Anda di halaman 1dari 12

Gadaian(Ar-Rahnu) Menurut Islam

1.0 PENDAHULUAN
Menurut kaji sejarah, sistem gadaian ini diperkenalkan di Malaysia
pada awal kurun ke-19 pada zaman pemerintahan British iaitu sejak
kedatangan orang cina ke Tanah Melayu. Ianya adalah untuk
mendapatkan wang tunai dengan kadar yang segera bagi golongan yang
berpendapatan rendah. Sehinggalah kehari ini peniaga pajak gadai
banyak diusahakan oleh masyarakat cina.WalauBagaimanapun, sistem
pajak gadai ini membebankan peminjam apabila mengenakan bayaran
faedah (Riba’) yang terlalu tinggi. Hal ini yang menyebabkan
betentangan dengan hukum syarak.
Di atas kesedaran itu, kerajaan Terengganu telah melaksanakan
sistem gadaian berlandaskan islam buat pertama kalinya oleh Pejabat
Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu pada 23 Januari 1992 yang
dikenali sebagai Muassasah Gadaian Islam Terengganu. Penubuhan
pajakan dan operasi itu termaktub di bawah peruntukan Seksyen 12 dan
Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (Bil.2) 1986. Ia
bertujuan untuk menghapuskan riba atau hasil bunga (Faedah) dan
gharar (Penipuan) yang dikenakan oleh pengusaha pajak gadai secara
konvensional.
Perkhidmatan gadaian berlandaskan hukum syarak biasanya
disediakan oleh bank-bank tertentu seperti Agrobank, Bank Rakyat, dan
Bank Islam. Terdapat juga institusi lain seperti ar-Rahnu YaPEIM dan
Permodalan Kelantan Berhad. Perkhidmatan ini sebagai kemudahan
pinjaman yang sedia ada disamping memberi pilihan kepada peminjam
untuk menuruti kehendak hukum syariat.

1.1 Definisi Gadaian (Ar-Rahnu)


Perkataan gadaian dalam bahasa Arab dinamakan ar-Rahnu yang
diambil daripada kata terbitan bahasa Arab. Ar-Rahnu berasal
daripada kata perbuatan Rahanayang bermakna menggadaikan.
1.1.1 Menurut Istilah Bahasa Dan Syara’
1. Rahnu dari sudut bahasa bererti: kekal, tetap dan tahan.
Rahnubererti “gadaian” dalam bahasa Malaysia. Menurut
bahasa, ertinya mempertaruhkan sesuatu umpamanya
menggadai nyawa, menggadaikan tanahair dan sebagainya.
2. Menurut istilah hukum fekah atau hukum syarak, rahnuatau
“gadai” ialah menjadikan sesuatu barang sebagai cagaran
kepada sesuatu hutang buat menjelaskan hutang itu ketika
tidak kuasa membayarnya.
1.1.2 Pandangan Ulama Semasa
Prof. Dr. Yusof Al-Qardawi dalam bukunya ‘Al-Halal wa Al-
Haram fil Islam’menghuraikan maksud gadaian itu sebagai
sesuatu barang yang dijadikan peneguhan atau kepercayaan
dalam urusan hutang-piutang. Barang yang dijadikan
jaminan itu boleh dijual, jika hutang tidak dapat dibayar.
Tetapi penjualan itu mesti sama nilainya dengan nilai wang
dipinjam.
1.2 Istilah Dalam Gadaian

