Anda di halaman 1dari 9

Eksperimen Mengkaji Kesan Yis Dalam Pembuatan Roti

Rabu, Februari 04, 2015 Idea P&P Sains, Sains Ting 5 No comments

Eksperimen kali ini adalah eksperimen bagi mengkaji kesan yis dalam pembuatan roti. Dalam bahasa yang lebih
mudah, kita akan tengok apa beza bagi roti yang dihasilkan dengan yis, dan juga roti yang dihasilkan tanpa yis.
Lagi senang nak faham kan?. Seperti juga yang kita sedia maklum, bahawa yis merupakan salah satu
mikroorganisma dari kumpulan kulat. Selain kulat, kita juga ada mikroorganisma dari kumpulan virus, bakteria,
protozoa dan alga.

Jom kita tengok dengan lebih lanjut bagaimana eksperimen ini dijalankan.

Tujuan :
Mengkaji kesan kehadiran yis dalam pembuatan roti

Radas / Bahan :
50g tepung gandum, 20g gula, air suam, yis, bikar 250ml, besen kecil, jam randik
Prosedur:
1. Campurkan 50g tepung gandum, 10g gula, 10ml air suam dan juga 1 sudu yis.

2. Gaulkan campuran tadi sehingga menjadi doh yang sebati.


3. Masukkan ke dalam bikar 250ml dan ambil ketinggian doh yang dihasilkan.
4. Tutup dengan tuala lembab dan mulakan jam randik untuk 30 minit.

5. Ulang langkah 1 - 4 untuk doh yang kedua, tetapi kali ini tanpa menambahkan yis.
6. Setelah 30 minit, dapatkan ketinggian doh bagi kedua-dua bikar.

Pemerhatian:
Doh yang mengandungi yis bertambah ketinggian, manakala doh yang tidak mengandungi yis tidak berubah. Ini
menunjukkan Yis diperlukan dalam pembuatan roti.
Doh yang mengandungi yis lebih tinggi berbanding doh yang tidak mempunyai yis, selepas 30 minit

Tambahan:
1. Kadang-kadang air perlu ditambah bagi menghasilkan doh yang lebih baik. Pastikan air yang ditambah tidak
berlebihan. Kalau tak, pasti hasilnya seperti nak buat cekodok pisang.

2. Pastikan murid mencuci terlebih dahulu besen selepas doh yang pertama bagi menghilangkan kesan yis pada
bekas. Kalau tak dicuci, berkemungkinan doh kedua yang sepatutnya tanpa yis juga akan menunjukkan hasil
yang sama.

3. Ada sesetengah guru yang lebih kreatif, doh tadi boleh terus dihasilkan dalam bentuk donut dan kemudiannya
dimasak dalam kelas / bengkel ERT.
Hebat kan? Pelajar pun mesti teruja!! :)
Idea perkongsian Cikgu Shazlinda, SMK Bakun, Belaga, Sarawak

Idea P&P Sains : Cara Membiakkan Paramesium


Ahad, Mac 01, 2015 Idea P&P Sains, Sains Ting 1, Sains Ting 5 1 comment

Idea pdp Sains kreatif ini dikongsikan oleh Cikgu Husrita Hussin dalam group Cikgu Sains Kreatif. Kaedah
membiakkan paramesium ini sudah dicuba beliau dengan para pelajar tingkatan 4 nya di MRSM Transkrian.
Ikuti langkah-langkah di bawah bagi membiakkan Paramesium.

Cara Membiakkan Paramesium

1. Potong rumput dan keringkan


2. Rendam rumput yang telah dikeringkan di dalam bikar yang mempunyai air parit atau air kolam
3. Biarkan selama 4 hari dan lebih
4. Selepas itu boleh ambil sampel air dan lihat di bawah mikroskop

Anda mungkin juga menyukai