Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN

Pada asasnya tingkah laku merupakan apa yang seseorang cakapkan atau lakukan
dan pada keseluruhannya, tingkah laku merujuk kepada semua tindakan manusia yang
boleh diperhati, diukur & dinilai (Bear, Wolf and Risley, 1968). Orang ramai mempunyai
pandangan sendiri mengenai tingkah laku. Pada umumnya ada berbagai-bagai perkataan
digunakan untuk menggambarkan tingkah laku – ‘aktiviti’, ‘aksi’, ‘perubatan’, ‘bergerak
balas’, dan ‘reaksi’ (Martin & Pear, 1996).

Carr and Durand (1985) mencadangkan bahawa seseorang perlu menganggap


sesuatu tingkah laku itu sebagai suatu sistem komunikasi yang bermakna dan perlu
mengkajinya dari sudut bentuk & kefungsiannya. Pendapat ini memberi implikasi kepada
pengurusan dan pencegahan tingkah laku mencabar (Chalengging behaviour). Terdapat
empat fungsi utama komunikasi tingkah laku mencabar iaitu pengelakan (avoidance),
perhatian (Attention seeking), tingkah laku 'saya mahu' ('I want behaviour’) dan rangsangan
Diri (Self-stimulation). Antara faktor yang mempengaruhi masalah tingkah laku dalam
kalangan seseorang individu ialah keturunan, persekitaran dan pemakanan.
KESIMPULAN

Proses pengajaran dan pembelajaran yang berjaya dalam kelas sangat bergantung
kepada kawalan yang baik oleh guru. Pengawalan tingkah laku murid amat penting untuk
memastikan PDP berjalan dengan lancar. Oleh itu, guru hendaklah mahir dalam pengurudan
tingkah laku supaya masalah tingkah laku murid semasa proses PDP boleh dikurangkan.

Pengurusan tingkah laku memerlukan kemahiran guru yang khusus dan


berlandaskan keapada prinsip-prinsip asas tertentu. Terdapat banyak teori dan model
pengurusan tingkah laku yang boleh menjadi asas ntuk mengurus tingkah laku murid. Selain
itu, pelbagai strategi dan teknik pengurusan tingkah laku yang boleh diaplikasikan semasa
mengurus tingkah laku murid berkeperluan khas dalam proses PDP.

Anda mungkin juga menyukai