Anda di halaman 1dari 18

Topik  Etika dan

Tanggungjawab
10 Sosial
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengguna pakai amalan etika dalam sesuatu perniagaan dan kerjaya;
2. Mengenal pasti peranan dan tugas peniaga dalam masyarakat;
3. Mengaplikasikan etika perniagaan dalam urusan perniagaan;
4. Mengaplikasikan etika perniagaan Islam;
5. Membandingkan etika perniagaan di Timur dengan etika perniagaan
di Barat; dan
6. Membincangkan hak-hak kita sebagai pengguna dan pihak-pihak yang
berkuasa tentang kepenggunaan.

 PENGENALAN
Dalam topik akhir ini, kita akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan
dengan etika iaitu etika perniagaan dan etika kerja, tanggungjawab sosial,
perniagaan dan masyarakat, dan kepenggunaan yang merangkumi hak-hak kita
sebagai pengguna dan peranan agensi-agensi yang berkaitan.

10.1 PENGENALAN ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB


SOSIAL
Dalam melakukan apa saja transaksi perniagaan, sama ada sebagai seorang
peniaga ataupun pengguna/pelanggan, kita haruslah mengamalkan tatatertib
yang telah digariskan. Etika dan tanggungjawab harus diambilkira setiap waktu
dalam perniagaan. Mari kita bincangkan kedua-dua konsep ini.
TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL  147

10.1.1 Etika
Tahukah anda bahawa perkataan etika berasal dari perkataan ÂethosÊ dalam
bahasa Yunani yang bermaksud tabii atau perangai? Secara formal, etika
ditakfirkan sebagai satu teori mengenai perlakuan baik buruk manusia dan
sejauh mana dapat ditentukan akal. Jika kita lihat dalam bahasa Latin, ÂethosÊ
disebut sebagai ÂmoresÊ yang dikatakan sebagai moral. Dalam bahasa Yunani
pula ia membawa maksud karakter.

Etika mengkaji hak dan tanggungjawab manusia ke atas peraturan-peraturan


moral yang digunakan semasa membuat keputusan dan juga jenis-jenis
perhubungan antara manusia. Caroll berpendapat bahawa etika dan taraf hidup
mempunyai kaitan yang rapat. Moral merupakan norma yang sesuai dengan
konsep yang diterima umum sebagai tingkah laku manusia yang baik dan wajar
dan dianggap sebahagian daripada etika.

Etika boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:


(a) Etika Deskriptif
(i) Ia merupakan suatu disiplin mengenai sejarah sistem moral yang
dianuti oleh setiap individu mahupun golongan tertentu.
(ii) Etika ini menyedarkan kita bahawa dalam dunia ini terdapat pelbagai
sistem moral yang relatif seperti moral kepada orang Kristian,
Buddha, Yahudi, Islam dan sebagainya.
(iii) Etika deskriptif ini menyatakan bentuk atau karakter yang sebenarnya
satu sistem moral yang ada. Etika ini tidak akan membuat pengadilan,
penilaian atau keputusan terhadap sistem-sistem moral tersebut.
(b) Etika Normatif
(i) Etika ini akan menilai, mengkritik dan membuat keputusan terhadap
sistem moral yang ada. Ia akan mencadangkan satu undang-undang
moral yang dianggap terbaik untuk diamalkan.
(ii) Etika ini akan mengemukakan satu sistem moral yang standard
berpandukan sistem yang sedia ada seperti etika guru.

Berikut merupakan dua jenis etika iaitu:


(a) Etika Perniagaan
Etika dalam perniagaan bertujuan mengkaji tindakan manusia sama ada
betul atau salah dalam konteks perniagaan. Etika ini ditentukan oleh
masyarakat yang digambarkan melalui media massa, kumpulan-kumpulan
berkepentingan, organisasi perniagaan, moral dan nilai individu sendiri.
Etika ini mengandungi tiga tahap iaitu:
148  TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

(i) Persoalan asas dalam masyarakat;


(ii) Stakeholder (pihak berkepentingan - pekerja, pembekal, pengguna,
pemegang saham); dan
(iii) Dasar-dasar dalaman (hubungan syarikat dengan para pekerja
kontrak yang adil, kewajipan pengurus dan pekerja, dan hak-hak
pekerja) dan layanan antara satu sama lain dalam sesebuah
organisasi.
(b) Etika Kerja
Etika kerja ini berkaitan dengan bidang pekerjaan sama ada bekerja di
sektor awam atau swasta dengan menceburi profesion tertentu dan mana-
mana jenis dan tahap pekerjaan. Tidak salah pada undang-undang jika ia
tidak diamalkan tetapi pekerjaan yang dikerjakan itu tidak lagi beretika
berdasarkan kepada norma-norma dan nilai-nilai masyarakat yang sedang
diamalkan. Sebagai contoh, bagi kod etika seorang doktor di mana doktor
tersebut hanya boleh berkongsi maklumat dan latar belakang seseorang
pesakit dengan pesakit itu sahaja mengikut masa yang diperlukan.

