Anda di halaman 1dari 22

PUSAT LATIHAN BOMBA DAN PENYELAMAT

SUBJEK : ASAS MENCEGAH KEBAKARAN ( BASIC PREVENTION )

ASAS MENCEGAH KEBAKARAN


( BASIC FIRE PREVENTION )

PENCEGAH KEBAKARAN
Beberapa langkah yang telah diambil bertujuan mencegah, menghadkan kemusnahan harta benda
dan kehilangan nyawa semasa berlakunya kebakaran. Langkah-langkah tersebut adalah seperti
berikut :

1. PENDIDIKAN DAN LATIHAN


Satu kaedah pendidikan yang diamalkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat kepada
masyarakat.
a) Mengadakan ceramah/pembelajaran awam tentang bahaya-bahaya kebakaran kepada
kumpulan sasaran.
b) Mengadakan ceramah berkenaan dengan sifat-sifat api, kejadian api, punca api, tindakan
perlu diambil semasa kejadian dan cara-cara menggunakan peralatan dengan betul
berdasarkan sistem-sistem kebombaan yang sedia ada dalam sesuatu bangunan.
c) Mengadakan latihan disesuatu bangunan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada
penghuni bertindak semasa kecemasan dan mengenal pasti masalah-masalah yang wujud
dalam latihan tersebut.

2. PENGUATKUASAAN
Seorang pegawai bomba yang diberi kuasa bagi membuat pemeriksaan penghapusan bahaya-
bahaya kebakaran dipermis-permis bagi memastikan sistem pencegah kebakaran yang sedia ada
dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa.

3. KEJURUTERAAN
Kejuruteraan adalah badan mengkaji dan meneliti pelan-pelan bangunan dan bahan-bahan
keperluan di dalam bangunan seperti sistem kebombaan ( pasif dan aktif ).

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 1 of 22


PUSAT LATIHAN BOMBA DAN PENYELAMAT
SUBJEK : ASAS MENCEGAH KEBAKARAN ( BASIC PREVENTION )

4. KAWALAN KESELAMATAN
Mengawasi peralatan kebombaan yang sedia ada di dalam bangunan tersebut dan memastikan
ada pihak pengurusan yang akan mengawal keseluruhan peralatan pencegahan kebakaran
supaya berada dalam keadaan baik.

5. PENYELENGGARAAN
Mana-mana premis yang telah memasang dengan kelengkapan sistem kebombaan, pihak
penyelenggaraan hendaklah memastikan peralatan tersebut dapat digunakan apabila berlaku
kebakaran.

6. GOOD HOUSE KEEPING


a) Penyusunan yang mengikut penyesuaian barang-barang atau tempat yang dikhaskan.
b) Barang-barang yang menghalang jalan keluar hendaklah disusun dengan teratur
c) Susunan barang-barang tidak boleh melindungi sistem springkler dan jalan keluar keselamatan.

BAHAN BINAAN BANGUNAN


Seseorang anggota bomba yang bekerja memadamkan kebakaran atau membuat kerja-kerja
menyelamat dalam sesebuah bangunan yang sedang terbakar, akan berhadapan dengan pelbagai
bahagian binaan bangunan, seperti dinding, tangga, lantai bumbung dan lain-lain, serta pelbagai
jenis bahan yang digunakan dalam pembinaan sesebuah bangunan. Oleh sebab itu, adalah perlu
bagi anggota-anggota bomba mengetahui tentang prinsip asas binaan bangunan, kesan haba atau
penyejukan mengejut disebabkan oleh air apabila panas terhadap pebagai jenis bahan yang
digunakan dalam pembinaan bangunan. Pengetahuan tentang perkara-perkara tersebut dapat
memberikan panduan serta memudahkan kerja-kerja memadam kebakaran dan mengetahui
tempat-tempat yang bahaya dan selamat bagi bekerja dengan lebih masa.

