Anda di halaman 1dari 14

Contoh Karangan Jenis Wawancara

Andaikan anda seorang pemberita. Anda ditugaskan mewawancara seorang pegawai polis di
sebuah bandar di tempat anda bertugas. Wawancara itu membincangkan peranan pihak polis
dalam mencegah masalah jenayah. Sediakan wawancara itu dengan lengkap.

Masalah jenayah sering dikaitkan dengan tugas dan peranan polis. Dalam membenteras masalah
tersebut, polislah yang bertanggungjawab memastikan setiap individu dan masyarakat terselamat
daripada ancaman tersebut. Untuk mengetahui peranan pihak polis ini, saya selaku pemberita
ditugaskan mewawancara Penguasa Yusuf Majid, seorang pegawai polis di bandar ini. Kita ikuti
wawancara tersebut.

Pemberita :Selamat pagi, tuan. Apa khabar?

Pegawai Polis :Selamat pagi. Khabar baik.

Pemberita:Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada tuan kerana sudi meluangkan
masa untuk diwawancara. Pertamanya, polis dan undang-undang sering diibaratkan sebagai aur
dengan tebing. Kedua-duanya begitu rapat dan sering berjalan seiring. Apakah pandangan tuan
tentang perkara ini?

Pegawai Polis:Ya, pasukan polis merupakan penguat kuasa undang-undang yang tama. Ini
bererti tanpa polis, undang-undang yang ada tidak bermakna kerana undang-undang tersebut
tidak dapat dikuatkuasakan. Sebaliknya, tentulah sukar untuk pihak polis menjalankan tugas jika
sesebuah negara tiada undang-undang. Jika tiada undang-undang yang berkaitan dengan jenayah,
tentulah tugas polis untuk membenteras jenayah tidak kesampaian. Jadi polis dan undang-undang
mempunyai kaitan yang begitu rapat.

Pemberita:Bolehkah tuan huraikan dengan lebih jelas, bagaimanakah undang-undang boleh


digunakan oleh polis untuk memerangi jenayah di negara kita?

Pegawai Polis:Sesuai dengan peranan polis sebagai penguat kuasa, maka undang-undang yang
berhubung dengan jenayah menjadi panduan dan sering digunakan oleh pihak polis. Antaranya
termasuklah Kanun Keseksaan dan Kanun Atur Cara Jenayah. Antara jenayah yang dikaitkan
dengan Kanun Keseksaan adalah mencuri, merompak, merogol, mencederakan orang, penipuan,
dan sebagainya. Kanun Atur Cara Jenayah pula telah memberikan kuasa kepada polis untuk
menangkap atau seumpamanya terhadap penjenayah yang melakukan jenayah-jenayah tadi.
Pemberita:Cuba tuan jelaskan tentang kewibawaan pasukan polis dalam menangani masalah
jenayah.

Pegawai Polis:Kewibawaan dan prestasi pasukan polis sebenarnya bergantung kepada cara
mereka melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang. Untuk itu, pihak polis mesti
menjalankan tugasnya dengan adil dan saksama. Jika terdapat sesuatu kesalahan jenayah, pihak
polis akan bertindak tanpa mengira pangkat atau kedudukan seseorang. Pihak polis juga mesti
berani untuk memerangi jenayah. Oleh sebab itu, kita dapati banyak penjenayah menjadi mangsa
keberanian dan kewibawaan pihak polis. Kadang kala anggota polis terpaksa berkorban apa
sahaja demi menjaga keamanan negara. Mereka terpaksa mengorbankan masa, cuti, keluarga dan
nyawa apabila bertugas.

Pemberita:Tugas sebagai anggota polis tentu menghadapi pelbagai cabaran atau risiko yang
membahayakan keselamatan polis itu sendiri. Cuba tuan berikan pandangan?

Pegawai Polis:Ya, sebagai anggota polis, kami memang mengetahui adanya pelbagai implikasi
dan risiko di hadapan. Misalnya, jika berlaku kes rompakan, pihak polis mungkin terpaksa
berbalas tembakan dengan perompak. Jika bukan perompak, mungkin pihak polis yang menjadi
mangsa. Ada kalanya penjenayah ini tidak takut berdepan dengan pihak polis. Oleh sebab itulah
mereka berani melawan anggota polis kita. Selain itu, pihak polis juga kadang-kadang
menghadapi cabaran masyarakat. Kami sering kali juga menimbulkan rasa takut dan prejudis
orang ramai. Oleh sebab itu, kerjasama masyarakat sukar diperoleh untuk mengatasi kes-kes
jenayah.

