Anda di halaman 1dari 22

TERMODINAMIK

BAB 1 KONSEP ASAS

1.0 PENGENALAN

 TERMODINAMIK ADALAH SAINS MENGENAI


PERHUBUNGAN-PERHUBUNGAN ANTARA
HABA, KERJA DAN SIFAT-SIFAT SISTEM

 TERMODINAMIK ADALAH BERKAITAN


DENGAN KAEDAH-KAEDAH YANG PERLU
BAGI MENUKAR TENAGA HABA DARI
SUMBER-SUMBER YANG ADA SEPERTI BAHAN
API KIMIA KEPADA KERJA MEKANIKAL

 HUBUNGAN-HUBUNGAN ANTARA HABA,


KERJA DAN SIFAT-SIFAT SISTEM DINYATAKAN
DALAM BENTUK HUKUM-HUKUM
TERMODINAMIK

 ASAS KEPADA TERMODINAMIK ADALAH


PEMERHATIAN-PEMERHATIAN UJIKAJI

 DIPERHATIKAN BAHAWA HABA DAN KERJA


ADALAH DUA BENTUK TENAGA YANG
SALING BERKAIT DAN INI ADALAH ASAS
KEPADA HUKUM PERTAMA TERMODINAMIK
 DIPERHATIKAN BAHAWA HABA TIDAK
PERNAH MENGALIR DARI OBJEK BERSUHU
RENDAH KEPADA OBJEK YANG BERSUHU
LEBIH TINGGI TANPA BANTUAN. KONSEP INI
ADALAH PENTING DALAM PEMBANGUNAN
HUKUM KEDUA TERMODINAMIK

 CONTOH LOJI KEJURUTERAAN YANG


MELIBATKAN ANALISIS TERMODINAMIK
ADALAH SEPERTI LOJI KUASA STIM, LOJI
KUASA GAS, KITAR PENYEJUKAN DSBNYA
1.1 KONSEP-KONSEP ASAS DAN TAKRIFAN

 SISTEM:
o Sistem ditakrifkan sebagai sekuantiti jirim
yang mempunyai jisim dan identiti yang tetap
dimana pemerhatian ditumpukan untuk sesuatu
kajian
 SEKITARAN:
o Apa-apa yang berada diluar sistem adalah
sekitaran
 SEMPADAN:
o Sistem dipisahkan dari sekitaran oleh
sempadan
o Sempadan boleh jadi tetap atau bergerak
o Ia boleh jadi nyata ( seperti dinding silinder
dan permukaan omboh dalam injin
pembakaran dalam)
o Ia boleh jadi khayalan ( seperti keratan paip di
bahagian masuk dan keluar turbin )

Beban

Piston/omboh

Gas sempadan sistem


(sistem)

Rajah 1. Contoh Sistem Tertutup


 SISTEM TERTUTUP:
o Jika jirim di dalam dan di luar sistem tidak
menyeberangi sempadan, sistem dinamakan
sistem tertutup
o Hanya haba dan kerja boleh menyeberanginya
o Contoh adalah seperti Rajah 1. di mana gas
mengembang dalam silinder sambil menolak
omboh
o Dapat dilihat bahawa haba dan kerja melintasi
sempadan sistem dalam proses ini tetapi jirim
yang membentuk sistem ini masih boleh
dikenali

 SISTEM TERBUKA/ISIPADU KAWALAN:


o Digunakan apabila analisis perlu dilakukan
keatas sesuatu peranti (device) seperti
pemampat udara yang melibatkan aliran jisim
memasuki dan/atau keluar daripada peranti
tersebut (Rajah 2)
o Prosidur untuk analisis seperti ini adalah
dengan menentukan satu isipadu kawalan yang
mengelilingi peranti tersebut
o Permukaan/sempadan isipadu kawalan ini
dikenali sebagai permukaan kawalan
o Jisim, haba dan kerja boleh menyeberangi
permukaan kawalan
Udara masuk Haba Udara keluar
(tekanan rendah) (tekanan tinggi)