Antara bahan-bahan yang digunakan bagi pembinaan sesebuah bangunan termasuklah kayu,
simen konkrit, batu bata dan lain-lain. Bahan-bahan ini akan mengalami pelbagai perubahan
sewaktu berlakunya kebakaran serta dapat membantu anggota bomba menjalankan tugas atau
sebaliknya mungkin membahayakan diri mereka.

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 2 of 22


PUSAT LATIHAN BOMBA DAN PENYELAMAT
SUBJEK : ASAS MENCEGAH KEBAKARAN ( BASIC PREVENTION )

BANGUNAN YANG DI PERBUAT DARIPADA KAYU (BALAK)


Ketahanan kayu menentang api bergantung kepada 3 faktor :-
1. Kepadatan atau ketumpatan kayu.
2. Tebal atau luas muka keratan lintangnya.
3. Kualiti atau mutu buatan (ketukangannya).

Kayu adalah bahan yang cepat terbakar tetapi kecepatannya adalah bergantung kepada faktor-
faktor di atas.

BANGUNAN YANG DIPERBUAT DARIPADA BATU


Gerenit (batu besi) mengandungi kuaz (Quartz) sahaja iaitu sejenis hasil galian yang menjadi batu
sering ditemui dan terdiri daripada silica. Ianya boleh mengembang (membesar) dengan cepat
pada darjah suhu 575ºC dan pada permukaannya boleh kelihatan pecah-pecah bekas serpihan-
serpihan yang boleh digunakan untuk perhiasan permukaan.

Telatah atau resam batu pasir (sandstone) apabila terkena api ialah di antara telatah batu besi
(granite) dan batu kapur (Limestone) dan ianya boleh mengecut atau retak dalam kebakaran.

Limestone (Batu Kapur/Calcium Carbonate) CO3 akan hancur jika dipanaskan/terkena panas
hingga lebih kurang 800ºC dan bahagian-bahagian hancurannya akan bercerai menjadi kapur
sahaja (free lime, Calcium Oxide, Quicklime, Caustic lime) dan Carbon Dioxide. Air akan
menceraikan komponen kapur yang belum bercampur air itu(quick Lime, Lime Ca O) menjadi
kalsium dan oksigen dan menyebabkan haba/panas yang berterusan.

BANGUNAN YANG DI PERBUAT DARIPADA BATU BATA


Batu-bata diperbuat daripada tanah liat, konkerit dan kalsium silica.Perkara-perkara penting yang
menentukan ketahanan bata terhadap api kebakaran ialah tebalnya itu. Kesan-kesan yang
berfaedah daripada penurapan (plaster) pertama atau kedua (satu atau dua lapis simen) atau
penurapan/lapisan seterusnya (plastering) dan sama ada atau tidak ianya tahan berat (beban
alas / Load bering).

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 3 of 22


PUSAT LATIHAN BOMBA DAN PENYELAMAT
SUBJEK : ASAS MENCEGAH KEBAKARAN ( BASIC PREVENTION )

BANGUNAN YANG DIPERBUAT DARIPADA KONKERIT


Konkrit adalah hasil campuran batu dengan simen, pasir dan air. Konkrit diperkukuhkan dengan
rangka besi, ini dinamakan reinforced concrete. Dalam kebakaran, konkrit mengembang pada
kadar yang pantas, iaitu antara 400 – 500 darjah celcius menyebabkan ia retak. Pada suhu 800
darjah celcius, simen akan menjadi luluh. Jika pancutan air terkena pada konkrit yang panas,
simen akan menyerap air dan mengembang dengan pantas, dan ini akan menyebabkan
keruntuhan bahagian bangunan itu.

a. Konkerit bertulang (bertulang besi) R.C


R.C digunakan untuk tujuan-tujuan rangka dasar bangunan (binaan) sahaja kerana pada
umumnya R.C kurang tegang dan mudah retak (markah). Tulang-tulang R.C diperbuat daripada
batang-batang besi bulat biasanya yang mengandungi sedikit peratus “CARBON” kukuh, keras
dan sukar di tempat tetapi mudah sekali direntangkan (dipanjangkan). Tetapi sekarang tulang-
tulang (RC) ada berbagai jenis yang diperbuat daripada besi tuangan dari acuan panjang bulat
atau daripada besi yang ditempat sejuk menjadi batang-batang besi bulat panjang.