Pemberita:Sebelum kita mengakhiri wawancara ini, apakah harapan tuan terhadap masyarakat
atau orang ramai untuk mengatasi masalah jenayah?

Pegawai polis:Kita memerlukan kerjasama orang ramai. Tanpa kerjasama dan komitmen orang
ramai tentulah sukar untuk kita membenteras masalah jenayah. Mereka harus melaporkan kepada
pihak kami jika berlaku sesuatu kejadian jenayah dan mereka juga tidak harus melindungi
seseorang penjenayah. Berilah kerjasama, penghormatan, dan kepercayaan sepenuhnya kepada
pihak polis demi keselamatan dan keamanan negara.

Pemberita:Saya juga berharap penjelasan tuan akan menjadi renungan kepada masyarakat kita.
Terima kasih sekali lagi saya ucapkan atas kesudian tuan.
Pegawai Polis : Sama-sama.
Karangan Jenis Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara

 terbahagi kepada dua jenis

i. dialog dan perbualan ( lebih berkisar kepada persoalan biasa seperti bertanya khabar dan

perbualan menerusi telefon.)

ii. wawancara dan temu ramah ( lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada orang
yang

lebih dihormati , atau ingin tahu sesuatu perkara )

 seperti jenis karangan lain, karangan jenis ini juga mempunyai tajuk / topik yang utama

 setiap karangan ini mempunyai sekurang-kurangnya dua watak atau lebih

 sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah terlalu


panjang. Lihat contoh :

Abu diminta oleh guru kelas menemu ramah Guru Besar sebelum beliau bersara. Hasil temu
ramah itu akan dimuatkan di dalam majalah sekolah. Berikut merupakan hasil temu ramah
tersebut.

 Format karangan ini

nama watak ditulis selari di sebelah kiri

selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan selari

contoh :

Nama A : Assalamualaikum, Makcik.

Nama B : Waalaikummussalam

Nama A : Apa khabar Makcik ?

Nama B :

 Mulakan perbualan dengan salam sejahtera

 anda perlu menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai. Jika orang yang dibawa
berbual itu berumur gunakan panggilan “Encik”, “Tuan”, ataupun “Makcik”

 pastikan anda tahu tentang hal atau perkara yang akan kita tulis untuk bahan
temuramah / dialog.

 boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti ‘tak’ , ‘dah’
 soalan yang dikemukakan adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit-belit. Dalam dialog
itu, kedua-dua pihak harus bertanya, memberi pendapat atau pandangan.

 Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar

 elakkan penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan “ya” atau “tidak”.

 soalan-soalan disusun dengan baik supaya terus berkesinambungan.

 kawal jumlah perkataan yang digunakan ( lebih kurang 80 patah perkataan )

 tanda baca yang digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati-hati dengan
ayat tanya kerana ia berakhir dengan tanda tanya. ( ? )

 mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )

 soalan yang diikuti dengan jawapan lengkap di beri markah penuh

 Akhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang ditemuramah.

CONTOH KARANGAN

TAJUK

Andaikan bahawa anda menyertai pertandingan syarahan. Dalam pertandingan itu anda
telah mendapat tempat kedua. Anda telah dikalahkan oleh peserta bukan Melayu. Anda
ingin mengucapkan tahniah dan menyatakan perasaan kagum anda akan kebolehannya.
Tulislah dialog anda selengkapnya.

RANGKA.

PENDAHULUAN - mengucapkan tahniah

ISI

a) Siva berharap agar kejayaannya memberi semangat kepada pelajar bukan Melayu
yang lain untuk mempelajari Bahasa Melayu.

b) menyatakan perasaan kagum -bertanya tentang cara dia mempelajari Bahasa


Melayu

c) Siva menyatakan cara dia mempelajari Bahasa Melayu.

