Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

AKTIVITI RANCANGAN INTERGASI MURID UNTUK PERPADUAN


(RIMUP)
2007

1. Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan program Rancangan


Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya
telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah
rendah dan menengah pada tahun 2005.

KPM memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara
murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara
mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana
hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adapt resam sesuatu kaum dengan
kaum yang lain.

KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra
secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat
tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula kea rah
merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan
harmoni.

2. Konsep

RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat,


para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan
bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.

3. Matlamat

Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan,
memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi
cabaran kolektif dan bersepadu.
4. Objektif Rancangan

 Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat,para guru dan murid serta


warga sekolah dalam kegiatan khas secara bersama-sama.
 Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana
muhibbah secara sedar dan terancang.
 Melahirkan persefahaman dan tolenrasi antara murid pelbagai kaum di
sekolah.
 Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan
kegiatan khas secara bersama-sama.

5. Sekolah Terlibat.

5.1 SK Kayan, 32030, Sitiawan Perak


5.2 SJK (T) Kampung Kayan, 32030, Sitiawan, Perak.
5.3 SJK (C) Uk Dih, Kampung Koh Sitiawan, Perak.

6. Program Yang Akan Dijalankan

6.1 Program Padu Anak Malaysia- Pertandingan dan Aktiviti Sukan.


6.2 Sambutan Hari Raya - Majlis Ramah Mesra..
6.3 Lawatan Sambil Belajar - Lawatan ke tempat bersejarah.

6.1 Program Padu Anak Malaysia

6.1.1 Pengenalan

Program Padu Anak Malaysia Adalah satu program yang dapat


membentuk generasi muda berdisiplin, bersikap positif, mengamalkan nilai-nilai
murni dan penyayang dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

6.1.2 Jenis Aktiviti

Jenis aktiviti yang akan dijalankan ialah Pertandingan dan Aktiviti Sukan.
6.1.3 Matlamat

Melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa


dan peribadi unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran
secara kolektif dan bersepadu.

6.1.4 Objektif

Dapat mengkoordinasikan deria penglihatan dengan gerak kaki dan tangan


dengan betul serta dapat memupuk semangat muhibbah dan perpaduan kaum serta
kerjasama antara satu sama lain.

6.1.5 Sasaran

Seramai 96 orang pelajar iaitu 32 orang pelajar setiap sekolah.

6.1.6 Tarikh dan Masa

5 November 2007 (Isnin) bermula jam 9.00 pagi.

6.1.7 Jawatankuasa

RUJUK LAMPIRAN.

6.2 Sambutan Hari Raya

6.2.1 Pengenalan

Hari Raya Aidilfitri dikenali juga sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya
Fitrah atau Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri disambut oleh orang Islam pada 1
Syawal, iaitu bulan ke 10 dalam takwin Islam. Perayaan ini juga lebih dkenali
sebagai Hari Raya Puasa kerana dirayakan setelah umat Islam sempurna
mengerjakan ibadat puasa pada bulan Ramadhan.

6.2.2 Jenis Aktiviti

Jenis aktiviti yang akan dijalankan ialah Majlis Ramah Mesra.

6.2.3 Matlamat
Melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa
dan peribadi unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran
secara kolektif dan bersepadu.

6.2.4 Objektif

Dapat meningkatkan pengetahuan tantang sambutan Hari Raya Aidilfitri


serta menghormati umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri.

6.2.5 Sasaran

Seramai 96 orang pelajar iaitu 32 orang pelajar setiap sekolah.

6.2.6 Tarikh dan Masa

5 November 2007 (Isnin) bermula jam 12.00 tengah hari.

6.2.7 Jawatankuasa

RUJUK LAMPIRAN.

6.3 Lawatan Sambil Belajar.

6.3.1 Definisi

Program lawatan ke tempat-tempat yang dapat meningkatkan pengetahuan


am murid.

6.3.2 Jenis Aktiviti

Lawatan ketempat bersejarah dan ke pusat flora dan fauna seperti zoo
negeri dan taman bunga.

