Anda di halaman 1dari 2

1

Rasuah yang ibarat epidemik merupakan musuh negara yang mendatangkan


pelbagai impak negatif. Selain bergantung pada inisiatif kerajaan, pegawai
kerajaan juga harus menjaga kelakuan sendiri semasa bertugas. Oleh itu,
kakitangan kerajaan perlu mengamalkan beberapa nilai.

2
Pertama sekali, kakitangan kerajaan perlu mengamalkan nilai rasional.
Para pegawai haruslah boleh berfikir tentang kesan menyogok kepada diri dan
negara. Mereka harus sedar bahawa rasuah dapat menjejaskan imej sendiri.
Kakitangan kerajaan maka harus bertindak wajar dengan menjauhkan diri
daripada amalan makan suap. Mereka haruslah mengelakkan diri daripada
menerima rasuah dan harus melaporkan pemberi rasuah kepada pihak polis.

3
Seterusnya, semua pegawai kerajaan wajar mengamalkan nilai amanah.
Para pegawai perlulah memiliki sikap bertanggungjawab dengan sentiasa memiliki
sifat ketelusan semasa bertugas.
Mereka patut menolak semua percubaan rasuah agar imej baik jabatan kerajaan
dapat dijaga.
Dengan itu, sikap positif yang ditunjukkan para pegawai dapat menimbulkan
kepercayaan dalam orang ramai dan pihak atasan. Pegawai yang bersikap amanah
akan mudah dinaik pangkat dan dihormati masyarakat.

4
Akhirnya, semua kakitangan kerajaan wajar mengamalkan nilai harga diri.
Mereka haruslah memuliakan maruah diri dengan menasihati rakan sekeliling
menjauhi rasuah.
Dengan menasihati rakan sekerja dan anggota bawahan untuk tidak menerima
rasuah, para pegawai dapat meningkatkan maruah sendiri.
Di samping itu, pegawai kerajaan harus menjaga maruah diri dengan menjauhi
amalan rasuah.
Pegawai harus menolak daripada menerima rasuah dan bekerjasama dengan polis
dengan membuat laporan.

5
Kesimpulannya, saya akan mengamalkan nilai kesederhanaan dengan menasihati
rakan saya akan tentang kesan negatif gejala rasuah.
Saya juga insaf bahawa kita sebagai anggota masyarakat kurang membuat laporan
untuk menghukum individu yang merasuah.
Iktibar yang telah saya perolehi adalah untuk mengamalkan sikap kejujuran dan
menjauhi mentaliti mengharapkan durian runtuh.
Melalui tugasan harian ini, saya telah berubah sikap untuk tidak memberi dan
menerima rasuah pada masa depan.

(281 PP)

Anda mungkin juga menyukai