Ar-rahnu merupakan satu sistem pajak gadai dalam islam yang


menggabungkan beberapa konsep-konsep syariah, antaranya Ar-
rahnu, Al wadiah Yad Dhamanahdan Al-Qard.
1.2.1 Ar-Rahnu
Didalam konsep ini Ar-rahnu merupakan satu makanisme
dimana satu barang yang berharga yang mempunyai nilai di
sisi syarak dijadikan cagaran atau sandaran yang terikat
dengan pinjaman secara bercagar yang boleh dibayar
dengannya dengan cara menjual atau melelong barang
tersebut bagi mendapatkan kembali hutang yang diberikan,
ini terjadi sekiranya pihak yang berhutang tidak dapat
menjelaskan hutangnya itu pada masa yang dijanjikan.
1.2.2 Al-Wadi’ah Yad Dhamanah
Al-wadi’ah yad dhamanah bermaksud simpanan barang yang
berharga dengan jaminan, dimana setiap barangan yang disimpan
dikenakan upah simpanan bagi menjaga barang tersebut. Dalam
gadaian orang yang ingin mendapatkan pinjaman akan
memberikan barang yang berharga seperti barang kemas, tanah,
kereta ataupun lain-lain barang yang mempunyai nilai disisi syara
kepada orang yang akan memberi pinjaman untuk disimpan
sebagai cagaran terhadap pinjaman yang diberikan. Dalam keadaan
ini pemberi hutang tersebut menjadi orang yang menjaga amanah
dan ia sama sekali tidak mempunyai hak terhadap barang dalam
simpanannya kerana ia diberikan upah dalam menjaga barang
tersebut. Jika barang tersebut rosak ketika berada simpanannya
maka wajib keatasnya untuk membayar ganti rugi akibat dari
kerosakan yang terjadi keatas barang tersebut. Firman Allah yang
bermaksud:
“Sesungguhnya Allah s.w.t menyuruh kamu supaya
menunaikan amanah kepada ahlinya”. (Surah An-Nisa’
4:58)
1.2.3 Al-Qard
Manakala Al-Qard pula merupakan pinjaman tanpa faedah
atau pinjaman kebajikan yang diberikan untuk tujuan
pertolongan. Ia merupakan satu pemberian hutang oleh
satu pihak kepada pihak yang lain tanpa adanya sebarang
keuntungan atau bayaran lebih semasa bayaran balik
dilakukan. Dalam Ar-Rahnu ia merujuk kepada pinjaman
yang diberikan kepada peminjam berdasarkan peratusan
tertentu daripada nilai marhun (barang gadaian), dan upah
simpanan dikenakan untuk menyimpan barang gadaian
mengikut kadar yang dipersetujui bersama oleh kedua-dua
belah pihak bukannya berasaskan kepada jumlah pinjaman
yang diberikan. Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
“Sesiapa yang berbuat baik kepada kamu maka hendaklah
kamu memberinya balasan yang baik”.(Riwayat Ahmad)
2.0 GADAIAN MENURUT PANDANGAN ISLAM
2.1 Dalil Gadaian
Berikut adalah nas-nas yang dinyatakan dengan jelas oleh al-
Quran dan sunnah nabi s.a.w.
2.1.1 Al- Quran
‫عل وىى وسوفرر وول ومم توإجتدوا م وكاإتببا وفإروهـ ىنن موممقتبووضنة‬
‫ووإإن تكنتتمم و‬
(Surah al-Baqarah283 : 2)
Maksudnya: Jika kamu dalam perjalanan (dan bermuamalat
tidak secara tunai) sedangkan kamu tidak memperolehi
seorang penulis, maka hendaklah ada barang
tanggungjawab yang boleh dipegang…

2.1.2 As-Sunnah
‫عل ويمإه وووسل م ووم إممن ي ومهموإدرمى وطوعابما وووروهن وته‬ ‫عاإئوشمة أ ت م إم ال متممؤإمإني مون وقال و م‬
‫ امشتوورى ورتسموتل اللإه وص م ولى اللته و‬:‫ت‬ ‫عمن و‬ ‫و‬
‫إدمر و‬
‫عته‬

