur imam bagi perkara-perkara yang melibatkan rukun


dan makmum boleh mufarakah (meniggalkan imam) jika solat imam terbatal.
Namun demikian, jika imam tertinggal perkara sunat, makmum perlu ikut imam
dan tidak perlu tegur akan hal tersebut.

Pengajaran: Pemimpin boleh ditegur jika melakukan kesalahan dan pengikut


boleh meninggalkan pemimpin jika pemimpin melakukan kesalahan yang berat.
Namun demikian, adalah lumrah jika pemimpin melakukan kesilapan kecil
(pemimpin juga manusia) atau tersilap di dalam membuat keputusan (dalam
hal-hal yang tidak kritikal/rukun) dan pengikut perlu mengikut dan memberi
sokongan pemimpin.

Mungkin terdapat banyak lagi pengajaran dan hikmah yang tersembunyi di dalam
ibadat solat. Maha Suci Allah yang telah menjadikan segala sesuatu tanpa sia-sia.
Solat yang Allah wajibkan keatas kita sebenarnya mempunyai pelbagai manfaat
yang menguntung mereka yang mengamalkannya.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Pernahkah anda mendengar akan kisah tentera Thalut? Kisah ini terjadi sesudah
zaman Nabi Musa di mana masyarakat Bani Israel telah meminta kepada nabi
mereka iaitu Nabi Samuel untuk mengangkat seorang raja bagi memerangi Jalut
dan pengikutnya yang telah mengusir mereka dari kampung halaman mereka. Jalut
adalah seorang panglima perang yang besar, gagah dan sangat ditakuti. Allah SWT
telah memilih Thalut untuk memimpin Bani Israel bagi menentang Jalut. Di
pendekkan cerita, di dalam perjalanan menuju ke medan perang, tentera Thalut
telah melalui sebatang sungai. Thalut telah menasihatkan agar anggota tenteranya
tidak minum dari sungai tersebut melainkan hanya satu cedok air sahaja. Namun
demikian, terdapat sebilangan pengikutnya yang tidak mengendahkan arahan
tersebut yang minum air sepuas-puasnya. Akibatnya, mereka hilang semangat
untuk berperang (akibat kekenyangan).
Thalut meneruskan perjalanannya menuju ke medan perang meninggalkan
pengikut-pengikutnya yang melanggar perintah. Walaupun jumlah yang pergi
berperang adalah sedikit berbanding sebelumnya, namun mereka yang pergi
berperang tersebut terdiri daripada pengikut-pengikut yang taat pada perintah.
Salah seorang yang berada di dalam tentera Thalut ketika itu adalah Nabi Daud AS
yang ketika itu masih remaja. Dan dengan izin Allah SWT, tentera Thalut berjaya
menewaskan tentera Jalut dan Nabi Daud AS sendiri telah membunuh Jalut.

Kisah tadi menceritakan akan betapa sesuatu organisasi yang walaupun kecil
dari segi saiz, namun kualiti mereka yang berada di dalam organisasi tersebut
dan dengan izin Allah, menyebabkan mereka berjaya mencapai matlamat
mereka.

Contoh: Pemimpin ada lancarkan suatu program namun program tersebut


kurang berjaya. Pengikut yang baik sepatutnya tidak mengutuk secara terbuka
akan kegagalan program tersebut kerana ini akan menjejaskan semangat
berpasukan organisasi tersebut selain berpotensi untuk mewujudkan keretakan
di dalam organisasi.

Anda mungkin juga menyukai