Anda di halaman 1dari 16

LITAR ELEKTRIK

ENT161/4

Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik

Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia


ENT161/4

Pensyarah:
ZOL BAHRI / MAZELAN
zolbahri@kukum.edu.my
mazelan@kukum.edu.my

(Nota disediakan dengan bantuan Pn. Samila Mat Zali)

OBJEKTIF KURSUS

Mempelajari komponen-komponen utama litar elektrik dan kaedah analisis


litar DC dan AC

2 Zol Bahri Razali


P.P.K.Mt
ENT161/4

Silibus Kursus

Pembolehubah Dan Elemen Litar

Ulangkaji analisis litar, unit SI, voltan dan arus, kuasa, tenaga, elemen atas litar
(pasif dan aktif) punca voltan dan arus, hukum Ohm, hukum Kirchhoff, model
litar, litar dengan `dependent source'.

Litar Rintangan

Printang siri/selari, litar pembahagi voltan, litar pembahagi arus, pengukuran


voltan dan arus, titi Wheatstone, litar setara delta-wye (Pi-Tee).

Kaedah Analisis Litar

Pengenalan kaedah nod-voltan, kaedah nod-voltan mengandungi `dependent


sources' dan kes khas, pengenalan kaedah mesh-arus, kaedah mesh-arus
mengandungi `dependent sources' dan kes khas, penjelmaan punca, litar setara
Therenin dan Norton, pemindahan kuasa maksimum dan superposisi.

Induktans Dan Kapasitans

Induktor, hubungan voltan, arus, kuasa dan tenaga, kapasitor, hubungan voltan,
arus, kuasa dan tenaga, gabungan siri-selari induktor dan kapasitor.

Sambutan Tertib-Pertama Litar RL dan RC

Sambutan asli litar RL dan RC, sambutan langkah (rangkap memaksa) litar RL
dan RC, penyelesaian umum sambutan asli dan langkah, pensuisan berjujukan,
pengenalan sambutan asli dan langkah litar RLC.

Analisis Sinus Keadaan Mantap

Punca sinus, sambutan sinus, konsep fasor dan gambar rajah fasor, elemen
pasif litar dalam domain frekuensi (hubungan V-I untuk R, L, C), impedans dan
reaktans, hukum Kirchhoff dalam domain frekuensi, teknik-teknik analisis litar
dalam domain frekuensi.

Pengiraan Kuasa Sinus Keadaan Mantap

3 Zol Bahri Razali


P.P.K.Mt
ENT161/4

Kuasa ketika, kuasa purata (aktif) dan reaktif, pengiraan kuasa dan nilai rms,
kuasa kompleks dan segitiga kuasa, pemindahan kuasa maksimum dalam
sebutan impedans.

Litar Sistem Kuasa

Sistem satu dan tiga fasa (litar Y dan D), punca voltan tiga fasa seimbang,
analisis litar Y - Y, analisis litar Y - D, pengiraan kuasa dalam litar tiga fasa
seimbang, pengukuran kuasa purata dalam litar tiga fasa.

PEMBOLEHUBAH & ELEMEN LITAR

Unit SI
Arus, voltan, kuasa dan tenaga
Elemen atas litar (aktif & pasif)
Ulangkaji analisis litar
Punca voltan dan arus
Hukum Ohm
Hukum Kirchhoff
Model litar
Litar dengan punca bersandar

Ulangkaji analisis litar

Analisis :
satu kajian (matematik) tentang entiti kompleks dan saling hubungan
bahagian-bahagiannya.

Litar :
satu saling hubungan satu peranti elektrik ringkas yang mana sekurang-
kurangnya terdapat satu laluan tertutup di mana arus boleh mengalir.

Analisis litar :
kajian matematik saling hubungan bagi peranti-peranti elektrik ringkas yang
mengandungi sekurang-kurangnya satu laluan tertutup.

4 Zol Bahri Razali


P.P.K.Mt
ENT161/4

Unit SI

SI :
International System of Unit yang diperkenalkan oleh National Bureau of
Standards dalam tahun 1964

Kuantiti Unit asas Simbol


Panjang Meter m
Jisim Kilogram kg
Masa Saat s
Arus elektrik Ampere A
Termodinamik Kelvin k
candela cd
Luminous intensity
Unit SI merangkumi sistem desimal untuk dihubungkan dengan unit yang lebih
besar atau lebih kecil dengan unit asas dan menggunakan prefix piawaian untuk
kuasa 10 iaitu:

Pekali Prefix Simbol


1012 Tera T
109 Giga G
106 Mega M
103 Kilo k
100
10-3 Mili m
10-6 Micro
10-9 Nano n
10-12 Pico p
10-15 Femto f
10-18 Atto a

