Anda di halaman 1dari 1

ARKIB : 14/01/1998

Sempoa Pelaksanaan di sekolah masih lemah


KEMENTERIAN Pendidikan disaran menyusun semula penggunaan sempoa dan mental
aritmetik di sekolah rendah memandangkan terdapat beberapa kelemahan dalam
pelaksanaannya.
Presiden Persatuan Nasional Syarikat-syarikat Sempoa dan Mental Aritmetik Malaysia
(PSM), Ronnie Chong, berkata kelemahan itu termasuk dalam latihan guru, kaedah
pengajaran dan kekurangan buku teks yang berkaitan.
Kebanyakan guru diajar dalam bahasa Mandarin oleh pensyarah dari Taiwan dan keadaan ini
menyukarkan mereka mengajar murid berbilang kaum, katanya kepada pemberita selepas
merasmikan pertandingan Sempoa dan Mental Aritmetik PSM yang pertama di Kuala
Lumpur baru-baru ini.

Anda mungkin juga menyukai