PENUTUP

Siva memberikan dorongan agar sama-sama menguasai bahasa kebangsaan

KARANGAN

( Siva sedang asyik membaca sebuah buku cerita di perpustakaan sekolah )


Azman : Tahniah,Siva,kerana kamu berjaya dalam pertandingan syarahan itu.

Siva : Terima kasih. Saya berharap supaya kejayaan ini akan menaikkan semangat
pelajar-pelajar bukan

Melayu yang lain untuk mempelajari Bahasa Melayu.

Azman : Saya kagum melihat kamu bersyarah pada hari ini. Setiap perkataan yang awak
ucapkan jelas dan

lancar. Bagaimanakah cara kamu mempelajari Bahasa Melayu ?

Siva : Keluarga saya menggalakkan saya membaca buku-buku Bahasa Melayu yang
bermutu .Di

samping itu,saya mempelajari tatabahasa dengan baik. Saya selalu membuka kamus
untuk

mempelajari ejaan dan makna kata-kata yang saya baca. Saya melatih diri saya
menggunakan

bahasa baku apabila membaca atau bercakap

Azman : Kalau begitu ,tidak hairanlah saya apabila kamu berjaya mengalahkan saya dan
beberapa pelajar

Melayu yang lain dalam pertandingan itu. Saya malu,Siva.

Siva : Mengapa ?

Azman : Selama ini saya menganggap Bahasa Melayu sebagai bahasa yang mudah kerana
itu adalah

bahasa ibunda saya. Rupa-rupanya saya silap.

Siva : Baguslah, Azman,kalau kamu sudah sedar. Sama-samalah kita belajar menguasai
bahasa

kebangsaan negara kita

Azman : Ya,baiklah ,Siva...

Tajuk : Kawan kamu telah kehilangan duit. Dia suka menuduh orang lain tanpa usul
periksa. Bagaimanakah cara kamu menasihatinya ? Tuliskan perbualan di antara kamu
berdua.

( Kamu dan Azma berada di sudut kantin sekolah )

Malim : Mengapa kamu bermuram saja, Azma ? Apakah kamu ada masalah ?
Azma : Duit saya sebanyak sepuluh ringgit telah hilang Malim.

Malim : Macam mana boleh hilang ?

Azma : Saya letakkan dalam beg. Balik dari rehat sahaja duit dah tak ada. Saya syak
Tahir yang

curi,sebab waktu rehat dia tak keluar.

Malim : Bukankah cikgu selalu menasihati agar duit jangan ditinggalkan dalam beg.
Sekarang sudah

hilang, mengapa pula menuduh tanpa usul periksa ?

Azma : Jika bukan Tahir, siapa lagi ? Saya pasti memang Tahir ! Dia dengkikan saya !

Malim : Jangan sesekali serkap jarang. Jika bukan dia, bagaimana kita mahu tutup muka
kita ? Baik kita

jumpa Cikgu Zaidi. Guru disiplin itu boleh membantu kita.

Azma : Betul juga kata kamu, Malim. Saya berasa bangga mendapat kawan macam
kamu.

Soalan : Kamu berpeluang menemuramah seorang bapa kepada sepasang anak kembar
yang telah berjaya menjadi doktor perubatan , semasa majlis penyampaian ijazah di
Universiti Malaya. Cuba buat satu temuramah itu dengan bertanyakan hal-hal yang
berkaitan.

( Setelah memperkenalkan diri kamu , maka kamu mengemukakan soalan-soalan kepada


Encik Karim )

Murid : Encik, sebenarnya bagaimana encik mengasuh kedua-dua anak kembar


encik Faizul dan

Faizal hingga berjaya menjadi doktor ?

En. Karim : Oh ! Saya pun tidak tahu bagaimana hendak menceritakannya. Hanya saya
kira Tuhan

merestui kami sekeluarga.

Murid : Boleh saya tahu bagaimana anak-anak encik ini belajar ?

En. Karim : Mmmmmmm, kalau fasal belajar , mereka memang sungguh berusaha.
Hampir sepanjang

waktu mereka asyik dengan buku sahaja. Kalau menonton televisyen itu
jarang sekali.
Kerap kali kalau menonton pun mereka menonton siaran berita sahaja.

Murid : Di mana mereka bersekolah ?