ARUS

Arus elektrik adalah kadar perpindahan cas yang diukur dalam ampere (A)

5 Zol Bahri Razali


P.P.K.Mt
ENT161/4

1 A = 1 C/s

Direct current:
current: arus kekal malar dengan masa

Alternating current:
current: arus berubah secara sinusoidal dengan masa

dimana i = arus dalam ampere


q = cas dalam coulomb
t = masa dalam saat

4 jenis arus

Arus Terus (Direct Current) Arus Ulangalik (Alternating current)

Arus Exponential Arus UalngalikTerendam (demped)

VOLTAN

Voltan:
Voltan: tenaga yang diserap atau dihabiskan untuk satu unit cas bergerak
melalui satu elemen litar.

Unit:
Unit: volt(V)

Sempena nama ahli fizik Italy pada abad 18, Alessandro Antonio Anastasio
Volta

6 Zol Bahri Razali


P.P.K.Mt
ENT161/4

Satu voltan adalah bersamaan satu Joule per coulomb.

dw
v=
dq
di mana v = voltan dalam volt
w = tenaga dalam Joule
q = cas dalam coulomb

KUASA

Kuasa adalah kadar tenaga digunakan atau diserap mengikut masa

Kuasa diserap = kuasa dibekalkan

dw
p= p = ±vi
dt
di mana p = kuasa dalam watt (W = J/s)
w = tenaga dalam joule (J)
t = masa dalam saat (s)
v = voltan dalam volt (V)
I = arus dalam ampere (A)

TENAGA

Hukum pengabadian tenaga:


tenaga:

Jumlah bersih kuasa yang diserap oleh satu litar adalah sifar.
sifar.

Dengan kata lain, jumlah tenaga yang dihasilkan dalam sesuatu litar adalah
sama dengan jumlah tenaga yang diserap.

Tenaga bermaksud kapasiti untuk melakukan kerja, diukur dalam joule (J).
t t
w = ∫ p dt = ∫ (±vi) dt
t0 t0

Elemen Atas Litar

7 Zol Bahri Razali


P.P.K.Mt
ENT161/4

Satu elemen asas litar yang ringkas adalah model matematik bagi satu peranti
elektrik yang mempunyai dua terminal.
Elemen Asas Litar

Elemen Aktif Elemen Pasif


Berkemampuan membekalkan Hanya mampu menerima kuasa
kuasa kepada litar Contoh : perintang, induktor,
Contoh : punca voltan dan arus kapasitor, diod dan lain-lain

Punca Voltan Dan Arus

Punca tak bersandar (independent) adalah penjana voltan dan arus yang tak
Punca
bergantung pada pembolehubah lain yang terdapat dalam litar.

Punca bersandar (dependent) pula adalah penjana voltan dan arus yang
Punca
bergantung pada pembolehubah litar yang lain.

Punca yang ideal adalah penjana voltan dan arus yang tak bergantung
Punca
kepada arus yang melalui punca voltan atau voltan yang melintasi punca arus.
Punca ideal adalah model yang digunakan untuk memudahkan analisis litar.
Punca ini tidak wujud secara fizikal.

Punca tak bersandar

Voltan Arus

8 Zol Bahri Razali


P.P.K.Mt
ENT161/4

Punca voltan bersandar dengan kawalan voltan (dependent voltage- controlled voltage
source)

Punca voltan bersandar dengan kawalan arus (dependent current-controlled voltage


source)

Punca arus bersandar dengan kawalan voltan (dependent voltage-controlled current


source)

Punca arus bersandar dengan kawalan arus (dependent current-controlled current source)

HUKUM OHM

Hukum Ohm menyatakan bahawa bezaupaya, V yang melintasi suatu beban


pengalir adalah berkadaran terus dengan arus, I yang mengalir melaluinya.

Sempena nama George Simon Ohm, ahli fizik Jerman pada abad ke 19.

9 Zol Bahri Razali


P.P.K.Mt
ENT161/4

Tafsiran ini boleh dimudahkan seperti berikut,

di mana R = rintangan dalam ohm ( )

Salingan rintangan dikenali sebagai konduktans, G yang diukur dalam unit


Siemens (S).
Hukum ini diperkenalkan oleh Gustar Robert Kirchhoff iaitu seorang professor
universiti di Jerman.

Beliau memperkenalkan dua hukum iaitu:

1. Hukum Arus Kirchhoff


2. Hukum Voltan Kirchhoff

Hukum Arus Kirchhoff

Hukum ini menyatakan bahawa perjumlahan algebra bagi arus yang masuk ke
suatu nod adalah sama dengan perjumlahan algebra bagi arus yang keluar dari
nod tersebut.