( ‫)رواه البخاري‬

Maksudnya: Daripada Aisyah r.a “ Rasulullah pernah


membeli makanan daripada orang yahudi dan beliau
menggadaikan kepadanya baju besi baginda.
2.2 Hukum Gadaian
Berdasarkan dalil di atas, hukum bergadai adalah harus iaitu harus
bergadai dengan sesuatu atau apa-apa barang yang sah diperjualbelikan.
Ertinya apa-apa barang atau sesuatu yang sah dijual maka ia sah digadai.
2.3 Rukun-rukun dan Syarat-syarat Gadaian
Rukun-rukun gadaian itu empat perkara iaitu :-
2.3.1 Rahin dan Murtahin (Penggadai dan Pemegang Gadai)
Kedua-duanya mestilah:
1. Berakal : Penggadai dan penerima gadaian mestilah waras.
Bapa atau penjaga tidak boleh menggadai harta orang-orang
gila kecuali jika terpaksa atau ada keuntungannya.
2. Baligh : Tidak sah bagi kanak-kanak dan orang gila.
3. Cerdik : Penggadai mestilah berkeahlian dalam menguruskan
hartanya (ahliyatut tabaru').
4. Tidak dipaksa : Penggadai dan penerima gadaian melakukan
gadaian dengan kehendak sendiri tanpa paksaan orang lain.
5. Berkuasa penuh terhadap diri dan hartanya : Harta atau
barang gadaian penggadai mestilah hak miliknya secara
mutlak.
2.3.2 Marhun (Barang Gadaian)
a. Suci dari segi syarak.
b. Barang yang hendak digadaikan perlulah barang yang boleh
memberi faedah kepada manusia.
c. Barang yang hendak digadai adalah hak milik penggadai.
d. Barang yang hendak digadai tersebut mestilah dimiliki dan
boleh diserahkan ketika berlakunya akad atau sighah.
e. Barang yang hendak digadaikan mestilah ditentukan
harganya.
f. Berlaku penyerahan dan penerimaan barang yang digadaikan.
g. Harta gadaian adalah benda yang sah untuk digadai. Tidak
sah menggadai harta wakaf.
2.3.3 Marhun bih (Hutang)
Bayaran atau barang yang diberi kepada penggadai itu
mestilah hutang yang dimaklumi. Maka tidak sah jika tidak
berupa hutang seumpama benda yang wajib diganti seperti
barang yang dirampas, barang pinjaman atau sebagainya.
2.3.4 Sighah (Lafaz)
Tidak sah gadaian melainkan dengan ijab dan Kabul.
Syarat-syaratnya sama dengan syarat-syarat pada urusan
berjualbeli. Maka tidak sah jika diselangi oleh perkataan
lain atau berselang lama. Juga tidak sah jika bertaklik dan
jika memakai jangka waktu.
2.4 Perkara Yang Membatalkan Gadaian
Gadaian akan dikira terbatal dan tamat sekiranya penggadai telah
membayar keseluruhan hutangnya kepada pemegang gadaian
ataupun barang yang digadaikan itu diserahkan semula kepada
penggadai. Disamping itu pembatalan ini juga berlaku sekiranya
barang gadaian itu rosak dan orang yang memegang gadaian itu
meninggal dunia. Jika seseorang itu tidak dapat menjelaskan
hutangnya pada masa yang ditetapkan dan menyebabkan barang
gadaiannya dijual turut akan membatalkan gadaian yang berlaku
ataupun barang yang digadai itu telah disewa atau disedekahkan
kepada orang lain. Pembatalan juga akan berlaku sekiranya orang
yang memegang gadaian itu membatalkan gadaian walaupun tanpa
pengetahuan penggadain.
2.5 Hikmah Gadaian