En. Karim : Kesemuanya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Darau. Kemudian


bersekolah menengah

di Sek. Men. Seri Nering, Jerteh. Semuanya mendapat pangkat satu di


peringkat Sijil

Pelajaran Malaysia. Semasa itulah mereka mendapat tawaran dan


meneruskan pelajaran

di Tingkatan Enam iaitu di Sekolah Tinggi, Jerteh. Apabila mereka lulus


mereka belajar di

Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Nah ! Sekarang mereka sudah lulus


dan menjadi doktor.

Murid : Apakah perasaan encik sekarang ?

En. Karim : Sudah tentu gembira sekali. Kami sekeluarga bersyukur di atas kejayaan
gemilang itu.

Murid : Baiklah encik , saya berterima kasih kerana sudi melapangkan masa untuk
ditemubual.

En. Karim : Terima kasih kembali.

( Berjabat tangan dengan murid )

Tip :

Sediakan LIMA SOALAN terbaik. Setiap soalan diikuti oleh jawapan dan huraian sebanyak
20 patah perkataan KECUALI pendahuluan.
TEKNIK PENULISAN KARANGAN BERFORMAT WAWANCARA
Pengenalan Karangan jenis wawancara dan perbualan.
Contoh pengenalan:
Contoh 1
Baru-baru ini saya telah sempat menemu bual seorang tokoh koperat tempatan yang terkenal
iaitu Datuk Tajuddin Ramli untuk mendapatkan pandangan beliau tentang perkembangan
perniagaan di negara kita. Yang berikut merupakan hasil temu bual saya dengan beliau.
Contoh 2
Sebagai wartawan majalah hiburan ‘Artis’, saya telah diberikan tugas untuk mewawancara
saudara Yusof Haslam, seorang pelakon dan pengarah filem yang terkemuka di negara ini.
Wawancara ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan beliau tentang perkembangan dunia
perfileman di negara kita. Yang berikut ialah hasil wawancara saya dengan beliau.
Contoh 3.
Ketika menyambut Hari Kebangsaan yang lalu, saya telah berkenalan dengan Encik Sumadja
dari Indonesia. Beliau ingin mengetahui beberapa perkara yang berkaitan dengan kebudayaan
rakyat Malaysia yang dianggap unik. Yang berikut merupakan hasil perbualan kami.
Contoh 4
Sebagai Ahli Jawatan Kuasa Kelab Alam Sekitar sekolah, saya dan 3 orang pelajar lain telah
ditugaskan untuk berbincang tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencantikkan
sekolah. Yang berikut ialah hasil perbualan kami.
______________________________________________________________

Tajuk karangan ialah:

Kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang bersesuaian untuk memastikan pemberian


subsidi diagihkan kepada golongan yang berhak saja. Sebagai pemberita akhbar, anda ditugaskan
untuk mewawancara seorang wakil rakyat yang berkatian usaha-usaha yang telah dilaksanakan
itu.

Tulis wawancara anda itu selengkapnya

CUBA ANDA MENULIS BAHAGIAN PENGENALAN:

