Anda di halaman 1dari 1

PANDUAN PENGGUNAAN TEMPLAT

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

PENGENALAN
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah sebahagian daripada komponen didalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Pelaksanaannya telah bermula sejak tahun 2011 berdasarkan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011. PBD sebelum
ini dikenali sebagai PS (Pentaksiran Sekolah) di mana ia dilaksanakan secara formatif dan sumatif dengan pelbagai pendekatan dan
kaedah bagi mengenalpasti perkembangan pembelajaran murid secara keseluruhan.

A MAKLUMAT AM
Templat Pelaporan PBD ini mengandungi 5 halaman (sheet ) :
1. PANDUAN
2. REKOD PRESTASI MURID
3. LAPORAN MURID (INDIVIDU)
4. DATA PERNYATAAN TAHAP PENGUASAAN
5. GRAF PELAPORAN

B PENGGUNAAN TEMPLAT
Guru hendaklah melengkapkan maklumat asas pada templat ini di halaman REKOD PRESTASI MURID .
Maklumat yang perlu dilengkapkan adalah:
1. Nama dan Alamat Sekolah
2. Nama Guru dan Nama Kelas
3. Senarai Nama Murid, Nombor Kad Pengenalan dan Jantina
4. Nama Pentadbir
5. Jawatan Pentadbir (Guru Besar/ Pengetua)

C TAHAP PENGUASAAN
Tahap Penguasaan murid bagi setiap komponen di dalam templat ini direkodkan untuk tujuan pelaporan perkembangan
pembelajaran murid bagi sesuatu tempoh tertentu (Pertengahan / Akhir Tahun). Guru hanya perlu merekodkan Tahap
Penguasaan ini di halaman REKOD PRESTASI MURID sahaja dan seterusnya pelaporan individu murid akan dijana secara
automatik di halaman LAPORAN MURID (INDIVIDU) untuk cetakan. Tahap Penguasaan (TP) bagi tujuan analisis kelas dijana
secara automatik di halaman GRAF PELAPORAN .

D PENENTUAN TAHAP PENGUASAAN


1 Pentaksiran atau penilaian perlu dilakukan sepanjang masa semasa proses PdP berlaku yang berfokuskan kepada sesuatu
standard pembelajaran yang dipilih ketika proses sesuatu PdP. Tercapai atau tidak sesuatu tahap penguasaan boleh dikenal
pasti melalui objektif PdP berdasarkan standard pembelajaran yang dipilih. Murid yang tidak mencapai objektif standard
pembelajaran tersebut akan diulang ajar oleh guru.
2 Tahap Penguasaan murid akan ditentukan melalui pentaksiran atau penilaian yang dilakukan oleh guru semasa proses PdP.
Sebagai bukti pentaksiran tahap penguasaan murid telah dilakukan, guru boleh merekodkan atau mencatat tahap
penguasaan tersebut untuk membantu guru mengisi templat pelaporan yang disediakan. Templat pelaporan ini terdiri
3 Bagi tujuan pelaporan, guru hendaklah mengisi templat pelaporan yang disediakan oleh KPM sebanyak dua kali setahun iaitu
pertengahan dan akhir tahun. Guru hendaklah memilih option di sebelah kanan bahagian atas halaman untuk menentukan
pertengahan atau akhir tahun.
4 Tahap penguasaan yang terbaik dilaporkan di dalam templat pelaporan tersebut bagi setiap kemahiran bahasa iaitu
kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Pelaporan ini sebagai rekod prestasi
keseluruhan kemahiran bahasa yang patut dikuasai oleh setiap murid. Tahap Penguasaan ini ditentukan melalui
pertimbangan profesional guru berasaskan setiap standard pembelajaran yang dipelajari oleh murid. Pernyataan setiap
Tahap Penguasaan tersebut tercatat pada data Pernyataan Tahap Penguasaan.

Anda mungkin juga menyukai