Anda di halaman 1dari 7

Tajuk Artikel : Pengaruh Perancangan Strategik Dan Kepemimpinan

Pentadbir Terhadap Pembentukan Sekolah Selamat

Penulis : Abdul Jawi Abnoh Sawi, Mohd Yusof Abdullah

dan Anuar Din

Maklumat : Jurnal Pendidikan Bitara UPSI

http://jpbu.upsi.edu.my/index.php/vol-3-siri-3

ISSN : 1394 - 7176

Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pengenalan

Kajian ialah mengenal pasti pengaruh perancangan strategik dan kepemimpinan

pentadbir terhadap pembentukan sekolah selamat. Pengaruh kombinasi kedua-dua variabel ini

terhadap pembentukan sekolah selamat turut dikenal pasti. Kekuatan pengaruh kedua-dua

variabel juga dinyatakan untuk mengenal pasti variabel mana yang memberi pengaruh kuat

terhadap pembentukan sekolah selamat. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti halangan-

halangan yang mempengaruhi pembentukan sekolah selamat. Kajian ini adalah berbentuk

kajian tinjauan sampel. Instrumen kajian melibatkan berbentuk kajian deskriptif dan tinjauan

sampel. Analisis data menggunakan analisis inferens berkaitan dengan analisis regresi

pelbagai untuk menguji pengaruh perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir

terhadap pembentukan sekolah selamat. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat halangan-

halangan yang mempengaruhi pembentukan sekolah selamat sehingga sekolah tidak selamat.

Tumpuan bagi mengenal pasti pengaruh perancangan strategik adalah berdasarkan langkah-

1
langkah strategik iaitu visi dan misi, analisis persekitaran, pembentukan strategi, pelaksanaan

strategi, kawalan, penilaian dan maklum balas. Manakala pengaruh kepemimpinan pentadbir

dikenal pasti melalui peranan pentadbir, sifat pentadbir, tingkah laku pentadbir dan gaya

kepemimpinan pentadbir. Halangan-halangan yang mempengaruhi sekolah selamat dikenal

pasti melalui kelemahan dan ancaman yang dihadapi oleh sekolah-sekolah kajian. Hasil

kajian ini membolehkan kepemimpinan pentadbir dapat merangka perancangan strategik

berkesan dan pentadbir menonjolkan ciri-ciri kepemimpinan berkesan untuk pembentukan

sekolah selamat.

Analisis kekuatan

Kajian ini adalah berbentuk kajian deskriptif dan tinjauan sampel. Gay dan Peter

(2003) menjelaskan kajian deskriptif adalah mencari dan mengenal pasti kejadian sesuatu

perkara. Hal ini bermatlamat untuk menjelaskan sesuatu fenomena (Mohd. Najib, 2000).

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif dengan penekanan kepada 70%

kuantitatif dan 30% kualitatif. Tumpuan bagi mengenal pasti pengaruh perancangan strategik

adalah berdasarkan langkah-langkah strategik iaitu visi dan misi, analisis persekitaran,

pembentukan strategi, pelaksanaan strategi, kawalan, penilaian dan maklum balas. Manakala

pengaruh kepemimpinan pentadbir dikenal pasti melalui peranan pentadbir, sifat pentadbir,

tingkah laku pentadbir dan gaya kepemimpinan pentadbir. Halangan-halangan yang

mempengaruhi sekolah selamat dikenal pasti melalui kelemahan dan ancaman yang dihadapi

oleh sekolah-sekolah kajian. Lokasi kajian dijalankan di beberapa buah sekolah rendah dan

menengah yang melibatkan 15 buah sekolah iaitu 8 buah sekolah rendah dan 7 buah sekolah

menengah yang terletak berhampiran dengan kawasan persekitaran bandar daerah Semporna.

Sampel kajian terdiri daripada pentadbir sekolah di kawasan kajian. Jumlah sampel kajian

2
seramai 110 orang responden yang terdiri daripada kalangan pengetua/guru besar, penolong-

penolong kanan dan ketua-ketua bidang di sekolah-sekolah kajian.