∑I = 0
masuk

Arus masuk = arus keluar

Takrifan di atas boleh dijelaskan secara matematik seperti berikut,

Arus yang memasuki sesuatu nod adalah positif manakala arus yang keluar
dari nod adalah negatif.

Hukum Voltan Kirchhoff

Hukum ini menyatakan bahawa bagi satu litar tertutup, perjumlahan algebra
punca voltan adalah sama dengan perjumlahan algebra kejatuhan voltan.

Takrifan matematik bagi hukum ini adalah seperti berikut,

10 Zol Bahri Razali


P.P.K.Mt
ENT161/4

∑V = 0
litartertutup

MODEL LITAR

Model matematik yang biasa digunakan untuk system elektrik dikenali sebagai
model litar.
Satu litar adalah satu saling hubungan komponen/elemen dua terminal yang
mana akan menghasilkan ranting sesiri dan selari.

Litar Sesiri

Dua elemen adalah sesiri jika:


1. kedua-dua elemen litar hanya mempunyai satu terminal sepunya
2. titik sepunya antara dua elemen tidak disambungkan dengan elemen
pembawa arus yang lain

contoh litar sesiri

Litar Selari

11 Zol Bahri Razali


P.P.K.Mt
ENT161/4

Dua elemen, ranting atau rangkaian adalah selari jika mempunyai dua titik
Dua
sepunya.

Contoh litar selari

Gabungan Litar Sesiri-selari

Litar sesiri-selari boleh digabungkan untuk menghasilkan satu rangkaian


Litar
litar yang lebih kompleks.

Contoh gabungan litar sesiri-selari

LITAR DENGAN PUNCA BERSANDAR

Dengan menggunakan Hukum Voltan Kirchhoff pada gelung pertama,

(Pers. 1)
menggunakan Hukum Arus Kirchhoff pada gelung kedua,

12 Zol Bahri Razali


P.P.K.Mt
ENT161/4

i0 = i∆ + 5 i∆
i0 = 6i∆
(Pers. 2)

Selesaikan persamaan (1) dan (2)

i∆ = 4 A
i0 = 24 A
menggunakan Hukum Ohm untuk perintang 20Ω,

v0 = 480V

Soalan 1

Dapatkan nilai kuasa bagi setiap litar.

13 Zol Bahri Razali


P.P.K.Mt
ENT161/4

Jawapan 1

Soalan (a)

va = (1)(8) = 8V
(8) 2
p8Ω = = (1) 2 (8) = 8W
8

Soalan (b)
ib = (50)(0.2) = 10 A
p 0.2 Ω = (50) 2 (0.2) = 500W

Soalan (c)
− 50
id = = −2 A
25

(50) 2
p 25Ω = = (−2) 2 (25) = 100W
25

Soalan (d)

Soalan 2

Dapatkan nilai I dan V0 untuk litar di bawah

Jawapan 2

14 Zol Bahri Razali


P.P.K.Mt
ENT161/4

6 − 18 + I + 2 I + 3I = 0 V0 = 5 I
6 I = 12 = (5)(2) = 10V
I = 2A

Soalan 3

Dapatkan nilai arus dalam litar berikut menggunakan Hukum Voltan Kirchhoff

30 30V

120V 15
vc = −(1)(20) = −20V

(−20) 2
p20 Ω = = (−1) 2 (20) = 20W
20

Jawapan 3

Jika arah arus dipilih mengikut arah pusingan jam:

− 120 + 30 I + 30 + 15 I = 0
45 I = 90
I = 2A

Jika arah arus melawan pusingan jam:

Voltan pada perintang:

Kuasa yang diserap oleh perintang:

15 Zol Bahri Razali


P.P.K.Mt
ENT161/4

p30 Ω = VI = I 2 R
= (60)(2) = (2) 2 (30)
= 120W
p15Ω = VI = I 2 R
= (30)(2) = (2) 2 (15)
= 60W

Soalan 4

Jawapan 4

Menggunakan Hukum Voltan Kirchhoff ke atas kedua-dua gelung akan


memberikan persamaan-persamaan dibawah:
10 = 6 is
3 is = 2 i0 + 3 i0
selesaikan untuk kedua-dua arus is dan i0 dan diperolehi,

Dengan menggunakan Hukum Ohm ke atas perintang 3Ω

v0 = 3 i0 = 3V

16 Zol Bahri Razali


P.P.K.Mt

Anda mungkin juga menyukai