Anda di halaman 1dari 2

Teks MC program dialog prestasi murid, ibu bapa, dan guru upsr 2016

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Salam sejahtera dan, salam 1Malaysia.
 Yang berusaha ABG YAZID BIN KAMIN,
GB SKTM
 Yang berusaha ABG RAHMAN BIN MUSTAPA
Penolong Kanan KURIKULUM SKTM
Yang berusaha abg abd halim bin muhd
PK HEM SKTM
 Yang berusaha ABG BAKRI BIN MUKTAR
Penolong Kanan Kokurikulum SKTM
Yang berusaha abg hj ghazali bin aripin
Penolong kanan petang SKTM
 Yang dihormati,
Guru-guru tahun 6, rakan2 guru.
Tuan-tuan dan puan-puan para ibu bapa dan waris serta para pelajar tahun 6 SKTM yang dikasihi sekalian

 Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat kita berkumpul di dalam Dewan SKTM pada pagi
yang penuh barakah ini untuk sama sama menjayakan satu agenda dalam acara takwim sekolah iaitu dialog
prestasi bagi murid2 yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini.

 Saya selaku wakil pihak majlis pada pagi ini, ingin sama merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada
seluruh hadirin warga dewan kerana telah sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan majlis yang
kita rencanakan pada hari ini.

 Justeru, menjadi harapan kami warga pendidik agar majlis ini menjadi tonggak bagi memulakan anjakan
paradigma dan pencetus revolusi dalam meningkatkan lagi mutu pencapaian anak-anak kita dalam bidang
akademik..insyaAllah.

 Sebagai pembuka tirai acara, majlis menjemput Al-fadhil Ustaz Mohd Razali bin Nokman utk memimpin bacaan
doa,dipersilakan.
(DOA)
Amin amin yarabbal alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz
Mohd Razali bin Nokman atas pimpinan doa sebentar tadi.

 Warga dewan yang dimuliakan,


 Kini, tibalah masa untuk kita mendengar ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berusaha Encik m.yazid bin
m.kamin , guru paling besar SKTM.
 Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan..
(UCAPAN)

 Begitulah berakhirnya taklimat yang begitu padat berinformasi buat renungan dan panduan semua warga
dewan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada gb sktm atas kesudian menyampaikan ucapan

 Tuan2 dan puan2 yang dimuliakan pada pagi ini, Agenda seterusnya pada pagi ini, adalah sesi pembentangan
pencapaian UJIAN PENGESANAN dan UJIAN 1 yang telah dijalankan pada bulan mac yang lalu.. Dalam sesi
ini, tuan-tuan akan mendengar keputusan secara keseluruhan mangikut mata pelajaran. Untuk itu, majlis
memepersilakan pn.suwaibah sussana bt abdullah selaku penyelaras UPSR 2016 bagi membentangkan
pencapaian ank2 murid SKTM.dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada pn.suwaibah.

Seterusnya , pelancaran program the champion yang akan disempurnakan oleh en yazid b.kamin .dipersilakan.

Terima kasih diucapkan..


 Tuan2 puan2 yang dihormati sekalian, Saya selaku wakil pihak majlis dengan takzimnya menyusun sepuluh jari
memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang khilaf tanpa sedar sepanjang saya mengendalikan
rostrum pengacaraan pada hari ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T, yang kurang
itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.

Buah selasih buah kelubi


Di dalam dulang hidangan pagi
Terima kasih daun keladi
Bila diundang datanglah lagi.

Sekian, Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan terima


kasih.

Anda mungkin juga menyukai