10.1.2 Jenis-jenis Tindakan Tidak Beretika


Terdapat empat jenis tindakan tidak beretika seperti berikut:
(a) Utilitarian
Berkembang daripada teleologi (consequentialist), etika telah diasaskan dan
menjadi kepentingan sebagai penakrifan. Konsep ini berasaskan fahaman
bahawa sesuatu keputusan yang dibuat itu hendaklah bergantung kepada
hasil yang diperolehi daripada perlaksanaannya. Matlamatnya ialah
memberi taraf kebaikan tertinggi kepada seberapa ramai orang. Sebagai
contoh, satu projek empangan yang dilaksanakan memerlukan pemindahan
penduduk seramai 100 orang. Walaupun terpaksa memindahkan 100 orang
dari kawasan tersebut, empangan tersebut memberi kebaikan kepada 10
juta orang. Ini bermakna walaupun terpaksa melibatkan 100 orang mangsa,
ia tidak memberi makna yang besar kerana kebaikan terhadap 10 juta
orang.

Rajah 10.1: Empangan Hidroelektrik Bakun di Sarawak.


TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL  149

Terdapat beberapa kelemahan pada konsep utilitarian iaitu tidak ada faktor
yang dikatakan baik yang boleh dimaksimumkan dalam suasana yang
berbeza, tidak berupaya menyukat utiliti pada faktor-faktor bukan
kewangan seperti kesihatan, kebajikan dan sebagainya, tidak berupaya
menentukan yang benar dengan yang salah, tidak mengambil kira faktor
individu, hanya menumpukan kepada agregat kolektif dan tidak juga
mengambil kira hak-hak asasi individu.
(b) Individu
Sesuatu keputusan mestilah berdasarkan kepada dasar menghormati dan
melindungi hak-hak asasi seseorang individu. Implikasinya seseorang itu
boleh melakukan apa sahaja asalkan ia tidak bercanggah dengan undang-
undang. Seseorang itu berhak melakukan sesuatu mengikut caranya sendiri
tanpa mempedulikan arahan orang lain; akan tetapi ia boleh merencatkan
kecekapan dan produktiviti organisasi.

Satu lagi konsep berkaitan etika yang sedang berkembang dinamakan


ÂegoismÊ iaitu berpegang kepada prinsip diri dengan membuat apa yang
difikirkan betul. Egoism meletakkan kesalahan seseorang individu
disebabkan oleh masyarakat yang membentuknya menjadi sedemikian.
Secara lumrahnya, setiap individu itu baik dan pemurah tetapi masyarakat
yang telah membentuk keburukan padanya. Ia menjadi idola laungan Barat
dan mungkin nampak ideal pada asasnya bagi memuaskan kebebasan
individu tanpa mengganggu hak-hak orang lain.

Egoism mempunyai beberapa kelemahan. Kelemahannya ialah ia sendiri


telah menyuburkan sikap mementingkan diri sendiri dan individualistik
dan juga sesebuah perjuangan hanya bertujuan untuk menegakkan hak ke
atas seseorang individu sahaja walaupun pada hakikatnya ada pihak yang
menjadi mangsa.
(c) Hak Moral
Hak moral merupakan satu konsep yang berkembang daripada falsafah
deontologi. Ia mencadangkan bahawa apa-apa tindakan yang disukai dan
tidak disukai perlu menjadi undang-undang universal. Contohnya,
sekiranya kita merasakan bahawa kita tidak suka orang lain mencuri harta
milik kita, maka undang-undang yang perlu diadakan ialah menjatuhkan
keputusan mencuri itu salah. Prinsip ini tidak praktikal dari segi utiliti
kerana tidak berupaya menyelesaikan konflik berkepentingan diri termasuk
konflik dalam melaksanakan tugas tentang etika.
(d) Kesaksamaan
Pada pandangan kesaksamaan, seseorang pengurus atau pemimpin itu
mestilah adil dan saksama dalam membuat keputusan. Keadilan dan
kesaksamaan yang dimaksudkan ialah sesuatu yang sepatutnya melebihi
daripada keadilan atau kesaksamaan biasa. Prinsip asas ialah setiap orang
150  TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

mesti dilayan secara sama rata dengan memberikan peluang-peluang yang


serupa.

De George telah membahagikan prinsip ini kepada empat jenis iaitu ganti
rugi, hukuman, keserataan dan pengkaedahan. Kesaksamaan akan tercapai
sekiranya pihak yang kerugian diberi ganti rugi oleh pihak yang telah
merugikan, sekiranya sesuatu yang sukar untuk diberi ganti rugi, pihak
pelaku mesti dijatuhi hukuman. Prinsip kesaksamaan ini tertakluk kepada
beberapa masalah iaitu siapa yang akan menentukan sesuatu peraturan
etika itu betul atau salah; dan siapa yang akan menentukan kesetimpalan
hukuman, pampasan dan sebagainya.

