Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2017 AMALI

SAINS
SEKOLAH
RENDAH

SAINS,
TEKNOLOGI,
KEJUTERAAN
DAN
MATEMATIK
(STEM)
SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK (STEM)
1
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2017 AMALI
SAINS
SEKOLAH
RENDAH

LATAR BELAKANG

Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Kementerian Pendidikan pada 8 Januari 2014


telah memutuskan supaya istilah aliran STEM digunakan bagi menggantikan aliran Sains
yang diguna pakai sebelum ini. STEM merangkumi bidang pengajian yang lebih luas iaitu
pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Pendefinisian semula ini adalah
sejajar dengan perubahan definisi di peringkat antarabangsa seperti yang dilaksanakan oleh
Amerika Syarikat, Australia dan Thailand. Hal ini kerana STEM dapat memberi impak yang
lebih menyeluruh dalam membekalkan modal insan di pelbagai peringkat tenaga kerja bagi
menyokong pembangunan ekonomi negara.

Program Transformasi Kerajaan menyasarkan penyediaan 1 juta perjawatan dalam


bidang STEM menjelang 2020. Bagi memastikan sasaran ini berjaya, Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam Pelan Hala Tuju Pembangunan Sumber Tenaga
Kerja S&T (Science and Technology Human Capital Roadmap: Towards 2020) memerlukan
Kementerian Pendidikan membekalkan sebanyak 270,000 orang murid aliran STEM
setahun menjelang tahun 2020. Kementerian Pendidikan turut diberikan tanggungjawab
memastikan modal insan yang dilahirkan melalui sistem pendidikan negara menepati kuantiti
dan kualiti keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Dalam hal ini, negara memerlukan
sasaran 60 peratus murid sekolah menengah atas berada di aliran STEM.

Selaras dengan usaha untuk merealisasikan Dasar 60:40, Kementerian Pendidikan


telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji punca serta cadangan penyelesaian
kepada kemerosotan peratusan enrolmen murid yang mengikuti Aliran Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik di sekolah. Jawatankuasa khas ini dinamakan Jawatankuasa
Mengkaji Dasar 60:40 Aliran Sains/Teknikal:Sastera dan dipengerusikan oleh Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia.

Faktor utama yang menyebabkan Dasar 60:40 tidak tercapai berpunca daripada
kelemahan dari aspek kurikulum, kualiti pengajaran dan pembelajaran, infrastruktur,
persepsi terhadap STEM, sokongan, populariti, prospek kerjaya dan pengiktirafan yang
saling berkait antara satu sama lain. Laporan ini mencadangkan 4 inisiatif utama bagi
meningkatkan penyertaan murid dalam aliran STEM agar Dasar 60:40 dapat dicapai iaitu:

2
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2017 AMALI
SAINS
SEKOLAH
RENDAH

a. memperkukuhkan pendidikan STEM


b. meningkatkan kemahiran dan keupayaan
c. mempopularkan pendidikan STEM
d. memberi insentif

Susulan daripada itu, Kementerian Pendidikan pada tahun 2013 telah mengenal pasti
100 inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Satu
daripadanya ialah Inisiatif Pengukuhan STEM. Pelaksanaan Inisiatif Pengukuhan STEM di
dalam PPPM 2013-2025 telah mengambil kira laporan strategi mencapai Dasar 60:40.

Antara usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk
meningkatkan sumber tenaga mahir dan pakar dalam bidang penyelidikan dan industri
adalah menerusi pengukuhan STEM. Penekanan kepada asas kemahiran STEM di
peringkat sekolah amat penting dalam usaha menyediakan pelajar yang berkelayakan
meneruskan pengajian di instutisi pengajian tinggi bagi memenuhi keperluan tenaga kerja
berkemahiran tinggi. Walau bagaimanapun sasaran nisbah yang ditetapkan masih belum
tercapai dan dikhuatiri akan memberi implikasi kepada pembangunan negara.

Pendidikan STEM adalah antara agenda yang diberikan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Sehubungan dengan itu, KPM giat berusaha
memantapkan pendidikan STEM untuk menarik lebih ramai murid menceburi bidang STEM
di peringkat sekolah melalui aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum dengan sokongan daripada
pelbagai pihak berkepentingan. Oleh itu, pendidikan STEM penting dalam menyediakan
murid untuk menghadapi cabaran dan berdaya saing di peringkat global. KPM akan
memastikan murid dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM yang
diperlukan untuk meneruskan pengajian di peringkat tertiary dan seterusnya menghadapi
cabaran dunia yang sentiasa berubah. Usaha juga perlu dibuat untuk memantapkan PdP
STEM bagi menarik lebih ramai murid menceburi bidang STEM di peringkat sekolah dengan
aktiviti yang mencabar minda melalui inkuiri, pembelajaran berasaskan masalah dan
pembelajaran berasaskan projek.

Dalam aspek bekalan guru Sains tulen, bilangan guru opsyen tulen adalah
berlebihan tetapi bilangan murid yang mengikuti aliran ini adalah sedikit. Kekurangan

3
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2017 AMALI
SAINS
SEKOLAH
RENDAH

enrolmen ini menyebabkan kelas aliran sains tidak dapat dibuka secara optimum seperti
yang disasarkan oleh KPM.

