Anda di halaman 1dari 1

Gambar Step-by-Step: Cara membuat pop

corn di rumah
Penulis nak kongsikan cara membuat pop corn di rumah. Selalunya anda beli di pasar raya
atau di pawagam. Kali ni tak perlu susah payah beli kerana anda bleh buat sendiri di rumah
saja. Snack mudah dan cepat, boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing.

Bahan-bahan

 1 sudu besar mentega


 2 sudu besar minyak masak
 jagung kering secukupnya
 garam secukup rasa
 Tambah Karamel [Optional]
 1 sudu mentega/margerin
 3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/banyak mana pop corn yg ada)
 Tambah Coklat [Optional]
 60 – 80 gram coklat bar (ikut suka/banyak mana pop corn yang ada)

Cara-cara

1. Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Mula-mula guna api kuat untuk
panaskan minyak dan mentega dalam 2 minit lepas tu perlahankan api.
2. Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dengan
minyak dan butter yang dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
3. Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi “pop”..”pop” dengan rancak. Bila
bunyi dah berhenti, cepat-cepat keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu
periuk..
4. Taburkan garam secukupnye – (kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)
5. Untuk Karamel [Optional] – Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar
warna coklat. Matikan api dan masukkan pop corn dan gaul sekata cepat-cepat. Hati-
hati sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan.
6. Untuk Coklat [Optional] – Cairkan coklat guna double boiler. Tutup api dan
gaulkan dgn pop corn yg dah disalut karamel. Dah jadi caramel pop corn bersalut
coklat

Anda mungkin juga menyukai