permukaan kawalan PEMAMPAT UDARA kerja MOTOR

Rajah 2. Contoh Isipadu Kawalan

 PANDANGAN MIKROSKOP:
o Mengambilkira perlakuan individu molekul
o Melibatkan banyak persamaan untuk
menerangkan perlakuan sistem
 PANDANGAN MAKROSKOP:
o Mempertimbangkan kesan-kesan purata
sejumlah molekul yang banyak
o Kesan-kesan ini boleh diukur
o Apa yang diukur adalah pengaruh purata-masa
bagi sejumlah banyak molekul-molekul seperti
tekanan
o Kita akan hanya mengambil pendekatan
makroskop dalam pengajian kita
o Dari pandangan makroskop, kita sentiasa
mempertimbangkan isipadu yang besar
berbanding dimensi molecular dan dengan ini
kita mempertimbangkan sistem-sistem yang
mengandungi banyak molekul
o Kita mengambilkira bahan sebagai berterusan
dengan mengabaikan tindakan individu
molekul
o Konsep ini dipanggil konsep keselanjaraan
(continuum)
o Konsep ini tidak boleh digunakan jika laluan
bebas purata molekul menghampiri magnitud
dimensi bekas seperti di dalam teknologi
vakum
1.2 SIFAT-SIFAT DAN KEADAAN
SESUATU BAHAN

 Jika kita pertimbangkan sesuatu jisim air, kita


dapati air ini boleh wujud dalam beberapa bentuk

 Jika ia mulanya cecair, ia boleh menjadi wap bila


dipanaskan atau pepejal bila disejukkan

 Dengan ini kita memperkatakan tentang fasa-fasa


yang berlainan bagi sesuatu bahan

 FASA:
o Sekuantiti jirim yang homogen keseluruhannya
o Bila terdapat lebih dari satu fasa, fasa-fasa
tersebut dipisahkan oleh sempadan fasa
o Pada setiap fasa, sesuatu bahan itu boleh wujud
pada berbagai tekanan dan suhu atau dalam
sebutan termodinamik dalam berbagai keadaan
o Sesuatu keadaan itu boleh diterangkan oleh
beberapa sifat makroskop yang boleh
diperhatikan seperti suhu, tekanan dan
ketumpatan
 SIFAT:
o Sebarang ciri makroskop yang tercerap untuk
sistem
o Kuantiti yang bergantung/bersandar kepada
keadaan sesuatu sistem dan tidak
bergantung/bersandar kepada laluan
bagaimana sistem tiba pada sesuatu keadaan

 KEADAAN:
o Keadaan sesuatu sistem pada sebarang ketika
ditentukan oleh nilai-nilai sifat-sifatnya
o Merupakan penerangan lengkap bagi sesuatu
sistem

 Sifat Termodinamik boleh dibahagikan kepada 2


kumpulan umum:
o Sifat intensif – Tidak bersandar pada jisim.
Contoh seperti tekanan, suhu dan ketumpatan
o Sifat ekstensif – Berubah secara terus dengan
jisim. Contoh seperti jisim(m) dan isipadu
jumlah(V)

 Sifat ekstensif per unit jisim adalah sifat intensif.


Contoh seperti isipadu-tentu(v) dimana v = V/m

 Jika sekuantiti jirim didalam sesuatu keadaan di


bahagi kepada 2 bahagian yang sama, setiap
bahagian akan mempunyai nilai sifat intensif yang
sama seperti nilai asal dan separuh nilai sifat
ekstensif
 Biasanya, kita bukan sahaja merujuk kepada sifat-
sifat sesuatu bahan tetapi sifat-sifat sesuatu sistem

 Dengan ini, nilai sifat itu adalah berkesan untuk


keseluruhan sistem dan ini membabitkan apa yang
kita panggil sebagai keseimbangan

 Sifat-sifat menerangkan keadaan sistem apabila ia


berada dalam keseimbangan

 KESEIMBANGAN TERMA:
o Suhu adalah sama bagi keseluruhan sistem

 KESEIMBANGAN MEKANIKAL:
o Tiada kecenderungan untuk tekanan pada
mana-mana titik untuk berubah dengan masa
jika sistem diasingkan dari sekitaran

 KESEIMBANGAN TERMODINAMIK:
o Apabila sesuatu sistem berada dalam
keseimbangan dengan mengambilkira semua
perubahan keadaan yang mungkin
(keseimbangan terma, mekanikal, kimia, dlln),
kita katakan sistem berada didalam
keseimbangan termodinamik
1.3 PROSES DAN KITARAN

 Apabila berlakunya perubahan pada satu atau lebih


sifat-sifat sistem, kita katakan bahawa perubahan
keadaan telah berlaku
 PROSES:
o Laluan beberapa keadaan yang dialami oleh
sistem

sifat
pertama keadaan akhir

proses/laluan

keadaan awal

sifat kedua

Rajah 3
 Bagaimana kita hendak menerangkan keadaan
sesuatu sistem bagi sesuatu proses jika proses
sebenar berlaku bila keseimbangan tidak wujud?

