Anda di halaman 1dari 3

1.

0 TAJUK

 Menentukan hubungan antara arus dan beza keupayaan

2.0 TUJUAN

 Mengkaji hubungan antara arus dengan beza keupayaan bagi konduktor ohm.

3.0 PENGENALAN

Dalam litar elektrik, Hukum Ohm menyatakan bahawa arus elektrik, I yang
mengalir malalui sesuatu pengalir antara dua titik yang lain adalah berkadar langsung
dengan beza keupayaan, V antara kedua-dua titik, serta berkadar songsang dengan
rintangan, R antara kedua-dua titik.
Di samping itu, hukum ohm mengatakan bahawa beza keupayaan V yang
merentasi satu konduktor logam berubah secara langsung dengan arus (I), jika suhu
dan sifat fizik lain adalah tetap.
Hukum ini dinamakan sempena Georg Ohm, yang menunjukkan perubahan
arus dan beza keupayaan dalam litar elektrik ketika menggunakan dawai yang
mempunyai panjang berbeza.
Akhir sekali, hukum ini sangat berguna dalam bidang kejuruteraan elektrik dan
elektronik kerana menunjukkan hubungan arus, voltan dan rintangan pada tahap
makroskopik, iaitu sebagai unsur dalam litar elektrik. Pada tahap mikroskopik, ahli
fizik menggunakan persamaan vektor lain yang berhubung kait dengan Hukum Ohm.

4.0 GAMBARAJAH

1
5.0 PROSEDUR

1. 10 cm dawai konstantan disambungkan dalam litar seperti gambarajah diatas.

2. Suis dihidupkan dan reostat dilaraskan supaya ammeter menunjukkan bacaan 0.1A.
Bacaan volmeter dicatatkan.

3. Prosedur 2 diulang dan reostat dilaraskkan sehingga bacaan ammeter pada 0.2A, 0.3A,
0.4A dan 0.5A. Bacaan volmeter yang sepadan dicatatkan.

4. Graf V malawan I diplotkan. Skala mesti dimula dari asalan.

5. Kecerunan graf V melawan I dihitung.

6.0 PENJADUALAN DATA

Arus, I (A) Beza Keupayaan, V (V)


0.1A 0.2 V
0.2A 0.3V
0.3A 0.4V
0.4A 0.5V
0.5A 0.6V

7.0 PERBINCANGAN

1. Untuk memastikan suhu dimalarkan sepanjang eksperimen ini;

a. Arus yang digunakan hendaklah kecil.


b. Bukakan suis apabila tidak mengambil bacaan untuk mengelakkan dawai daripada
panas.

2
2. Kecerunan graf beza keupayaan, V melawan arus, I, mewakili rintangan dawai konstantan
tersebut.

𝑉
a. R =
𝐼

0.3
=
0.2

= 1.5 Ω

𝑉
b. R =
𝐼

0.5
=
0.4

= 1.25 Ω

8.0 KESIMPULAN

1. Semakin bertambah arus yang melalui konduktor ohm, semakin bertambah beza
keupayaan yang merentasinya. Hipotesis diterima.

2. Graf V melawan I ialah satu garis lurus melalui asalan. Ini menunjukkan bahawa V
berubah secara langsung dengan I.

Anda mungkin juga menyukai