10.1.3 Prinsip Etika Keusahawanan


Menurut Zimmerer dan Scarborough (1996), terdapat sepuluh prinsip etika
keusahawanan yang perlu ada pada setiap usahawan (Abdul Aziz, 2003). Antara
prinsip itu ialah:
(a) Akauntabiliti
Usahawan perlu bersedia mengambil tanggungjawab dan menerima
tanggungjawab terhadap sebarang keputusan yang telah mereka ambil.
Tindakan mereka menjadi contoh kepada orang lain.
(b) Integriti
Usahawan perlu ada prinsip, maruah, yakin dengan kebenarannya dan
bertindak berlandaskan bukti-bukti yang jelas.
(c) Jujur
Usahawan perlu sentiasa bersikap jujur semasa bertindak, menyatakan
pendapat atau semasa melaksanakan sesuatu keputusan.
(d) Tepati janji
Usahawan perlu menepati janji kepada semua pihak yang berurusan
dengannya. Mereka perlu mematuhi setiap perjanjian yang telah
ditandatanganinya.
(e) Adil
Sikap adil perlu ada semasa melaksanakan prosedur, mengagihkan sumber
dan telus dalam melaksanakan sistem tanpa mengira status, tahap
pendidikan dan rupa paras.
(f) Hormati Orang Ramai
Usahawan perlu menunjukkan penghormatan terhadap maruah insan lain.
Mereka perlu menghormati hak-hak persendirian, hak bersuara dan hak
berpersatuan.
TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL  151

(g) Tanggungjawab Sebagai Warganegara


Usahawan perlu mematuhi undang-undang dan bertindak selari dengan
tuntutan undang-undang. Mereka berhak menggunakan hak demokrasi.
(h) Kesetiaan
Usahawan perlu setia kepada keluarga, kawan-kawan, pekerja dan negara.
Mereka sama sekali tidak boleh membongkarkan maklumat penting untuk
kepentingan pihak lain.
(i) Ambil Berat Hak Orang Ramai
Usahawan hendaklah bersedia berkongsi kelebihan yang dimilikinya
dengan pihak yang memerlukannya.
(j) Meningkatkan Kecemerlangan
Usahawan perlu sentiasa berusaha meningkatkan kualiti kerja, produk dan
perkhidmatan. Mereka perlu bertindak secara profesional dan boleh
dipercayai apabila diberi tanggungjawab.

10.1.4 Tanggungjawab Sosial


Usahawan tidak akan terlepas daripada tanggungjawab sosial. Menurut Keith
Davis (1975), tanggungjawab sosial wujud daripada kuasa sosial. Ia wujud
daripada tanggungjawab untuk mengambil berat mengenai kesan daripada
aktiviti perniagaan yang telah dijalankan. Ia memberi kesan kepada kepentingan
orang lain. Ia wujud apabila terdapatnya pembahagian kuasa yang boleh
ditakrifkan dengan kewajipan sesebuah organisasi ke atas masyarakat. Ia juga
adalah sebahagian daripada perniagaan. Ia berfungsi sebagai pemaksimum
kesan-kesan positif dan meminimumkan kesan-kesan negatif terhadap
masyarakat.

Konsep tanggungjawab sosial secara relatifnya adalah satu subjek baru yang
perlu diberi perhatian sebagai satu cabaran kepada masyarakat peniaga. Adalah
sesuatu yang logik bahawa tanggungjawab sosial menjadi sebahagian daripada
perniagaan dan tentunya dapat membantu pertumbuhan dan keuntungan
sesebuah perniagaan di dalam jangka panjang. Tanggungjawab sosial terbahagi
kepada tiga iaitu tanggungjawab ekonomi (menghasilkan produk yang
diperlukan oleh masyarakat), tanggungjawab undang-undang (mematuhi
undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan), tanggungjawab sukarela
(hal-hal yang dingini oleh masyarakat seperti derma, sokongan kewangan dan
moral kepada projek-projek komuniti).

Tanggungjawab sosial juga boleh dikatakan sebagai suatu kepercayaan bahawa


fungsi organisasi dan pengurus itu sebagai pembuat keputusan mestilah
berasaskan kepentingan sosial dan ekonomi. Tanggungjawab sosial juga
membawa idea bahawa firma perniagaan seharusnya membantu menyelesaikan
152  TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

masalah-masalah sosial sementara menuju ke arah pencapaian matlamat firma


iaitu memaksimakan nilai firma.

Tiga fasa dalam perkembangan tanggungjawab sosial perniagaan kepada


masyarakat di Amerika Syarikat bermula dari zaman keusahawanan di akhir
abad ke-19 apabila syarikat-syarikat besar menyalahgunakan kuasa mereka
dalam soal-soal diskriminasi harga, mengurung buruh dan lain-lain amalan yang
menyalahi moral kemanusiaan. Ini telah membawa kepada bantahan masyarakat
dan memberi kesan kepada perubahan peraturan perniagaan yang dibuat oleh
kerajaan.

Fasa kedua evolusi tanggungjawab sosial tercetus di dalam tahun-tahun 1930-an.


Suasana tidak puas hati masyarakat terhadap golongan peniaga sekali lagi
memuncak di tahun-tahun 1960-an dan 1970-an menggambarkan fasa ketiga
perkembangan tanggungjawab sosial di Amerika Syarikat.

Prinsip-prinsip asas kepada tanggungjawab sosial yang terbina di Amerika


Syarikat ialah prinsip „Charity‰ dan prinsip „Stewardship‰. Prinsip „Charity‰
atau menderma membawa idea bahawa anggota masyarakat yang lebih kaya
seharusnya menolong anggota masyarakat yang kurang bernasib baik seperti
orang kurang upaya, warga emas dan orang sakit. Pada masa kini, kita dapat
melihat satu trend perubahan telah berlaku pada konsep ini apabila pihak
korporat mula memberi perhatian dan sumbangan kepada „Charity‰ berbanding
dengan masa lalu di mana ia dibuat oleh individu-individu tertentu sepertimana
di dalam Rajah 10.2 di bawah.

Rajah 10.2: Astro pergiatkan konsep ÂCharityÊ sebagai tanggungjawab sosial korporat
Prinsip „Stewardship‰ adalah satu konsep yang diambil daripada ajaran kitab
Injil yang mengkehendaki individu yang kaya menganggap diri mereka sebagai
pemegang amanah terhadap harta benda mereka untuk kebajikan keseluruhan
masyarakat.
TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL  153

Tanggungjawab masyarakat peniaga kepada masyarakat umum adalah berkisar


kepada beberapa isu seperti kesihatan masyarakat, menjaga alam sekitar dan
membina satu sumber pekerja yang tinggi kualitinya. Pihak swasta juga perlu
bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha membina tenaga kerja yang berkualiti
dan berkemahiran dengan memberi ruang kepada pelajar mengikuti latihan
praktikal di tempatnya.

Peniaga juga mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap pengguna.


Walaupun sesebuah perniagaan itu memerlukan keuntungan tetapi ia tidak
boleh membelakangkan soal-soal kebajikan dan kepentingan pengguna. Mereka
tidak boleh menjual produk yang membahayakan pengguna, menipu kandungan
sesuatu produk dan sebagainya.

Antara tanggungjawab majikan terhadap pekerja-pekerja ialah membayar gaji


dan menjaga kebajikan pekerja melalui skim-skim seperti potongan KWSP dan
SOCSO. Namun isu-isu seperti memberi kelonggaran cuti kepada pekerja bagi
memenuhi keperluan keluarga dan peluang-peluang pekerjaan yang sama rata
telah menjadi lebih penting kini.

Pihak pengurusan sesebuah syarikat juga memainkan peranan penting dalam


menjaga hak-hak pelabur syarikat yang diuruskannya. Amanah yang diberikan
perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Kesilapan pengurusan kepada
sesebuah syarikat melibatkan kesengsaraan ramai pelabur dan masyarakat. Oleh
itu, pemilihan kakitangan pengurusan dalam sesebuah syarikat perlu
diutamakan bagi menentukan hala tuju sesebuah syarikat.

SEMAK KENDIRI 10.1

Sejauh manakah sepuluh prinsip etika keusahawanan diamalkan oleh


golongan usahawan? Bincangkan.

10.2 PERNIAGAAN DAN MASYARAKAT


Usahawan perlu pastikan semua keputusan yang dibuat perlu mengambil
perkiraan nilai kos agar sepadan dengan kualiti produk dan perkhidmatan yang
ditawarkan dengan harga yang perlu dibayar oleh pelanggan. Usahawan perlu
mengambil kira aspek masyarakat di samping keuntungan. Masyarakat perlu
dititikberatkan dalam menjalankan tanggungjawab sosial.
154  TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Rajah 10.3: Tanggungjawab sosial yang dilaksanakan oleh Petronas

10.2.1 Pihak Berkepentingan (Stakeholder)


Terdapat beberapa pihak yang berkepentingan dalam perniagaan iaitu:
(a) Pekerja
Pekerja merupakan orang yang menghasilkan barangan atau perkhidmatan
yang juga menentukan kualiti produk keluaran. Dasar upah dan gaji
perlulah diberikan kepada pekerja mengikut daya pengeluaran dan
kecekapan. Dasar pengambilan pekerja yang adil perlu diutamakan.
Majikan juga perlu memberi jaminan kerja dan ganti rugi yang mencukupi
dan menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat. Selain itu, majikan
juga perlu mewujudkan keadaan yang membolehkan pekerja
meningkatkan keupayaan tenaga kerja dan hubungan manusia, seterusnya
menggalakkan penyertaan supaya berpengetahuan, berpengalaman dan
berdaya cipta.
(b) Pelanggan
Pelanggan ialah orang yang membeli barangan atau perkhidmatan yang
disediakan. Syarikat perlulah menjaga mutu barangan dan perkhidmatan
yang dapat memuaskan hati pelanggan. Syarikat juga tidak boleh
menghasilkan dan menjual barangan palsu, barangan seludup dan
membahayakan kesihatan. Selain itu, pengeluar juga perlulah mengguna
dan mengubahsuai penemuan dan rekaan sains yang memberi faedah
kepada pelanggan. Selain itu, aktiviti pemasaran perlu diadakan supaya
memberi manfaat kepada pelanggan.
(c) Pembekal
Orang yang menyedia dan membekalkan barangan atau perkhidmatan
dikenali sebagai pembekal. Pembekal memainkan peranan penting dalam
mengawal urusan keluar dan masuk inventori dan seterusnya memastikan
barangan yang dipesan oleh peniaga mencukupi. Sebelum urusniaga jual
beli dilakukan, peniaga dan pembekal perlulah mengemukakan syarat-
syarat kontrak dengan jelas dan tidak meragukan. Ini bertujuan untuk
TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL  155

mengelakkan penyalahgunaan kuasa ekonomi dengan pembekal dan


menepati syarat pembayaran.
(d) Pemilik dan pemodal
Pemilik merupakan tuan punya perniagaan yang dijalankan. Pemodal pula
merupakan orang yang mengeluarkan modal sama ada dalam bentuk
wang, bangunan atau harta yang lain untuk menjalankan sesuatu
perniagaan. Pemilik dan pemodal perlulah menentukan kadar pulangan
yang mencukupi supaya pelaburan mereka terjamin. Mereka juga perlulah
menggunakan sumber kewangan mereka untuk membekalkan barang-
barang dengan penuh tanggungjawab dan cekap. Selain itu, peniaga juga
perlulah memberi maklumat yang perlu kepada pemilik dan pemodal
supaya mereka sentiasa mengikuti perkembangan dalam syarikat. Akhir
sekali, pemilik dan pemodal perlulah berusaha supaya mencapai objektif
sebagai pemilik dan pemodal selagi tidak bercanggah dengan prinsip etika.
(e) Kerajaan
Kerajaan merupakan pemerintah sesebuah negara yang mempunyai kuasa
untuk mengatur, mengawal dan memantau aktiviti perniagaan. Pihak kerajaan
juga memainkan peranan penting dalam dunia perniagaan. Antara peranan
yang perlu dimainkan oleh kerajaan ialah mengambil bahagian dalam
perbincangan undang-undang yang dicadangkan dalam perlaksanaan yang
melibatkan kepentingan sektor kawasan, negara dan kerajaan dan seterusnya
membuat laporan yang benar tentang kewangan dan membayar cukai. Ini
adalah bertujuan untuk melindungi hak-hak peniaga dan mengenal pasti pihak-
pihak yang tidak mempunyai etika perniagaan.
(f) Masyarakat
Pengguna sebenar barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan dikenali
sebagai masyarakat. Masyarakat memainkan peranan penting dalam
industri perniagaan. Oleh sebab itu, kepentingan masyarakat
keseluruhannya perlu diambil kira dalam segala keputusan. Selain itu,
pihak pengeluar juga perlu mengesan dari semasa ke semasa keperluan
asas masyarakat yang sentiasa berubah-ubah yang memberi kesan kepada
alam sekitar dan orang ramai. Selain itu, pihak-pihak tertentu juga boleh
memberi sumbangan terhadap penyelidikan pembangunan dan membiayai
projek-projek pembangunan sosial. Pihak kerajaan juga harus mengadakan
satu dasar yang membolehkan pekerja menyumbang tenaga dan masa
terhadap perkhidmatan kebajikan awam dan masyarakat.
156  TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

10.2.2 Pendekatan Timur dan Barat tentang Etika dan


Tanggungjawab/Sosial Perniagaan
Seterusnya, kita akan melihat pendekatan Timur dan Barat tentang etika dan
tanggungjawab sosial perniagaan.
(a) Pendekatan Islam
Walaupun tidak banyak perbincangan tentang etika perniagaan mengikut
Islam, beberapa percubaan tentang perkara ini telah dibuat oleh beberapa
orang ilmuan Islam. Mereka telah membina satu asas kod etika mengikut
lunas-lunas Al-Quran dengan pendekatan yang lebih spesifik. Antaranya
Naqvi (1985) telah menulis di dalam bukunya yang berjudul ÂEthics and
Economics: An Islamic SynthesisÊ, dan yang mutakhir, Beekun (1998), telah
menghasilkan karyanya yang berjudul ÂIslamic Business EthicsÊ.