 Rujuk Rajah 1 semula. Apabila kita mengalihkan


kepingan pemberat dari omboh, keseimbangan
mekanikal tidak wujud dan hasilnya omboh
bergerak keatas sehingga keseimbangan mekanikal
dicapai semula

 PROSES MIRIP STATIK:


o Proses mirip keseimbangan
o Proses berlaku secara tidak terhingga
perlahannya
o Proses dimana sisihan dari keseimbangan
termodinamik adalah kecil tak terhingga dan
semua keadaan yang dilalui sistem semasa
proses ini boleh diambilkira sebagai keadaan-
keadaan keseimbangan
o Banyak proses sebenar menghampiri proses
mirip statik ini. Berbalik pada Rajah 1. Jika
kepingan-kepingan pemberat adalah kecil dan
dialihkan satu persatu, proses ini boleh
diambilkira sebagai proses mirip statik
o Jika kepingan-kepingan pemberat dialihkan
sekali gus, ini bukan lagi proses keseimbangan
 PROSES TIDAK SEIMBANG:
o Kita terhad kepada menerangkan sistem
sebelum dan selepas proses berlaku (apabila
keseimbangan dicapai semula). Kita tidak
dapat menerangkan setiap keadaan yang dilalui
oleh sistem ataupun kadar proses ini berlaku

 PROSES SESIFAT:
o Dalam keadaan tertentu, kemungkinan terdapat
sesuatu sifat yang malar/tetap sepanjang proses
o Awalam ‘iso’ digunakan bagi proses sesifat ini:
 Proses isotermal/sesuhu:proses berlaku
pada suhu tetap
 Proses isobar/setekanan:proses berlaku
pada tekanan tetap
 Proses isometric/seisipadu:proses berlaku
pada isipadu tetap
 Proses isentropik/seentropi:proses berlaku
pada entropi tetap
 Proses isentalpik/sentalpi:proses berlaku
pada entalpi tetap
 KITARAN:
o Apabila sesuatu sistem dari satu keadaan awal
melalui beberapa perubahan keadaan (proses)
yang berlainan dan akhirnya kembali ke
keadaan awal, sistem ini dikatakan telah
mengalami satu kitaran
o Pada akhir sesuatu kitaran, semua sifat
mempunyai nilai yang sama sebagaimana nilai
awal masing-masing. Contoh: Stim(air) yang
mengalir melalui loji kuasa stim mengalami
satu kitaran

sifat
pertama 2

Sifat kedua
Rajah 4
1.4 UNIT

 Sistem unit yang akan digunakan adalah unit SI

 Jisim : kilogram (kg)

 Panjang : meter (m)

 Masa : saat (s)

 Daya : Newton (N)


o
Diterbitkan dari Hukum Kedua Newton

o
F=mxa

o
Daya = jisim x cepatan

o
Unit daya ialah Newton dan ditakrifkan
sebagai daya yang diperlukan untuk memecut
1 kg jisim pada kadar 1 m/s2
 Penambah unit
o
Digunakan untuk meringkaskan penulisan
nombor

Penambahan Simbol Faktor Contoh


Gandaan
Kilo K 103 1KN=103N
Mega M 106 1MW=106W
Giga G 109 1 Gpa=109Pa

Tera T 1012 1 TW=1012W


1.5 ISIPADU-TENTU

Isipadu-tentu sesuatu bahan ditakrifkan sebagai
isipadu jumlah per unit jisim. Simbol: v

Ketumpatan adalah jisim per unit isipadu. Ia adalah
salingan kepada isipadu-tentu. Simbol: 

v dan  adalah sifat-sifat intensif

Unit untuk v adalah m3/kg

Unit untuk  adalah kg/m3

Unit untuk isipadu jumlah (V) adalah m3 atau sering
digunakan liter (L)

1 Liter = 10-3 m3 atau 0.001 m3

1.6 TEKANAN

 Tekanan ditakrifkan sebagai daya normal yang


ditindak oleh bendalir per unit luas

 Tekanan, P = Fnormal
A

Unit SI bagi tekanan ialah Pascal(Pa) atau N/m2

1 Pascal = 1 N/m2

2 unit lain (bukan SI) adalah:

o 1 bar = 105 Pa = 0.1 MPa


o atmosfera piawai: 1 atm = 101325 Pa


Kebanyakan alat pengukuran tekanan menunjukkan
perbezaan di antara tekanan mutlak di dalam sistem
dan tekanan atmosfera di luar