TEKNIK KEDUA IALAH OLAHAN SOALAN DAN JAWAPAN


SOALAN:
Seorang usahawan muda telah menempa nama dalam perusahaan perabot. Sebagai wartawan
sebuah majalah, anda diarahkan untuk mewawancara usahawan yang berkenaan. Isi wawancara
itu ialah tentang kegiatannya dalam bidang perusahaan perabot dan rancangan-rancangannya
pada masa akan datang. Tulislah wawancara anda itu selengkapnya.
***
Saya telah mendapat arahan daripada ketua editor untuk mewawancara seorang usahawan muda
yang telah berjaya menghasilkan perabot-perabot dan krafrangan hingga mendapat pasaran luar
negeri. Yang berikut ialah isi wawancara saya dengan usahawan tersebut, iaitu Encik Teo Hing
Seng.
Pemberita : Selamat sejahtera, Encik Teo.
Encik Teo : Selamat sejahtera. Silakan duduk.
Pemberita : Terima kasih. Terlebih dahulu ribuan terima kasih saya ucapkan kerana kesudian
Encik Teo untuk diwawancara. Bagaimanakah Encik Teo mula melibatkan diri dalam bidang
pembuatan perabot dan kraftangan ini? (cuba anda tanya tentang latar belakang soalan)
Encik Teo : Sebenarnya, cita-cita saya ialah menjadi arkitek. Walau bagaimanapun, setelah
mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni halus dan perabot di Itali, saya
terpaksa melupakan cita-cita itu. Setelah menamatkan pengajian, minat saya untuk membuka
perniagaan sendiri dalam bidang ini begitu mendalam. Oleh sebab itulah, saya memberanikan
diri untuk membuka perniagaan dalam bidang ini.
Pemberita : Bagaimanakah timbulnya minat Encik Teo untuk melibatkan diri dalam bidang ini?
Encik Teo : Pada mulanya saya kurang meminati bidang ini, tetapi setelah mengikuti pengajian
dalam bidang ini dan setelah melihat keindahan dan kehalusan pada barang-barang perabot dan
kraftangan, saya tertarik untuk mengusahakannya sendiri.
Pemberita : adakah Encik Teo sendiri yang membuka perniagaan ini?
Encik Teo : Pada mulanya bukan saya seorang saja yang terlibat dalam perusahaan ini. Saya
dibantu oleh tiga orang sahabat yang secara kebetulan mempunyai minat yang sama seperti saya.
Walau bagaimanapun, selepas setahun hanya tinggal saya seorang yang menguruskan perniagaan
ini sepenuh masa. Sahabat-sahabat saya telah membuka perniagaan masing-masing. Kini,
perniagaan ini saya miliki sepenuhnya. Saya dibantu oleh lima orang pekerja.
Pemberita : Apakah masalah yang Encik Teo hadapi ketika memulakan perniagaan ini dahulu?
Encik Teo : Masalah utama ialah mendapatkan modal yang secukupnya. Namun begitu, masalah
ini dapat saya atasi melalui pinjaman bank. Masalah-masa lain termasuklah persaingan dengan
pengusaha perabot yang lain, kesukaran mendapatkan tenaga kerja yang mahir dan kreatif, dan
pasaran yang terhad juga. Namun demikian, masalah-masalah tersebut dapat saya atasi secara
beransur-ansur.
Pemberita : Saya yakin bahawa banyak orang yang kagum akan kejayaan Encik Teo . apakah
rancangan-rancangan Encik Teo pada masa yang akan datang?
Encik Teo : Saya bercadang untuk mengeksport perabot dan kraf tangan yang saya usahakan ini
ke luar negeri. Saya bercadang juga untuk mengajak pengusaha-pengusaha perabot dan kraf
tangan yang lain bergabung tenaga untuk menjayakan rancangan ini.
Pemberita : Adakah Encik Teo yakin bahawa rancangan ini akan berjaya dan mendapat
sambutan daripada masyarakat di luar negeri?
Encik Teo : Ya, saya yakin. Hal ini demikian kerana perabot-perabot yang saya hasilkan adalah
daripada kayu-kayan yang bermutu tinggi. Selain itu, saya percaya bahawa seni ukirnya yang
halus dan reka bentuknya yang unik akan menarik minat masyarakat luar untuk membeli perabot
yang saya usahakan ini.
Pemberita : Selain mengeksport perbot ke luar negeri, apakah rancangan lain yang mungkin
dijalankan?
Encik Teo : Saya bercadang juga untuk membuka cawangan kedai perabot di negara-negara
Asia, khususnya di Filipina, Brunie Darussalam, Jepun, dan Korea Selatan. Saya bercita-cita juga
untuk memperluas pasaran perabot ini hingga ke Amerika syarikat dan negara-negara Eropah.
Pemberita : saya mendapati bahawa Encik Teo mengutamakan perabot yang berbentuk
tradisional dan antik. Tidakkah Encik Teo bercadang untuk mengusahakan perabot moden pula?
Encik Teo : Pada masa ini, saya lebih mengutamakan perabot berbentuk tradisional dan antik
kerana sambutan yang diberikan untuk perabot-perabot ini sungguh baik. Namun demikian, saya
bercadang juga untuk mempelbagaikan reka bentuk perabot tersebut pada masa akan datang.
Pemberita : Akhir sekali, apakah pesanan Encik Teo kepada pembaca majalah ini?
Encik Teo : Saya berharap agar mereka yang meminati bidang ini akan mengusahakannya
dengan sungguh-sungguh. Mereka perlu menjadi lebih kreatif juga. Tegasnya, kegigihan
seseorang itu akan menentukan kejayaannya dalam apa-apa bidang sekali pun.
Pemberita : Nampaknya setakat ini saja wawancara kita kali ini. Terima kasih sekali lagi kerana
Encik Teo sudi meluangkan masa untuk diwawancara.
Encik Teo : Sama-sama.
*Wawancara saya dengan Encik Teo berakhir pada kira-kira pukul 12.00 tengah hari. Selepas
itu, saya pulang ke pejabat untuk menyiapkan rencana tersebut.