Berikut adalah hikmah-hikmah dalam melaksanakan gadaian:-
2.5.1 Memberi Kemudahan Kepada Orang Yang Memerlukan
Bantuan
Dalam menjalani kehidupan didunia ini manusia akan diuji
dengan pelbagai jenis ujian bergantung kepada sejauh
mana usaha diri mereka sendiri dalam mendapatkan
sesuatu pekerjaan bagi menampung kehidupan mereka.
Namun begitu, Islam tetap menyediakan beberapa cara
atau jalan sementara untuk memberi kepada mereka yang
tidak berkemampuan melalui salah satunya dalam bentuk
gadaian tertentu. Mereka yang mempunyai harta untuk
digadaikan boleh ditukar ganti dalam bentuk nilai
matawang yang memberi kesan yang baik iaitu setidak-
tidaknya dapat membantu mereka yang berada didalam
kesusahan buat sementara waktu.
2.5.2 Memberi Jaminan Kepada Orang Yang Memberi Hutang
Dalam Islam setiap pemberi hutang hendaklah membuat satu
jaminan kepada penghutang berbentuk tarikh atau pun sedikit
perjanjian tertentu bagi mengelakkan berlakunya perkara yang
tidak diingini pada masa hadapan. Ini kerana didalam islam amat
menjaga hak-hak sesame muslim yang lain yang mana jika kita
meminjam atau memberi pinjam hendaklah sekurang-kurangnya
mempunyai satu jaminan yang sesuatu pinjaman itu ada had dan
tempoh tertentu untuk dilangsaikan. Ini adalah bertujuan untuk
mengelakkan daripada adanya berlaku salah faham atau tipu daya
dalam bab pinjam meminjam ini.
2.5.3 Memudahkan Seseorang Mendapatkan Hutang Modal
Bagi Memulakan Perniagaan
Bagi memulakan sesuatu perniagaan semestinya seseorang
itu memerlukan modal yang besar bagi memastikan proses
perniagaan lebih mudah dan tersusun. Dalam hal ini
gadaian dapat membantu peniaga bagi menyuntik modal
dalam bentuk matawang. Barang yang hendak digadaikan
dijadikan sebagai cagaran dan dalam tempoh tertentu jika
barangan tersebut tidak dituntut maka pihak pajak gadai
berhak untuk menjual barangan tersebut.
2.5.4 Memberi Peluang Kepada Umat Islam Mengembangkan
Ekonomi
Dalam menjana serta menstabilkan ekonomi, sistem
gadaian juga memainkan peranan dalam membantu
ekonomi umat Islam supaya lebih senang maju dan
berkembang ini kerana, dengan adanya pajak gadai yang
berkonsep islam serta memenuhi syara’ diharapkan menjadi
sebagai suatu alternatif kepada umat Islam dalam
membantu menjadi perintis kepada pergerakan ekonomi
yang lebih jitu terutamanya membantu mereka yang
memerlukan suntikan modal awal mahupun mereka yang
mempunyai kesungguhan dalam bidang perniagaan tetapi
tidak mempunyai modal.
2.5.5 Melahirkan sifat kerjasama dan perasaan kasih sayang antara
satu sama lain
Dalam Islam amat mementingkan semangat kerjasama
dalam apa jua perbuatan. Dalam Al-Quran juga banyak
disebutkan tentang kerjasama dan sikap tolong menolong
yang perlu ada dalam diri setiap umat Islam. Sistem yang
wujud dalam Islam secara tidak langsung membantu
memperkukuhkan ukhuwwah sesama umat Islam kerana
ianya menyemai sikap bantu membantu serta memupuk
sikap yang positif dalam memajukan diri serta saudara
seislam kita.