Mengenai dengan konkerit bertulang (R.C) tulang besi yang terdapat didalamnya tidak
ditegangkan sehinggalah beban-beban dikenakan pada bahagian rangka dasar bangunan(binaan)
itu.

b. Konkerit yang tulang-tulang besinya ditegangkan terlebih dahulu ( Pre-Stressed


Concret )
Konkerit yang tulang-tulang besinya ditegangkan terlebih dahulu iaitu satu bentuk konkerit rangka
dasar bangunan (binaan) yang mana tulang-tulang besi dalamnya yang mudah sekali direntangkan
itu telah ditegangkan dalam sepanjang konkerit yang dipadatkan (mampat) sebelum beban-beban
dikenakan padanya, Konkerit yang tulang-tulang besi ditegangkan terlebih dahulu terbahagi
kepada :-
a. Pre-tensione (konkerit yang tulang-tulangnya dikencang/ditegangkan terlebih dahulu)

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 4 of 22


PUSAT LATIHAN BOMBA DAN PENYELAMAT
SUBJEK : ASAS MENCEGAH KEBAKARAN ( BASIC PREVENTION )

Tulang-tulang besi itu ditarik kencang-kencang dan ditahan begitu teguh sebelum konkerit dituang
disekilingnya dan dibiarkan menjadi keras. Kemudian tulang-tulang besi itu telah terikat bersatu
dengan konkerit maka tulang-tulang itu dipegang teguh dan padat oleh konkerit.
b. Post-tension (tulang-tulang besi ditegangkan selepas konkerit menjadi keras)
Tulang besi itu disalurkan melalui saluran-saluran kemudian ditegangkan selepas konkerit itu
menjadi keras, tiap-tiap tulang besi tersebut menentang api kebakaran.

Ketahanan Konkerit terhadap Api Kebakaran


Lebih tebal dan kukuh lagi turap simen itu pada permukaan konkerit maka lebih tahan lama lagi
konkerit tersebut menentang api kebakaran.

PINTU
Termasuk sesuatu pengatup, penutup atau bentuk perlindungan lain bagi sesuatu ruang buka
disesuatu dinding atau lantai sesuatu bangunan atau pada struktur yang mengelilingi sesuatu
lubang terlindung, sama ada pintu itu dibina dengan satu daun atau lebih.

PINTU RINTANGAN API


Pintu rintangan api ialah pintu yang mempunyai darjah ketahanan api minimum tidak kurang
daripada ½ jam mengikut pencapaian sesuatu standard apabila diuji.

TUJUAN DIADAKAN PINTU RINTANGAN API IALAH :-


1. Menahan kemerebakan api dan asap dari tempat bermulanya kebakaran kebahagian lain
didalam bangunan.
2. Melindungi lubang terlindung daripada kemerebakan api dan asap secara menegak.

JENIS-JENIS PINTU YANG TERDAPAT PADA BANGUNAN-BANGUNAN SEKARANG


Pintu ada 7 jenis :-
1. Pintu jenis berpatam 5. Pintu jenis Cantilever (berjungkat)
2. Pintu jenis berayun 6. Pintu jenis berlipat
3. Pintu jenis berputar 7. Pintu jenis roller shutter
4. Pintu jenis pekuncuran(sliding)

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 5 of 22


PUSAT LATIHAN BOMBA DAN PENYELAMAT
SUBJEK : ASAS MENCEGAH KEBAKARAN ( BASIC PREVENTION )

JENIS-JENIS TANGGA YANG TERDAPAT PADA BANGUNAN-BANGUNAN SEKARANG


Tangga ada 7 jenis :-
1.Scissors 5.Bifurcated
2.Quarterturn 6.Doglegged
3.Geometrical 7.Geometrical Flight
4.Half turn

KONSEP JALAN KELUAR KESELAMATAN


Konsep ini bermaksud kemudahan struktur dalam bangunan yang memudahkan penghuni
melarikan atau menyelamatkan diri daripada bahaya kebakaran dengan sendiri ketempat selamat
tanpa sebarang bantuan.

Jalan keluar keselamatan terbahagi kepada 3 peringkat :-


1. Jalan keluar mendatar – struktur yang terdapat pada bangunan yang melibatkan
bahagian seperti protected lobby dan protected corridor.
2. Jalan keluar menegak – iaitu jalan elemen struktur bagi membolehkan penghuni
melarikan atau menyelamatkan diri keluar dari tingkat atas ketingkat bawah terus ke
tempat selamat. Struktur tersebut contohnya ialah tangga keselamatan.
3. Jalan keluar terakhir – tempat keluar bagi jalan terus keluar daripada sesuatu
bangunan yang mengadakan akses terus kejalan laluan atau tangga terbuka yang
terletak dan boleh memindahkan orang dari kawasan berdekatan sesuatu bangunan
supaya mereka terselamat daripada kebakaran asap.

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 6 of 22


PUSAT LATIHAN BOMBA DAN PENYELAMAT
SUBJEK : ASAS MENCEGAH KEBAKARAN ( BASIC PREVENTION )

SISTEM PERLINDUNGAN KEBAKARAN AKTIF


PENGENALAN
Sistem ini adalah pemasangan tetap yang dirancangkan untuk mengesan kebakaran,
membunyikan pengera kebakaran, mengawal dan memadam kebakaran. Pemasangan sistem ini
hendaklah mematuhi kod-kod amali yang telah ditetapkan. Dalam menentukan jenis sistem
pemasangan tetap yang perlu dipasang pada setiap bangunan. Kriteria yang perlu diketahui dalam
menentukan pemasangan ini ialah, apakah kegunaan bangunan itu serta berapa luas dan tinggi
bangunan tersebut. Sebagai seorang anggota bomba, kita perlulah mengetahui apakah peralatan
kebombaan yang terdapat pada setiap bangunan supaya kita menjalankan operasi, kita dapat
menggunakan peralatan ini seperti pancur basah untuk memadam dan mengawal kebakaran.
Pengetahuan bagaimana sistem ini bertindak dapat memudahkan kerja-kerja kebombaan yang kita
jalankan pada setiap masa.

SISTEM PERLINDUNGAN AKTIF


1. Sistem pemadaman yang menggunakan air.
a) Sistem penyembur air automatik ( sprinkler sistem )
b) Sistem pancur kering ( dy riser system )
c) Sistem pancur basah ( wet riser system )
d) Hos reel System
e) Sistem pili bomba ( hydrant sistem)

2. Sistem pemadaman yang menggunakan gas


a) CO₂ System

3. Sistem memberi amaran ( penggera kebakaran )


a) Peti penggera kebakaran
b) Alat pengesanan :
i) Heat detector ii) Smoke detector
c) Alat penggera kebakaran secara manual :
i) Pecah kaca ii) Loceng

a. Automatic Springkler System

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 7 of 22


PUSAT LATIHAN BOMBA DAN PENYELAMAT
SUBJEK : ASAS MENCEGAH KEBAKARAN ( BASIC PREVENTION )

Alat ini adalah suatu pemasangan bekalan air, pam, injap dan tempat pancuran yang
diatur sedemikian rupa supaya dapat mengesan sesuatu kebakaran secara automatik dan
melawannya dengan air.

