Hikam 64

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 3

Hikmah 65: Kurniaan Allah s.w.t.

dan Tanda ‘Ariffin

Maksud Hikmah 65: Jika engkau melihat seorang hamba yang ditetapkan allah s.w.t dalam

menjaga wiridnya di samping berterusan bantuan allah s.w.t, maka jangan engkau

meremehkan pemberian Allah s.w.t kepadanya sekalipun belum terlihat padanya tanda orang

arif (ahli makrifat) dan seri cahaya orang yang cinta kepada allah s.w.t (muhibbin), karena

sekiranya tidak ada warid tidak mungkin adanya wirid.

Syeikh Zarruq Rahimahullah berkata: “Antara adab yang baik ialah tidak menjatuhkan

maruah orang Islam. Lebih-lebih lagi ahli al-haq di kalangan hamba-hamba Allah s.w.t., ahli

zuhud dan ahli taat serta istiqamah. Sebaliknya, antara jahat adab dengan manusia ialah

sepertimana penjelasan pengarang dalam hikmah ini.”

Seseorang hamba yang beribadah kepada Allah s.w.t. boleh jadi tidak mendapat

sebarang kurniaan yang zahir, maka janganlah menganggap ibadah itu sebagai sia-sia. Hal ini

kerana mengerjakan ibadah juga merupakan tanda kurniaan Allah s.w.t. Ibn Abbad menambah,

hamba terbahagi kepada dua; Golongan ‘ariffin yang dikasihi Allah s.w.t. penuh dengan

ubudiyyah, dan orang soleh yang melakukan amal zahir yang dikenali sebagai zuhud.

Syeikh al-Buti Rahimahullah berkata: “Makna yang hendak diberi peringatan oleh Ibn

Athaillah daripada hikmahnya ialah kesan wirid, jika dilazimi oleh orang Islam dalam

kehidupan harian akan menyampaikan kepada Allah s.w.t. dan juga dating kurniaan-kurniaan

Tuhan.” Hamba Allah s.w.t. yang khusyuk terbahagi kepada dua; Zahirnya ibadah-ibadah

seperti solat dan lainnya. Mereka dikenali sebagai ubbad dan zuhhad yang beramal untuk

mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah s.w.t., dan mereka yang ‘ariffin dan ahli mahabbah

yang hanya mahu kepada Allah s.w.t. sahaja. Hal ini seperti yang disyairkan oleh Rabiah al-

Adawiyah.
Walaupun berada dalam maqam golongan pertama ahli ibadah dan zuhud yang belum

jelas tanda-tandanya, tetapi sebenarnya mereka telah mendapat kurniaan Allah s.w.t. kerana

iradat dalam melakukan ibadah. Syeikh Zarruq Rahimahullah berkata: Tanda orang ‘ariffin ada

tiga; Pertama berpaling daripada segala-galanya dalam apa jua keadaan. Kedua menghadap

Allah s.w.t. dengan meninggalkan kehendak nafsu dan menunaikan segala haq, dan yang

terakhir redha terhadap segala qada’Nya.

Wirid dan warid yang telah disentuh pada hikmah 64 disentuh lagi dalam hikmah ke

77. Orang yang berpegang teguh dengan wiridnya menempuh salah satu dari dua jalan, iaitu;

Jalan pertama adalah jalan ahli akhirat dan jalan kedua adalah jalan ahli Allah s.w.t. Ahli

akhirat berpegang teguh pada wiridnya sesuai dengan tuntutan syariat kerana dia

mengharapkan balasan syurga dan dijauhkan dari azab neraka. Mereka berpeluang

memperolehi kurniaan Allah s.w.t untuk mencapai makam Mukmin. Orang Mukmin adalah

orang yang terjamin syurga baginya. Mereka bukan sahaja terjamin mendapat syurga di akhirat,

bahkan semasa hidup di dunia lagi mereka mendapat pelbagai kurniaan daripada Allah s.w.t

seperti keberkatan pada usaha dan ketenangan pada jiwa.

Orang Mukmin berada dalam maqam asbab. Keberkatan yang dikurniakan kepada

mereka menyebabkan mereka dapat menjalankan kehidupan mereka mengikut kedudukan

asbab tanpa bercanggah dengan syariat. Kejayaan mengharmonikan pelbagai anasir dalam

dirinya di bawah paying syariat menyebabkan jiwanya menjadi tenang. Jalan kedua adalah

jalan ahli Allah s.w.t. Orang yang menjalani jalan ini dinamakan salikin, salik, muridin atau

murid. Orang salik mengamalkan wirid bukan kerana berkehendakkan balasan syurga dan

bukan kerana mahu mengelakkan seksaan neraka. Tujuannya adalah untuk membersihkan hati

dan berharap agar Allah s.w.t mengurniakan kepadanya makrifat.


Makrifatullah yang dicari bukan syurga yang dituntut. Apabila memperolehi makrifat

dia dipanggil orang arif, yaitu orang yang mengenal Allah s.w.t. Seterusnya, kehalusan adab

sopannya dan kehalusan kurniaan Allah s.w.t kepadanya menjadikannya orang yang mencintai

Allah s.w.t (muhibbin). Walau jalan mana yang ditempuh, di sana terdapat mereka yang telah

berpegang teguh dengan berwirid tetapi tanda-tanda orang yang berjaya sampai ke puncak

tidak kelihatan pada mereka. Mereka tidak mendapat kurniaan Allah s.w.t dalam bentuk

pengalaman kerohanian yang halus-halus. Tidak ada tanda ahli makrifat dan tidak ada cahaya

ahli muhibbin pada mereka. Kemungkinannya mereka dipandang rendah oleh orang lain.

Orang banyak menilai pencapaian berdasarkan kepada apa yang nyata, seperti

pembuktian dengan karamah atau kefasihan menyampaikan ilmu makrifat. Pandangan yang

demikian merupakan satu kekeliruan. Sebenarnya kesanggupan untuk mengekalkan wirid

sudah merupakan kurniaan yang besar daripada Allah s.w.t. Sekiranya Allah s.w.t tidak

mengurniakan kepadanya keteguhan hati tentu mereka tidak sanggup mengekalkan wirid.

Keteguhan hati dalam menjaga wirid adalah warid yang datang dari Allah s.w.t dan tidak semua

orang memperolehinya. Oleh yang demikian janganlah meremehkan orang yang teguh

menjaga wirid sekalipun tidak kelihatan tanda-tanda kecemerlangan pada mereka.

Anda mungkin juga menyukai