Pengkaji mengambil data secara analisis regresi pelbagai dilakukan. Selain itu

pengkaji juga membuat temu bual dan dilakukan melibatkan beberapa pentadbir di sekolah-

sekolah kajian. Data-data temu bual juga disusun secara kuantitatif supaya mudah dianalisis

melalui pendekatan statistik kuasi dengan mengira bilangan kali sesuatu perkara yang dikenal

pasti dalam data kajian.Hasil temu bual menunjukkan bahawa sekolah kajian memberikan

penekanan terhadap polisi sekolah selamat dan melaksanakan langkah-langkah keselamatan.

Pengkaji juga telah membuat kajian-kajian yang lepas, ini kerana kebanyakan kajian-

kajian yang dibuat dalam perancangan strategik sebelum ini lebih berfokus kepada hubungan

antara perancangan strategik dengan kualiti, prestasi dan keberkesanan sekolah. Skop kajian

seolah-olah terarah kepada menjawab persoalan bagaimana pendekatan ini dilaksanakan dan

kesan pendekatan ini apabila dilaksanakan terhadap kejayaan sekolah. Menyedari tentang

fokus kajian yang sebelumnya bersifat agak sama, maka kajian ini cuba memberi dimensi

fokus kepada pengaruh perancangan strategik sebagai satu variabel kajian terhadap

pembentukan sekolah selamat. Kajian ini menunjukkan terdapat pengaruh perancangan

strategik terhadap pembentukan sekolah selamat berdasarkan langkah-langkah strategik

seperti visi dan misi, analisis persekitaran, pembentukan dan pemilihan strategi, pelaksanaan

strategi, kawalan, penilaian dan maklum balas. Seterusnya dapatan kajian adalah selaras

dengan dapatan kajian terdahulu yang ditunjukkan dalam kajian Muda dan Rusilawati (2003),

kajian Marzita dan Sufean (2002) dan, kajian Ahmad Masrizal dan Sufean (2003) jelas

menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan perancangan strategik terhadap sekolah

selamat.

3
Analisis kelemahan

Pengkaji tidak membuat banyak kajian literatur terhadap pembetukan sekolah

selamat. Daripada hasil pembacaan jurnal yang dikaji oleh pengkaji kebanyakan kajian

liteatur lebih kepada kepimpinan pentadbir. Pendek kata, semua aspek dalam penulisan jurnal

memerlukan sumber rujukan literatur yang betul bagi membuktikan perbincangan kajian

lebih bersifat saintifik dan empirikal. Tujuan utama kajian literatur ialah untuk menjelaskan

kajian yang akan dijalankan berdasarkan maklumat dan pengetahuan yang tepat tentang

hubung kait isu yang hendak dikaji.

Pengkaji tidak membuat kajian rintis. Tujuan kajian rintis dibuat adalah untuk

mendapatkan ketelusan data daripada ujian percubaan melalui kumpulan kecil individu.

Tujuan lain adalah untuk menilai ketekalan (reliability) item daripada aspek; aras item,

objektif item, kefahaman item, kebolehgunaan item dan arahan item itu sendiri. Instrumen

yang baik adalah instrumen yang dibina sendiri oleh penyelidik bagi maksud pengumpulan

data dalam sesuatu kajian. Dengan itu, seseorang penyelidik tidak begitu digalakan untuk

mengambil sebarang contoh, bentuk dan jenis soal selidik yang sedia ada atau yang

dikeluarkan oleh agensi atau bank item daripada sources of test information bagi

penyelidikan pendidikan atau daripada pihak pengeluar dan pembekal soal selidik seperti;

Mental Measurements Year books (MMY). Dengan itu, penyelidik sepatutnya menguji

sendiri kebolehpercayaan (reliability) instrumen soal selidik melalui kajian rintis dengan

menggunakan salah satu teknik atau kombinasi antara beberapa teknik untuk menguji darjah

kebolehpercayaan item yang bertujuan untuk melihat internal consistency correlation

coefficient item-item.

Pengkaji juga telah mengkaji dan memilih lokasi kajian dijalankan di beberapa buah

sekolah rendah dan menengah yang melibatkan 15 buah sekolah iaitu 8 buah sekolah rendah

dan 7 buah sekolah menengah yang terletak berhampiran dengan kawasan persekitaran

4
bandar daerah Semporna. Situasi sekolah selamat menurut pengkaji tidak releven kerana

tahap keselamatan sekolah antara sekolah menengah dan sekolah rendah berbeza. Lokasi

kajian juga hanya tertumpu di kawasan persekitaran bandar.