Perbezaan tekanan ini dipanggil tekanan tolok atau
tekanan hampagas

Istilah tekanan tolok digunakan apabila tekanan di
dalam sistem lebih besar dari tekanan atmosfera
tempatan, Patm iaitu:

o Ptolok = Pmutlak – P atm


Apabila tekanan atmosfera tempatan lebih besar
dari tekanan dalam sistem, istilah tekanan hampagas
digunakan iaitu:

o Phampagas = Patm – Pmutlak


Nilai dari jadual adalah nilai tekanan mutlak

Perhubungan di antara beberapa tekanan yang telah
dinyatakan ditunjukkan dalam Rajah 5 di bawah:

Tekanan melebihi
Tekanan atmosfera
Ptolok
Tekanan atmosfera

Phampagas

Tekanan Tekanan < tekanan


Mutlak > Pmutlak Patm atmosfera
tekanan
atmosfera
Pmutlak

Tekanan sifar

Rajah 5. Perhubungan di antara tekanan mutlak, tolok dan


hampagas

 Alat yang biasa digunakan untuk mengukur tekanan


ialah manometer dan tolok Bourdan

 Manometer mengukur perbezaan tekanan berpandukan


ketinggian cecair manometrik di dalam tiub. Cecair ini
biasanya ialah raksa atau minyak: P - Patm = gh
 – ketumpatan cecair; g – kecepatan graviti dan h
adalah perbezaan ketinggian cecair
 Tolok Bourdan mengukur tekanan di dalam tangki
atau bekas tertutup. Tolok ini memberikan nilai
tekanan secara terus menerusi skala yang telah
ditentukurkan
1.7 SUHU

 Sensasi relatif kepanasan dan sejuk adalah biasa bagi


kita

 Suhu ditakrifkan supaya sensasi-sensasi ini menjadi


kuantitatif

 Adalah sukar untuk mentakrifkan suhu, jadi kita


beralih kepada takrifan kesamaan suhu

 Kesamaan suhu: dua jasad/sistem mempunyai


kesamaan suhu (mempunyai suhu yang sama) apabila
tidak berlaku apa-apa perubahan sifat yang boleh
diperhatikan manakala kedua-dua jasad berada dalam
perhubungan terma

 Hukum Sifar Termodinamik(HST): merupakan satu


hukum yang diterbitkan daripada konsep kesamaan
suhu

 Takrifan HST: Apabila dua sistem/jasad mempunyai


kesamaan suhu dengan sistem/jasad ketiga, kedua-dua
sistem/jasad tersebut mempunyai kesamaan suhu di
antara satu sama lain
 Ujikaji HST:

S3

S1 S2

 Katakanlah sistem S1 dan S3 mempunyai suhu yang


sama di mana bila persentuhan berlaku antara S1 dan
S3 tiada perubahan berlaku kepada sifat-sifat
fizikalnya

 Bila kita sentuhkan S3 dan S2 pula, tiada perubahan


berlaku dalam sifat-sifat fizikal sistem-sistem. Ini
bererti suhu S3 dan suhu S2 adalah sama

 Jika disentuhkan S1 dan S2, akan diperhatikan bahawa


tiada berlaku perubahan dalam sifat-sifat fizikal
sistem-sistem. Ini bererti S1 dan S2 mempunyai suhu
yang sama
 SKALA SUHU:
o Skala suhu yang digunakan dalam unit SI ialah
Celcius.
o Dalam sistem Imperial skala Fahrenheit
digunakan
o Pada skala Celcius, takat beku dan takat didih air
masing-masing adalah 0oC dan 100oC.
o Nilai yang berpadanan pada skala Fahrenheit
ialah 32oF dan 212oF
o Skala suhu yang lebih penting dalam bidang
termodinamik ialah skala suhu mutlak. Dalam
skala ini, tiada nilai negatif digunakan. Nilai suhu
yang paling rendah ialah sifar
o Skala suhu mutlak untuk SI ialah Kelvin (simbol
K) dan untuk sistem Imperial ialah Rankine
(simbol R)
o Keempat-empat skala di atas dihubungkan
melalui persamaan-persamaan:
 T(oC) = T (K) – 273
 T(oF) = T (R) – 460
 T (R) = 1.8 T (K)
 T(oF) = 1.8 T(oC) + 32

Anda mungkin juga menyukai