1. TUJUAN
a) Sistem ini dapat bertindak dengan memadamkan kebakaran secara automatik melalui
peringkat berikut.
i) Mengesan kebakaran
ii) Membunyikan penggera
iii) Mengawal kemerebakan api.
iv) Memadam kebakaran
b) Membantu pihak bomba dalam melawan kebakaran.
c) Dipasang dibangunan untuk mengawal kebakaran.

Alat ini dipasang dengan cara menggunakan saluran pipe melalui atas sinta (ceiling) dan
“Springkler Headnya” disusun dibawah permukaan sinta dengan jarak-jarak yang dikhaskan
mengikut peraturan-peraturan F.O.C (FIRE OFFICE COMMITTEE).

F.O.C (Ahli-ahli Jawatan Kuasa Kebombaan) dari masa kesemasa menyelidiki peraturan cara
pemasangan “SPRINGKLER HEADNYA” dan yang paling akhir diubah tahun 1968 dengan
mengandungi beberapa bahagian:-

a. EXTRA LIGHT HAZARD


Bagi bangunan yang bukan untuk perusahaan dan kurang isi kandungannya.

b. ORDINARY HAZARD
Bagi bangunan perniagaan dan perusahaan yang melibatkan pemunggahan barang-
barang percetakan dan store yang biasanya mengandungi benda-benda yang lekas
merebak dengan cepat.

c. EXTRA HIGH HAZARD

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 8 of 22


PUSAT LATIHAN BOMBA DAN PENYELAMAT
SUBJEK : ASAS MENCEGAH KEBAKARAN ( BASIC PREVENTION )

Bagi bangunan perniagaan dan perusahaan yang mengandungi barang-barang yang luar
biasa dan ganjil bila terjadi kebakaran.

Springkler System ini boleh mendapatkan air melalui :-


a. Towns Mains
b. Elevated Private Reservior
c. Pressure Tank
d. Fire Brigade Inlet

SPRINGKLER HEAD
Ada terdapat bermacam-macam jenis “Springkler Head” yang di gunakan seperti :-

a. Conventional Pattern
Mengeluarkan air menuju ke sinta

b. Sprayed Pattern
Menggeluarkan air menuju ke bawah secara berputar atau tetap seperti berkeadaan
payung.

Sukatan Suhu (Temperature Ranges)


Springkler Head mempunyai beberapa had sukatan suhu panas daripada 50ºC kepada 260ºC.
Warna-warna yang dikhaskan oleh Ahli-Ahli Jawatan Kuasa Bomba yang boleh digunakan bagi
sukatan-sukatan suhu kepanasan.

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 9 of 22


PUSAT LATIHAN BOMBA DAN PENYELAMAT
SUBJEK : ASAS MENCEGAH KEBAKARAN ( BASIC PREVENTION )

SOLDERED__________________________________________________________
8 - 74 Un Coloured
93 - 100 Putih
141 Biru
182 Kuning
227 Merah
JENIS GELAS
57 C Kekuning-kuningan
68 ˚C Merah
79 ˚C Kuning
93 ˚C Hijau
141 ˚C Biru
_____________________________________________________________________
___

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 10 of 22


PUSAT LATIHAN BOMBA DAN PENYELAMAT
SUBJEK : ASAS MENCEGAH KEBAKARAN ( BASIC PREVENTION )

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 11 of 22


PUSAT LATIHAN BOMBA DAN PENYELAMAT
SUBJEK : ASAS MENCEGAH KEBAKARAN ( BASIC PREVENTION )

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 12 of 22


PUSAT LATIHAN BOMBA DAN PENYELAMAT
SUBJEK : ASAS MENCEGAH KEBAKARAN ( BASIC PREVENTION )

SISTEM PANCUR KERING ( DRY RISER )


Sistem pancur kering ialah sesalur keluar air tegak yang selalunya kering, daripada diameter
100mm / 150 mm dan dipasang dengan pili air keluar yang boleh dipenuhi dengan air oleh pam-
pam pihak bomba melalui alir masuk Bomba dan Penyelamat.