Tajuk karangan ialah:

Kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang bersesuaian untuk memastikan pemberian


subsidi diagihkan kepada golongan yang berhak saja. Sebagai pemberita akhbar, anda ditugaskan
untuk mewawancara seorang wakil rakyat yang berkatian usaha-usaha yang telah dilaksanakan
itu.

Latihan:

Kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang bersesuaian untuk meningkatkan tahap


kebersihan tandas awam di kebanyakan tempat di negara ini. Usaha ini perlu dilakukan segera
ekoran aduan khalayak berkenaan dengan tahap kebersihan tandas awam di negara ini kurang
memuaskan. Anda sebagai pemberita berita telah ditugaskan untuk menemu bual seorang
pegawai kerajaan yang menguruskan Kempen Tandas Lima Bintang.

Pendahuluan
- Cara anda bersalam dengan orang yang diwawancara
- “selamat pagi/ apa khabar? Salam sejahtera…”
- Anda perlu mengucapkan ribuan terima kasih kerana orang yang diwawancara sudi
meluangkan masa……………….
- Anda ingin tahu mengapakah Kempen Tandas Lima Bintang diperkenalkan?
- pengguna tentang mutu perkhidmatan tandas awam sering dipaparkan oleh media massa
- Kebersihan tandas mencerminkan imej negara, tandas yang bersih membawa imej yang bersih
bukan sahaja kepada pengguna domestik malahan pelancong asing.
- Jangan kerana setitik nila rosak susu sebelanga (kerana sesuatu yang rosak menyebabkan
keseluruhan juga terpengaruh)
- Kempen tandas lima Bintang diperkenalkan.

Usaha-usaha yang dilakukan

a) Pihak kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk menaiktarafkan
tandas awam 1
-pihak kerajaan membuka tender yang lebih banyak 2 kepada syarikat awam untuk
menaiktarafkan tandas awam
-jika tender lama tidak dapat menjalankan kewajipan 3, tender mereka akan ditamatkan
- tandas awam yang dinaiktarafkan lebih mesra pengguna 4
-cermin yang besar, keadaan mangkuk tandas yang baik, lantai sentiasa bersih, setiap tandas
terdapat seorang pengurus yang memantau, tandas yang ceria

b) Untuk menggalakkan pihak swasta terlibat secara langsung dalam usaha menaiktarafkan
tandas awam, pihak kerajaan akan memberi pengiktirafan kepada mereka yang memenuhi
piawaian tandas lima bintang 5.
-pusat beli-belah, restoran, premis perniagaan 6 yang menjadi tumpuan khalayak
-dengan ada kerjasama pihak swasta, sudah tentu tahap kebersihan tandas awam akan sentiasas
bersih
-Pusat membeli Jusco merupakan contoh yang patut dipuji 7, kerana mereka sentiasa berusaha
memastikan tandas mereka bersih dan mesra pengguna. Di samping itu, mereka telah
menaiktarafkan tandas 8 mereka mengikut keperluan pengguna.
-usaha ini amat murni kerana pusat membeli Jusco sering ditandang oleh pelancong domestik
mahupun pelancong asing 9.

C) penguatkuasaan undang-undang juga akan dikenakan kepada mereka yang mengotorkan


tandas
-denda atau kompaun 10 yang tinggi terhadap sesiapa yang didapati bersalah kerana
mengotorkan atau merosakkan tandas
- pemantauan terhadap tandas awam akan dipantau secara konsisten 11
-mengenakan hukuman melakukan Program Khidmat Masyarakat 12, seperti membersihkan
tandas kepada pesalah

d) mempergiat kempen kesedaran dalam kalangan masyarakat melalui media massa


-lagu yang menyeru masyarakat menyayangi tandas
- menyayangi harta awam seperti milik sendiri
- menjaga kebersihan tandas awam
- menggunakan tandas awam dengan baik
- “tandas bersih, rakyat sihat”
e) Untuk menjaga sikap menjaga kebersihan tandas perlu bermula sejak bangku sekolah
-pihak sekolah di Kuala Lumpur sebagai platform pertama yang menyertai pertandingan tandas
bersih,
-tandas yang bersih akan diiktiraf berdasarkan bintang
-usaha ini akan mendidik anak-anak muda menghargai tandas daripada merosakkan tandas,
kegiatan vandalisme dapat dikurangkan.

Penutup: harapan
-kemudahan awam, termasuk tandas awam merupakan hak semua orang-rakyat harus
bertanggunjawab untuk menjaga kemudahan yang disediakan demi kepentingan bersama
-mencerminkan imej rakyat dan negara

Artikel/ bahan bacaan


KUALA TERENGGANU 20 Dis- Jika anda mahu tandas yang cantik, bersih, tiada bau
atau bertaraf lima bintang, bayar RM1.

Itulah yang akan diwujudkan tahun depan oleh Majlis Perbandaran Kuala Terengganu
(MPKT).

Menurut Yang Dipertua MPKT, Adzlan Mohd. Dagang, orang ramai sekarang merungut
kerana tandas masih kotor walaupun dikenakan bayaran antara 20 sen dan 30 sen.

Dengan RM1 jaminannya akan terpelihara.

Katanya, sebagai peringkat permulaan dua tandas yang bertaraf lima bintang itu akan
dibina di Taman Awam Batu Buruk dan Taman Syahbandar dekat sini.

Menurut beliau, kemudahan tersebut akan dijadikan sebagai projek perintis sebelum
konsep tandas seumpama itu diperluaskan ke kawasan lain.

"Sesuai dengan kemewahan tandas ini kadar bayaran yang mungkin akan dikenakan
adalah RM1. Tandas ini akan menyediakan pelbagai kemudahan dan kita akan
memastikan ia sentiasa dijaga," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Menurut Adzlan, tandas ini akan sentiasa berbau haram dan antara kemudahan yang
terdapat di tandas tersebut disediakan ialah tisu, tuala dan sabun.

"Tandas ini akan dihiasi dengan pelbagai perhiasan termasuk bunga hiasan, jubin-jubin
bercorak menarik sesuai dengan konsep tandas mewah yang kita perkenalkan ini,"ujarnya.

Anugerah Tandas Bersih 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan 2010 (anjuran Kementerian


Perumahan & Kerajaan Tempatan
Tandas Awam Teluk Kalong telah dipilih untuk menyertai pertandingan Tandas Bersih 1
Malaysia Peringkat Kebangsaan dibawah anjuran Kementerian Perumahan & Kerajaan
Tempatan untuk tahun 2010.

Tandas ini telah dipilih berdasarkan beberapa kriteria, antaranya ialah ia merupakan pemenang
pertandingan Tandas Bersih peringkat daerah Kemaman yang diadakan sempena ulangtahun
Pemasyhuran Majlis Perbandaran Kemaman pada bulan Februari 2010 yang lalu.

Selain dari konsep 1 Malaysia iaitu mengikut tema pertandingan, tandas ini juga telah disusun
dan hias mengikut konsep yang terdapat dalam 5S iaitu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa
amal.

Pengusaha tandas ini Encik Mustafa bin Mamat telah diberi penerangan bagaimana untuk
mengekalkan tentang konsep 5S ini.