6.3.3 Matlamat

Melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa


dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi
cabaran secara kolektif dan bersepadu serta dapat memberikan sumbangan kepada
masyarakat dan negara.

6.3.4 Objektif
Dapat meningkatkan pengetahuan murid tentang tempat-tempat yang
dilawati serta dapat berkomunikasi dengan rakan pelbagai kaum.

6.3.5 Sasaran

Seramai 96 orang pelajar iaitu 32 orang pelajar setiap sekolah.

6.3.6 Tarikh dan Masa

21 November 2007 (Rabu)

6.3.7 Tempat Lawatan

Kuala Kangsar dan Taiping

6.3.8 Guru Pengiring

Empat orang guru pengiring dari setiap sekolah yang terlibat.

6.3.9 Jadual Lawatan

Tarikh Masa Aktiviti


21 / 11 / 2007 7.00 am Memulakan perjalanan dari Sitiawan
(Rabu) 9.00 am Sampai di Bandar Kuala Kangsar
9.10 am Mengujungi Istana lama Kuala kangsar
10.00am Melawat Balai Seni Kuala Kangsar
10.30 am Mengunjungi Sungai Perak dengan menaiki feri
11.30am Bertolak ke Bandar Taiping
12.30pm Sampai di Bandar Taiping dan makan tengahari.
1.30pm Melawat Zoo Taiping
3.00pm Melawat Tasik Taiping
4.00pm Melawat Muzium Taiping
5.00pm Bertolak pulang ke Sitiawan
7.00pm Sampai ke sekolah masing-masing

6.3.10 Jawatankuasa

RUJUK LAMPIRAN.
7. Perbelanjaan kesemua program

BIL BUTIRAN JUMLAH


1 Program Pertandingan dan aktiviti sukan
(RM 400.00 X 3 buah sekolah) RM 1 200.00
2. Program Sambutan Hari Raya
(RM 10.00 X 32 orang murid setiap sekolah X 3 buah
sekolah) RM 960.00
3 Prorgam Lawatan Sambil Belajar
(RM 960.00 X 3 buah sekolah) RM 2 880.00
4 Topi untuk pelajar
(RM 10.00 X 32 orang murid setiap sekolah X 3 buah
sekolah) RM 960.00
JUMLAH RM 6 000.00

8. Butiran Perbelanjaan

8.1 Program Pertandingan dan Aktiviti Sukan

Hadiah Murid 96 murid X RM 10.00 = RM 960.00


Air Minuman 6 kotak X RM 12.50 = RM 75.00
Glass paper 12 helai X RM 1.00 = RM 12.00
Cellotape 6 biji X RM 2.50 = RM 15.00
Brown paper 60 helai X RM 0.50 = RM 30.00
Runcit RM 36.00 X 3 sekolah = RM 108.00

JUMLAH A = RM 1 200.00

8.2 Program Sambutan Hari Raya

Makan murid 96 murid X RM 10.00 = RM 960.00


Topi murid 96 murid X RM 10.00 = RM 960.00

JUMLAH B = RM 1 920.00

8.3 Program Lawatan Sambil Belajar

Sewa Bas RM 700.00 X 3 sekolah = RM 2 100.00


Makan Tengahari 96 murid X RM 5.00 = RM 480.00
Tiket Zoo Taiping 96 murid X RM 1.00 = RM 96.00
Tambang Feri Sungai Perak 96 murid X RM 1.00 = RM 96.00
Runcit RM 36.00 X 3 sekolah = RM 108.00
JUMLAH C = RM 2 880.00

Jumlah A + B + C = RM 6 000.00
9. Kesimpulan

Harapan agar Program RIMUP ini mencapai matlamatnya dan mendapat sokongan padu
daripada semua pihak lebih-lebih lagi sekolah-sekolah yang terlibat. Badan-badan
kerajaan dan bukan kerajaan serta orang perseorangan malahan PIBG juga boleh
melibatkan diri dalam program seumpama ini. Semoga integrasi antara kaum dapat di
padukan serta disatukan menjadi masyarakat Malaysia yang aman dan makmur.

Disediakan oleh: Disemak Oleh:

Disahkan oleh:

Anda mungkin juga menyukai