TUJUAN
Tujuan utama sistem ini ialah untuk :
a) menyalurkan air ketingkat yang terbakar dibangunan tinggi.
b) Memudahkan anggota bomba melawan kebakaran dibangunan tinggi

HURAIAN
Sistem ini mendapat bekalan air dari pam kereta bomba dan dialirkan masuk dan seterusnya air
naik melalui paip menegak dan mengeluarkan air melalui injap pelantar. Bagi mengeluarkan air,
injap pelepas pada alir masuk hendaklah dibuka sehingga air didalam paip menegak kering.

PEMASANGAN
Pemasangan ini hendaklah disediakan pada bangunan yang lebih daripada 18.3m dan tidak lebih
daripada 30.5m tinggi dari aras bumi.

keratan sistem pancur kering

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 13 of 22


PUSAT LATIHAN BOMBA DAN PENYELAMAT
SUBJEK : ASAS MENCEGAH KEBAKARAN ( BASIC PREVENTION )

SISTEM PANCUR BASAH ( WET RISER )


Sistem ini adalah suatu sesalur air tegak yang sentiasa penuh dan dipasang bagi menentang
kebakaran, daripada saiz yang berpatutan dan dipasang dengan sambungan-sambungan yang
sesuai untuk kegunaan pihak berkuasa bomba.

TUJUAN
Tujuan pemasangan sistem ini adalah untuk menyediakan saluran air yang sentiasa bertekanan
dan akan digunakan semasa kebakaran dibangunan tinggi.

PEMASANGAN
Pemasangan sistem ini hendaklah diadakan pada bangunan yang lebih 30 meter ketinggianya dari
aras bumi.

HURAIAN
Apabila injap pelantar dibuka, air akan mengalir keluar dan pam akan beroperasi secara automatik
untuk memberi tekanan dan keluaran air kepada injap pelantar tersebut. Sistem ini mengandungi
sebuah atau beberapa buah tangki yang mendapat bekalan air.

Pam diesel dan elektrik

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 14 of 22


PUSAT LATIHAN BOMBA DAN PENYELAMAT
SUBJEK : ASAS MENCEGAH KEBAKARAN ( BASIC PREVENTION )

HOSE REEL SYSTEM


Fire Hose Reel ialah satu alat yang selalunya dibekalkan dibangunan dengan mempunyai
lingkaran hose yang panjang 30 m. Alat tersebut sangatlah senang digunakan dan mudah dilarikan
oleh 1 orang dalam beberapa saat bagi memadam kebakaran diperingkat awal.

TUJUAN PEMASANGAN
Tujuan pemasangan ialah :
a) digunakan oleh penghuni bangunan bagi memadam kebakaran kecil sebelum anggota
bomba tiba.
b) Untuk menyalurkan air terus-menerus ketempat kebakaran apabila ia digunakan.
c) Untuk mengurangkan penggunaan dan penampatan alat pemadam api jika sistem ini
dipasang pada sesebuah banguna.

PEMASANGAN
Penempatan ialah pada ruang akses menentang kebakaran, lobi tangga, pintu dan juga koridor.

HURAIAN
Sistem ini merupakan pemasangan peralatan yang tidak boleh bertindak memadam kebakaran
secara automatik. Ia dipasang pada tempat yang strategik didalam atau diluar bangunan dan akan
digunakan oleh pekerja atau anggota bomba untuk memadam kebakaran.

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 15 of 22


PUSAT LATIHAN BOMBA DAN PENYELAMAT
SUBJEK : ASAS MENCEGAH KEBAKARAN ( BASIC PREVENTION )

SISTEM PILI BOMBA


Sistem ini merupakan suatu pemasangan paip, tangki air, pam dan alir masuk pili pada bangunan
bagi mengadakan suatu cara dimana dengannya suatu pancutan air boleh ditujukan kemana-mana
bahagian bangunan bagi menentang kebakaran.