Naqvi (1985) memfokuskan etika dalam Islam sebagai konsep „manusia


individu‰ dan „manusia kolektif‰, sementara Beekun (1998) pula
memfokuskan etika sebagai sesuatu yang berkuatkuasa sepanjang masa
kerana manusia sentiasa diperhatikan oleh Penciptanya. Beekun
melanjutkan lagi bahawa falsafah etika Islam mempunyai lima prinsip iaitu
kesatuan, kesamaan, keinginan, tanggungjawab dan kemurahan hati. Inilah
antara perkara yang membezakan etika Islam dengan etika sekular Barat.
Kelihatan bahawa etika Islam lebih bersifat kualitatif, sedangkan etika
sekular menerjah ke arah kuantitatif walaupun dalam banyak keadaan
pemikir-pemikir mereka sendiri mengakui bahawa sukatan baik dan buruk
itu sukar untuk dilakukan.
(b) Pendekatan Sekular Barat
(i) Aliran Naturalisme
Naturalisme menyatakan bahawa ukuran baik buruk sesuatu tingkah
laku ditentukan oleh fitrah manusia itu sendiri dari segi zahir dan
batin. Sememangnya fitrah manusia dikatakan menuju kepada
kebahagiaan yang dipandu oleh akal dan rasional. Setiap suatu di
dunia ini menuju ke suatu matlamat dan ia dapat dicapai sekiranya
manusia itu dapat memenuhi fitrah diri sendiri. Tumbuh-tumbuhan
mencapai matlamatnya tanpa pertimbangan dan perasaan. Binatang
pula mencapai matlamat dan keperluan melalui naluri kehaiwanan
(Judith A. Boss, 2001).
(ii) Aliran Hedonisme
Menurut Thiroux (2001), tokoh utama bagi aliran ini ialah Epikuros
(341-270 SM). Ukuran etika yang lebih baik mahupun jahat itu
ditentukan oleh faktor hedone iaitu kenikmatan dan kelazatan. Fitrah
manusia dan binatang ialah mencari kelazatan, kenikmatan dan
TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL  157

keseronokan hidup yang maksima. Sebarang jalan yang dapat


menyampaikan manusia kepada kelazatan itu dianggap mulia dan
merupakan keutamaan. Aliran ini membahagikan kelazatan kepada
tiga:
 Kelazatan utama seperti makan, minum dan keperluan asas yang
lain.
 Kelazatan wajar tetapi tidak menjadi keperluan asas.
 Kelazatan tidak wajar, tidak diperlukan dan tidak berasaskan
kepada yang benar seperti riak dengan kekayaan, iri hati,
sombong dan bongkak.
(iii) Aliran Deontologikal
Menurut Abd Hadi Ismail et al (2000) terdapat dua kaedah yang
sering digunakan untuk mengukur tingkah laku manusia iaitu kaedah
deontologikal dan kaedah telelogikal. Dua kaedah ini dapat
memperjelaskan gerak laku manusia iaitu pada dua situasi.
 Pada gerak laku (Deontologikal); dan
 Pada gerak laku (Telelogikal).

10.3 KEPENGGUNAAN
Sebagai seorang pengguna, kita harus menjadi bijak dalam penggunaan dan
pembelian seharian. Kita juga harus mengambil tahu akan hak kita sebagai
pengguna.

10.3.1 Definisi
Kepenggunaan adalah satu pergerakan sosial untuk mewujudkan sebuah
masyarakat pengguna yang bijak, sedar dan faham tentang hak dan
tanggungjawab mereka. Ia melibatkan tindakan pengguna secara kolektif melalui
pertubuhan atau perwakilan untuk membela dan melindungi kepentingan
mereka dalam pelbagai aspek kehidupan seperti alam sekitar, hak asasi manusia
dan sebagainya.

10.3.2 Hak-hak Pengguna


Pengguna yang bijak adalah pengguna yang tahu dan menyedari haknya sebagai
pengguna serta bertindak dengan bijaksana dan bertanggungjawab. Setiap
pengguna perlu tahu haknya dan menjaga hak tersebut agar tidak ditindas oleh
158  TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