Cadangan penambahbaikan

Pengkaji perlu membuat kajian yang seimbang dalam kajian literature. Pengkaji

bukan hanya membuat kajian literature terhadap pengaruh perancangan strategi dan

kepimpinan pentadbir. Ia juga perlu melibatkan kajian literature terhadap pembentukan

sekolah selamat. Tujuan utama kajian literatur ialah untuk menjelaskan kajian yang akan

dijalankan berdasarkan maklumat dan pengetahuan yang tepat tentang hubung kait isu yang

hendak dikaji. Di antara kajian-kajian lepas yang menjadi rujukan kita seperti artikel jurnal,

tesis, kertas kerja, prosiding, buku malah dokumen-dokumen yang berkaitan. Namun, ia

bergantung kepada tahap keutamaan, seperti contohnya ingin menetapkan teori yang akan

kita gunakan dalam kajian, rujukan daripada keratan akhbar dan kertas kerja masih tidak

memadai. Malah perlu mencari sumber yang kukuh hasil daripada penulisan buku daripada

sarjana terbabit dan juga jurnal-jurnal terkini yang dihasilkan.

Pengkaji perlu membuat kajian rintis, ini kerana instrument yang berkualiti tinggi

perlu dibangunkan supaya kita boleh mendapat maklumat yang tepat dalam sesebuah

kajian. Instrumen ini perlu bebas daripada bias jantina dan bias kategori sekolah

supaya ia boleh digunakan secara lebih praktikal dan menyeluruh di Malaysia. Kesahan

dan kebolehpercayaan instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen

daripada terdedah kepada kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan

kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi

menghasilkan kajian yang lebik baik dan berkualiti.

5
Daripada hasil kajian, pengkaji perlu mengambil data dari beberapa buah sekolah di

kawasan bandar dan di kawasan luar bandar. Ini kerana tahap keselamatan antara sekolah

kawasan bandar dan kawasan luar bandar tidak sama. Berkemungkinan besar tahap

keselamatan di sekolah bandar lagi mencabar berbanding di sekolah luar bandar. Hasil

dapatan kajian berkemungkinan berbeza. Seharusnya pengkaji perlu mengambil data di

sekolah yang berbeza dan bukannya hanya tertumpu pada sekolah di sekitar kawasan Bandar

sahaja.

Penutup

Penelitian pengkaji terhadap isu ini membantu ke arah kefahaman yang lebih jelas

terhadap perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir yang memberi pengaruh dan

impak terhadap pembentukan sekolah selamat. Hasil dapatan kajian boleh dimanfaatkan

sepenuhnya oleh kepemimpinan pentadbir di sekolah untuk membuat perancangan strategik

berkesan terhadap pembentukan sekolah selamat. Oleh itu pengkaji mengaplikasikan

perancangan strategik terhadap pembentukan sekolah selamat memberi ruang kepada

kepemimpinan pentadbir sekolah untuk merangka strategi yang berkesan. Di samping itu

kepemimpinan pentadbir juga perlu menonjolkan ciri-ciri kepemimpinan berkesan untuk

kejayaan pelaksanaan program sekolah selamat.

6
Rujukan

Gay L.R. dan Peter A. 2003. Educational Research : Competencies for Analysis and

Applications. Edisi ke-7. New Jersey : Upper Saddle River, Prentice Hall Inc.

Marzita Abu Bakar dan Sufean Hussin. 2002. Pengurusan Strategik di Kalangan Pengurus-

pengurus Sekolah Agama JAIS, dalam Jurnal Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan. Jilid 12, Bil.

02, hlm. 97 - 125.

M.B. Muda dan Rusilawati Othman. 2000. Model Rantaian Nilai Dalam Pendidikan: Prakarsa

Bagi Pelaksanaan Strategi di Peringkat Institusi Pendidikan. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan

Pendidikan. Jil. 10, Bil. 02. hlm. 18 - 34.

Mohd. Najib Gaffar. 2000. Penyelidikan Pendidikan. Skudai, Johor : Universiti Teknologi

Malaysia.

Keselamatan pelajar di sekolah,http://kubangpasuturn.blogspot.com/2008/04/keselamatan-

pelajar-di-sekolah.html, Tarikh diakses 14 Julai 2015

Anda mungkin juga menyukai