Laluan Keluar Masuk Tandas Lelaki Dan Wanita Dihiasi Dengan Pokok Hiasan Dan Rak Selipa
Berkonsepkan 5s

Papan Tandas Lelaki Dan Perempuan Untuk Konsep 1 Malaysia Dalam 3 Bahasa (Melayu, Cina
Dan India)

Pengusaha Tandas Lengkap Berpakaian Seragam, Apron, Tag Nama, 'Badge 5s' Topi, Kasut
'Boot, Dan Bersarung Tangan

Kemudahan Yang Disediakan Di Dalam Tandas Seperti Cermin, Sink Yang Bersih, Soup
Dispenser, Gambar Hiasan, Pewangi Tandas Serta Pokok Hiasan Di Atas Sink Akan Menarik
Keadaan Tandas Yang Berkualiti

Kebersihan tandas di sekolah


Kebersihan tandas di sekolah-sekolah wajar diberi penekanan. Kebersihan tandas patut
dimasukkan dalam agenda utama program 3K di sekolah. Jika anda ingin melihat sama ada sikap
mengutamakan kebersihan berbudaya di sesebuah sekolah lihat tandasnya. Jika tempat yang
dianggap paling kotor itu paling bersih luar dan dalam, itu selalunya menggambarkan yang
warga sekolah memang prihatin terhadap aspek kebersihan ini. Baru-baru ini SMK Simpang
yang terletak kira-kira 7 km dari bandar Taiping, Perak melancarkan Hari Tandas. Ini tahun
kedua sekolah ini melancarkan program seumpama ini. Pelancaran ini dilakukan sempena
Pelancaran Hari Tandas Sedunia yang disambut pada setiap 18 Januari. Tetapi kali ini SMK
Simpang tidak lagi menggunakan perkataan tandas, sebaliknya menggantikannya dengan bilik
BMW. BMW ini tiada kaitan dengan jenama kereta mewah atau Bas Mini Wilayah. Sebaliknya
BMW membawa maksud Bersih, Menawan dan Wangi. Nama BMW dirasakan lebih sesuai agar
usaha untuk memastikan tandas sekolah sentiasa bersih, menawan dan wangi tidak dipandang
remeh dan dimomokkan. Jawatankuasa Tandas, iaitu nama yang digunakan sebelum ini kadang-
kadang memang diakui boleh mengurangkan motivasi untuk menjaga kebersihan tandas. Tetapi
dengan panggilan baru untuk jawatankuasa ini, iaitu Jawatankuasa Bilik BMW secara automatik
telah merangsang bukan sahaja AJK yang terlibat malahan setiap warga sekolah untuk lebih
bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik istirahat ini. Bersih bermaksud tiada contengan,
tiada goresan, tiada sampah, tiada sawang, tidak berhabuk/berdebu, tidak berbau busuk, sentiasa
dinyahkuman, dan mengekalkan warna asal. Menawan pula bermaksud ceria, dihias dengan
bunga , dipenuhi mutiara kata, gambar, taman mini (tumbuhan menghijau), dinding hijau
berkonsepkan Tandas Dalam Taman. Sementara Wangi pula pula bermaksud tiada bau busuk,
berbau wangi, pengguna berasa selesa menggunakan tandas. Selain itu Jawatankuasa BMW juga
telah mengatur jadual penggunaan tandas supaya pelajar tidak mengambil kesempatan untuk
keluar masuk tandas bila-bila masa yang mereka suka. Sebaliknya melalui penggunaan masa
tetentu akan melatih pelajar sekolah untuk merancang masa mereka untuk membuang air. Pihak
sekolah sentiasa mengingatkan pelajar bahawa tiada sesuatu pun yang tidak boleh dirancang dan
dilatih, ini termasuklah jadual membuang air (sama ada air besar atau kecil). Inilah jam biologi
atau jam hayat namanya dan jam jenis ini dikurniakan kepada semua orang, tetapi jarang-jarang
yang menggunakannya. Jam ini hanya benar-benar berfungsi dan berguna jika setiap individu itu
melalui kebiasaan yang diwujudkan berasaskan latihan dan ulangan. Sebagai contoh jika
seseorang itu biasa ke tandas sebaik-baik sahaja bangun pagi, itulah yang akan dilakukannya
sebelum melakukan kerja-kerja lain pada waktu itu. Usaha pihak sekolah ini diharapkan akan
dapat meningkatkan kesedaran dan sikap warga sekolah tentang pentingnya memelihara
kebersihan tandas dalam kehidupan seharian di samping memberi kesedaran kepada mereka agar
peka serta melibatkan diri dalam membanteras perbuatan vandalisme di bilik BMW sekolah
khasnya.

Anda mungkin juga menyukai