Anda di halaman 1dari 1

HAKIKAT SYAHADAT Bahagian 1

HAKIKAT SYAHADAT Bahagian 1 Sesungguhnya syahadat adalah merupakan rukun islam yang
pertama dimana seseorang itu ingin menjadikan islam sebagai cara hidupnya haruslah terlebih
dahulu mengucap dua kalimah syahadat itu:- “Ash hadu allaa ilaha ilallah wa ash hadu anna
muhammadar rasulullah”.
Jadi sesungguhnya selagi sesorang itu tidak melafazkan dua kalimah syahadat maka selama itulah
dia tidak boleh di iktiraf sebagai seorang islam. Dalam pengertian syariat,dua kalimah syahadat itu
ialah "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi
bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”. Sesungguhnya ramai diantara kita hanya pandai
melafazkan ucapan dua kalimah syahadat itu tetapi jarang benar dikalangan kita cuba mengkaji
atau sekurang2nya menyoal diri sendiri tentang hakikat pengertian hujung jatuhnya syahadat itu
sendiri. kita lihat ibu bapa kita melafazkan syahadat maka kita pun turut berbuat demikian,namun
begitu tak pernah bertanya kenapa kita harus melafazkanya.?? “Ashadu alla ilaha illallah wa asha
hadu anna muhammadar rasulullah” Dan kenapa kita pula tidak boleh melafazkan satu bentuk
penyaksian yang lain daripada dua kalimah syahadat. Disamping itu tidak kurang pula dikalangan
kita bertanya kenapa “LAA ILAHA ILLALLAH” itu boleh membawa pengertian "Tiada tuhan yang di
sembah melainkan Allah" sedangkan di dalam kalimah tersebut tidak pernah terdapat perkataan
tuhan (RABB) dan tidak pula terdapat perkataan sembah (fa’buduh) tetapi di dalam pentafsiran
erti balik bahasa oleh para ulama syariat, ada perkataan "tuhan" dan "sembah" dan kenapa pula
syahadat tersebut tidak boleh dikatakan begini......”Laa rabbi fa’buduh illallah”,yang mungkin lebih
sesuai untuk diberi erti "Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah". Tetapi islam tetap
mengunakan lafaz syahadat dengan..” LAA ILAHA ILLALLAH”, yang membawa pengertian kepada
“Tiada lain selain Allah”. Jadi boleh disimpulkan di sini bahawa pengertian yang dibuat oleh para
alim ulama syariat adalah jauh,tidak menepati daripada matlamat sebenar yang hendak
dinyatakan oleh syahadat itu sendiri disamping itu soalnya apakah perkataan Allah di dalam
syahadat itu boleh di samakan kepada tuhan dan apakah sebenarnya begitu..?? Pendek kata
banyaklah lagi persoalan2 yang harus ditanya oleh kita apabila kita melangkah dan berusaha
mencari dan menggali pengertian syahadat yang benar, justeru itu marilah kita membincangkan
bersama2 akan hakikat syahadat mengikut pandangan hakikat dan makrifat dan marilah kita
sama2 menggali makna hujung jatuh syahadat itu sendiri agar kita sama2 dapat memahaminya
dengan mendalam dan dapat pula berpegang dengan pemahaman yang benar.

Anda mungkin juga menyukai