TUJUAN PEMASANGAN
a) Mengadakan satu kaedah pemasangan yang dapat digunakan untuk memadam
kebakaran disesebuah bangunan.
b) Sebagai bekalan air untuk memadam kebakaran
c) Digunakan oleh penghuni ( yang terlatih sahaja ) untuk memadam kebakaran.

PEMASANGAN
Sistem ini hanya dipasang pada tempat-tempat yang mempunyai risiko kebakaran yang tinggi.

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 16 of 22


PUSAT LATIHAN BOMBA DAN PENYELAMAT
SUBJEK : ASAS MENCEGAH KEBAKARAN ( BASIC PREVENTION )

SISTEM PEMADAMAN KARBON DIOKSIDA CO2


Pemasangan alat ini mengandungi bateri dan beberapa buah selinder CO2 disambung dengan
beberapa batang pipe yang dipasangkan dengan beberapa nozzle dengan jarak yang ditetapkan
dan apabila alat ini digunakan ianya akan mengeluarkan gas dengan bunyi yang kuat dan
menghala disekitar kawasan atau kepada benda yang merbahaya secara ditumpukan. Cara-cara
penggunaan alat ini sama ada cara automatic atau tenaga manusia.

PENGGUNAAN CO2 SYSTEM


Penggunaan CO2 hanyalah sesuai digunakan di dalam bangunan atau dikawasan yang tertutup
walaupun CO2 lebih berat daripada udara biasa akan tetapi menjadi ringan dan akan hilang
daripada api bila bersesuaian dengan aliran udara (Air current).

Alat ini tidak sesuai untuk memadamkan api kebakaran yang melibatkan benda yang mengandungi
udara sendiri seperti metrates, chlorates, metals seperti potassium, magnesium dan lain-lain lagi.

Alat-alat ini adalah sesuai bagi memadamkan api letrik, alat-alat computer, transformer, minyak,
cat, atur kimia, kutub khanah dan lain-lain.

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 17 of 22


PUSAT LATIHAN BOMBA DAN PENYELAMAT
SUBJEK : ASAS MENCEGAH KEBAKARAN ( BASIC PREVENTION )

SISTEM MEMBERI AMARAN ( PENGGERA KEBAKARAN )


Pengesan kebakaran dan sistem amaran direka khas untuk memberi amaran awal berlakunya
kebakaran, membolehkan penghuni untuk menyelamatkan diri keluar dari bangunan atau
mengambil tindakan awal untuk memadamkan kebakaran sebelum keadaan bertambah tidak
terkawal.

Apabila berlakunya kebakaran, alat pengesan kebakaran akan mengesan dan menghantar isyarat
kepeti penggera kebakaran dan membunyikan loceng untuk memberitahu penghuni supaya
menyelamatkan diri.

JENIS-JENIS PENGGERA KEBAKARAN


Penggera kebakaran mempunyai 2 jenis alat pengesanan iaitu :-
1. Alat pengesanan haba – alat yang dipasangkan pada bumbung atau siling bagi mengesan
kenaikan haba secara automatik. Terdapat 2 jenis alat pengesan haba iaitu :-
a. Alat pengesanan haba jenis fixed temperature
b. Alat pengesanan haba jenis rate of rise
2. Alat pengesanan asap – alat yang dipasangkan pada bumbung atau siling bagi mengesan
asap secara automatik. Terdapat pengesan asap iaitu :-
a. Alat pengesan asap ionisation
b. Alat pengesan asap optical

Peti penggera kebakaran

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 18 of 22


PUSAT LATIHAN BOMBA DAN PENYELAMAT
SUBJEK : ASAS MENCEGAH KEBAKARAN ( BASIC PREVENTION )

SISTEM PENGESAN HABA


Sistem ini adalah satu pemasangan tetap yang dirancang untuk mengesan kebakaran, iaitu
kenaikan suhu haba didalam bangunan. Apabila ada kenaikan suhu yang tinggi akibat kebakaran,
alat pengesan haba akan mengesannya, isyarat akan dihantar melalui pendawaian kepeti
penggera dan loceng kecemasan dibunyikan. Tempat atau zon alat ini bertindak ditunjukkan pada
peti penggera kebakaran.