3.0 ISU SEMASA
3.1 Sistem Pajak Gadai Islam(Ar-Rahnu)
Bagi mereka yang masih belum memahami ar-Rahnu, ia adalah
sistem pajak gadai Islam yang membolehkan orang ramai
memerlukan wang segera dengan mencagarkan barangan kemas
kepada pihak bank.Emas adalah barangan cagaran yang diperlukan
untuk membuat gadaian. Di malaysia, Sistem Pajak Gadai
berlandaskan hukum syarak biasanya disediakan oleh bank-bank
tertentu seperti Agrobank, Bank Rakyat, dan Bank Islam. Terdapat
juga institusi lain seperti ar-Rahnu YaPEIM dan Permodalan
Kelantan Berhad. Tujuan utama penubuhan ar-Rahnu adalah untuk
menggantikan Sistem Pajak Gadai Konvensional yang sedia ada.
Hal ini kerana, Pajak Gadai Secara Konvensional mengamalkan
Riba’ atau faedah yang banyak. Oleh itu, terdapat ramai orang
Islam memilih sistem pajak gadai ar-Rahnu berbanding secara
Konvensional. Berikut adalah kelebihan Pajak Gadaian ar-Rahnu
berbanding secara Konvensional.
3.1.1 Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)
Perbezaan utama antara ar-Rahnu dan Pajak Gadai
Konvensional adalah pada perjanjian pinjaman yang
dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian
itu sendiri. Dalam perjanjian ar-Rahnu, pinjaman yang
diberi tidak dikenakan faedah (Riba).Berbanding pajak
gadai konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber
hasil kepada pemberi pinjaman.
3.1.2 Nilai Gadaian Tidak Merosot
Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak
merosot dan tidak berubah serta tidak berlaku
penyelewengan.
3.1.3 Wang Lebih Gadaian Dipulangkan
Wang lebih gadaian dipulangkan Sekiranya pemberi gadaian
tidak berkemampuan membayar balik hutang yang
ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian.
3.1.4 Barang Kemas Yang Disimpan Selamat
Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut
adalah selamat. Dimana penerima gadaian akan menjamin
pemeliharan dan tanggunjawab ke atas barangan kemas
yang diberi oleh pemberi gadaian.
3.1.5 Caj Perkhidmatan Yang Rendah
Ar-Rahnu menawarkan caj perkhidmatan yang rendah.
Semua pengurusan di ar-Rahnu melibatkan kos dan risiko
yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai
Konvensional.
3.1.6 Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan
Dalam ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur
penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan
yang jelas akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian.
3.1.7 Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah
Ar-rahnu juga merupakan sebuah pajak gadai islam yang
bertolak ansur dengan pelanggannya berkaitan dengan
tempoh membayar balik wang pinjaman.
3.1.8 Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara
Lelongan
Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak
penggadai sekiranya barang gadaian mereka hendak
dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk
mereka telah habis.
3.1.9 Memberi Nilai Gadaian Yang Sepatutnya
Perkara ini sering berlaku dalam pajak gadai konvensional.
Ia berlaku kerana akta pemegang pajak gadai tidak
menetapkan kriteria untuk menilai gadaian berkenaan.
Dalam ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai
gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang
digadai oleh penggadai.
4.0 RUMUSAN
Secara kesimpulannya, gadaian adalah diharuskan dalam Islam selagi ianya
tidak bercanggah dengan hukum Syara’. Sudah menjadi kewajipan kepada umat
islam memastikan setiap gadaian adalah menurut syariah. Bahkan setiap rukun-
rukun dan syarat juga mestilah dipatuhi supaya dapat menghalang daripada
kezaliman dan penindasan.
Bagi memahami konteks gadaian menurut Islam terdapat tiga istilah
pentinguntuk kita ketahui iaitu ar-Rahnu,Al-Wadi’ah Yad Dhamanah, Al-Qard
sepertimana yang dinyatakan di atas.Ianya berperanan penting untuk
memahami dengan lebih mendalam konteks sebenar gadaian menurut
pandangan Islam. Dengan cara memahaminya, sudah pasti akan dapat
menghalang berlakunya riba’ dalam gadaian.
Dalam konteks gadaian menurut Islam, penggadai akan menggadai barang
gadaian kepada pemegang gadaian. Barang gadaian akan menjadi cagaran
kepada hutang dan akan digunakan untuk melangsaikan hutang jika hutang
tersebut tidak dibayar. Sekiranya pemegang gadaian mendapati penggadai
sukar untuk dia menjelaskan hutangya, maka pemegang gadai berhak
mengambil semula hutangnya melalui barang yang dicagar. Iaitu dengan cara
menjual dan kemudian mengambil hutangnya melalui bayaran yang diperolehi.
Maka dengan itu, jelaslah bahawa gadaian mengikut hukum syara’ lebih
memuaskan berbanding Pajak Gadai Secara Konvensional. Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai