Anda di halaman 1dari 17

1.

0 Penghargaan

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Pertama sekali, Syukur ke Hadrat ilahi kerana
dengan limpah kurnianya, saya diberi kesempatan untuk menyiapkan tugasan ini dengan
sempurnanya kerana banyak kemudahan-kemudahan yang telah diberikan-Nya kepada saya,
Alhamdulillah.

Seterusnya, saya selaku guru pelatih daripada kelas pengajian P1B, Muhammad Muaz bin
Mohamad Bajuri ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya, Mohamad Bajuri
bin Gazali dan Janariah binti Nijar kerana telah memberikan dorongan dan sokongan yang begitu padu
kepada saya terutamanya dalam menghadapi kemelut yang melanda dalam kehidupan saya.
Sumbangan beliau dari segi kewangan tambahan untuk membeli printer dan laptop saya adalah
teramat penting bagi menyempurnakan tugasan ini.

Kemudian, tidak lupa juga diucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami yang
mengajar subjek Perkembangan kanak-kanak iaitulah Puan Intan Zalinda Ahmad Zaini yang bijaksana
lagi prihatin terhadap kami. Terdapat benyak idea-idea yang telah beliau sumbangkan serta banyak
mengingatkan kami supaya tidak menangguh-nangguhkan kerja kursus ini khas dan kerja kursus lain-
lain amnya.

Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya
yang banyak membantu saya terutamanya Ahmad Fakhruddin bin Ahmad Sobri dalam mencari buku
rujukan, sumber-sumber yang lain, idea-idea yang bernas, dan memberikan kerjasama yang terbaik
dalam penghasilan tugasan kerja kursus ini.

1
2.0Pengenalan

2.1 Konsep dan prinsip asas perkembangan kanak-kanak

Menurut Mok Soon Sang (2009), perkembangan merupakan suatu proses berterusan dari
peringkat lahir sehingga mencapai peringkat kematangan. Mengikut kajian ahli psikologi, kajian
manusia dari aspek perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani adalah dipengaruhi oleh dua
faktor utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Ia sering dikaitkan dengan pertumbuhan yang
asasnya merupakan perubahan fizikal tubuh badan. Manakala konsep perkembangan pada asasnya
ialah perubahan tingkah laku mental.

Dari aspek jasmani, secara pertumbuhannya dapat diperhati dengan melihat bertambahnya
saiz badan, berat, gigi, organ deria dan lain-lain. Secara perkembangannya pula boleh dilihat dari
kemahiran menggunakan pertumbuhan fizikal seperti berjalan, melihat, mendengar dan sebagainya.
Sementera itu dari aspek mental pula, secara pertumbuhannya dapat dilihat dengan bertambahnya
keupayaan berfikir kanak-kanak tersebut. Perkembangannya pula dapat dilihat dari kemahiran
berfikir, mengingat, menaakul dan sebagainya. Aspek yang ketiga iaitu aspek emosi, secara
pertumbuhannya dapat dilihat dari wujudnya perasaan takut, gembira, sedih dan sebagainya.
Perkembangannya pula dapat dilihat dari kemahiran mengawal perasaan dalam situasi tertentu.
Aspek yang terakhir iaitu sosial, secara pertumbuhannya dapat dilihat dengan meluasnya
perhubungan komunikasi dan pergaulan dengan orang-orang lain. Perkembangan aspek sosial pula
bagi kanak-kanak boleh dilihat dengan wujudnya kemahiran mendisiplinkan dan penyesuaian diri
dalam berinteraksi dan bergaul bersama masyarakat luar.

2.2 Prinsip asas perkembangan kanak-kanak

Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam Perkembangan Kanak-Kanak Edisi Kedua,
prinsip asas perkembangan kanak-kanak dapat dibahagikan kepada 5 jenis. Prinsip asas
perkembangan yang pertama ialah proses perkembangan ini berlaku mengikut aturan. Sebagai
contohnya pada permulaannya seorang bayi pada mulanya boleh duduk dengan bantuan, kemudian
merangkak dan seterusnya diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan tanpa dipimpin.
Perkembangan juga dapat dilihat dari perkembangan konkrit kepada abstrak. Iaitu bayi atau kanak-
kanak hanya mampu membayangkan sesuatu yang berada di hadapan mereka sahaja, namun
akhirnya dapat memikirkan sesuatu yang lebih kompleks iaitu yang sukar untuk digambarkan.

Prinsip kedua perkembangan kanak-kanak ialah perubahan dalam pertumbuhan dan

2
perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Pertumbuhan secara
lahiriahnya akan berlaku dari otot-otot yang besar dahulu sebelum berlakunya perkembangan ke
otot-otot halus. Sebagai contohnya seorang bayi hanya mampu menggengam sesuatu objek dengan
tangannya tanpa menggerakkan jari, namun setelah sekian lama dia mampu memegang sesuatu
dengan jari-jemarinya seperti memegang sebutir kacang dengan jari telunjuk dan ibu jarinya.

Prinsip ketiga perkembangan kanak-kanak ialah pertumbuhan dan perkembangan adalah


suatu proses yang berlaku secara berterusan. Ini bermakna perkembangan kanak-kanak adalah
suatu proses yang berterusan selagi mereka hidup. Sebagai contoh sesuatu kemahiran asas pada
waktu kecil akan menjadi suatu kemahiran yang lebih rumit dan kompleks di masa hadapan.

Prinsip keempat perkembangan kanak-kanak ialah, corak dan aturan perkembangan adalah
hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Ini kerana adanya
perbezaan individu dalam setiap masyarakat walaupun mungkin mempunyai umur yang sama.
Sebagai contohnya perkembangan kanak-kanak dari merangkak kepada berjalan. Mungkin ada
sesetengah bayi dapat merangkak dalam 18 bulan, namun ada juga yang mengambil masa yang lebih
lama. Ini semua bergantung kepada faktor baka dan persekitaran kanak-kanak tersebut.

Prinsip kelima dalam perkembangan kanak-kanak ialah perkembangan adalah hasil interaksi
di antara kematangan dan pembelajaran. kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia ada
dalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan dan kemudian berlari. Ia
dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Pembelajaran adalah hasil daripada latihan, proses peniruan
atau identifikasi dan memerlukan usaha.

Proses pembelajaran membantu seseorang individu memperkembangkan potensi yang sedia


ada dalam dirinya. Misalnya perkembangan otot dan saraf anggota badan yang sempurna
memungkinkan seseorang itu berenang jika berlatih atau meniru cara-cara berenang.

Mok Soon Sang (2009) telah menyatakan bahawa secara keseluruhannya perkembangan
kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga peringkat utama iaitu peringkat bayi iaitu berumur 0
hingga 2 tahun. Peringkat awal kanak-kanak iaitu berusia sekitar 2 hingga 6 tahun. Manakala
peringkat ketiga ialah peringkat kanak-kanak iaitu berusia 6 hingga 11 tahun. Setiap peringkat kanak-
kanak tersebut biasanya mengalami perkembangan yang unik dalam aspek-aspek seperti
psikomotor, mental, emosi, sosial dan bahasa.

3
Selain itu Mok Soon Sang turut menghuraikan keadaan pertumbuhan, pertumbuhan berlaku
dari dua arah iaitu dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi. Pada kebiasaannya struktur fizikal
wujud mendahului kemahiran fungsinya. Corak pertumbuhan setiap individu adalah sama namun
yang membezakannya hanyalah kadar bagi setiap individu. Pertumbuhan pada kebiasaannya berlaku
sehingga mencapai tahap hadnya, tetapi perkembangan berlaku tanpa mempunyai had sehinggalah
seseorang individu itu meninggal dunia. Pertumbuhan dan perkembangan saling bersaing dan
berinteraksi. Pertumbuhan jasmani yang kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani,
emosi dan social. Ciri-ciri pertumbuhan boleh dikelaskan kepada beberapa peringkat seperti pralahir,
bayi, awal kanak-kanak, pertengahan kanak-kanak dan sebagainya.

3.0 Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak

Daripada beberapa sumber, terdapat 6 faktor utama yang mempengaruhi perkembangan


kemahiran berbahasa kanak-kanak iaitu, umur. Kesihatan, jantina, kecerdasan, keluarga dan alam
sekitar. Dari segi umur, perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah apabila meningkat usia.
Hal ini disebabkan adanya hubungan rapat antara umur dan kematangan terutama sekali alat suara
dan akal. Kanak-kanak tidak bercakap selagi belum matang.

Seterusnya, dari sudut kesihatan pula, Perkembangan bahasa kanak-kanak akan terganggu
jika kesihatannya terganggu terutamanya dalam masa 2 tahun pertama. Ini kerana kanak-kanak yang
sakit kurang aktif dan letih. Jadi mereka kurang mendapat rangsangan alam sekitar dan kelancaran
pertuturan akan terganggu.

Selain itu, jantina juga menjadi peranan dalam hal ini. Secara amnya, kanak-kanak perempaun
lebih cepat bercakap dibandingkan dengan kanak-kanak lelaki. Ini disebabkan perkembangan dan
pertumbuhan kanak-kanak perempuan lebih cepat berbanding lelaki. Oleh itu alat suara kanak-kanak
perempuan lebih cepat matang. Sebab itulah percakapan kanak-kanak perempuan lebih mudah
difahami. Selain itu mereka lebih banyak perbendahaaan kata. Kesannya kanak-kanak perempuan
lebih banyak bercakap dan lebih cepat membaca. Namun bagi sesetengahnya kanak-kanak
perempuan ada juga yang lambat mengalami perkembangan bahasa.

Walau bagaimanapun, ianya juga bergantung kepada kecerdasan kanak-kanak tersebut.


Kecerdasan dan kebolehan bahasa seseorang amat berkait rapat. Jika dilihat pada kanak-kanak yang
cerdas, mereka lebih cepat bercakap dibandingkan kanak-kanak yang lemah. Namun, tidak bermakna
kanak-kanak yang lambat bercakap tidak cerdas akalnya. Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya lebih
tinggi mempunyai sifat istimewa kerana dapat memerhati dan memahami erti perkataan dan
percakapan.

4
Dan akhir sekali, ia juga bergantung kepada keadaan sesebuah keluarga. Secara amnya,
perkembangan bahasa kanak-kanak berstatus tinggi dan sederhana akan lebih cepat bercakap jika
dibandingkan dengan kanak-kanak berstatus rendah. Selain daripada itu, perbendaharaan kata
mereka juga lebih tinggi. Saiz sesebuah keluarga juga mempengaruhi. Andai kata jika kanak-kanak itu
anak tunggal maka lebih cepat bercakap dan lebih banyak berinteraksi dengan ibu bapa serta
mandapat layanan yang cukup. Manakala anak yang ramai adik-beradik akan lebih kerap bercakap
sesama sendiri maka perbendaharaan katanya sedikit.

5
4.0 Kajian terhadap perkembangan bahasa kanak-kanak

Di dalam kajian ini, saya telah memilih seorang kanak-kanak (Sila rujuk lampiran 1) sebagai
responden saya. Disebabkan, kanak-kanak tersebut adalah adik saya sendiri, maka, mudahlah saya
untuk menyiapkan tugasan ini. Kaedah yang saya gunakan untuk mendapatkan hasil kajian ini adalah
dengan membuat rujukan, temu ramah dan soal selidik dengan secara tidak formal.

Takrif bahasa

Bahasa menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996:87), adalah satu sistem lambang bunyi suara
yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Secara mudahnya,
bahasa adalah merujuk kepada percakapan kita yang memberikan makna kepada orang yang
mendengarnya. Bahasa juga merujuk sesuatu identiti sesebuah bangsa dan negara. Contohnya,
bahasa Malaysia adalah suatu bahasa yang menjadi suatu kelaziman kepada bangsa Melayu dan
masyarakat Malaysia. Apa yang menarik, ketawa, tangisan, mimik muka dan sebagainya juga adalah
sebahagian daripada bahasa, malah ianya adalah bahasa antarabangsa dan ‘universal’ penggunaannya
dalam kalangan seluruh manusia tidak kira bangsa dan negara. Walau bagaimanapun, bahasa
bukanlah hanya terhad kepada sistem lambang bunyi suara sahaja, akan tetapi ia merangkumi segala
simbol yang boleh difahami oleh semua orang seperti seseorang yang berkehendak memanggil
kawannya yang berada jauh darinya dengan hanya memberi isyarat lambaian tangan sahaja sudah
cukup untuk menjadi alat komunikasi yang amat berkesan, tepat, dan menjimatkan masa. Menurut
Raminah Hj Sabran (1985), “banyak dasar yang boleh dijadikan asas untuk mendefinisikan
bahasa.Sesetengah orang mendefinisikan bahasa dari sudut fungsi bahasa itu sendiri. Bagi mereka
bahasa merupakan alat perhubungan atau komunikasi. Jadi dapatlah disimpulkan bahawa bahasa
merupakan suatu sistem lambang pertuturan yang terdiri daripada leretan bunyi- bunyian yang
diucapkan dan digunakan oleh ahli sesebuah masyarakat sebagai alat untuk berhubung. Bahasa juga
boleh dikatakan sebagai saluran bagi membolehkan kanak-kanak menyusun dan menyatakan idea
atau pengalamannya.

Teori perkembangan bahasa kanak-kanak

Terdapat banyak teori yang menceritakan berkenaan perkembangan bahasa kanak-kanak.


Antara beberapa teori yang menjadi panduan dan uji kaji saya ialah teori Behavioris, teori Mentalis,
dan teori Interaksionalis.

Teori Behavioris

6
Menurut Husin Fateh Din, Teori Beharvioris menekankan kepentingan persekitaran dalam
pembelajaran bahasa yang berlandaskan Teori pelaziman Operan. Teori ini dipelopori oleh B. F.
Skinner (1938). Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau
keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran
setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang
diberikan adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul dan telah berjaya
dilakukan oleh kanak-kanak.

Dalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh yang sangat penting terhadap
kanak-kanak. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa akan
membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan lebih cepat. Aktiviti latih tubi dan latihan berulang
kali amat penting dijalankan lebih kerap untuk membolehkan pemerolehan bahasa berlaku sehingga
menjadi amalan kebiasaan.

Berdasarkan teori Behavioris ini, ia menekan kepada persekitaran yang dihadapi sendiri oleh
kanak-kanak tersebut. Ini bermakna apabila persekitaran berbeza, maka kemahiran berbahasa setiap
kanak-kanak juga berbeza. Berdasarkan responden yang telah saya kaji, persekitaran responden
adalah berada di dalam keluarga yang mempunyai kedudukan sosial yang biasa-biasa sahaja di dalam
masyarakat dan situasi luar bandar atau kampung. Dan ibu bapanya pula adalah berketurunan jawa.
Oleh itu, responden memang mahir bertutur di dalam bahasa Melayu yang cenderung kepada bunyi
loghat jawa serta menguasai sedikit demi sedikit kemahiran berbahasa jawa. Responden tidaklah
terlalu mahir bertutur di dalam bahasa jawa kerana ibu bapanya hanya menggunakan bahasa jawa
semasa bersembang dengan orang kampung di masjid, kenduri dan sebagainya. Tetapi bertutur di
dalam bahasa Melayu apabila mereka berkomunikasi bersama anak-anak mereka. Walaupun
responden tidaklah belajar secara khusus dalam bidang bahasa jawa, malah hanya Cuma terbiasa
mendengar di sekeliling persekitarannya, dia mampu untuk mengambil skema-skema tersebut untuk
disimpan dan diaplikasikannya di dalam kehidupannya. Oleh itu, saya bersetuju dengan teori
behavioris ini yang menyatakan bahawa Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk bahasa dan
bukan bahasa akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan lebih cepat.

Teori Mentalis

Teori ini dipelopori oleh Noam Chomsky. Menurut teori ini pemerolehan bahasa boleh
ditakrifkan sebagai proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental. Teori ini juga dikenali sebagai
Teori Kognitif, iaitu menjelaskan bahawa bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan melalui proses

7
dalam otak. Oleh itu, bahasa ialah aktiviti mental yang merupakan kebolehan semulajadi manusia.
Chomsky berpendapat, manusia dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa atau Language
Acquisition Device(LAD). Alat ini menyebabkan manusia mempunyai kebolehan semulajadi untuk
menguasai bahasa.

Menurut Jean Piaget yang juga berfahaman Mentalis mengatakan perkembangan bahasa
kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan mentalnya. Malah beliau berpendapat bahawa
bahasa kanak-kanak itu merupakan manifestasi penting daripada perkembangan mentalnya. Untuk
memperolehi penguasaan bahasa kanak-kanak perlu melalui beberapa peringkat perkembangan
kognitif.

Peringkat pertama (18 bulan – 2 tahun) kanak-kanak membentuk skema atau struktur kognitif
hasil dari interaksi yang aktif dengan persekitaran. Pengetahuan digambarkan dalam pelbagai bentuk
simbolik. Daripada umur 2 hingga 7 tahun, kanak-kanak memasuki peringkat tahap pemikiran
praoperasi konkrit. Dalam peringkat ini penguasaan bahasa kanak-kanak semakin berkembang.

Peringkat kedua dalam lingkungan 4 tahun kanak-kanak sudah mula pandai bercakap dan
boleh membentuk ayat serta memahami percakapan orang lain. Peringkat ketiga adalah operasi
konkrit (7-12 tahun) iaitu sudah dapat menguasai beberapa kemahiran seperti hukum pengekalan,
konsep hubungan, pengkategorian dan persirian. Umur selepas 12 tahun dikatakan sebagai peringkat
operasi formal.

Berdasarkan teori mentalis ini, melalui pemerhatian saya selama ini terhadap responden
selaku adik saya sendiri, dia mengalami peningkatan kemahiran berbahasa dengan baik sekali apabila
dia mencapai pada umurnya 11 tahun. Hal ini kerana ia berkaitan dengan peningkatan
pembelajarannya di sekolah di samping dia telah terdedah dengan pelbagai ilmu-ilmu yang semakin
mencabar dengan penggunaan bahasa yang kelihatan hebat atau ‘bombastic’. Dia juga adalah
seorang yang suka untuk membaca buku, artikel dan melayari internet. Pembacaannya bukanlah
pembacaan yang bersahaja, tetapi dia suka untuk membaca bacaan yang berat seperti membaca
majalah solusi, Reader Digest dan perkara-perkara yang berkaitan dengan ‘science fiction’. walaupun
dalam usia yang sangat muda iaitu 11 tahun tetapi pertuturannya adalah seperti pertuturan orang
yang matang. Selain daripada pembacaan, dia juga suka untuk menonton cerita-cerita movie barat
yang berbahasa Inggeris. Ini menyebabkan dia, berjaya memperolehi markah yang tinggi di dalam
peperiksaan bahasa Inggeris selain berjaya menguasai bahasa Inggeris dengan baik sekali. Oleh itu,
benarlah apa yang dinyatakan daripada teori ini bahawa bahasa kanak-kanak itu merupakan
manifestasi penting daripada perkembangan mentalnya.

8
Teori Interaksionalis

Teori ini berkembang pada tahun-tahun 60-an dan 70-an. Terdapat beberapa orang ahli
bahasa yang mempelopori teori ini seperti Bloom, Bowennam, Cromer dan Halliday.

Noor Aina (2007) berpendapat golongan ini kelihatan telah berpakat dengan mengambil jalan
tengah antara Teori Behavioris dan Mentalis. Mereka bersetuju bahawa persekitaran luaran dan
faktor bawaan semulajadi memainkan peranan yang sama penting dalam proses pemerolehan bahasa
oleh kanak-kanak. Kanak-kanak selain menerima latihan bahasa yang pasif daripada ibu bapa, mereka
juga dapat memproses bahasa secara aktif kerana memiliki struktur dalaman dalam memperolehi
bahasa. Beberapa faktor seperti persekitaran sosial, pematangan, biologi dan kognitif memainkan
peranan penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak. Semua faktor ini saling berinteraksi lalu
melakukan penyesuaian antara satu sama lain.

Pemerhatian saya terhadap proses perkembangan responden tersebut adalah sama seperti
apa yang dimaksudkan oleh teori Interaksional ini. Responden mempunyai cara percakapannya
tersendiri. Walaupun begitu, cara percakapannya itu adalah terlalu hampir sama seperti cara
percakapan ibunya yang mana ibunyalah orang yang paling rapat dengannya.

Teori dan implikasi perkembangan terhadap pengajaran dan pembelajaran guru

Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, responden tersebut telah mengasah kemahiran
berbahasanya dengan pengalaman yang konkrit. Contohnya, seperti di sekolah, guru akan menyuruh
kanak-kanak untuk membuat sesuatu aktiviti yang telah diatur dan kemudian menyuruh mereka untuk
menceritakan bagaimana mereka melakukan aktiviti tersebut. Selain itu, Responden tersebut
mengatakan, semasa sesi membaca, guru telah memberikan tumpuan terhadap perkataan yang susah
dan menerangkannya dengan perkataan dan ayat yang mudah difahami olehnya. Kesannya,
kemahiran membaca dan bertutur dalam bahasa Malaysia semakin lancar dan mantap.

Selain itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, implikasi perkembangan bahasa dapat
dipertingkatkan melalui penggunaan strategi pengajaran yang pelbagai. Responden mengatakan
bahawa guru di sekolah akan menjadikan kanak-kanak berpasang-pasangan semasa pengajaran
bahasa kedua iaitu bahasa selain bahasa ibunda kita. Guru akan memasangkan kanak-kanak tersebut
dengan pasangan yang lebih mahir dalam kedua-dua bahasa supaya pasangannya yang kurang mahir
itu dapat meniru dan mempelajari daripada rakannya secara langsung. Guru juga menggunakan

9
pelbagai strategi seperti bercerita, simulasi, dan sumbangsaran. Responden menyatakan bahawa
dengan cara inilah, mereka berminat untuk bercakap dan secara tidak langsung dapat membantu
mereka memahami pelajaran-pelajaran yang dipelajarinya di sekolah.

Akhir sekali, responden menyatakan bahawa mereka telah diberi peluang oleh guru-guru
dengan galakan supaya menggunakan bahasa. Contohnya, dalam aktiviti kumpulan, setiap ahli diberi
peluang untuk menceritakan hasil kerja masing-masing. Galakkan pembentangan di dalam kelas
adalah cara yang terbaik untuk memberi peluang kepada kanak-kanak memberi maklumbalas
terhadap aktiviti yang dilakukan .

10
5.0 Rumusan dan cadangan

Kemahiran berbahasa adalah suatu kemahiran yang paling penting sekali di dunia. Hampir
setiap masa yang diperuntukkan di dalam kehidupan kita telah dimanfaatkan dengan ruangan
berbahasa. Bahasa yang baik mencerminkan juga peribadi seseorang itu sejurus menggambarkan juga
kebijaksanaan dan kemuliaan seseorang. Oleh itu pendidikan awal terhadap kanak-kanak dalam
bidang penguasaan bahasa adalah peringkat yang terpenting bagi seseorang untuk memastikan
kejayaannya pada masa akan datang. Berdasarkan responden yang saya pilih, ternyata keluarganya
sangat bagus kerana menyediakan keperluan asas dalam pendidikan kepadanya serta banyak
memberikan rangsangan yang positif kepada responden agar dia menjadi seorang yang pandai
berbahasa. Oleh itu, perlulah kita menghitung semula apa yang wajar dilakukan kepada kanak-kanak.

Antara langkah-langkah yang perlu diketengahkan untuk mempertingkatkan lagi kemajuan


perkembangan bahasa kanak-kanak ialah peranan ibu bapa. Mereka perlulah terus bercakap dan
berbual dengan kanak-kanak walaupun perbualan itu hanya melibatkan sebelah pihak sahaja, tetapi
ia akan menolong kanak-kanak tersebut memperkembangkan dan memperkayakan perbendaharaan
kata dan pengalaman berbahasa.

Seterusnya, luangkan masa untuk mendengar percakapan kanak-kanak. Kanak-kanak akan


mula bercakap pada tahap ini. Gaya percakapan mereka selalunya adalah perlahan dan kadang-
kadang salah. Cuba untuk tidak memotong percakapan kanak-kanak atau menolong memberi idea
kepada percakapan mereka. Biarkan mereka meluahkan idea dan kemahuan mereka. Sabar dan cuba
fahami apa yang mereka ingin sampaikan.

Di samping itu, ibu bapa juga perlulah sentiasa membawa bersama-sama anak-anak kecil
mereka untuk berhadapan dengan masyarakat. Bagi orang islam, seboleh-bolehnya, bapanya perlulah
membawa anak mereka ke masjid pada setiap waktu maghrib dan isya paling kurang. Hal ini kerana,
kanak-kanak tersebut pasti akan terdedah dan berjumpa dengan rakan-rakan sebayanya atau orang
tua dan sudah tentu akan ada berlaku komunikasi dua hala. Kesannya, kanak-kanak akan lebih matang
dalam perbualan mereka sedang mereka selalu mendengar dan menyertai perbualan orang-orang tua
di masjid. Amatlah kesal kepada ibu bapa yang tidak prihatin akan hal ini terhadap anak-anak mereka
kerana setengah ibu bapa yang mempunyai kepentingan masing-masing dengan malarang anak-anak
mereka bermain di luar rumah, berkawan dengan anak rumah jiran sebelah, dan segala aktiviti yang
dapat mempertingkatkan kemahiran berbahasa mereka. Golongan-golongan seperti ini selalunya
adalah terdiri daripada golongan-golongan yang kaya. Semua alat gajet yang canggih seperti Iphone,
Ipad, Komputer game dan yang sejenis dengannya adalah menjadi adat bagi anak-anak mereka.

11
Kesannya, kanak-kanak seperti ini akan menjadi lebih pasif dalam kalangan masyarakat kerana tidak
mempunyai banyak pengalaman berkomunikasi.

Selain peranan ibu bapa, guru-guru juga penting untuk memperkembangkan lagi kemahiran
berbahasa kanak-kanak. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas perlulah bersifat dua
hala atau berpusatkan kepada murid. Ini adalah salah satu cara untuk memberikan peluang kepada
kanak-kanak untuk membina keyakinan dalam pertuturannya di khalayak ramai. Guru haruslah bijak
dalam menguruskan hal ini dengan memberikan galakan kepada kanak-kanak untuk bersuara
walaupun kenyataan yang dibuat oleh kanak-kanak tersebut adalah salah kerana di situlah akan
berlaku komunikasi dua hala, iaitu guru tersebut akan memperbetulkan semula fakta tersebut dengan
penerangan yang lebih jelas dan mudah difahami pada tahap pemikiran mereka.

Pihak sekolah dan ibu bapa hendaklah bekerjasama dalam membantu kanak-kanak dengan
memberikan mereka kepada bacaan-bacaan yang baik dan bermanfaat. Hal ini kerana, semakin tinggi
tahap kualiti buku, maka semakin tinggi kebarangkaliannya kanak-kanak dapat bertutur dengan
bahasa yang cantik. Ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka bahan bacaan yang bermanfaat,
dan yang paling kurang sekali pun adalah dengan membelikan mereka komik yagn mudah untuk
difahami dan mempunyai kualiti bahasa yang diiktiraf. Hal ini kerana, melalui pembacaan juga akan
membentuk siapa diri kanak-kanak tersebut seperti pepatah Inggeris mengatakan bahawa ‘you are
what you eat and you are what you read’.

12
5.0 Refleksi

5.1 Pengalaman

Sepanjang saya berusaha untuk menyiapkan tugasan ini, banyak pengalaman yang positif dan
negatif yang telah saya perolehi. Tugasan ini telah diberikan dalam tempoh yang cukup panjang
mengikut kesesuaiannya. Sekiranya kita suka bertangguh tangguh, maka kerugian dan kesibukanlah
yang akan melanda kehidupan kita. Itulah apa yang sedang saya hadapi semasa menyiapkan tugasan
ini. Dalam kesibukan dengan pelbagai tugasan yang perlu dibuat pada masa yang sama, saya masih
lagi diberikan kekuatan oleh Allah untuk mencari sumber-sumber rujukan. Walaupun rujukan saya
tidak banyak dan bervariasi, tetapi isi yang ingin disampaikan diharapkan dapat menjawab soalan
tugasan dengan baik sekali.

Selain itu, saya merasakan bahawa perlu ada suatu perancangan strategik yang perlu
dilakukan oleh pihak IPG untuk memudahkan para guru pelatih untuk mendapatkan maklumat dan
sumber yang sahih dan relevan di perpustakaan dan sebagainya. Sebagai contoh, berkenaan tugasan
ini, untuk lebih memperkembangkan pemikiran guru-guru pelatih, mungkin sebuah website perlu
diwujudkan bagi menghubungkan guru-guru pelatih di antara IPG yang lain untk membincangkan
tentang tugasan ini. Hal ini secara tidak langsung akan membimbing guru pelatih yang tidak berapa
pakar untuk melakukan tugasan ini dapat melakukannya dengan baik.

Dalam pada itu, pengajaran yang saya pelajari semasa melakukan tugasan ini yang
pertamanya, kita hendaklah mempunyai pengetahuan yang luas dan bersungguh-sungguh dalam
meningkatkan kemahiran diri dalam profesion perguruan. Seterusnya, kita mestilah membudayakan
sikap rajin dan bukannya sikap acuh tidak acuh dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan serta
tidak menangguhkan kerja yang telah diberikan.

5.2 Masalah yang dihadapi

Secara keseluruhannya, tiada masalah yang besar bagi saya bagi menyiapkan tugasan ini.
Masalah saya yang utama ialah kedangkalan dan kecetekan ilmu saya dalam bidang ini. Tambahan
pula, sumber-sumber untuk saya dapat hanya tertumpu di perpustakaan yang mana saya perlu
mencarinya di rak-rak yang tersusun. Seterusnya, masalah yang saya hadapi adalah keseganan saya
untuk bertanyakan kepada pensyarah atau rakan-rakan untuk mendapatkan idea-idea baharu dan
bernas serta bertanya tentang perkara yang saya kurang jelas. Hal ini mungkin kerana faktor
komunikasi yang menjadi penghalang bagi saya. Kemahiran komunikasi saya amat lemah terutamanya
komunikasi formal di dalam kelas.

13
5.3 Pengetahuan yang diperolehi

Tugasan ini telah membuatkan saya membaca bahan-bahan ilmiah berkenaan ilmu keguruan
seperti yang terdapat dalam laman sesawang dan buku-buku di perpustakaan. Oleh itu, ianya sedikit
sebanyak dapat memotivasikan diri saya untuk menjadi guru yang lebih berdedikasi dan berintegriti.
Walaupun, saya lihat terdapat beberapa beban yang perlu dilalui oleh guru semasa menjalankan tugas
mereka di sekolah terutama dalam menghadapai kanak-kanak yang mempunyai banyak ragam.
Namun, kesabaran dan istiqamah yang tinggi pasti akan membantu kita di samping mendapat
ganajaran pahala yang sangat besar di sisi Allah s.w.t..

14
Rujukan

Buku:

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel. (2010). Perkembangan Kanak-Kanak. Cetakan Ketiga. Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang (2009): Psikologi Pendiidkan dan Pedagogi : Murid Dan Alam Belajar : Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd

Bahan internet:

Faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. Diakses pada 5 Ogos 2015
daripada http://ainulshahman.blogspot.my/2013/10/faktor-yang-mempengaruhi-
perkembangan.html

Faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Diakses pada 5 Ogos 2015 daripada
http://cikguhafiz18.blogspot.my/2014/05/edu3102-perkembangan-kanak-kanak-faktor.html

Teori interaksionalis dalam teori pemerolehan bahasa. Diakses pada 5 Ogos 2015 daripada
http://atiqahaiza.blogspot.my/2013/03/teori-interaksionalis-dalam-teori.html

15
Lampiran

Nama : Muhammad Nasyaie bin Mohamad Bajuri

Tempat tinggal : Parit 3, KG Sungai Pergam, 36100 Bagan Datoh, Perak Darul Ridzuan.

Sekolah : SK Sungai Pergam

Adik beradik : anak kelima daripada lima adik beradik (bongsu)

Umur : (di dalam gambar masih 7 tahun)

Lampiran 1

16
17

Anda mungkin juga menyukai