SISTEM PENGESAN ASAP


Sistem ini adalah satu sistem pemasangan tetap yang dirancangkan untuk mengesan kebakaran,
iaitu asap dalam bangunan. Sistem ini bertindak apabila ia mengesan adanya asap isyarat akan
dihantar melalui pendawaian kepeti penggera dan loceng kecemasan dibunyikan. Tempat atau zon
alat ini bertindak ditunjukkan pada peti penggera kebakaran.

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 19 of 22


PUSAT LATIHAN BOMBA DAN PENYELAMAT
SUBJEK : ASAS MENCEGAH KEBAKARAN ( BASIC PREVENTION )

SISTEM PENGGERA KEBAKARAN ELEKTRIK MANUAL


Sistem ini adalah dirancang untuk dipecahkan cermin alat ini bertujuan untuk membunyikan loceng
kecemasan apabila berlakunya kebakaran. Sistem ini dipasang didalam bangunan dan
ditempatkan pada dinding laluan kecemasan atau tempat tumpuan orang ramai yang mudah
dilihat. Apabila cermin hadapan unit ini dipecahkan, loceng akan berbunyi dan isyarat lokasi
kebakaran dapat dikesan pada peti penggera kebakaran.

Pecah kaca manual

Loceng / siren

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 20 of 22


PUSAT LATIHAN BOMBA DAN PENYELAMAT
SUBJEK : ASAS MENCEGAH KEBAKARAN ( BASIC PREVENTION )

FIRE LIFTS
“Fire Lifts’ ialah “Lift” yang biasa digunakan untuk “fireman lift” dalam kecemasan oleh anggota
bomba dengan mengadakan “Switch” di tingkat bawah dengan ditandakan “FIREMAN SWITCH”
yang mana boleh digunakan oleh Anggota Bomba dengan tidak ada gangguan daripada penekan
ditingkat-tingkat yang lain. Bangunan yang melebihi 18.5m hendaklah menggunakan sistem ini.
(MFPA)

TELEFON BOMBA
Suatu sistem pemasangan tetap telefon yang diawasi berterusan dengan arus elektrik yang
ditempatkan di lif bomba, lobi lif, koridor, tangga, bilik pam bomba dan sebagainya serta ditalikan
kestesen pusat kawalan.

TUJUAN
Tujuan sistem ini diadakan adalah bagi memudahkan anggota bomba berkomunikasi dengan pusat
kawalan untuk memberi atau menerima arahan dengan cepat dan tepat semasa melakukan kerja-
kerja, menyelamat atau ,melawan kebakaran pada bangunan besar atau tinggi.

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 21 of 22


PUSAT LATIHAN BOMBA DAN PENYELAMAT
SUBJEK : ASAS MENCEGAH KEBAKARAN ( BASIC PREVENTION )

Pertimbangan-pertimbangan Am (General Consideration)


Apabila menimbangkan berapa banyakkah gas yang akan digunakan dan jenis pemasangan yang
sesuai, pertimbangan-pertimbangan di ambil adalah :-

Tabiat Kemerbahayaannya
Adakah bahaya itu tertutup atau sebaliknya.
Adakah Api akan mudah merebak dari satu santaran
(Compartment) kesantaran yang lain.

Kunci Pesawat ( Lock off Devices )


Adalah mustahak pesawat automatic (automatic devices) tidak digunakan bilamana pekerja-
pekerja ada di dalam kawasan merbahaya.

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 22 of 22

Anda mungkin juga menyukai