pengeluar yang tidak bertanggungjawab. Terdapat lapan hak para pengguna


iaitu:
(a) Hak Mendapat Keperluan Asas
Pengguna mempunyai hak untuk mendapatkan keperluan asas seperti
makanan, pakaian dan tempat tinggal.
(b) Hak Penjagaan Keselamatan
Pengguna berhak untuk mendapat jaminan bahawa barang dan
perkhidmatan yang ditawarkan adalah selamat digunakan tanpa
membahayakan kesihatan pengguna.
(c) Hak Mendapat Maklumat
Pengguna berhak diberi maklumat yang mencukupi dan tepat berkaitan
barang dan perkhidmatan yang hendak dibeli bagi memudahkannya
membuat keputusan yang bijak. Maklumat yang perlu dipamerkan pada
label sesuatu barang ialah nama pengeluar, jenama, tanda harga, berat,
kuantiti, kandungan dan juga tarikh luput. Pengguna berhak dilindungi
daripada maklumat palsu dalam pengiklanan, pelabelan dan amalan lain.
(d) Hak Membuat Pilihan
Pengguna perlu diberi kebebasan untuk memilih dan menentukan barang
atau perkhidmatan yang diperlukan berasaskan maklumat yang diperolehi.
(e) Hak Bersuara
Hak bersuara bererti hak untuk menyuarakan pendapat, sama ada secara
individu atau melalui perwakilan, dalam proses menggubal dan
melaksanakan polisi kerajaan.
(f) Hak Mendapat Ganti Rugi
Pengguna mempunyai hak menuntut ganti rugi daripada penjual jika diberi
barang atau perkhidmatan yang sudah rosak, tidak bermutu dan luput
tarikh.
(g) Hak Mendapat Pendidikan Kepenggunaan
Pengguna perlu diberi panduan untuk mengetahui hak-hak mereka.
Pendidikan kepenggunaan juga membolehkan pengguna menjadi lebih
rasional dan bijak. Ini boleh diperolehi melalui bengkel, media massa,
pameran, seminar dan ceramah. Buletin Pengguna merupakan salah satu
contoh media massa untuk pengguna.
(h) Hak Mendapat Alam Sekitar Yang Sihat dan Selamat
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam suatu alam sekitar yang bersih,
berudara nyaman dan bebas daripada sebarang ancaman yang
memudaratkan kesihatan serta tidak mengganggu ketenangan jiwa.
TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL  159

Rajah 10.4: Gunalah hak-hak pengguna yang ada supaya tidak ditipu oleh para peniaga

10.3.3 Peranan Persatuan Pengguna dan Kerajaan


Berikutnya, kita akan bincangkan peranan persatuan–pengguna serta peranan
kerajaan.
(a) Peranan Persatuan Pengguna
Persatuan pengguna ialah persatuan persatuan sukarela yang ditubuhkan
bertujuan untuk melindungi hak dan kepentingan pengguna. Pengguna
dapat bersatu dan menyelesaikan masalah mereka melalui persatuan
pengguna. Antara beberapa persatuan pengguna di Malaysia ialah
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Persatuan Pengguna Selangor
(SCA), Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (CANS), Gabungan Persatuan
Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Kedah (CAKE).
Antara peranan persatuan pengguna ialah:
(i) Menerima dan Menyiasat Aduan
Persatuan pengguna akan menerima sebarang aduan daripada
pengguna. Aduan-aduan tersebut akan disiasat dan persatuan
pengguna berusaha untuk menyelesaikannya. Jika penyelesaian tidak
dapat dilakukan, persatuan pengguna akan merujuk perkara tersebut
kepada pihak berkuasa yang sewajarnya seperti Kementerian
Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Kesihatan,
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan sebagainya.

Rajah 10.5: Pengguna perlu segera membuat aduan sekiranya menghadapi


sebarang masalah atau perkara yang mencurigakan
160  TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

(ii) Menyebarkan Maklumat


Semua hasil kajian dan penyelidikan yang dijalankan oleh persatuan
pengguna akan disiarkan melalui media massa dan majalah persatuan
pengguna seperti Utusan Pengguna yang dikeluarkan oleh Persatuan
Pengguna Pulau Pinang. Laporan dan maklumat ini membantu
pengguna membuat pilihan yang tepat dan pengguna menjadi lebih
peka terhadap kepenggunaan dan konsumerisme.
(iii) Menjalankan Kajian dan Penyelidikan
Persatuan pengguna akan menjalankan ujian, kajian dan penyelidikan
ke atas barangan para pengguna terutamanya barang makanan bagi
memastikan keselamatannya, kualitinya dan harga yang bersesuaian.
Ujian juga dijalankan terhadap kandungan bahan pewarna, bahan
pengawet dan perisa makanan untuk menjaga keselamatan dan
kesihatan para pengguna. Kajian ke atas harga barangan juga
dijalankan untuk memastikan sama ada kenaikan harga sesuatu
barang itu wajar mahupun sebaliknya.
(iv) Memberi Pendidikan Kepenggunaan
Persatuan pengguna berusaha untuk memberikan pendidikan, latihan dan
kesedaran kepada para pengguna melalui aktiviti ceramah, kursus, forum,
seminar dan pameran dengan kerjasama daripada agensi kerajaan. Usaha
yang dijalankan itu bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan
para pengguna mengenai hak mereka di sisi undang-undang.
Konsumerisme juga boleh membentuk kemahiran para pengguna
membuat keputusan membeli barang dan perkhidmatan.
(v) Memberi Bantuan dan Khidmat Nasihat
Persatuan pengguna membantu meningkatkan kemahiran pengguna
dalam memilih, membeli dan mengguna barangan melalui konsumerisme.
Persatuan pengguna juga berusaha melahirkan pengguna yang bijak dan
berjimat-cermat semasa berbelanja untuk memenuhi keperluan dan
kehendak mereka dengan mengedarkan risalah, menerbitkan majalah
pengguna dan mengadakan ceramah konsumerisme.
(b) Peranan Kerajaan
Kerajaan juga mempunyai tanggungjawab dalam melindungi hak dan
kepentingan pengguna. Usaha kerajaan untuk melindungi pengguna adalah
dengan cara-cara seperti berikut.
(i) Menggubal Undang-undang
Undang-undang yang pelbagai telah digubal oleh kerajaan dengan
bertujuan memberi perlindungan kepada pengguna. Akta-akta berikut
digubal oleh kerajaan untuk memberi perlindungan keselamatan dan
kesihatan para pengguna. Antara akta tersebut ialah:
TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL  161

