Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA: BENGKEL MENGENALI POTENSI DIRI BAGI PELAJAR

TAHUN ENAM SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN HI-TECH

1.0 PENDAHULUAN
Sekolah adalah satu institusi yang dapat menyediakan perkhidmatan yang
berbentuk perkembangan dan penyuburan yang meliputi proses pembesaran dan
pertumbuhan potensi bakat, akal , emosi, sahsia, budaya, agama dan nilai-nilai murni
pelajar. Oleh itu, adalah sangat wajar dan baik bagi pihak sekolah mengadakan bengkel
mengenali potensi diri ini bagi memberi pelajar peluang untuk mengetahui dengan lebih
lanjut dan mendalam mengenai diri mereka sendiri.

2.0 LATAR BELAKANG


Walaupun dari segi kesediaan dan kemahiran masih kurang, namun pihak
sekolah tetap mencuba untuk mengadakan program ini. Pihak sekolah mengadakan
program ini sebagai memberi ruang dan laluan untuk pelajar menimba ilmu kepimpinan
dalam memimpin dan menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin dalam
sesebuah organisasi dan pertubuhan. Seterusnya, program ini juga diharapkan agar
dapat memberi semangat dan galakkan kepada para pelajar lain menerusi strategi
ombak biru laut.

2.1 KEKUATAN
a. Kerjasama guru-guru untuk menjayakan program ini.
b. Para pelajar memberi kerjasama yang membanggakan untuk menyertai
program yang telah dipilih..
c. Mendapat sokongan padu daripada pihak pentadbir dalam pengurusan
dan perjalanan program ini.

2.1 KELEMAHAN

a. Masalah kesuntukan masa untuk merancang dan melaksanakan program


yang dirancang.

3.0 MATLAMAT AM
1. Melahirkan pelajar yang sentiasa berakhlak dan berdisiplin.

1
2. Melahirkan pelajar yang sentiasa bertanggung jawab dan bersatu
padu antara sama lain dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
3.Pelajar dapat membentuk sahsiah dan jati diri serta berketrampilan dalam
mengharungi kehidupan pada masa hadapan.

4.0 OBJEKTIF KHAS

1. Memberi peluang kepada pelajar memperkembangkan daya kreativiti dan semangat


berkumpulan.

2. Meningkatkan keyakinan diri pelajar.

3. Mendapat pengetahuan dan membentuk sahsiah diri.

4. Mengembangkan semangat kerjasama dalam kumpulan.

5. Sentiasa mengamalkan sikap kekitaan tanpa mementingkan diri sendiri.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech

6.0 CADANGAN

6.1 CADANGAN AKTIVITI

6.1.1 Bengkel Mengenali Potensi Diri


6.1.2 Strategi Ombak Laut Biru
6.1.3 Rahsia Tarikh Lahir

6.2 TARIKH DAN TEMPAT


Tarikh : 4 Oktober 2015 (Ahad)

Masa : 11.30 – 12.30 petang

Tempat : Dewan Terbuka Sek. Keb Taman Hi-Tech

7.0 BELANJAWAN

7.1 SUMBER KEWANGAN

Pihak sekolah, persendirian

2
7.2 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Butiran/ Perkara Jumlah


1 Kertas A4 RM 13.00
3 Gambar RM 5.00
4 Dokumentasi RM 15.00
JUMLAH RM 33.00

8.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn. Hajah Wan Soraiya binti Hj Wan Yahya (Guru Besar SK Taman Hi-
Tech)

N.Pengerusi : Pn. Khairiyah Binti Ahmad@Osman (Mentor)

Setiausaha : En. Arivalagan A/L Nadarajan

En. Azroy Bin Norazlan Mahendiran

10.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA :

Penceramah : En. Arivalagan A/L Nadarajan

En. Azroy Bin Norazlan Mahendiran

Dokumentasi : En. Arivalagan A/L Nadarajan

Fotografi : En. Azroy Bin Norazlan Mahendiran

11.0 TINDAKAN PENTADBIRAN

i. Adalah diharapkan program ini berjalan lancar dan dapat mencapai objektif
yang dirancangkan serta para pelajar mendapat manafaat. Semoga usaha yang
tidak seberapa ini mendapat ganjaran dan keberkatan di sisi Allah
SWT.Sekian.

3
Disediakan oleh,

…………………………….
( En. Arivalagan Nadarajan )
Penyedia Kertas Kerja Bengkel Mengenali Potensi Diri

Disediakan oleh,

…………………………….
( En. Azroy Norazlan)
Penyedia Kertas Kerja Bengkel Mengenali Potensi Diri

Disokong oleh,

.................................................
Pn. Khairiyah Binti Ahmad@Osman

(Mentor)

SK Taman Hi-Tech, Kulim, Kedah.

4
ii. Ulasan Guru Besar :

_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

Disahkan oleh :

…………………………………..

(Hjh. Wan Soraiya Binti Hj Wan Yahya)

Guru Besar,

SK Taman Hi-Tech, Kulim, Kedah.

Anda mungkin juga menyukai