APAKAH ITU STEM ?

Menurut Anne Jolly (Artikel Enam ciri Pembelajaran “STEM), “STEM” bukan sahaja
merupakan satu kumpulan bidang mata pelajaran tetapi ia merupakan satu perubahan untuk
membentuk kefahaman yang mendalam mengenai Matematik dan Sains untuk
menyediakan murid dalam dunia kerjaya di abad 21.

“STEM” membentuk set yang yang terdiri dari kemahiran berfikir, menaakul, kerja
kumpulan, penyiasatan dan kreativiti dalam kalangan murid yang boleh digunakan dalam
kehidupan seharian mereka. “STEM” bukan yang berdiri sendiri tetapi adalah satu kaedah
secara terus menggabungjalinkan mata pelajaran merentasi kurikulum.

Sepintas lalu berkaitan akronim S T E M :

Sains : Kajian mengenai dunia semula jadi


Teknologi : Merangkumi produk yang dibuat berdasarkan permintaan.
Produk yang dicipta oleh anak-anak untuk menyelesaikan masalah.
Engineering / Kejuruteraan: Proses merebentuk yang boleh digunakan oleh anak-anak
untuk menyelesaikan masalah.
Matematik : Bahasa nombor, bentuk dan kuantiti yang sering dianggap tidak relevan
oleh kebanyakan murid.

Pendidikan STEM adalah pendidikan yang berasaskan kepada konsep mendidik


murid dalam empat bidang : Sains, Teknologi, Kejuteraan dan Matematik dengan
mengintegrasikan dan mengaplikasikannya dalam konteks dunia sebenar. Pendidikan
STEM boleh menarik minat murid melalui aktiviti yang mencabar, menyeronokkan dan
bermakna.

Secara dasarnya, STEM ini dapat ditakrifkan sebagai bidang yang merangkumi
elemen-elemen penting berikut;

4
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2017 AMALI
SAINS
SEKOLAH
RENDAH

 Robotik
 Pembelajaran Project Based Learning
 Pembelajaran Problem Based learning
 Pembelajaran Designed- Thinking
 IBSE

Pengajaran dan pembelajaran (p&p) STEM yang berfokuskan murid dapat menghasilkan
pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. P&p yang menarik dapat
meningkatkan minat dan kecenderungan murid dalam STEM. Pelaksanaan p&p STEM
yang mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam mata pelajaran secara
mendalam melalui pendekatan inkuiri, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran
berasaskan masalah dalam konteks dunia sebenar. Murid yang mengikuti p&p STEM
mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi, inovatif, berhemah tinggi, berdikari, celik
teknologi, mampu mereka cipta, boleh menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

STEM merupakan satu bidang pembelajaran di sekolah dan bidang pengajian di


peringkat tertiari. Contoh bidang mata pelajaran STEM adalah seperti Sains, Kimia,
Matematik, Asas Kelestarian, Grafik Komunikasi Teknikal, dan Sains Komputer. Contoh
kursus STEM di peringkat tertiari pula adalah seperti Kejuruteraan Mekanikal, Perubatan,
Bio-kimia serta Pengkomputeran & Sistem Maklumat. Di samping itu, Pendidikan dan
Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) yang juga adalah komponen STEM akan mempunyai
nilai tambah yang tinggi dalam sektor perindustrian seperti minyak dan gas, kejuruteraan
penerbangan dan perkapalan serta teknologi hijau.

CIRI- CIRI PdP STEM

Guru perlu bersedia memainkan peranan dan membuat perancangan rapi untuk memberi
inspirasi dan peluang kepada murid menghayati STEM. P&p STEM bertujuan memberikan
peluang kepada murid untuk meminati, memperolehi dan mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran serta nilai dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan alam sekitar seperti
yang dihasratkan dalam kurikulum. Perancangan dan peranan guru dalam p&p STEM harus
bersesuaian dengan tujuan p&p STEM ini.

5
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2017 AMALI
SAINS
SEKOLAH
RENDAH

Tujuh ciri p&p STEM dikenalpasti bagi membimbing guru melaksanakan p&p STEM di
sekolah. Guru harus mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai mata pelajaran
tersebut untuk menyelesaikan sesuatu tugasan atau masalah dalam konteks kehidupan
harian, masyarakat dan alam sekitar seperti di bawah.

melibatkan murid
Ciri-ciri PdP STEM
dalam inkuiri dan
penerokaan terbuka

meningkatkan melibatkan murid


kepekaan murid dalam kerja
kepada isu dan berpasukan yang
masalah dunia produktif
sebenar

CIRI-CIRI P&P
memerlukan murid STEM memerlukan murid
beri pelbagai mengaplikasi
jawapan/penyele- pemahaman
saian dengan justifikasi kandungan STEM

melibatkan murid memberi peluang


mengaplikasikan murid menambah
kemahiran proses baik jawapan atau
mereka bentuk produk

Anda mungkin juga menyukai