 Akta Perihal Dagangan 1972 (Pindaan 1982).


 Ordinan Menjual Makanan dan Dadah 1952 (Pindaan 1983).
 Akta Kawalan Harga 1946 (Pindaan).
 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Pindaan 1973).
 Akta Timbang dan Sukat 1972.
 Peraturan-peraturan Makanan 1985.
 Akta Sewa Beli 1967.
 Akta Elektrik.
 Akta Label 1980.
 Akta Mutu Alam Sekitar 1974.
(ii) Menyelaraskan Kepentingan Pengguna
Kerajaan telah menubuhkan Majlis Penasihat Perlindungan Pengguna
Kebangsaan (MPPPK) pada tahun 1973 untuk memberi nasihat
kepada kerajaan tentang kawalan bekalan barang dan harga, mengkaji
dan menilai amalan perniagaan, mengemukakan cadangan kepada
kerajaan untuk menyelesaikan masalah pengguna dan menerbitkan
majalah serta risalah yang bertujuan menyebarkan maklumat terkini
kepada para pengguna. Anggota Majlis Pengguna terdiri daripada
wakil kerajaan, persatuan pengeluar, kesatuan pekerja, pertubuhan
belia dan orang perseorangan.
(iii) Menguatkuasakan Undang-undang
Kerajaan juga telah menggunakan kementerian dan agensi tertentu
untuk menguatkuasakan undang-undang dan akta berkaitan dengan
para pengguna. Antaranya ialah:
 Bahagian penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna memastikan akta yang digubal dipatuhi
sepenuhnya serta mengawal peniaga dari melakukan
penyelewengan.
 Kementerian Kesihatan bertugas memastikan kebersihan
diamalkan di kedai mahupun di tempat pengeluar terutamanya
pengeluar makanan. Kementerian juga memastikan ubat-ubatan
yang dikeluarkan selamat digunakan dan makanan yang dijual
tidak beracun dan berbahaya.
 Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar berusaha
meningkatkan kualiti alam sekitar melalui langkah pencegahan,
pengurangan dan pengawalan pencemaran.
162  TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

 Institut Piawaian dan Penyelidikan Malaysia (SIRIM)


bertanggungjawab memastikan barang yang dikeluarkan adalah
berkualiti dan selamat digunakan.
 Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri
bertanggungjawab mengeluarkan logo „Halal‰ bagi memastikan
barangan makanan dan kosmetik yang dikeluarkan tidak
mengandungi bahan yang haram digunakan oleh umat Islam.

AKTIVITI 10.1

Adakah anda fikir slogan ÂCustomer Is Always RightÊ (Pelanggan Sentiasa


Betul) adalah tepat dan sesuai ditujukan kepada pelanggan? Bincangkan.

SEMAK KENDIRI 10.2

1. Apakah yang dimaksudkan dengan etika?


2. Huraikan perbezaan-perbezaan yang terdapat dalam falsafah etika
perniagaan Islam berbanding dengan falsafah pemikiran etika
sekular.
3. Terangkan lapan hak pengguna yang perlu diketahui oleh setiap
individu.

 Kita telah selesai membincangkan tentang etika dan tanggungjawab sosial


serta maklumatnya.
 Kita juga telah belajar mengenai kepenggunaan iaitu untuk mempertahankan
hak-hak kita sebagai pengguna dan mengetahui peranan badan-badan atau
agensi yang berkaitan dengan kepenggunaan.
TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL  163

Deontologikal Naturalisme
Etika Tanggungjawab sosial
Hedonisme

Anda mungkin juga menyukai